Member2

Showing posts with label Pesan Abah Sayang. Show all posts
Showing posts with label Pesan Abah Sayang. Show all posts

25 January 2013

The evening pearl

Alhamdulillah....baru balik dari sekolah adik... Ikut mak abah...

Antara benda yang paling aku suka buat kalau kat umah, ikut mak abah keluar. Tak kira pergi mana pun... Bukan nak kacau mak abah beromantik., cuma menceriakan...hahaha...xleh blah... 

saja nak menghargai peluang menjadi macam 'anak tunggal'. hahaha... 
menggunakan peluang selagi aku boleh bermanja dengan mak abah.., 
sementara ada peluang mengutip mutiara dari mak abah..

dan ia SERONOK!

tadi pun sepanjang perjalanan mak abah bagi nasihat... Ya Allah, terima kasih.... merekalah malaikat yang Engkau hantar di dunia ini untuk menjadi guidance aku.

Mak: akak, kalau rezeki akak dapat geran tu, jangan la lepaskan... banyak faedahnya untuk masa depan akak...

Emak membuka bicara.

lalu abah sambung memberi pencerahan. Gaji yang beribu nanti boleh kita gunakan untuk dekatkan diri pada Allah. Kita boleh tolong anak yatim. Bagi zakat. Beri sedekah. Buat umrah. Buat haji. Sebab apa? Sebab dalam kepala kita akhirat. Bukan bermakna kita tinggalkan dunia jugak. Lagi, boleh melancong. Banyak yang kita boleh belajar dari melancog ni.... banyak ilmu.

Aku mengangguk. 

Mak jugak ada bagi semnagt kat aku. nanti boleh beli kereta impian aku... AKu tersenyummm...

Subhanallah....

Perjalanan yang sangat indah.

Lagi pesan mak abah. Beramal selagi diberi peluang walaupun kita bukan ustaz ustazah. Bukan syarat kita kena jadi ustaz baru boleh amal agama. kadang-kadang yang berpeluang pijak di bumi Mesir belajar ilmu agama pun tidak mengamalkan ilmu... Nauzubillah...

Tapi ini jugak realitinya. Aku tidak nafikan.

Bukanlah aku memuji abang-abang aku. Tapi disebalik sikap mereka itu terbit keinginan, aku jugak inginkan suamiku seperti mereka. Seperti ayah aku. Seperti abang aku. Yang masjid itu menjadi tempat ulang-alik. Yang Quran itu menjadi panduan. Yang sunah itu menjadi amalan. Yang ilmu itu dijadikan pedoman. Subhanallah. 

Ya Allah..mampukah aku?

Okey...termelencong pulak...!hahaha. tapi sebenarnya ni lah yang berlari kat otak aku tadi masa mak abah sentuh pasal abang-abang,...

Indah semuanya jika kerana Islam.

Terima kasih Ya Allah.







17 January 2013

dah seminggu kat rumah...

Alhamdulillah, rupa-rupanya dah seminggu kat rumah...

selama seminggu ni, alhamdulillah., dah buat amali untuk lesen kereta, just tunngu untuk dapat lesen L, then aku nak shoot terus untuk test JPJ...hopefully I can finish it before my internship. Alhamdulillah again, my dad dah bagi full permission  to drive... The moment that I wait most for a long time..

Then, dalam seminggu ni...aku jadi drebar kuda  moto untuk mak.... mak nak g pekan bagan serai, aku tolong rempitkan...mak ajak g kebun, aku bawak.... tuntasnya, dalam seminggu ni tak de sehari pon yang aku tak rempit lagi...

Kat kebun mak abah, aku berkenalan dengan adik. manja gila adik ni... bagus! okey, ni dia yang aku cakap adik tu!hahahaha...hari-hari aku main dengan si budak adik ni...




pastu tadi..... pergi taiping... destinasinya nak pergi hospital taiping... sebelum sampai hospital abah ajak pekena cendol n pesemboq! cun giler. wajib okey kalu mai taiping niey... meletup!



lepas tu baru la pergi hospital.... terus jadi insaf tengok orang sakit. jiran aku masuk icu. dye tengah pregnant 2 bulan. Tapi dalam masa pregnant ni, dye penat... sebelum ni dah 4 kali masuk hospital, tapi kali ni, dia terus tak dpt bernafas... tadi, masa masuk ICU tu,,......mmg mengucap panjang-panjang la kan, kita yang tengok ni pun rasa seriau, tak tau la apa yang org yang tengah mengalaminya tu... tu semua hanya Allah yang mengetahui...


Moga kita yang masih berpeluang untuk bernafas ni, dapat insaf banyak2... istighfar supaya dapat melusuhkan dosa-dosa kecil.... lembutkan lidah dengan zikir,... sucikan hati dengan bacaan Al-Quran.... perindahkan dengan solat-solat sunat...insyaAllah...

Bak kata ayah aku:
 ajal tak kenal usia. kita dah buat persiapan ke arah tu ke belum?



29 January 2012

Tak Ada Jalan Pintas ok!

How your day today? Aku tanya sambil senyum2…

Well… very good!

Really???

I climbed hills up and down up and down so many times.!

Wow!!! Really? Tak tau fasal apa aku excited sangat cakap dengan abah malam tu…

Seronok cakap omputeh ngan abah…sebab abah layan jerr…zzzzZZZzzz

“nantilah, abah nak bawak semua pergi panjat bukit larut”

“alright, abah. Yang tu akak sokong…JOM2!!!”

Hehe…. Excited lagi sebab aku memang tengah nak fix kan badan, nak tingkatkan stamina sebab x lama lagi nak pergi hiking gunung…..wow!

Erm…dalam aku tengah syok2 sendiri tu, abah bagi satu kata2…

Untuk berjaya, kena tempuh setiap halangan. Tak boleh guna jalan pintas. Macam kita merentas desa. Kena lari ikut trek yang telah ditetapkan. Dan pemenangnya bukan berdasarkan siapa yang sampai dulu. Tapi setiap yang sampai ke garisan penamat adalah pemenang. PEMENANG UNTUK DIRI SENDIRI!.

Susah senang kena tempuh. Sebab, THERE ARE NO SHORT-CUT TO SUCCESS…

Tu la sebabnya abah nak ajak kitorang pergi panjat bukit larut. Abah cakap nak panjat bukit larut tu kena rasa segala susah payah nak panjat tu. Tapi lepas dah sampai puncak, akan rasa satu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata2…dan kegembiraan itu akan lebih terpateri bila dah sampai kat bawah balik. Waktu tu akan terasa kejayaan selepas melalui kesusahan yang teramat. Dan abah nak kami semua rasa perasaan tuh!

Begitulah dari abah. Macam tahu2 je yang aku memang tengah dahagakan kata2 semangat seorang ayah.

Terima kasih abah.




ヌルル アイン 

06 August 2011

Penilaian Manusia

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah... Dah hari sabtu... Dah 6 hari puasa... Aku teringat balik apa yang terjadi kat aku masa minggu lepas? dah seminggu dah rupanya.... Kejap je masa berlalu.... 

Masa seronok tengok mak abah makan td (ak?.....x lalu makan....x th mana pergi selera makan tu....tp usaha jugak abiskan nasik kat dlm pinggan tu.... ) tetiba abah sebut "NAFSU" sambil pandang kangkung yang dah direbus....

respon aku----> Errr? sambil kerut dahi... ok aku tau abah ada something nak ckp. Memang style abh cenggitu...

Abah pun bgtau, mulanya masa mak tengah cabut kangkung, abah rasa macam sikit. Tapi bila dah ada ni, x abis plak....errmmmmm....

pastu abah tye aku? maksudnya apa tu....

ok, aku blur...aku buat respon yang sama...hehe....

Abah ckp manusia ni, selalu buat penilaian berdasarkan perasaan... Tu sebab selalu penilaian manusia ni x betul... 

Penilaian berdasarkan PERASAAN???? camne tu?

ok, contonya.... Kalau kita tak suka seseorang tu, boleh jadi semua benda yang dia buat, kita X SUKA... semua yang dia buat kita REJECT! walaupun apa yang dia buat tu betol, tp sebab kita tak suka dia, SO semua kebaikan yang dia buat, kita just nampak keburukan...

Sama macam bila kita dah suka seseorang tu.... Semua benda yang dia buat betol... semua benda yang dia buat kita ACCEPT! sebab? sebab kita suka dia... Jadinya, even dia ada buat something bad pun, kita dah x nampak....sebab nampak buruk yang kat dia semua baik....


masa abah bg ckp2 niey, aku tgok balik diri aku....huhu,... Pernah tak aku buat orang macam tu? erm...., Alhamdulillah, at least ada jugak pengisian untuk sahur aku arini.... 

Abah sambung lagi... tu sebab peguam, selalu buat penilaian by objective. sebab nak elak bias.

Terima kasih, abah. hee~~~