Member2

Showing posts with label my internship. Show all posts
Showing posts with label my internship. Show all posts

21 March 2013

pujian hangit

Alhamdulillah, tamat hari ini. Hari esok??? Moga lebih baik dari hari ini..

Salah SATU perkara yang aku tak suka ialah KENA PUJI. Pelik? Bagi aku maybe. Ada orang memang suka kena puji,. Dan bagi golongan ini kena puji ini adalah satu penghargaan yang sangat besaaaq!

Bagi aku, pujian ni macam pedang ka pisau ka yang pelan-pelan cucuk hati sendiri. Tak rasa sakit tapi sebenarnya dah berlubang... *hampa tak paham lantak pi kat hampa...hahaha. 

Tapi ni yang aku rasa. Dan ada sebab aku tak suka kena puji.

1. Boleh buat orang disekeliling kita rasa 'tak sedap' hati ngan kita
2. Boleh biakkan penyakit PHD.
3. Boleh merebakkan penularan virus Berlagak
dan lain2 kot

Paling aku rasa hot bila orang puji sebab nak compare me'ngompare', sebab nak tengok kawan kita jeles ka tak' n bla bla bla

Hampa ingat aku hadap sangat ka pujian hampa yang tak ikhlas macam tu. (ok, ni macam tengah marah. haha...memang aku tengah marah).

CONTOH:

A bersahabat baik dengan Z. Dan A & Z sentiasa buat kerja bersama-sama. Bila dah buat benda sma-sama, kita mesti boleh tengok setiap kekurangan dan kelebihan masing-masing. Dan pada suatu hari di tempat kerja dan bersama orang-orang lain.

BOS: A saya rasa, awak bagus di bahagian RnD. Untuk Z, sy still cari lagi
Orang2 lain: wo wo wo...A kembang, A kembang...
BOS: Z, Awak jangan jeles pulak 

******

OK. AKu memang rasa nak tampar. Boleh tak jangan cakap camtu. Bayangkan kalau aku duduk kat situasi A. Kemungkinan aku boleh rasa happy gila gila tahap dewa sebab bos cakap macam tu. Camna pulak kalau aku duk kat situasi Z? Kalau aku , memang kita bersahabat baik, tapi kita mesti akan terasa something bila bos sendiri cakap camtu kat depan orang ramai. So, klau tak banyak, sikit la akan rasa terkilan. tersentap. Terhilang mood. 

Mungkin orang akan kata, kenapa tak take positif je sume ni. Tapi dalam real life and real story, it is NOT. Kita manusia. Ada emosi.

******

Dalam situasi kat atas, memang buat aku lagi benci kalau kena puji lebih2 lagi kat situasi macam ni. Sebab aku lebih sayangkan persahabatan. Dalam hal ini, aku lebih impikan  pujian dalam keadaan yang lebih profesional. Lebih privasi. Bukan seperti di atas.


Bohong la kan . Aku pun manusia. Sikap untuk dihargai itu memang ada. Tapi biarlah berpada. Ada paham? Biaq kena ngan tempat. 

Dan pada aku, pujian macam tu bukan boleh tingkatkan semangat kita tapi lebih menjatuhkan kita lagi. Boleh lebih buat kita rasa sangat down.


*****

Mungkin ada nilai positifnya di sebalik pujian yang sebegitu rupa. Tapi aku tak suka. Paham tak aku tak suka. Paham tak! (hahhaha, emo lebih je kannnn...) . Pada aku, betul...ia akan jadi positif bila kita pandang dari sudut positif, . Tapi dalam hal ini, sikit susah, sebab lontaran pujian itu sendiri berada dalam ambang negatif. Perlukan kekuatan stamina yang positig giler untuk lenturkan aura negatif tu.

haha...ayat sedikit merepek. Tapi paham je la ye...kui3

*****

hehehe.... terpanjang pulak pasal puji muji ni. TAPI bagi aku tak payah la pulak puji diri sendiri kan. Orang sekeliling akan dapat kesan kerja kita ok ke tak tanpa kita angkat bakul sendiri...


*****

memang banyak pengalaman waktu praktikal nieyh.....










18 March 2013

Welcome sis to the H

OMG!!!! Oh My God... (buat gaya macam kalut sikittt..hehe)... 
Astaghfirullah, bukan OMG, tapi Astaghfirullah... 

Hari ni memang semua panas. Hati panas. Jiwa panas. Hari panas. SEE... aku tengah buat apa? Aku tengah mengomel, tengah merungut, tengah bla bla bla...hmmm, tahu x elok, tapi tangan ni tak berhenti pulak menari atas key-board ni...

Bila aku rasa something bad kat sini, aku tak tahu nak buat apa. Hanya bisikan sabar je yang mampu. 

Tak pe lah. Lupakan.

Tadi ada sorang sister masuk kat ruangan menunggu company. Aku tenung dia dari jauh. Dia ni nak jual barang kah? Nak mintak kerja kah? Nak jumpa bos kah?

Sebelum lunch, tegur dye... "erm, tunggu bos ke?, untuk apa ye?" hahaha...nampak mcm penyibuk tak.

"saya mintak keje kat sini"

"as a?" hahaha.....apa la aku g tanya menda ni...

"pembantu buat coklat"

mata aku bulat tapi just bibir aku ni, cuba ukirkan senyuman. 

Dalam hati... why u come to hell???

hahaha,,,tak baik giler aku nieyh. sis tu nak cari rezki yang Halal. Ok lah. aku harap dia ok. Dan dia akan masuk kerja esok!

WELCOME SIS!

17 March 2013

jejalan ke GM

Alhamdulillah, hari Ahad diisi untuk meluangkan otak ke tempat lain. Tengok apa yang ada di sekitar Klang ni. Jadinya tempat yang menjadi pilihan GM Klang...

NOt bad la tempatnya. Banyak barang-barang. Dan bagi aku memang paradise la untuk pemborong-pemborong. hihi

Gambar ihsan dari Uncle Google

ubah style jap.....sumpah aku x selesa...kui3


kena tipu. rupany ni mainan jep...

barang2 kawen2...murah kowt...jalan2 je


view dari atas..

k.ijat..... tunang org ye ni

santapan


member baru. su namany. ni pun dah mak org ye..


SOOOOOO

aku sorang je yang single n available....hoho

ok, xde motif...haha


13 March 2013

Minggu ke-4

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-4 dalam latihan industri...

Dah 2 minggu berada di production line. Subhanallah, letih sangat. Kadang-kadang terselit jugak di hati sampai bila duk kat sini untuk gantikan staf company yg berhenti kerja tu. TAPI kalau fikir dari sudut positif, memang banyak belajar camne nak buat coklat. Skill baru tu pada aku yang memang totally zero about chocolate world. Alhamdulillah. Dari tak tahu apa-apa, dapat buat coklat guna mesin2 yang ada. Bos pon macam dah bagi kepercayaan kat aku dengan kak ijat buat. 

DAN

benda yang lagi buat aku fikir positifffffffffffffffffffffffff..... sebab dikira GAJI. sepanjang berkhidmat di production line, sepanjang staf baru tak masuk lagi, kitorang dikira buat part-time. PERGH! masyukk la bulan ni. Tak kira lagi OT je sepanjang hari. order banyak kan...hehehe.....

TAPI

Abah ada pesan... jadikanlah pekerjaan kita itu sebagai ibadah. Macam mana nak jadikan dia ibadah? kena ikut syariat. Simple je pesanan abah, tapi sangat mendalam maksudnya...

04 March 2013

10 jam

Bismillah...Alhamdulillah...

Hari ni, 10 jam berdiri di bahagian production.

YA... tempat aku praktikal hanyalah company kecik dan tidak besar. Staf pon tak ramai. DAN bila staf kat bahagian production tak ada, maka bermula lah travel kami sebagai student praktikal.

Bertemankan sifu, iaitu bos sendiri... muka aku mula cuak dan pucat. Walaupun sebenarnya rasa happy sebab dapat peluang buat tu buat ni...

Dalam masa belajar tapi sebenarnya rushing menyiapkan order tu, ada salah silapnya. Bos tak marah...tapi bila dah buat selalu,,, tercabar jugak sabarnya kan!!! haha..... tp bos tahan... caya la bos... ketaq lutut oooo...

Dan masa buat coklat tu jugak, tak sempat untuk aku gelak ketawa, borak-borak, snap2 gambar... alahai...sempat lagi aku fikir nak snap gambar... dengan nak siapkan tempahan 4000 gold bullion, 150 pencil choc n laen2 lagi td... ap mende sume tuh? nnti klu sempat aku snap esok! hoollaaa...

Apapun syukur pada Allah, sebab memang aku belajar hari ni.. sekali lagi erti real life. waktu praktikal ni sebenar2 nya pengalaman... pengalam untuk mengenali alam pekerjaan...

25 February 2013

muffin praktikal

Alhamdulillah... Harini 1st time rasa seronok waktu praktikal sebab DAPAT BUAT MUFFIN!

oyeeaaahhh.... muffin. harini kena siapkan tempahan 300 biji muffin. dan bos suruh aku dan k.ijat join production untuk buat muffin...

Rasa happy sebab aku suka sangat...well, jiwa kan sebati ngan bakery. tapi xde peluang. Then, alhamdulillah, hari ni peluang depan mata Allah bagi cara belajar. Mula-mula terkial-kial jugak... Tapi lepas kesabaran kak Hus didik aku.... weeee~~~ Alhamdulillah... 

Akhirnya! aku dah reti buat muffin....






DANNNNNNN





22 February 2013

People leave managers, not companies

Citer pasal tempat praktikal lagi...

Alhamdulillah.... dah lima hari pun rupanya kat tempat praktikal. dah lima hari rupanya bertapa di office ni... oooooohhhoooii... aku rasa kan, aku leh kurus la duk sini, sebab x lalu makan duk sini..dah tak kesah dapat makan ke tak....ok, tetiba...ahaks

Then, dah hari ke-5 ni, dapat la tolong kat bahagian production... dapat la aku pening otak pusing wayar fikir camne nak implementkan halal kat produk company ni...perghhh!!! dari zero ok. dah macam Halal Executive dah aku rasa...tp UNOFFICIAL la...haha

Kalau aku kata kat sini tak best, bila tengok-tengok kawan aku yang duk ngomel pasal tempat praktikal dyorang tu, aku rasa aku kena bersyukur kot. Even kat sini tak besar macam company dyorang, amik kau,! kegheje kau memang kena tepat sebagai FOOD TECHNOLOGIST! Mungkin Allah nak suruh aku praktikalkan konsep syukur kot kat sini... Praktikal rohani sekali... heee...Ni namanya husnuzhon..^^

Tapi satu je masalah yang aku detect kat sini... Manager kat sini tak berjaya ikat hati pekerja. Kalau aku duk kat bahagian production, gila telinga aku ni...tapi dengor je la ye... Kalau duk opis, sama je ceritanya, cuma scene berbeza... adddooyyyy.... SEBAGAI BUDAK PRAKTIKAL, just pandang tengok lihat dengar... *pandang tengok lihat bukan sama ke?...

Kat sini je la aku mampu luah, aku mampu tulis...malas la kat fb... rasa tak selesa pulak... nway, aku cuba buat yg terbaik..  


i'm strongly agree with the statement..." People leave managers, not companies"

20 February 2013

reality oowww!

ok.tempat praktikal.

satu je aku boleh simpulkan...PATUTLA ORANG MELAYU TAK BERJAYA BERBISNES.
 dah! xnak cakap n komen banyak2,..

Haha,,selumber badak aku je kan kata camni..x sedar diri., dah la baru jadi student praktikal., nak tunjuk pandai pulak kan..apa kau ingat kau pandai sanagt ka ain..haha. =P

Tapi betul la, dah keje ni, even bape kerat je staf2 dye... rupa-rupanya cerita carekarama yang duk tayang kat tv3 tu benar dan sahih belaka... aku kat sini tadah la telinga dengar citer kak2 yang keje kat sini. YUP! sememangnya realiti. memang real. 

Bila dengar story teman sebaya yang dah berlaki dan dah ada anak, lain pulak kisahnya. perit sebenarnya hidup dia. Tapi aku just boleh tolong sikit2 je la... takat nak tadah telinga, bagi sikit opinion, bagi sikit kata semanagt, boleh la... aku pun xde experience... 

dan betul cakap, cakap Dr. Muhaya... 
AUDIT BALIK DIRI SENDIRI. kalau kita ada masalah dengan hidup, cek balik HDA (Hubungan Dengan Allah)..

Seronok dapat dengar cerita akak2 kat sini. Hope dyorang happy. InsyaAllah, Allah itu Maha Adil. Dan setiap apa yang Allah izinkan terjadi itu ada hikmahnya. Yakinlah pada Allah.



19 February 2013

intern 2: jumpa 3 bos

tarikh:18/2/2013

Alhamdulillah...tamat hari pertama sebagai student praktikal...walllaaaaahhhhh....hee...^^

Pagi tadi., dah masuk production room. Tolong buat coklat. Boleh dikatakan new thing la sbb dapat tolong buat coklat coral... kata staff kat situ, coklat tu quite mahal... xpela...tolong je kan...before jumpa bos

SELEPAS itu... jumpa bos-bos. Ada tiga org bos. hahaha...nebes jugak mula-mula... pastu last2, "bos, boleh x kalau kita inofficial?" naseb baek bos ok. Tapi sbg student n sbg pekerja jugak, mesti ingat, kita mesti jugak kena ada gap dengan bos. Kalau tak susah untuk bos give the order and kita sebagai pekerja susah untuk accept the order.

ada faham?? ngeh3....

Selepas jumpa bos, maka ada la tasknya...haha...





17 February 2013

Intern 1:kena tinggal

Alhamdulillah...segala puji Allah...

Sekarang aku jadi orang Klang balik. Maybe dalam 4-5 bulan jep... Touching sangat bila nak berpisah dengan mak abah tadi. Tak tahu kenapa. Barangkali takut untuk menghadapi satu lagi episod baru dalam kehidupan. Entah apa yang akan kulalui sepanjang musim praktikal ni...

MOGA SEMUANYA LANCAR.

Setakat ini, aku hanya akan terima dan fikir apa yang akan aku lalui...itu saja!

Pastu...aku akan proceed ke step yg lain. wow! asal nampak macam aku tengah 'something'?

Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku di sini. Aku yakin.

Tolonglah, Ya Allah, aku hambaMU yang lemah. Lindungilah daku. Bimbinglah daku

******

Teringat waktu mak abah cakap pasal aku...

"akak ni, asyik dapat tempat jauh-jauh je" abah said

"aah, mak abah asyik bwk akak ke tempat jauh" emak continued

me---> "tulah, lepas ni mak abah tolong la doa akak kawen ngan org dekat2" 
hahahaha...xde kaitan kan.. tpi nasib baik x kena hentam balik ngan mak abh.

"kalau akak kawen dengan orang dekat pun, akak ngan dia maybe keje jauh jugak" emak said

haha...tak kira! dalam hati...

******

harapan aku: aku dapat belajar sepanjang praktikal di sini.