Member2

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

26 January 2013

finished "Sebelum Aku Bernikah"

Alhamdulillah....i'm already finished "Sebelum Aku Bernikah" (SAB). Karya Hilal Asyraf (HA).

Sangat bermanfaat untuk pemuda pemudi. Remaja remiji...

Ye la kan, tambah-tambah yang umur macam aku, topik bualannya kalau dengan kawan-kawan tak sah kalau bukan topik kawen. Kalau bukan topik kawen tak sah. Ulang lagi, kalau bukan topik kawen, tak sah.

So far, bagi aku....buku ni perkongsian dan buah fikiran yang sangat baek dari HA. Bahasanya pun hanya santai. Tak berat untuk difahami. Tak susah untuk dihadam. 2 hari jugak la aku baca buku ni.

DAN...konklusi dari buku yang 201 halaman ni,....

Sekiranya benar-benar cinta, mahu bersama ke syurga. Segala perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta (Asyraf, 2012)

Kalau orang tanya aku, apa yang aku dapat dari buku ni, aku akan jawab yang kat atas ni. Dan aku sangat setuju. Nak lebih tahu isinya, sila beli sendiri..hahaha... sebenarnya aku pun nak carik buku ni, nak beli untuk jadi harta sendiri. ni pun aku pinjam dari member. 

Tapi ada lagi satu buku yang aku nak cari, Cinta High Class. maybe agak ketinggalan untuk aku, tapi ade aku kesah????hahha..InsyaAllah, ada rezki, aku akan dapatkan dua buah buku ni. 

Bagi pendapat aku, pada usia sekarang memang patut fikir bab kahwin ni. Tapi bukan hanya sekadar fikir. FIKIR DAN BUAT PERSEDIAAN.. persediaan menghadapi alam rumahtangga. Macam abang aku pernah cakap, kita kahwin ni memang sehari, tapi kita berumahtangga bukan sehari. Betul jugak...hari perkahwinan kita maksudnya kita berkahwin dan ia sehari cuma. Tapi rumahtangga ituu......hmmmm....

Bak kata HA lagi dalam SAB,

Cinta adalah usaha memperkasakan ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan diri. Cinta adalah usaha mempunyai kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan berkahwin.

Dan aku mengangguk tanda faham. heee...^^



*************

Teringat satu malam, adik aku, AMIR...tiba-tiba tanya abah...

"Ayah ayah, bila kak ain nak kawen?" (dalam adik beradik aku, amir sorang yang panggil ayah, yang laen panggil abah)

Aku????erm, pehal budak ni kan...tapi bagus gak dye tanya abah...hehehehe

Abah jawab, "tanya kak ain, dia dah ada ka belum? kalau dah ada mai umah, malam ni pun xpa...jumpak mak abah"

hehehe,....aku senyum....then balas

"Amir, tanya kat ayah...bukan ke ayah nak cari"

Hahahahaha...boleh pulak main pass2.... 

Bagi aku sekrang, x kira sapa... pilihan mak abah ka...pilihan aku sendiri ka.....

Kalau mak abah ON, aku ON...InsyaAllah....

Dan aku, bukanlah terlalu demand.... cukuplah aku sematkan dalam doa setiap lepas solat....yang boleh membimbing aku, yang boleh menyayangi aku, yang boleh menjaga aku....

Dan sangat memadai bagi aku jika dia seperti kriteria Ustaz Azhar Idrus cadangkan....


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu) 




ok...cukup sekadar ini...wallahualam... 















02 December 2012

BETOLLLL


"Kalaulah tidak kerana Nabi Yunus a.s tergolong dalam golongan sangat banyak tasbihnya kepada Allah, dalam perut ikan tersebut, maka takdir Allah, Nabi Yunus akan duduk dalam kegelapan perut ikan sehingga hari dibangkitkan. 

Betul kita bukan ada dalam perut ikan, tapi kadang-kadang kesempitan hidup yang kita rasai seperti berada dalam perut ikan. 

Betul kita tidak pernah terumbang-ambing dalam kegelapan laut dan malam, tapi kadang-kadang kehidupan yang sedang kita lalui ini kondisinya seperti orang yang sedang dilanda badai dan terumbang-ambing ditengah lautan. 

Maka inilah jalan keluar bagi kita semua daripada segala kesempitan hidup."

Tiada Tuhan melainkan engkau Ya Allah.. Sesungguhnya akulah yang menzalimi diriku sendiri.
 [Surah al-Anbiya : 87]


21 May 2012

1 REJAB 1433


Alhamdulillah.... Kitaran masa kembali menemui bulan Rejab... Subhanallah....Alhamdulillah... Allahuakbar


*******

MALAM INI ... Isnin 21 Mei 2012 ... Adalah malam 1 Rejab 1433.

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar...

Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah.. 





Amin ya Rabb.


********

07 May 2012

katak bawah gelas?

Katak di bawah gelas! selalu dengar katak bawah tempurung je kan. So, dengan sesuka hati aku di dalam blog aku ni, aku nak meng'upgrade' katak bawah tempurung ke katak bawah gelas. mohon izin ye... ^^

*******

Asal tetibe je?

ok,...sejak kebelakangan ni, memang banyak isu dalam negara kan... 28hb lepas dengan isu BERSIH nyer... then isu politik jangan cakap la kan.... hijau cakap gini, biru cakap gitu, roket cakap cenggitu, bulan sabit pulak cakap cenggini...hehe....blog2 pulak semua pakat berbicara. Tak percaya? cuba jalan-jalan dekat blog... 

Ni tak termasuk lagi isu korupsi dan lain2... isu pendidikan... isu tanah... isu jual sana beli sini....banyak kan...

Tak termasuk lagi bab lain, misalnya bab-bab agama... kes murtad... kes buang anak...macam2 lagi la...

persoalannya: 
ADAKAH KITA TAHU? atau ADAKAH KITA AMBIL TAHU? 

********

ok, kita balik kepada tajuk ye...sebenarnya aku tak nak membebel kat sini... cukuplah sekadar aku nak sampaikan,... seharusnya kita sedikit sebanyak perlu jugak ambil tahu hal-hal yang belaku di sekeliling kita, misalnya hal negara. AWAS! jangan sampai, tersalah ambil tahu pula, tak pasal-pasal, kena title jaga tepi kain org pulak nanti. bahaya tu ye... ^^

contoh mahasiswa.  selain belajar, makan, tidur selitkanlah jugak masa kita dengan pengtahuan sirah, pengetahuan am yang lain, dan sepatutnya...  luangkan sedikit waktu cuma!  Tak rugi pun... Untung pada kita jugak...kan3...

Untuk relate tempurung dengan gelas.... Kalau tempurung, memang for sure kita tak nampak apa langsung yang berlaku di sekeliling kita. Macam zaman dulu, wajib la guna tempurung kan... Waktu dulu, telefon tak ada, apa tah lagi internet macam zaman sekarang ni... 

Banding dengan era kita sekarang ni, duduk di mana-mana pun, dah boleh jalan-jalan kat laman sesawang. Dekat facebook, lagi la senang berita tersebar. Sekali lagi AWAS!!! bak kata Matlutfi90, fikir sejenak! dunia di hujung jari kita,. Jadinya, cuba bayangkan sebiji gelas yang putih, lutsinar lagi...

Dan sekarang cuba bayangkan dengan katak bawah gelas tadi. Kita nampak apa yang berlaku, tapi kita tak pernah tahu. Jadi camne nak tahu? Jawapannya,....... 

kita kena la keluar dari GELAS tu...hehehe....


*********

so, jangan kita jadi seperti KATAK DI BAWAH GELAS ye.... 



ヌルル アイン



29 April 2012

Sikit Vs Banyak

Assalamualaikum... Alhamdulillah... Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Sekalian alam....


Ucu: Jom beli keropok lekor...makan kat bilik ucu...
Achik: Jom! 
Ucu: Ala, achik...dapat beli singgit je... kenyang ke nanti...
Achik: Ai.... Allah yang bagi kenyang bukan keropok lekor ni...

hehe... perbualan itu tamat di situ ye dengan senyuman yang comel dari ucu kepada achik...haha

Barangkali mungkin dalam kehidupan kita seharian, kadang-kadang berlaku perkara ini,.. Rata-ratanya memandang yang banyak itu akan mencukupi dan kebanyakannya tak cukup dengan sedikit. Dan aku ulang lagi sekali di sini... --- > BARANGKALI!hehe

Bersyukurlah walaupun sedikit. Belajarlah untuk menerima yang sedikit. Memadailah yang sedikit itu tapi mencukupi. Sekali lagi, biarlah sedikit sebab yang banyak bukanlah menjanjikan kekenyangan kerana yang memberi kenyang itu ALLAH. Sama juga, biarlah kita bersederhana dan tidak kaya sebab bukan kaya itu menjanjikan bahagia kerana ALLAH yang beri bahagia. 

Wallahualam...






ヌルル アイン

21 April 2012

hati ibu...kalau Allah nak tunjuk kejap je.


Hatiku terus diam membisu. Otak ligat berpusing. Suara kecil memberontak jerit nak bagitau ke tak nak. Nak bagitau ke tak.

Tiba-tiba soalan yang memang aku nak elak sangat tetap datang terjah. Ok fine!. Dengan itu, aku tak bagi jawapan yang jujur pada seorang ibu.

Hari kejadian buat aku terus diam. Hari aku dilanda rasa serba salah dan rasa berdosa. Dalam hatiku, MAK, AMPUNKAN ANAKMU INI….

Esoknya, perjalanan ku jauh meninggalkan emak. Tapi hati meronta-ronta tak mahu lepaskan emak. Nak bagitahu emak sesuatu. Tapi….

KALAU ALLAH NAK TUNJUK KEJAP JER!

YES! Itulah yang terjadi. Aku di sini. Emak di sana. ALLAH MAHA BERKUASA. Perkara yang aku sembunyikan sangat pada emak terbongkar dengan kuasa ALLAH. Sebaik-baik perancangan yang aku simpan, tapi ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Ya Allah,…… waktu tu air mata tak tertahan dan terus mengalir tapi tak tahu lah sama ada boleh memadamkan api dosa aku tu setelah tidak jujur pada seorang ibu.

Hanya ungkapan ampun mampu kuberikan. Tapi aku tak pasti betapa besarnya koyak di hati emak ketika itu disebabkan perbuatan aku tu,.

AMPUNKAN ANAKMU INI, EMAK…

Dalam kejauhan ini, selalu aku hadiahkan doa pada emak dan abah, moga mereka sentiasa Allah lindungi. Aku sayang emak. Aku sayang abah.

Aku tahu emak faham kenapa aku ambil tindakan untuk tidak jujur. Malah emak tak marah langsung dan hanya bagi nasihat tapi kata-kata dari hati yang tulus itulah yang buat diri ini dilanda perasaaan berdosa.

Itulah…time nak buat salah tak fikir perasaan emak, bila dah terkantoi ngan emak sendiri baru nak rasa bersalah berdosa bagai…. Amik kau!

Itulah yang sewajarnya yang aku terima.

Percayalah. IBU BAPA itu sangat mulia di sisi Allah. Ibu bapa umpama wali Allah, doa mereka setanding doa nabi pada umatnya... Kadang-kala kita lupa, apa yang kita perolehi hari ini bukan sahaja atas usaha diri sendiri, tapi dari doa mereka...

Aku tahu, emak takkan terbaca post ni, tapi biarlah aku abadikan perasaan ini di sini. Andai aku rasa untuk berbuat salah lagi pada emak (au’zubillah), harapnya aku diberi kesempatan untuk ingat perkara yang aku dah lakukan ini.

Hanya ungkapan ampun maaf…itulah yang mampu…dan sedaya upaya akan aku cuba untuk tebus balik kesalahan aku. Emak, sekarang akak redha. Selama mana emak abah berkorban untuk kami adik-beradik apa lah kiranya akak hanya berkorban untuk yang ini,. satu yang kupinta darimu ibu, iringilah langkahku ini dengan doamu. Ameeen…. 

p/s: tak payah la pulak tertanya-tanya apa aku dah buat,. main point di sini nak bgtau yang hati ibu ni special! 
Special edition dari Allah. So kita sebagai anak, jagalah hati ibu dan ayah kita ni selagi kita masih ada peluang untuk menyayangi mereka. Wallahualam.



sibuk betol ibu danbo ni layan kerenah anaknyaaa....



ヌルル アイン

03 March 2012

pass tak lagi?

“kak ain, leh tak tolong isi kekosongan untuk xplorace pagi esok, pleaseeeee…”

Mesej masuk inbox. Ok, fikir dan fikir aku pun reply.

“ok…insya-Allah….”

Xplorace jejak anbiya’… dalam kepala aku pagi tu semuanya task yang akan diberikan mesti berkaitan dengan sirah nabawiyyah…

Check diri balik…. sirah?

Teruskan ke check point pertama…

Soalan 1 lepas. Soalan 2 lepas. Soalan ketiga,,,……masya-Allah… aku tak dapat bagi jawapan. Masing-masing fikir, jawapan yang keluar di mulut masing-masing ketika tu… -à TAK INGAT!

Tak tahu lah apa yang aku nak respon. Sebenarnya macam sedih pun ada jugak. Sirah junjungan besar nabi Muhammad, insan yang kita mengaku sayang pun aku still x lulus….

Dalam hati… kesian kat nabi… nabi ingat umatnya, tapi umatnya ingat nabi tak.

Persoalan di sini, dalam kehidupan kita seharian, masih lagikah kita ingat nabi dalam setiap apa yang kita lakukan…




JOM MUHASABAH


ヌルル アイン 



31 January 2012

sok sek pasal Pak Cik Benzoyl Peroxide

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pegasih

Syukur pada Allah sebab kasi aku peluang untuk menaip di sini... Alhamdulillah...

Sebelum tu, sama-sama lah kita semua ucap syukur pada Allah atas kesempatan yang DIA beri pada kita dalam dunia ini dan kita masih dapat buat rutin seharian... ALHAMDULILLAH....

Apa yang aku nak sampaikan ni mungkin dah terlewat barangkali. Sebenarnya aku cuma nak diam dan hanya nak respon secara individu. Tetapi bila tengok perkara ni makin luas terutama dalam lama sesawang, aku rasa macam nak tulis sesuatu pasal ni. Pasal APA YA? erm, pasal makanan kita semua.

Baru ni kan heboh pasal menda alah ni...!


Kali pertama aku tengok gambo ni, aku cuak jugak tapi tak percaya tapi macam nak marah pun ada. (haaaa..banyak tapinya pulak...hehe)... Marah sebab benda ni secara suka-suki disebar dalam internet. Terutamanya bila dah masuk facebook, of course memang ramai yang akan baca dan hanya mengambil masa yang sangat singkat.

Aku bukan tak percaya, cuma tak nak percaya. Sebab pensyarah aku dah pesan awal-awal, kalau ada nampak isu-isu makanan yang melibatkan halal haram dan kena pulak dengan JAKIM, jangan cepat percaya tapi selidik dulu. Kenyataannya, dalam situasi dalam industri makanan, terlalu banyak kes untuk jatuh-menjatuhkan, fitnah menfitnah. Biasalakan kalau dah ada yang tak berpuas hati. Selalunya, ada jugak media yang selalu main peranan dalam penyebaran pasal isu makanan TAPI sebenarnya depa pon tak tau hujung pangkal. At last, isu tu hilang macam tu je, dan masyarakat yang baca jugak tinggal bingung. HUhu... 

Dan kita sebagai pengguna, kita kena tau satu-satunya institusi yang mengeluarkan HALAL dalam produk makanan dalam Malaysia ni ialah JAKIM. Dan proses nak keluarkan sijil halal, sebenarnya sangat susah, perlu ada prosedur2 yang kena ikut dan  penguatkuasa jakim dalam setiap negeri selalu buat spot-check ataupun audit terhadap premis-premis makanan. Dan ikut akta makanan 1983 yang aku belajar,  boleh dikatakan rigid jugak. Pensyarah-pensyarah aku sendiri ada yang jadi pengutkuasa halal bagi negeri Terengganu. Dan kita, kalau tak mau percaya pada jakim, kita nak percaya siapa lagi? Habaq mai. 

Aku cakap macam ni, bukan sebab aku taqsub sangat tapi sebab aku yakin. Dan kalau boleh nak elakkan was-was. tau kan bila sesuatu tu dah jadi syubhah.

ok, sekrang ni, aku nak sentuh sikit pasal isu tepung ni. First, nak tanya, tepung warna apa? warna putih kan. ada tak tepung warna perang? Jawapannya, ada. Iaitu tepung yang sebelum diletakkan bahan peluntur iaitu bleaching agent. Mentality masyarakat Malaysia juga sebenarnya susah untuk terima tepung yang bukan warna putih. ok, kita kembali balik pasal bleaching agent ni. Selalunya bleaching agent yang digunakan untuk memutihkan tepung ialah BENZOYL PEROXIDE. Dalam Akta Makanan 1983, standard yang telah ditetapkan untuk tepung, boleh mengandugi asid askorbik, sulphur dioxide atau sulphites dan tidak lebih daripada 50mg/kg benzoyl peroxide sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. Dan kalau lebih, memang takkan boleh lepas masa proses odit. 

Lepas tu pulak, masa kes ni kecoh, ada yang suggest untuk guna tepung yang lain. Masalahnya sekarang, tepung yang lain warna apa ye? warna perang ea? JOM KITA FIKIR SAMA-SAMA k.

Untuk makluman, Benzoyl peroxide yang digunakan untuk bleachkan tepung ni adalah dalam bentuk gas, dan dia akan volatile atau dalam bahasa orang kampung aku, dia akan merewap. Menurut pensyarah aku, dia tak ada effect yang bahaya. 

oklah, stop pasal tepung. Anyway, aku nak sentuh sikit pasal susu. Aku pernah tanya pensyarah aku pasal susu sebab ada yang tanya aku dan pernah bagitau kat aku yang susu dalam Malaysia tidak halal melainkan ada satu jenama tu. Pensyarah aku jawab simple jer. Susu dalam Malaysia diimport dari kilang yang sama iaitu dari New Zealand. 

Post ni semata untuk berkongsi apa yang aku belajar dan aku adalah orang yang tengah belajar. Wallahualam.


p/s: terima kasih pada blog hyzcreative sbb share benda yang berguna pasal isu ni.






ヌルル アイン




29 January 2012

Tak Ada Jalan Pintas ok!

How your day today? Aku tanya sambil senyum2…

Well… very good!

Really???

I climbed hills up and down up and down so many times.!

Wow!!! Really? Tak tau fasal apa aku excited sangat cakap dengan abah malam tu…

Seronok cakap omputeh ngan abah…sebab abah layan jerr…zzzzZZZzzz

“nantilah, abah nak bawak semua pergi panjat bukit larut”

“alright, abah. Yang tu akak sokong…JOM2!!!”

Hehe…. Excited lagi sebab aku memang tengah nak fix kan badan, nak tingkatkan stamina sebab x lama lagi nak pergi hiking gunung…..wow!

Erm…dalam aku tengah syok2 sendiri tu, abah bagi satu kata2…

Untuk berjaya, kena tempuh setiap halangan. Tak boleh guna jalan pintas. Macam kita merentas desa. Kena lari ikut trek yang telah ditetapkan. Dan pemenangnya bukan berdasarkan siapa yang sampai dulu. Tapi setiap yang sampai ke garisan penamat adalah pemenang. PEMENANG UNTUK DIRI SENDIRI!.

Susah senang kena tempuh. Sebab, THERE ARE NO SHORT-CUT TO SUCCESS…

Tu la sebabnya abah nak ajak kitorang pergi panjat bukit larut. Abah cakap nak panjat bukit larut tu kena rasa segala susah payah nak panjat tu. Tapi lepas dah sampai puncak, akan rasa satu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata2…dan kegembiraan itu akan lebih terpateri bila dah sampai kat bawah balik. Waktu tu akan terasa kejayaan selepas melalui kesusahan yang teramat. Dan abah nak kami semua rasa perasaan tuh!

Begitulah dari abah. Macam tahu2 je yang aku memang tengah dahagakan kata2 semangat seorang ayah.

Terima kasih abah.




ヌルル アイン 

13 January 2012

Ingat Allah bila exam susah jerr

Alhamdulillah.... syukur pada Allah... 



Subhanallah,... aritu ada sorang kosmate datang bilik aku...masa borak2 tu, aku tersedar yang kata2 seorang yang polos memang menusuk kalbu… betol kan, kebanyakan dari kita hanya menangisi minta pertolongan dari Allah bila rasa macam tak dapat jawab paper je kannn…. Nangis.. minta dilembutkan hati lecturer segala bagai…

TAPI

Bila kita dapat jawab paper dengan mudah, just keluar Alhamdulillah jer... doa2 tu semua hilang…
 memang x sedar diuntung betul kan kita niey… (erk,...kasar ke ayat aku???)

Tengok2 dapat result, paper yang kita rasa x berapa yakin tu yang dapat ok. Tapi yang konfiden giler tu biase2 je….hmmmmmmmm

padan la kan, dah paper yang susah tu jer yang kita doa sungguh2 kat Allah, yang paper ok sikit tu kita dahyakin giler dgn diri kita.... Jadi, jangan tanya kenapa kalau Allah just bagi ok pada paper yang kita doa sungguh2 tu kan....

kata Allah: berdoalah padaku, nescaya aku makbulkan

 jangan kita lupa segala-galanya datang dari Allah… Susah senang Allah yang nak bagi. Kalau Allah nak bagi kita memang tak leh tolak. Kalau Allah x nak bagi, mintak camne pon, memang takkan dapat.


Apa2 bersyukur
Macam DR. MAZA pernah cakap, kadang2 syukur tu tarafnya boleh naek tinggi dari sabar.

SEBAB

Orang yang berasa susah akan cakap dalam hati… “sabar….” Tapi tak ramai yang sertakan sabar dengan syukur. Kita akan lebih bersyukur jika kita renung orang yang mengalami kesusahan teruk pada kita. Tapi bukanlah bermakna kita perlu berhenti daripada berusaha.

JADI

Sekarang, sama2 kita berusaha. Sebab Allah pandang usaha kita, bukan hasilnya.

SABAR itu indah tapi SYUKUR itu pelengkap keindahan,.



29 November 2011

bye2 serabut alam

Dalam keserabutan, dalam kekelam kabutan, dalam kekalutan, mmg sikit pon tak sempat jengah blog ni. Dan akhirnya aku berasa JANGGAL dengan blog sendiri...

Tak tahu camne, aku memang busy tahap giga. Tapi dalam busy tu, naseb baek la aku dikelilingi dengan orang2 yang buat aku happy. Jadinya tak de la aku stress sangat.. Takut relax terlebih pulak.

Sahabat2 yang bergelar I-FAFAZ yang memang selalu support aku, yang selalu sabar dengan aku (time jd mcm budak2). Insan2 yang bergelar AB yang sentiasa di hati. R00mate yang sgt baek sampai selalu kena buli ngan aku...haha... ni semua anugerah yang buat aku sangat2 bersyukur. SUAMI tersayang yang sentiasa bagi support...upppssss....(X WUJUD LAGI PON SEBENARNYA,,haha...tapi kalu wujud, maybe ni lah yang aku akan ucapkan pdnya)

Rasanya x terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARY HIJRAH pada sahabt2 blogger dan pada tuan punya mata yang sudi jengah blog yang sangat berhabuk niey....

Hopefully, tahun yang lepas sentiasa buat kita untuk ber'hijrah' pada tahun ini,.... At least, biarlah kita semua tekadkan dalam diri untuk menjadi lebih baek untuk kehidupan yang lebih baek...

Kalau tanya aku, ayat apa yang aku nak pegang tahun ni... aku akan cakap... MUBASHIRU SOBIRIN... Maksudnya bergembiralah orang2 yang bersabar... quote ni aku amik dari kata2 Ustaz Pahrol... Beliau ada bg tazkirah dalam radio. Masa aku dengar tu, mmg aku tengah dalam mode marah n sedih. Alhamdulillah, maybe Allah nak memperdengarkan aku quote ni untuk bagi aku tenang waktu tu...

kesimpulannya, x rugi jadi orang2 yang bersabar. Allah sendiri ada janji pada kita yang DIA akan bagi satu nikmat dan kejayaan yang kita sendiri tak terfikir jika kita bersabar. yakinlah pada kalam ALLAH k! 

SO apalagi. JOM kita didik hati kita untuk jadi sabar. Kalau kita tiba2 marah kat seseorang, apa kata kita cuba cari something yang boleh buat kita x marah. Aku pon tgah belaja. Maybe setakat ni la, kalau aku, aku akan diamkan diri atau cuba jauhkan diri dengan environment yang buat aku marah tu. Dalam diam tu, aku akan diam, tak cakap apa2 n aku akan jalan tak kira kat mana aku tuju sampai satu tahap aku sendiri tak ingat yang aku tengah marah...haha... 
kelako cara aku ni... 

NWAY, bagi pendapat aku la, kalau kita tunjukkan marah kita tu dengan kata2 COMFIRM kata2 yang keluar dari mulut kita tu kata2 yang x enak...semua negative... I mean kalau kita marah kat orang, mmg maki hamun la jawabnya... SO better diam, n orang tak sakit hati kita pon pulih hati. KAN?

TAPI kalu betol2 aku tak tahan memang cara yang baik adalah nangis sorang2...
 (situasi ni x kira marah or sedih)... 

DANNNNNNNNNNN.....kita kena ingat yang setiap apa yang berlaku ada titik balance nya... FAIR AND SQUARE!  Apa yang aku cuba untuk sampaikan, kalau kita tiba2 rasa tak suka dengan seseorang, kita kena ingat pasti ada pada diri kita yang orang lain pon tak suka. Kalau kita bagi aura negative kat orang laen, orang laen pon akan bagi aura negative jugak kat kita. SO tak kira ap2, JOM kita belaja bagi aura positive pada semua orang. Pada aku ni la pentingnya napa ALLAH suruh kita HUSNUZON... iaitu sangka baek!hehe


Alhamdulillah... Terima Kasih, sayang ku... Tiap kali aku rasa keseorangan, ENGKAU selalu hantar apa sahaja utk buat aku kembali happy....

Apapun, aku dah makin menghampiri hujung sem.... lagi sebulan dah nak final. Hopefully aku dan sahabt2 yang sangat aku sayangi dapat buat yang terbaek! Cayok2!!! 

p/s: aku terasa sangat happy bila bukak blog ni, n tgok kat shoutbox, rupanya ramai yang tinggalkan jejak.... Nway, aku tak tahu apa yang disebut nice, menarik n etc. Sebab apa yang dalam blog ni adalah dari insan yang kecik cuma... Apapun thanks sangat2 ye... N lagi satu, insyaAllah aku akan jejak balik korang sume bila aku dapat peluang 24 jam duduk depan lappy aku ni nanti k!hehe.... 

WISH LUCK FOR ME.....

bila la aku nak dpt danbo ni....huhu...SAPA YANG SUDI BAGI HADIAH KAT AKU DANBO???hoho


11 November 2011

"dah lama aku tak sakit"

Alhamdulillah,......akhirnya perjalanan  yang sangat panjang, sangat jauh dan sangat lama berakhir..,.
(10/11/11-11/11/11:  bagan serai-klang-klana jaya-kuantan-terengganu)

Mode: x dpt nak lelap mata lagi sebab letih sangat.....

******

Suatu ketika Saidina Ali menangis.Lalu isterinya yg amat penyanyang iaitu saidatina fatimah dengan lembah lembut bertanyakn keadaan suaminya.Wahai kekandaku kenapakah kanda menangis?..Lalu saidina Ali yang juga merupakan suami yang amanah dan seorang hamba yang taat pada Allah dan Rasul berkata "aku menangis kerana sudah lama aku tidak sakit,aku khuatir Allah tidak mengambil kisah tentang diriku"..


Pengajaran : sesungguhnya musibah itu adalah ujian yang memiliki seribu satu kebaikan bagi hamba yang benar2 beriman dan bersabar kerana Allah kisahkan kita dengan musibah tersebut..



*******

SELAMAT MALAM PADA SEMUA...

p/s : jangan lupa baca doa tido



05 November 2011

kenapa RAYA HAJI best?

subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar

Rasa syukur tak terhingga sebab aku berpeluang balik kampung, walaupun hari sebelum balik (dari pagi sampai malam) menguji tahap kesabaran aku.

Tapi bila dapat tengok muka mak n abah kat Masjid Bagan Serai tu... semuanya hilang, seolah-olah aku tak pernah rasa keperitan n kesusahan sebelum tu.... TERIMA KASIH ALLAH!...sebab pelihara mak dan abah.

Raya haji kali ni, sebenarnya raya haji 1st dengan family sejak aku belaja kat Terengganu tu... ALHAMDULILLAH lagi...heee

Cuma apa yang nak dihighlight dlm entry ni.... KENAPA RAYA HAJI best?

raya idul adha mmg meriah ,tanpa kuih raya, baju raya, mmg tak perlu lagu raya, tak perlu mercun, tak byk yg balik raya, tak prlu program raya tv, tapi meriah dgn takbir raya 4 hari, dan smngat korban.. kpd wanita.. jadilah spt siti Hajar wp suami bukan nabi ibrahim,,sma2 sembeihkan CINTA DUNIA.. dlm jejak Nabi Ibrahim

- kutip dari facebook Ustaz Mohd Zawawi Yusoh-

< MEMANG TERBAIK DARI LADANG!>HEEE............

Selamat Hari Raya Haji pada semua....

venue: Pantai Teluk Cempedak, Pahang.

11 August 2011

perginya mutiara agama. Innalillah...

Izinkan aku post entry ini berkenaan si dia, walaupun aku tak pernah mengenali si dia dan aku takkan pernah dapat mengenali dia lagi. Yang pasti si dia adalah pemuda yang hebat.

Pagi tadi, aku dapat SMS dari seorang kakak sewaktu sama2 belajar di matrik dulu...

KAK CT ---> Salam. AFEZ HASAN - batch bawah akak. Telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi                  kerana terlibatdengan kemalangan di kampung sempang sewaktu ingin pergi menunaikan solat subuh...same2 sdkah Al-Fatihah kepada arwah.
            
Aku baca 2 kali mesej niey... sesungguhnya ajal maut itu di tangan Tuhan.

NURUL AIN --->  Innalillah... Al-Fatihah.

Aku ingat abis kat situ je. Malam niey, entah kenapa aku tergerak hati bukak group "SPK". Then kat situ ada seorang hamba Allah postkan sesuatu gambar. Dan baru aku tahu yang arwah bakal sambung pelajaran ke UMT.

arwah adik afez hasan... otw ke masjid utk solat subuh pg td, dilanggar van di simpang pasir gembur, kampung sempang, serkam melaka.


Pastu, aku rasa terpanggil je nak carik facebook arwah...<MOHAMAD AFEZ>

Alhamdulillah jumpa...

Yang lagi buat aku terharu, terlalu ramai kawan2 Allahyarham yang post takziah dalam wall beliau... Terdetik waktu itu, sapa yang akan baca? Family arwah? Dan arwah takkan duduk depan screen laptop untuk baca semua itu...

Kalau kita fikir balik kan, waktu birthday, ramai yang akan wish..InsyaAllah... Dan kita pon suka, then kita tekan button like... Tapi bila dah jadi camni???? huhuhu

dan sebenarnya aku pon baru terfikir. Macam mana pulak la kan yang akan jadi dengan segala gambo2 kita kat fb... Macam arwah niey, xpe la kan, beliau lelaki dan InsyaAllah dalam kalangan yang pemuda yang soleh.

kalau kita yang perempuan ni camne? aurat2 kite segala bagai... sume tu panggu kita waktu dalam kubur nanti. Kalau baek, alhamdulillah la kan...kalau terbukak sana terbukak sini, terdedah sana, terdedah...takkan kita nak keluaq kubuq then delete sume tu balik kan.. then kita masuk kubuq balik... camtu eh? huhu.....


Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)


If only thou couldst see when the guilty ones will bend low their heads before their Lord, (saying:) "Our Lord! We have seen and we have heard: Now then send us back (to the world): we will work righteousness: for we do indeed (now) believe." (As-Sajdah 32:12)



Dush3!!! Terkena batang hidung aku sendiri...

Ni adalah status yang arwah post lassssstttttttttt sekali kat dalam fb...




macam tahu2 je beliau akan tinggalkan "pekerjaan" beliau di dunia yang fana niey....

Selain tu, arwah pun ada post satu video jugak... 


❀❤ Perpisahan ini ❤❀ ~ 1st Edition ft Aizat




Dan di bawah niey adalah antara dari kawan2 arwah yang post kat facebook arwah...








aku harap entry ini tidak menyentuh hati mana2 pihak. Jujur dan ikhlas, aku hnya ingin jadikan pemergian arwah ini sebagai teladan buat kita yang masih hidup.

 Moga Arwah ditempatkan di tempat hamba2 Allah yang soleh...

AL-FATIHAH...






17 July 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Alhamdulillah...idea yg ntah ap2 suke je dtg waktu nieyh...
Anyway, Alhamdulillah...terisi jugak la umah aku ni....

erm...fb aku ada status baru yang mungkin boleh...



1) buat org fikir aku nak berperibahasa
2) buat org fikir aku sedang meluahkan kata-kata...(perasaan)
3) buat ALONG/ANGAH soal siasat aku....ops!hehe
4) buat org tye aku, "awat ain ni laen mcm ja"
5) buat orang tekan button LIKE
6) buat ckp "lantak ko la, ada aku kesah" hahaha

apepon tanggapan org kita kena hormat sebab different people have different perspectives...

Status niey gara2 aku yang keletihan baru balik dari berkebun ngan abah, mak n amir...disebabkan puasa hari ni, s0 mmg sangat letih...apepon, Alhamdulillah... ;)

Amir mulanya taknak ikut sgt2...sampai kena pujuk berkali2...muncung bukan main lagi...tp bila sampai kebun dye yang paling beriye...suka bukan maen lagi... masa tgah sembang2 ngan mak, mak pon keluarkan la peribahasa niey....untuk tujukan pada AMIR...hihi

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

banyak maksud kan sebenarnya... cer tgok komen dr kawan fb... 

kalau nak baca jugak klik gambo utk dye membesar ye...hee

1) from zati: DAH KENAL CAM CELAKA

erm....kalau realitinya bagi certain org maybe betol....mula2 bercinta bagai nak rak lagi...i luv u. u luv me. cinta kita hidup semati.bila dah kawen u pergi mati la lg senang!...ops!!!(niey pengaruh tv la niey...hehe)

2) from yazif: CINTA ITU LAHIR TANPA KENAL

erm...pon betol gak...bukan betol gak. memang betol pon. cer kita tgok seorang ibu yang nak lahirkan anak. seorang ayah yang sedang menanti kelahiran anak. Cinta dyorg pada anak yang dalam kandungan tu betul TOP TEN! tu tak keluar dunia lagi...tp kasih sayangny....Tuhan saje yang tahu. 

kalau kita baca cerita2 org2 hebat, contohnya Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh...even tak pernah tgok Rasulullah pon, tapi kecintaan pada Nabi Muhammad tu...Subhanallah...kita sebagai umat akhir zaman ni kena betol2 hayati... kdg2 kita just mengaku secara lisan...tp fi qolbi???hati??? 
Same2 la ea kita muhasabah balik.

contoh laen...pernah tgok KCB? Ketika Cinta Bertasbih. Hasil karya dari Habiburrahman El-Sherazy yang mana hasil tulisan beliau banyak memperjuangkan CINTA DALAM ISLAM. Bagaimana Abdullah Khairul Azzam ingin khitbah Anna Alfatunnisa even x pernah kenal pon. see!

CINTA DALAM ISLAM?

erm...seharusnya kita kena selalu ingat yang CINTA bukan hanya terikat atau rigid antara laki dan perempuan. TAPI

cinta kita pada ALLAH
cinta kita pada Rasulullah
cinta kita pada Al-Quran
cinta kita pada Ibubapa
cinta kita pada suami/isteri
cinta kita pada adik beradik
cinta kita pada anak-anak
cinta kita pada kwan2/shbt2
cinta kita pada seluruh umat islam

even pada haiwan pon....

SUBHANALLAH...hanya Allah yang tahu. KERANA DIAlah PENCIPTA CINTA.

bila sebut bab cintan cintun niey, ramai jugak la remaja retua nak amik port...tgok kat fb sudeyh...

kalau yang tgah tggu cinta dari someone tu, ayat dia......
fuh! yang islamik plak keluar segala doa bagai.bgusla kan.. tu antara inisiatif pihak berkenaan....

kalau yang tgah bercinta tu laen plak bahasa bunga2 nye...sendiri boleh tau kan...
kalau yang tgah frust menonggeng tu, segala api2 keluar, kalau tak api, ayat yang keluar sayu je...huhu...

tp kan aku suka baca post dari seorang isteri n suami atau seorang ibu atau ayah...
bila baca senyum je...(telus je.....)

cer tgok plak post dr bakal ibu......rasa macam aku pon nak jadik ibu gak...hoho

dan semua itu disebabkan perkataan ni...---->LOVE


aku pernah baca satu buku karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, beliau ada selitkan kata2

"KITA TAK BOLEH MENCINTAI ORANG LAIN,
SEBELUM MENCINTAI DIRI SENDIRI.
DAN KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI DIRI SENDIRI,
SEBELUM MENCINTAI ALLAH!"

dan aku akan tinggalkan post TAK KENAL MAKA TAK CINTA niey macam niey je...n dengan harapan mata-mata yang membaca dapat berfikir. 

I LOVE YOU...:)



wallahua'lam