Member2

16 March 2012

kolej islam sultan alam shah

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

TAMAN ISLAMI yang telah mengubah hidupku. Takdir Yang Maha Esa aku ke sana menuntut ilmu... tempat di mana aku kenal perkataan TARBIYAH...tempat di mana aku kenal apa itu BIAH SOLEHAH...tempat dimana aku kenal BADAR...tempat di mana kutemui USRAH...tempat di mana aku tahu bagaimana rasanya btudung litup...

Subhanallah...di BUMI WAQAFAN itu aku kenal ukhuwah, dari bumi waqafan itulah yang mengajar aku baek buruk...bertemu dengan sahabat-sahabat yang sukar di cari ganti...guru-guru yang sentiasa di hati...
Mungkin diri ini merindui suasana bumi tarbiyah itu...( mungkin itu dulu, wallahualam sekarang bagaimana, aku sendiri dah lama tak jejak bumi waqafan tu...kuharap tarbiyah itu terus terpelihara walaupun kutahu cabaran besar pada kisas sedang menanti di masa akan datang)

Buat sahabat KISAS....kuharap...gilaplah mutiara yang kita perolehi di sana..jgn biarkan ia terus diselaputi debu yang boleh menghalang sinarannya dek dosa2 kita...sedih rasanya bila kita terus hanyut dek keseronokan dunia...sahabat...lupakah kita, ayat 2-3 SURAH ASSOF.? namun..aku mengerti kita bukan hidup kerana KISAS tapi kita hidup kerana ISLAM... (peringatan untuk diri ini)

sedikit memori yang masih tersimpan.....

kolej islam sultan alam shah

03 March 2012

pass tak lagi?

“kak ain, leh tak tolong isi kekosongan untuk xplorace pagi esok, pleaseeeee…”

Mesej masuk inbox. Ok, fikir dan fikir aku pun reply.

“ok…insya-Allah….”

Xplorace jejak anbiya’… dalam kepala aku pagi tu semuanya task yang akan diberikan mesti berkaitan dengan sirah nabawiyyah…

Check diri balik…. sirah?

Teruskan ke check point pertama…

Soalan 1 lepas. Soalan 2 lepas. Soalan ketiga,,,……masya-Allah… aku tak dapat bagi jawapan. Masing-masing fikir, jawapan yang keluar di mulut masing-masing ketika tu… -à TAK INGAT!

Tak tahu lah apa yang aku nak respon. Sebenarnya macam sedih pun ada jugak. Sirah junjungan besar nabi Muhammad, insan yang kita mengaku sayang pun aku still x lulus….

Dalam hati… kesian kat nabi… nabi ingat umatnya, tapi umatnya ingat nabi tak.

Persoalan di sini, dalam kehidupan kita seharian, masih lagikah kita ingat nabi dalam setiap apa yang kita lakukan…




JOM MUHASABAH


ヌルル アイン