Member2

29 September 2012

Doa Lagi

Alhamdulillah... 

Hati kembali tenang... 

SEKARANG

Fokus untuk final year project, food development, food toxicology...

Moga Allah permudahkan

Ameen Ya Rabb

27 September 2012

RUNSING: INDUSTRI VS MASTER

KALI ini stop kejap surat layang... hmmmm, surat layang la sangat kan... 

Tengah-tengah ambil mood nak buat slide presentation untuk progress ni, tetibe otak ni melayang balik atau terfikir balik benda yang aku risau sangat.
FIRST. Aku punya impian sebenarnya nak masuk industri makanan. MEmang ni la yang aku nak sangat n sebab ni jugak aku amik bidang foodtech niey. 

DAN sekarang tinggal beberapa bulan lagi di UMT. Bermakna bulan 2 tahun depan aku akan mula masuk industri! INTERNSHIP! insyaAllah, moga dipermudahkan.

TETAPI aku keliru pulak sekarang bila ter'clash' dengan hajat ibu bapa aku untuk aku further master. Lebih pulak supervisor aku sendiri seolah-olah sedang mengajak aku untuk membuat master bawahnya. DAN harapannya jadi lebih besar pulak bila mana aku punya proposal dapat geran untuk projek tahun akhir ni. Alhamdulillah... 

SO. Aku runsing sekarang ni. Antara impian aku dengan hasrat orang yang aku sayangi.

AKU? bukan tak nak sambung master. Tapi aku nak sangat jadi orang industri makanan. Untuk masuk dalam bidang pendidikan....... kureng sikit la setakat ni....huhuuhuhu
Dan aku akan sambung jugak master. Ini hanya plan aku. Tapi itu lah.... Terlalu banyak kata-kata negative pulak yang diterima. HuHuHu..... 

SO. Aku bingung!

SO??????




AIN!!! tak payah nak ris0 sangat la... baek hg pikir camne nak buat slide tuh!

heee...^^


26 September 2012

Surat Layang 6: PERKAHWINAN DALAM SEBUAH KERETA.

[Dikongsikan dari seseorang. Baca sampai habis :-)]

PERKAHWINAN DALAM SEBUAH KERETA.

Bagi saya, perkahwinan itu ialah satu partnership. Bukannya seorang employer dan seorang lagi employee. Kalau itu yang dicari, maka yang diingini ialah orang gaji dan bukannya seorang pasangan.

Bila saya sebut partnership, maka patut difahami bahawa kedua-dua pihak perlukan satu sama lain. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Ramai perempuan yang inginkan seorang Imam untuk membimbing mereka. Tapi janganlah lupa, si Imam juga perlukan bimbingan Makmumnya. Even dalam solat pun, kadang-kadang Imam perlukan pertolongan Makmum. Contohnya, Imam mungkin terlupa sesuatu dalam solat. Maka, Makmum akan mengingatkan.

Kedua-dua pihak harus bersedia untuk membimbing satu sama lain. Itulah perkahwinan.

Setiap tahun, selalunya saya dan keluarga akan balik ke kampung kami di Kelantan untuk meraikan Hari Raya puasa. Maka kami sekeluarga akan drive dari rumah kami di Perlis ke Kelantan. Ketika saya berada di seat penumpang, kadang kala saya memerhati bapa saya di seat pemandu dan ibu saya di seat sebelahnya.

Memandu dari Perlis ke Kelantan itu amatlah jauh. Ada ketika, jalannya berliku-liku. Bukannya highway yang lurus dari mula hingga ke akhir. Maka sudah tentu perjalanan seperti itu akan meletihkan ayah saya yang memandu. Sepanjang perjalanan, ibu saya akan cuba untuk memastikan bahawa ayah saya kekal fokus dan memandu dengan selamat. Kadang kala ibu saya akan menyuap ayah saya dengan makanan ringan. Kadang kala ibu saya memberi ayah saya minum. Kadang kala ibu saya akan mengurut-urut lehernya. Ibu saya juga akan bersembang-sembang dengan ayah saya supaya dia tidak mengantuk. Kadang kala bergurau senda seperti budak-budak dan kadang kala bertengkar seketika. Kadang kala apabila ayah saya terlalu letih, maka ibu saya akan memandu. Kadang kala apabila tidak mampu untuk memandu, kami berhenti di R&R untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Saya tersenyum riang melihat mereka berdua. And then, saya terfikir sesuatu.

Ibu bapa saya secara tidak langsung sedang mengajar saya erti perkahwinan yang sebenar.

Memandu seorang diri itu tidak mustahil, tetapi ia sukar. Tetapi dengan adanya teman disisi, perjalanan yang sukar menjadi kurang sukar. Hidup tanpa pasangan yang halal itu tidak mustahil. Besides, perkahwinan itu asalnya sunat dan bukannya wajib. Tetapi apabila keperluan untuk berkahwin itu muncul dan kehidupan menjadi agak sukar, maka kehadiran si dia yang halal dapat membantu kita.

Cabaran diharungi bersama.

Apabila memandu, adanya seseorang di sebelah pemandu untuk membantu. Di sebelah, bukannya di belakang. Dalam perkahwinan, yang membimbing juga perlu dibimbing. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Maka sebelum perkahwinan, kita harus menyiapkan diri kita untuk membimbing pasangan kita. Kita tidak boleh mengharapkan bimbingan tanpa adanya kemampuan diri sendiri untuk membimbing. Ketahuilah, si dia juga perlukan bimbingan.

Bersedialah untuk dibimbing dan membimbing.

Perjalanan ini jauh dan meletihkan. Kadang kala kita di atas highway yang lurus. Rilek je nak memandu. Most of the time kita di atas jalan yang lenggang-lenggok, naik bukit turun bukit, dan berlubang-lubang. Memandu harus berhati-hati. Kita ada seseorang di sisi untuk mengingatkan kita dan untuk memastikan kita kekal fokus ketika memandu. Kadang kala kita tersesat jalan! Maka sama-sama membantu untuk kembali ke jalan yang asal. Seorang drive, seorang lagi tengok peta. Mungkin stop sekejap untuk tanya orang. Kadang kala kereta rosak! Maka harus minta bantuan mekanik. Itulah kehidupan. Kadang-kadang senang, tapi kebanyakannya susah. Kadang-kadang kita tersilap langkah, maka kita bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Hidup ini ada ups and downs. Lebih-lebih lagi kehidupan selepas perkahwinan. Penuh dengan cabaran. Cabaran yang dilalui bersama.

Kalau inginkan kehidupan yang hanya senang-lenang di dunia ini, maka kita tersilap alam. Kehidupan seperti itu hanya wujud di syurga.

Jangan lupa, kita ada penumpang-penumpang di belakang. Oh, anak-anak kita! Kalau tak reti drive, berani ke nak bawak anak sekali? Bagaimana kita hendak berkahwin jika ingin membimbing anak pun tidak mampu? Sanggupkah kita melihat anak-anak kita terbabas? Sudah semestinya tidak. Sumbangan terbesar kita dalam memastikan mereka tidak terbabas ialah dengan memastikan diri kita sendiri ialah pemandu yang cekap. Pemandu yang cekap akan mendidik penumpang-penumpangnya untuk menjadi pemandu-pemandu masa depan yang juga cekap.

Parenting starts before marriage and the first child you raise is yourself.

Dalam memandu, kita akan cuba sedaya upaya untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Perjalanan yang jauh dan memenatkan akan dilihat seperti tiada apa-apa setelah kita sampai ke destinasi dan boleh berehat dengan secukupnya. Perjalanan kehidupan ini juga jauh dan memenatkan. Tetapi setelah segala cabaran dan dugaan dilalui bersama, di mana destinasi akhir kita? Tempat untuk kita berehat selama-lamanya? Atau, apakah kita memandu tanpa haluan? Tiada destinasi akhir dalam perancangan perjalanan kita? Ke mana kita hendak bawa pasangan dan anak-anak kita pergi?

Pandulah dengan matlamat dan selamat, hingga ke syurga.





TERIMA KASIH KEPADA KAKAK IPARKU... 

24 September 2012

Surat Layang 3: ADAM HAWA



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..




10 September 2012

TAK PERLU ADA TERMA DAN SYARAT UNTUK RASA BERSYUKUR


Alhamdulillah…belajar lagi benda yang sangat menarik hari ini tapi secara jujurnya sangat simple dalah kehidupan seharian.

Senyuman tidak berhenti dan tidak terputus hari ini disebabkan nikmat kegembiraan yang Allah bagi padaku hari ini,. Alhamdulillah…

Just wanna to share:
 DALAM DUNIA NI TAK PERLU ADA TERMA DAN SYARAT UNTUK RASA BERSYUKUR PADA ALLAH…

Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi dan kadangkala kita sebagai hamba terlupa nikmat tersebut dan ada kalanya tak teringat pon. DHAIF KAN KITA!

Ada satu contoh:

Dalam konteks seorang student. Alkisahnya Si A ni nak sangat dapat pointer 3.5 dalam sem tu. Kemudian dia dapat keputusan 3.30. disebabkan keputusannya itu, dia berasa hampa dan kecewa lalu menyalahkan takdir. Jadinya, dalam kes ini, seolah-olah siA hanya akan rasa gembira bila dia dapat 3.50 dalam peperiksaannya.

Bagi pendapat aku la kan, x salah kalau dia rasa untuk dapat lebih, tapi bersyukurlah dengan perkataan Alhamdulillah dan tekadkan azam untuk mencuba dengan lebih baik pada masa akan datang.


CONTOH SAHAJA OK!heee

Mungkin sebab aku pernah jatuh dalam akademik masa satu sem tu…memang terasa sem tu berpuaka betul, dan sangat lah perit masa menanggung zaman kejatuhan tu. ALLAH sahaja yang tahu peritnya… TAPI Alhamdulillah, selepas kejadian itu, aku mampu untuk merasa nikmat gembira yang tersangat seronok selepas mendapat keputusan peperiksaan baru-baru ini.  


TERIMA KASIH YA ALLAH. AKU SYUKUR PADAMU.