Politik???
Ya..kali ini saya cuba untuk berani bercakap pasal isu yang sensitive ini…bnyak kali jugak saya cuba berbincang dengan sahabiah pasal politik… byak betul2 pandangan sahabiah yang buat saya terfikir…
Apapun…saya mahu kupas sedikit pengertian politik setelah melalui proses munaqasyah (perbincangan)…
Asalnya makna siyasah (politik) tersebut diterapkan pada pengurusan dan pelatihan gembalaan.
Lalu, kata tersebut digunakan dalam pengaturan urusan-urusan manusia; dan orang yang melaksanakan pengurusan urusan-urusan manusia tersebut dinamai
ahli politik atau
‘politician’ (
siyasiyun). Dalam realiti bahasa Arab dikatakan bahwa ulil amri mengurusi urusan rakyat, mengaturnya, dan menjaganya. Dan ada jugak kata-kata orang Arab: ‘Bagaimana mungkin rakyatnya terpelihara (masûsah) bila pemeliharanya tidak terpelihara (sûsah)’, maksudnya: bagaimana mungkin rakyat akan baik bila pemimpinnya rosak seperti ulat yang menghancurkan kayu. Dengan demikian, politik merupakan pemeliharaan (ri’ayah), perbaikan (ishlah), pelurusan (taqwim), pemberian arah petunjuk (irsyad), dan pendidikan (ta`dib).
Realitinya, politik berhubung dengan pengurusan. Menurut sudut pandang Islam, politik adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat baik dalam atau luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam. Dan yang melaksanakannya adalah ketua negara atau kelompok atau individu rakyat.
Menurut buku “ fiqh siasah melalui pandangan imam hassan al-banna”, maksud asal siasah (politik) ni, maknanya
pengurusan. Dan pengurusan ini pulak terbahagi kepada banyak stage iaitu peringkat rumah tangga, sekolah dan paling besar pengurusan negara.
Rasulullah saw bersabda: