Member2

Showing posts with label cintan cintun. Show all posts
Showing posts with label cintan cintun. Show all posts

10 December 2012

Misi pencarian adam mukhris


Wahahaa….. ni ap kes? Bajet jadi ain hawani? 

Tu lah, tgok…aku dah perasan. Sapa suruh panggil aku ain hawani lagi..kan dah nak cari adam mukris… 
lol :P

Lpas abang aku kawen ni, tetiba tercalit atau terpelanting jugak la aura tu sedikit sebanyak kat aku… 
OK GATAL DI SITU!

Ye lakan… lepas no 2, mesti no3… tp klu takdir no 4 dulu…siap la adik aku…
aku mintak 1 set barang kemas!hahhaa…harus la kan....

Ok… tahniah lagi pada angah n k.ngah… sweet u olls taw… mesti lg sweet percintaan kome berdue kan… bercinta lepas kawen gitu!

Ceeewwwaaah… tetiba si adik yang comel ini pun ingin mengikut jejak langkah abangnya…

Tp available lagi ke aw0k tu ain?

Ehhh… of kos la aku AVAILABLE lagi… selagi tak ada mana2 laki datang jumpa mak dan abah menyatakan niat yang ikhlas itu, aku still AVAILABLE ok.! MUKTAMAD…

Abah pernah pesan kat aku… laki yg gentleman itu, bila mana dia dah bersedia jumpa mak dan abah…

So..aku ikut je la apa yg abah aku kab0…

OK AIN! STOP BERANGAN.. G CARI TEMPAT PRAKTIKAL TU CEPAT.
DAH BULAN 12 DAH NI!









20 May 2012

kesah chenta

mode: lusa ada test... tolong bacakan...hihi

*****

Selama 3 tahun di UMT ni, terlalu banyak kesah chenta yang dikongsi kepadaku... Dari aku 1st year sampai la sekarang aku 3rd year... Kesah-kesah orang disekelilingku.... ada manis, ada pahit, ada tawar, ada masin... semuanya telah jadi rencah dalam percintaan .. dan aku sebagai adik kecil mereka inilah yang menjadi tempat luahan hati perasaan mereka...dan sekarang apa khabar chenta mereka sekarang? 

RIMAS??? sudah tentu tidak. Sebab kesah-kesah ini yang mengajar aku untuk aku melakar kesah percintaanku dengan orang yang aku cintai...  PERGH! ayat nak jiwang ajerrr...kui3....

Dan hari ini, aku terima lagi satu kesah chenta dari seorang kakak yang rapat jugak dengan aku barangkali,....

Moga akak kuat ye....biarlah si dia pergi dalam arus kehidupannya... akak di sini perlu teruskan kehidupan akak... Yakinlah akak, sesungguhnya DIA telah menyimpan seseorang untuk akak... 

*****

p/s: daripada seseorang yang tidak menjaga asas dalam kehidupannya yakni solat, maka berfikirlah sejenak... adakah mampu si dia menjaga perkara yang lebih besar atau menggalas tanggungjawab yang lebih berat jika amanah untuk diri sendiri itu tidak boleh untuk dilaksana... fikirkanlah...

pada bakal suami aku... bersediakah kamu untuk menjadi imamku??? aku terlalu rindu untuk menjadi makmummu.... moga kita dapat berjumpa pada hari bahagia itu. 

******

ok fine....siapa yang nak muntah dengan statement di atas, persilakan... mode: jiwang di tengah malam...haha... nway, dalam kejiwangan itu sebenarnya menyatakan keseriusan aku ok!




ヌルル アイン


10 August 2011

AKu kena kejar Ular!!!

Alhamdulillah...sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang kita tak terhitung. JOm sama2 kita ucap syukur pada Allah Taala....

Hari2 aku boleh duk depan laptop then online....nanti dah balik kampus, aku tak tau la bila boleh online. tambah2 aku duk hostel nanti...Memang kempunan la aku nak meng'online'....

OK, back to the topic.! serius ni! betul! Janji x tipu.

Ni semua cerita yang jadi masa sem lepas. 2nd year 2nd. I mean masa sem 4 la... ok masa tgah cuti, F.A.F.A (kak Farah, Ainatul, Fatimah dan Ain) pergi z00... then aku yang suka buat keja nakal niey g kacau tempat ular.... maen2 dengan ular tu...macam nak tiru gaya Harry Potter pon ada gak...konon nya la...padahal aku saja ja... 

Maen punya maen, sampai aku tak sedar yang kawan lagi 3 orang tu dah jalan jauh... xpe la kan, jap lagi aku kejar balik depa tu.. tetiba aku nampak ada seekor ular tengah gerak ke arah aku... huhu.. cuak giler waktu tu..then, aku pun lari la kan..takkan aku nak tunggu situ ja kan....

Lari dan lari dan lari.....aku nampak pokok...x sangka plak aku boleh panjat pokok tu... ntah mana ilmu aku dapat..., Maybe sebab adrenaline aku dah tinggi tahap giga kot. Cuma yang aku pelik, kenapa ular tu tak naek atas pokok tu... Bukan ka ular reti panjat pokok jugak????

Sedar2 ja, hari dah pukul 6.45 pagi.... OK, aku dah bangun lambat.....huk3...

Tapi masa lepas bangun tidoq tu, memang hati ak tak tenang. Dah la mimpi ular... 
Bukan ka kalau mimpi ular tu petanda x elok...


Lepas abis 'khidmat diri', aku terus bukak lappy...terus pergi kat satu website niey.... nak tgok ap aku jumpak??


Lagi la aku cuak kan... Then, aku cakap la kat bebudak niey.... aku ckp yang aku kena kejar ular...
Thnem depa gelakkan aku...

Fatimah siap tya lagi, "ain, ko kena patuk x?!"
Kak farah, "ain, ain jangan langkah bendul...."

Adeyyy....so no wonder la kalau sekarang ni ada yang tanya aku "AIN, KO DAH TURUN POKOK TU KA BELUM?" haha

Tak pun kalau aku nak tidur ada ja suara yang ckp... "AIN, AKU DOAKAN KO MIMPI KO TURUN DARI POKOK TU THEN KO KENA PATUK!" pastu, mmg gamat la bilik kan....

Aku.... "MASALAHNYA AKU TAK TURUN2 LAGI"...kui3....

h0h0...kerana 1 mimpi, melarat 1 sem...aku tahu, ini hanya mimpi. dan tafsir mimpi itu hanya tafsiran... tak boleh percaya kot... Tapi yang tahu itu semua YANG MAHA MENGETAHUI kan.... 

Sebenarnya aku dah sangat rindu pada mereka... tp terkeluar pulak cherita ni....erm, layannnnn...zzzZZZzzz!

Nanti lah, kalau aku mimpi kena patuk tu, pastu Allah izinkan ada org masuk minang, i'll inform k. haha... (tp kalau waktu bertunang, kena rhsiakan)...kalau gitu, time nak kawen la ak bgtau....h0h0

berangan! ain, hang tu baru ja nak masuk tahun 3...hang jangan duk gatai sangat noooo! hehe...cakap macam hang tu dah ada ja kan, padahal available lg kot...ok! tu je sebenarnya....

diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda; kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama 40 hari.sebaik sahaja genap 40 hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. manakala genap pula 40 hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat supaya meniupkan roh dan memerintahkan menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya smada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. maha suci Allah di mana tiada Tuhan selainNya 
(Sahih Muslim, kitab Takdir, No:4781)

dari hadis di atas, ternyata jodoh kita telah ditakdirkan sejak azali lagi.

SO, memang sapa yang tak pernah jumpa pon, kalau mmg jodoh dye, takkan kemana jugak kan.... sama jugak, yang berkapel bertahun2 kalau bukan jodoh dyorang, takkan jadi jugak kan.... Jadinya, sekarang sama2 la kita berdoa k!



=)

03 August 2011

Pesan pada DIRI

Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. 
Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana, 
sekali kau dilukai,sampai bila2 tetap kau ingati.. Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam 
memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai 
sekeping HATI..

Cintailah pasangan kamu kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia
 dengan kelebihannya... Dan jangan pernah mencintai pasangan kamu dengan kelebihannya, 
kerana suatu saat nanti kamu akan kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...


"Cintailah kekasihmu dengan sederhana saja, boleh jadi kelak dia akan menjadi musuhmu, 
dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja, boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu."
Hadits ini dishahihkan oleh Imam al Muhaddits Al Albani (lihat Shahih at Turmudzi lil Albani, hal. 1997 dan Ghayatul Maram fi takhrij ahadits Al Haram wal Haram hal. 472)


Al Hasan al Bashri rahimahullah berkata, "Cintailah sekadarnya dan bencilah sekadarnya, sungguh telah berlebihan suatu kaum dalam cinta kemudian mereka menjadi hancur kerananya, dan telah berlebihan suatu kaum yang lain dalam membenci kemudian mereka menjadi binasa."







10 July 2011

Wanita, Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata?

Alhamdulillah...tgah jalan2 kat facebook sambil mengharungi lautan bersih, aku terjumpak satu artikel.

Kalau dulu aku nescafe copy paste pasal kaum adam, ari ni suka plak aku nak nescafe copy paste pasal hawa.

BUT..dont worry...aku akan letak sumber mana yang aku dapat...x nak r curik  amik senyap2 kan...heee


*********


” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami,penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Sekian.


SUMBER: myilham.com.....untuk pergi, tekan KLIK



********

p/s: boleh je kan aku klik button share kat fb tu...tp x sanggup la...sebab aku lagi sanggup share kat sini. supaya aku leh share dengan hati aku, hati kita sume...InsyaAllah...

BUKAN BERMAKNA AKU DIAM AKU TAK CINTA
 TAPI AKU LEBIH DIAM UNTUK LEBIH CINTA





03 March 2011

hal tntg suka suki

hmmm...post kawan2 fb malam niey mcm sume tgah layan feeling je...

aku suke sgt dgn salah satu post sorang budak kosmate ak niey... Nurul Ain Shohor likes this
YA ALLAH...jika dia benar untkku,dkat kn lah hatinya dgn hatiku..jika dia bkn milikku damaikanlh hatiku dgn ketentuanMu...kalu dia pon rase mcm sy rase, he will move the next step...cause sbg gurl stakat nie jer sy leh buat..tp xtau la kalu die xdpt fhm hint2 yg dh ade...
to you (kosmate ak  a.k.a cik Fad..) :moga awak sabar dalam menanti dye tu ye...InsyaAllah ad jodoh x ke mana...wink2~~~[kenapa aku yang mcm excited terlebih nieyyyy..hee]
ap pon, bila sebut pasal bab perasaan niey, mmg ak bukan arg yg arif la kan (sapa la aku kan, hny budak baru belajar)...SEBAAB ak sendiri pon belum ada seru lagi untuk ke stage tu... 
salalu je gurau dgn budak2 sengal rumet ak... "KALAU GINI, AK NAK LETAK IKLAN LA KAT FB, SAPA YG NAK KAWEN NGAN AKUUUU?'' ntah ap2 kan.... kembali pada yat td... HANYA GURAUAN sekadaar untuk hilangkan tensi.... betol niey... janji x tipu!!!
N kat sini gak nak ucap tahniah sgt kat kawan kisas ak... dah nak kawen pon dye...rasanya esok walimah.... moga awak (syakirah rosli) dan pasanagn sentiasa berada di bawah rahmat Allah, bahagia hingga ke anak cucu akhir hayat! niey org 1st tau yg kawen dalam batch kitorg.tu yg excited sikit niey...
N minggu niey jugak, KAK F_R_H dapat kol dr mak beliau, kata ad orang merisik.................! pergh, bukan akak yg excited. kitorang ni haa yg lebih2 excited! nak dpt abang ipaq kannnnnnnnnn!h0h0
p/s buat kak F_R_H....erm, x kesahla mende yg tu gurauan ke serius ke, ain harap akak sentiasa bahagia... akak bahagia, ain lagi3 bahagia untuk akak... (ayat mintak sponsor utk seminggu...heee, x de lah, gurau jerrr...wee)
erm... apepon, post niey hanya nak xpresskan rasa gembira aku terhadap kebahagiaan org2 yang aku kenali,... ak ingat lagi masa tgah borak ngan mak...
''mak bgtau sume niey bukan kenapa pon, tp akak bakal tempuh semua tu...nak tak nak akak mmg akan tempuh, jadi akak kena beljar sikit2 dari sekarang, jaga diri akak ..............'' (panjang lg la nasihat mak kan) hee~
buat emak a.k.a ibu a.k.a mama a.k.a mommy yang TERSAYANGGG,: mak, insyaAllah... akak akan cuba jaga diri, akak akan dengar segala nasihat mak pada akak,...mak doakan akak ye... -dr seorang anak yg sgt merinduimu
so? AK BILE LAGI???hhmmmm....cukuplah ak kata belom tiba masanya, sekarang niey kena fokus dulu kat study... InsyaAllah,.. JIKA TEPAT MASA, KETIKA, KEADAAN DAN SIAPA, CINTA ADALAH KUASA YANG TIADA BANDINGANNYA

nurulainshohor
 
 

10 September 2010

in relati0nship

terasa bangat nak luahkan sesuatu yang lama terpendam...hukum fitrah yang menjadi fitnah... aku niatkan apa yang aku tulis ini adalh untuk diri sendiri dan mata lain yang sedang membaca dan mata-mata yang lain... (k, dah tak mau merapu)

ari itu aku borak ngan cousin aku... biasalah kalu kitorang borak, mesti akan selit pasal relationship...

RELATIONSHIP?
ADA APA DENGAN PERKATAAN RELATIONSHIP?
LIHAT SAJA DI FB...
CONTOH: Si Pulan is relationship with....Si Pulin
hmmm....mcm2...
tp, yang tu la maksud relationship yang aku nak bgtau...

PERLUKAH...
once kita ber relationship, kena msg blue tiap2 hari...
kalau tak merajuk...
PERLUKAH...
once kita ber relationship, kena dating tiap2 hujung minggu (at least)
kalau tak muncung mulut mengalahkan ikan todak!

PERLUKAH...
once kita ber relationship, kena pegang2 tangan...
kalau tak...KITA PUTUS SAAT INI JUGAK!!!

PERLUKAH...
once kita ber relationship....ap2 lagi contoh yang dirasakan tepat

COME ON LA...

PLEASE...JGN JADI MCM BUDAK2...

SECARA TAK LANGSUNG, msg blue2, dating tiap2 masa, pegang2 tangan n etc dah jadi macam simbolik kepada insan-insan yang sangat bertuah ini... kalau tak de adegan2 niey, maksudnya "kita" bukan lagi in relationship...huh!!!

KITA DAH DEWASA...

PLEASE.... BERFIKIRAN MATANG DAN PROFESIONAL...

 if in relationship pown, biarlah menjadi seorang yang membina...yang kukuh matlamatnya untuk mendirikan mahligai bahagia bersama orang yang tersayang... then, insyaAllah...



pesanan penaja: saat anda baca post ini, tolonglah jadi seorang yang terbuka yang memandang dari segenap sudut.



me..................hehe..


syifaaulQ0lb

24 June 2010

HADIAH DARI ALLAH

Sekali lagi tangan ini membuka buku itu... sekali bukak terpampang satu tajuk yang buat saya tersenyum...
buku apa tu? Erm, buku daripada ustaz Pahrol Mohd Juoi..TENTANG CINTA…pada anda yang tak baca lagi, sukalah di sini utk cadangkan anda baca… bukan nak galakkan kita bercinta, tapi jika kita nak bercinta pown, biarla dgn cara yang baek… btol tak…

Tajuk kecik yang jadik tumpuan saya, Hadiah Dari Allah..tajuk ni dari     BAB 1 iaitu Titanic Yang Tenggelam.. best kan tajuk dye...


******
CINTA umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada Pemberi hadiah?