Member2

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

26 April 2013

kitakah anak-anak itu?




Ya Allah....
 izinkanlah kami adik beradik menjadi anak yang soleh dan solehah. 
Ya Allah...
Izinkanlah kami adik beradik dapat menjaga kedua ibu bapa kami sehingga akhir hayat mereka.
 Ya Allah...
 Ketemukanlah kami di dalam syurga. Ya Allah, peliharalah kasih sayang kami sekeluarga.
 Ya Allah... 
kabukanlah doa kami.

26 January 2013

finished "Sebelum Aku Bernikah"

Alhamdulillah....i'm already finished "Sebelum Aku Bernikah" (SAB). Karya Hilal Asyraf (HA).

Sangat bermanfaat untuk pemuda pemudi. Remaja remiji...

Ye la kan, tambah-tambah yang umur macam aku, topik bualannya kalau dengan kawan-kawan tak sah kalau bukan topik kawen. Kalau bukan topik kawen tak sah. Ulang lagi, kalau bukan topik kawen, tak sah.

So far, bagi aku....buku ni perkongsian dan buah fikiran yang sangat baek dari HA. Bahasanya pun hanya santai. Tak berat untuk difahami. Tak susah untuk dihadam. 2 hari jugak la aku baca buku ni.

DAN...konklusi dari buku yang 201 halaman ni,....

Sekiranya benar-benar cinta, mahu bersama ke syurga. Segala perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta (Asyraf, 2012)

Kalau orang tanya aku, apa yang aku dapat dari buku ni, aku akan jawab yang kat atas ni. Dan aku sangat setuju. Nak lebih tahu isinya, sila beli sendiri..hahaha... sebenarnya aku pun nak carik buku ni, nak beli untuk jadi harta sendiri. ni pun aku pinjam dari member. 

Tapi ada lagi satu buku yang aku nak cari, Cinta High Class. maybe agak ketinggalan untuk aku, tapi ade aku kesah????hahha..InsyaAllah, ada rezki, aku akan dapatkan dua buah buku ni. 

Bagi pendapat aku, pada usia sekarang memang patut fikir bab kahwin ni. Tapi bukan hanya sekadar fikir. FIKIR DAN BUAT PERSEDIAAN.. persediaan menghadapi alam rumahtangga. Macam abang aku pernah cakap, kita kahwin ni memang sehari, tapi kita berumahtangga bukan sehari. Betul jugak...hari perkahwinan kita maksudnya kita berkahwin dan ia sehari cuma. Tapi rumahtangga ituu......hmmmm....

Bak kata HA lagi dalam SAB,

Cinta adalah usaha memperkasakan ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan diri. Cinta adalah usaha mempunyai kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan berkahwin.

Dan aku mengangguk tanda faham. heee...^^



*************

Teringat satu malam, adik aku, AMIR...tiba-tiba tanya abah...

"Ayah ayah, bila kak ain nak kawen?" (dalam adik beradik aku, amir sorang yang panggil ayah, yang laen panggil abah)

Aku????erm, pehal budak ni kan...tapi bagus gak dye tanya abah...hehehehe

Abah jawab, "tanya kak ain, dia dah ada ka belum? kalau dah ada mai umah, malam ni pun xpa...jumpak mak abah"

hehehe,....aku senyum....then balas

"Amir, tanya kat ayah...bukan ke ayah nak cari"

Hahahahaha...boleh pulak main pass2.... 

Bagi aku sekrang, x kira sapa... pilihan mak abah ka...pilihan aku sendiri ka.....

Kalau mak abah ON, aku ON...InsyaAllah....

Dan aku, bukanlah terlalu demand.... cukuplah aku sematkan dalam doa setiap lepas solat....yang boleh membimbing aku, yang boleh menyayangi aku, yang boleh menjaga aku....

Dan sangat memadai bagi aku jika dia seperti kriteria Ustaz Azhar Idrus cadangkan....


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu) 




ok...cukup sekadar ini...wallahualam... 















28 August 2012

ustaz DON


Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)



Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...


04 May 2012

kebaikan itu

Assalamualaikum...Salam Hari Jumaat.... JOM ucap Alhamdulillah.... Allah kurniakan hari Jumaat pada kita semua untuk terus mengingatiNYA... hehe...

******

Buatlah kebaikan selagi termampu
Buatlah kebaikan walaupun pahit
Buatlah kebaiklan seikhlas mungkin
Moga dengan kebaikan yang mampu, yang kecil dan yang ikhlas itu
Merupakan sebab kita memperolehi rahmat Allah untuk ke syurga.

kata-kata seorang adik 2nd year, yg aku kagumi dari jauh.... 

******

MODE: HAPPY TENGOK KAWAN-KAWAN KELAS PERGI KURSUS KAWEN! OK, ONE DAY I'LL GO TOO...HEHE....







ヌルル アイン

22 April 2012

Colour Your World




COLOUR YOUR WORLD!




Colour is part of everyday life.
It will affect all of the senses, sight, touch, taste and even hearing.
It can be emotional, exciting, stimulating, calming.
Colour arouses many feeling and memories, good and bad. It can make us happy and sad.
It is so much part of our daily life, that often we don't see it.


ヌルル アイン

21 April 2012

hati ibu...kalau Allah nak tunjuk kejap je.


Hatiku terus diam membisu. Otak ligat berpusing. Suara kecil memberontak jerit nak bagitau ke tak nak. Nak bagitau ke tak.

Tiba-tiba soalan yang memang aku nak elak sangat tetap datang terjah. Ok fine!. Dengan itu, aku tak bagi jawapan yang jujur pada seorang ibu.

Hari kejadian buat aku terus diam. Hari aku dilanda rasa serba salah dan rasa berdosa. Dalam hatiku, MAK, AMPUNKAN ANAKMU INI….

Esoknya, perjalanan ku jauh meninggalkan emak. Tapi hati meronta-ronta tak mahu lepaskan emak. Nak bagitahu emak sesuatu. Tapi….

KALAU ALLAH NAK TUNJUK KEJAP JER!

YES! Itulah yang terjadi. Aku di sini. Emak di sana. ALLAH MAHA BERKUASA. Perkara yang aku sembunyikan sangat pada emak terbongkar dengan kuasa ALLAH. Sebaik-baik perancangan yang aku simpan, tapi ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Ya Allah,…… waktu tu air mata tak tertahan dan terus mengalir tapi tak tahu lah sama ada boleh memadamkan api dosa aku tu setelah tidak jujur pada seorang ibu.

Hanya ungkapan ampun mampu kuberikan. Tapi aku tak pasti betapa besarnya koyak di hati emak ketika itu disebabkan perbuatan aku tu,.

AMPUNKAN ANAKMU INI, EMAK…

Dalam kejauhan ini, selalu aku hadiahkan doa pada emak dan abah, moga mereka sentiasa Allah lindungi. Aku sayang emak. Aku sayang abah.

Aku tahu emak faham kenapa aku ambil tindakan untuk tidak jujur. Malah emak tak marah langsung dan hanya bagi nasihat tapi kata-kata dari hati yang tulus itulah yang buat diri ini dilanda perasaaan berdosa.

Itulah…time nak buat salah tak fikir perasaan emak, bila dah terkantoi ngan emak sendiri baru nak rasa bersalah berdosa bagai…. Amik kau!

Itulah yang sewajarnya yang aku terima.

Percayalah. IBU BAPA itu sangat mulia di sisi Allah. Ibu bapa umpama wali Allah, doa mereka setanding doa nabi pada umatnya... Kadang-kala kita lupa, apa yang kita perolehi hari ini bukan sahaja atas usaha diri sendiri, tapi dari doa mereka...

Aku tahu, emak takkan terbaca post ni, tapi biarlah aku abadikan perasaan ini di sini. Andai aku rasa untuk berbuat salah lagi pada emak (au’zubillah), harapnya aku diberi kesempatan untuk ingat perkara yang aku dah lakukan ini.

Hanya ungkapan ampun maaf…itulah yang mampu…dan sedaya upaya akan aku cuba untuk tebus balik kesalahan aku. Emak, sekarang akak redha. Selama mana emak abah berkorban untuk kami adik-beradik apa lah kiranya akak hanya berkorban untuk yang ini,. satu yang kupinta darimu ibu, iringilah langkahku ini dengan doamu. Ameeen…. 

p/s: tak payah la pulak tertanya-tanya apa aku dah buat,. main point di sini nak bgtau yang hati ibu ni special! 
Special edition dari Allah. So kita sebagai anak, jagalah hati ibu dan ayah kita ni selagi kita masih ada peluang untuk menyayangi mereka. Wallahualam.



sibuk betol ibu danbo ni layan kerenah anaknyaaa....



ヌルル アイン

29 November 2011

bye2 serabut alam

Dalam keserabutan, dalam kekelam kabutan, dalam kekalutan, mmg sikit pon tak sempat jengah blog ni. Dan akhirnya aku berasa JANGGAL dengan blog sendiri...

Tak tahu camne, aku memang busy tahap giga. Tapi dalam busy tu, naseb baek la aku dikelilingi dengan orang2 yang buat aku happy. Jadinya tak de la aku stress sangat.. Takut relax terlebih pulak.

Sahabat2 yang bergelar I-FAFAZ yang memang selalu support aku, yang selalu sabar dengan aku (time jd mcm budak2). Insan2 yang bergelar AB yang sentiasa di hati. R00mate yang sgt baek sampai selalu kena buli ngan aku...haha... ni semua anugerah yang buat aku sangat2 bersyukur. SUAMI tersayang yang sentiasa bagi support...upppssss....(X WUJUD LAGI PON SEBENARNYA,,haha...tapi kalu wujud, maybe ni lah yang aku akan ucapkan pdnya)

Rasanya x terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARY HIJRAH pada sahabt2 blogger dan pada tuan punya mata yang sudi jengah blog yang sangat berhabuk niey....

Hopefully, tahun yang lepas sentiasa buat kita untuk ber'hijrah' pada tahun ini,.... At least, biarlah kita semua tekadkan dalam diri untuk menjadi lebih baek untuk kehidupan yang lebih baek...

Kalau tanya aku, ayat apa yang aku nak pegang tahun ni... aku akan cakap... MUBASHIRU SOBIRIN... Maksudnya bergembiralah orang2 yang bersabar... quote ni aku amik dari kata2 Ustaz Pahrol... Beliau ada bg tazkirah dalam radio. Masa aku dengar tu, mmg aku tengah dalam mode marah n sedih. Alhamdulillah, maybe Allah nak memperdengarkan aku quote ni untuk bagi aku tenang waktu tu...

kesimpulannya, x rugi jadi orang2 yang bersabar. Allah sendiri ada janji pada kita yang DIA akan bagi satu nikmat dan kejayaan yang kita sendiri tak terfikir jika kita bersabar. yakinlah pada kalam ALLAH k! 

SO apalagi. JOM kita didik hati kita untuk jadi sabar. Kalau kita tiba2 marah kat seseorang, apa kata kita cuba cari something yang boleh buat kita x marah. Aku pon tgah belaja. Maybe setakat ni la, kalau aku, aku akan diamkan diri atau cuba jauhkan diri dengan environment yang buat aku marah tu. Dalam diam tu, aku akan diam, tak cakap apa2 n aku akan jalan tak kira kat mana aku tuju sampai satu tahap aku sendiri tak ingat yang aku tengah marah...haha... 
kelako cara aku ni... 

NWAY, bagi pendapat aku la, kalau kita tunjukkan marah kita tu dengan kata2 COMFIRM kata2 yang keluar dari mulut kita tu kata2 yang x enak...semua negative... I mean kalau kita marah kat orang, mmg maki hamun la jawabnya... SO better diam, n orang tak sakit hati kita pon pulih hati. KAN?

TAPI kalu betol2 aku tak tahan memang cara yang baik adalah nangis sorang2...
 (situasi ni x kira marah or sedih)... 

DANNNNNNNNNNN.....kita kena ingat yang setiap apa yang berlaku ada titik balance nya... FAIR AND SQUARE!  Apa yang aku cuba untuk sampaikan, kalau kita tiba2 rasa tak suka dengan seseorang, kita kena ingat pasti ada pada diri kita yang orang lain pon tak suka. Kalau kita bagi aura negative kat orang laen, orang laen pon akan bagi aura negative jugak kat kita. SO tak kira ap2, JOM kita belaja bagi aura positive pada semua orang. Pada aku ni la pentingnya napa ALLAH suruh kita HUSNUZON... iaitu sangka baek!hehe


Alhamdulillah... Terima Kasih, sayang ku... Tiap kali aku rasa keseorangan, ENGKAU selalu hantar apa sahaja utk buat aku kembali happy....

Apapun, aku dah makin menghampiri hujung sem.... lagi sebulan dah nak final. Hopefully aku dan sahabt2 yang sangat aku sayangi dapat buat yang terbaek! Cayok2!!! 

p/s: aku terasa sangat happy bila bukak blog ni, n tgok kat shoutbox, rupanya ramai yang tinggalkan jejak.... Nway, aku tak tahu apa yang disebut nice, menarik n etc. Sebab apa yang dalam blog ni adalah dari insan yang kecik cuma... Apapun thanks sangat2 ye... N lagi satu, insyaAllah aku akan jejak balik korang sume bila aku dapat peluang 24 jam duduk depan lappy aku ni nanti k!hehe.... 

WISH LUCK FOR ME.....

bila la aku nak dpt danbo ni....huhu...SAPA YANG SUDI BAGI HADIAH KAT AKU DANBO???hoho


07 November 2011

giler banyak lomak

Alhamdulillah,....ari ni ramai yang buat kenduri korban.... waktu2 musim raya haji ni memang sokmo la makan daging kan.... kadang2 tu menu untuk seminggu tu sume basic daginnnnnnnnnnnnng je gara2 banyak giler daging!hehe

Arini mak aku buat sup tulang! marvellous! sangat sedap ok! aku memang puasa dr mkn dging masa kat kampus gara2 aku nak balun dging ari ni....---->ok, ayat tak leh blah kan...

sup sedap mmg la best kan...tp ada satu mende je yang tak best....yang kadang2 buat aku tak makan jugak sup tulang ni....


kau nampak x????!!!

giler banyak lomak ny...ni la yang terkumpul kat dalam perut kita tu.... agak2 sekarang camne la kan keadaan dyorang kat dlm badan kita kan.... mesti tgah bahagia duduk kat bawah lapisan2 kulit dan jadi ---> DEPOSITED FAT! huh! bersemadilah kau dengan aman wahai FAT oiiii....nanti aku lanyak hampa kat trek....

Jadinya ni lah salah satu sebab kenapa aku tak berapa layan sup tulang tak kira kat mana aku pergi keluar makan KECUALI kalau mak masak, kalu mmg aku ngidam sangat n kalu betul2 NO CHOICES! heee

ada mitos jugak pasal makanan berSUP niey...

MITOSnya atau kepercayaan dulu2 or zaman sekrg jugak : makanan yang berasaskan sup ni bagus untuk KESIHATAN, malah makanan berSUP ni jugak mampu turunkan berat badan. ERK???? aah la kan, nama pun sup.... apa la yang ada sangat dalam sup ni...air je ponnnn......

Tapi REALITInyaaaa........ bukan semua sup rendah kalori.... Sup berasaskan binatang empat kaki (sup daging, sup tulang, sup ekor) sebenarnya mempunyai kalori yang TINGGI daripada lemak tepu binatang. DAN ikut apa yang aku belajar, kalori dari lemak tepu binatang ni sangat la TAK SIHAT, even korang mmg berniat nak naikkan berat badan....

Entry ni bukan la nak suruh sume BOIKOT sup2 niey..... aku yang minat giler sup ni pon takkan setuju kalau suruh boikot sup... cumanya kena la control kan.... makan, makan jugak, tapi kesihatan tetap kena jaga...

MAKAN DIDAHULUKAN, KESIHATAN DIUTAMAKAN! hahaha...

ok, selamat makan sup pada semua.....

17 August 2011

Kenapa kita fly

hasil buah fikiran: BUDAK KACA MATA HITAM @ AM


(khas ntuk pelajar yang brada di luar Negara atau akn mlanjutkn plajaran di luar negara)

Assalamualaikum  kpda  semua student msia yg mlanjutkn pelajaran mereka ke luar Negara atau akn mlanjutkn pengajian mereka akan dtg..



So, disini saya ingin brtanya kpd semua…

Mengapa ingin fly? Tak boleh ke just blaja kat Malaysia yang tercinta ini?

Pasti ramai yg akan cakap sbbnye….  Dan antaranya:

“Blaja kat luar Negara lagi bes!!!”
“bleh la melancong  “
“Negara luar lagi hebat la”
“blaja kat oversea, nnti biler balik gaji mhal skit”
“oversea stdent lagi sng dpat kerja nanti”

Dan brmacam lagi sebabnya..
Tapi bkan itu yg mnjadi isu..dan soalan sebenar yg saya ingin tanya adlah..

APA SEBAB ALLAH BAGI PELUANG PADA KITA UNTUK BLAJA DI LUAR NEGARA?

Sume sedia maklum kan.. di Malaysia nie rmai plajar2 yang cerdik n rmai yg impikn ntuk blaja di oversea jgak.. bahkn mereka tu kdg2 lagi hbat dripada dari segi akademik.. tp knapa ALLAH pilh kita jgak.. ape istimewanya kite jika nak dibndingkn dengan org lain..

Cer kita  pkir2 dan tgok pada diri kite balik.. knapa kite terpilih dan apa sebbnya..
k.. sblum fly msti lecturer slalu ckap yg biler kite brada di negara org, kita seolah-olah duta kecil malaysia.. ape2 yg kita buat mlambangkjn imej Malaysia itu sendiri.. 
n kite kne jaga tingkah laku kite di sana. .btul x?

tpi tu x mnjwab soalan.. tpi jwapan yg sbnarnya.. ALLAh plih kita ntuk blaja di luar adalah krana kita adalah duta IslamUNTUK  menyampaikn Islam di serata dunia…
 dengan kata lain adalah ntuk brdakwah…

DAKWAH??!!@@@%%%$$$@&
Comfirm  ramai yg sensitive biler brcakap mngenai dakwah..  Macam radikal giler je kan bunyiknye… dan ramai befikir bhawa dakwah hanya ntuk golongan trtentu je.. tp itu la silap kita..
Sebenarnya kan sume org bleh brdakwah… tp msti ada yg brfikir camne nak dakwah.. kite gi oversea ntuk blaja bkannya dakwah.. bia jela org lain wat dakwah tu..adoyyyy…..

So camne dakwah tu sebenarnya? ntuk lagi njelas camne cara nak brdakwah tu.. apa kata kite pergi blik pda zman Rasulullah S.A.W mula2 berdakwah dlu...kita tgok balik zaman baginda…
pda awl2 Nabi Muhammad S.A.W ditugaskn ntuk menyebarkn Islam,  pe yg nabi buat.. nabi x paksa msyarakat Jahilliyah ntuk msuk Islam kan…Baginda tak pernah paksa sesiapa…  tpi mcam mane org bleh trtarik dengan agama Islam..


Ayat al-Quran yang paling sarat memuji Nabi Muhammad Saw adalah ayat yang berbunyi
 wa innaka la’alâ khuluqin ‘azîm, sesungguhnya engkau (hai Muhammad) memiliki akhlak yang sangat agung.



pastinya dengan akhlak Rasulullah S.A.W.. sume sedia maklum betapa tingginya akhlak Rasulullah S.A.W sehingga sume org  menghormati beliau.. even masyarakat Quraisy yg memusuhi nabi pun tidak menafikn mulianya peribadi Rasulullah S.A.W.. subhanallah
dan tingginya akhlak Rasulullah S.A.W adalah krana bagi meletakkan Islam sebagai cara hidup bginda.. dan segala ape yg baginda buat melambangkn Islam itu sendiri.. dan rmai yg memeluk agama Islam krana akhlak baginda…

Dan begitu cara mudah ntuk kita brdakwah pada masyarakat bukan Islam..iatu melalui akhlak.. krana pe yang mereka lihat pada diri kita itulah melambangkn Islam.. kalo baik diri kita pasti mereka fikir Islam tu baik.. dan begitulah sebaliknya..
jadi sanggupkah kita mnjadi sebb Islam dipandang buruk.. dengn kata lain apabila kita blaja di luar negra, kita adalah DUTA  ISLAM..

Oleh itu dakwah ini bkanlah keja golongan trtentu shaja.. tpi biler kita mnjaga akhlak kita, secra tidak langsung kite pun telah melakukan dakwah juga.. senang je kan… cukup skadar itu…  
Sesungguhnya Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Tpi bagaimana pula kalo kita nak non-muslim lagi trtarik dgan Islam dan nak menyebarkn Islam pda meraka? Itu pown bkan ssukar yg kita sangka.. cara pendekatan trbaik adalah dengan kita mnjadi yg trbaik dlam pe yg kita buat…  bygkan la kalo kite bleh jadi top student di university tu.. msti kite popular kan? Hohoho…  msti akn rmi org yg hormatkn kite.. dan akn rmai akn tanya tips2 dripada anda..so mase nie ntuk kite promote Islam..  juz ckp je nie sume dripada ape yg Islam anjurkn…even kita xdpat ajak mereka peluk Islam.. at least kite dpat btulkan slah pham mereka mngenai Islam..  dgan mnjadi yg terbaik la kita dpat buktikn pda masyarakt  non-muslim yg agama Islam adalah agama yg trbaik…

So pe yg penting kite kne igt bhawa Allah pilh kita ntuk blja luar Negara kran ntuk mneyampaikn bagaimana agama Islam itu sebnarnya.. dan sume itu akn trcapai jika mnjaga akhlak kita dan mnjadi yang trbaik dlam apa jua mnde yg kite sertai.. mudah je kan.. kran itulah Islam agama yg mudah..(^_^)

Wallahualam.
Assalamualaikum…



pesanan dari penaja: terima kasih kepada BUDAK KACA MATA HITAM @ AM sebab sudi share ilmu kat blog NAS niey...hihi.... moga sama2 kita mengambil manfaat k! n pada yang nak fly tu, take note k!  =)






16 August 2011

semoga selamat sampai.

Alhamdulillah.... akhirnya aku berkudrat untuk menjengah kat sini... Syukur juga pada Allah kerana izinkan kita semua menghadapi Ramadhan kareem yang semakin mendekati ke penghujungnya...

Si A bertanya kepada Si B:


A : maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?


B : encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai!






copied.

10 August 2011

AKu kena kejar Ular!!!

Alhamdulillah...sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang kita tak terhitung. JOm sama2 kita ucap syukur pada Allah Taala....

Hari2 aku boleh duk depan laptop then online....nanti dah balik kampus, aku tak tau la bila boleh online. tambah2 aku duk hostel nanti...Memang kempunan la aku nak meng'online'....

OK, back to the topic.! serius ni! betul! Janji x tipu.

Ni semua cerita yang jadi masa sem lepas. 2nd year 2nd. I mean masa sem 4 la... ok masa tgah cuti, F.A.F.A (kak Farah, Ainatul, Fatimah dan Ain) pergi z00... then aku yang suka buat keja nakal niey g kacau tempat ular.... maen2 dengan ular tu...macam nak tiru gaya Harry Potter pon ada gak...konon nya la...padahal aku saja ja... 

Maen punya maen, sampai aku tak sedar yang kawan lagi 3 orang tu dah jalan jauh... xpe la kan, jap lagi aku kejar balik depa tu.. tetiba aku nampak ada seekor ular tengah gerak ke arah aku... huhu.. cuak giler waktu tu..then, aku pun lari la kan..takkan aku nak tunggu situ ja kan....

Lari dan lari dan lari.....aku nampak pokok...x sangka plak aku boleh panjat pokok tu... ntah mana ilmu aku dapat..., Maybe sebab adrenaline aku dah tinggi tahap giga kot. Cuma yang aku pelik, kenapa ular tu tak naek atas pokok tu... Bukan ka ular reti panjat pokok jugak????

Sedar2 ja, hari dah pukul 6.45 pagi.... OK, aku dah bangun lambat.....huk3...

Tapi masa lepas bangun tidoq tu, memang hati ak tak tenang. Dah la mimpi ular... 
Bukan ka kalau mimpi ular tu petanda x elok...


Lepas abis 'khidmat diri', aku terus bukak lappy...terus pergi kat satu website niey.... nak tgok ap aku jumpak??


Lagi la aku cuak kan... Then, aku cakap la kat bebudak niey.... aku ckp yang aku kena kejar ular...
Thnem depa gelakkan aku...

Fatimah siap tya lagi, "ain, ko kena patuk x?!"
Kak farah, "ain, ain jangan langkah bendul...."

Adeyyy....so no wonder la kalau sekarang ni ada yang tanya aku "AIN, KO DAH TURUN POKOK TU KA BELUM?" haha

Tak pun kalau aku nak tidur ada ja suara yang ckp... "AIN, AKU DOAKAN KO MIMPI KO TURUN DARI POKOK TU THEN KO KENA PATUK!" pastu, mmg gamat la bilik kan....

Aku.... "MASALAHNYA AKU TAK TURUN2 LAGI"...kui3....

h0h0...kerana 1 mimpi, melarat 1 sem...aku tahu, ini hanya mimpi. dan tafsir mimpi itu hanya tafsiran... tak boleh percaya kot... Tapi yang tahu itu semua YANG MAHA MENGETAHUI kan.... 

Sebenarnya aku dah sangat rindu pada mereka... tp terkeluar pulak cherita ni....erm, layannnnn...zzzZZZzzz!

Nanti lah, kalau aku mimpi kena patuk tu, pastu Allah izinkan ada org masuk minang, i'll inform k. haha... (tp kalau waktu bertunang, kena rhsiakan)...kalau gitu, time nak kawen la ak bgtau....h0h0

berangan! ain, hang tu baru ja nak masuk tahun 3...hang jangan duk gatai sangat noooo! hehe...cakap macam hang tu dah ada ja kan, padahal available lg kot...ok! tu je sebenarnya....

diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda; kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama 40 hari.sebaik sahaja genap 40 hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. manakala genap pula 40 hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat supaya meniupkan roh dan memerintahkan menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya smada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. maha suci Allah di mana tiada Tuhan selainNya 
(Sahih Muslim, kitab Takdir, No:4781)

dari hadis di atas, ternyata jodoh kita telah ditakdirkan sejak azali lagi.

SO, memang sapa yang tak pernah jumpa pon, kalau mmg jodoh dye, takkan kemana jugak kan.... sama jugak, yang berkapel bertahun2 kalau bukan jodoh dyorang, takkan jadi jugak kan.... Jadinya, sekarang sama2 la kita berdoa k!



=)

08 August 2011

cara mudah mencari muka surat juzuk dlm Quran..!!!

Alhamdulillah....yeay! hari ni dapat ilmu baru.

Cer teka Juzuk 5 dalam Al-Quran muka surat berapa? ok...nama pun teka...so sila teka ye... =)

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita amalkan.

“Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.” (HR. Muslim)


                Dalam sehari, berapa kali kita baca Al-Quran? Sekali? Dua kali?
                                             atau  dalam solat saja?

Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran KERANA setiap satu hu...ruf... diberikan 10 ganjaran pahala. 

Daripada Ibnu Mas;ud ra meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah maka untuknya satu hasnah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan 10 pahala. Aku tidak berkata sebagai satu huruf (Alam- Alip Lam Mim)) tetapi (Alip)  adalah satu huruf, (Lam) adalah satu huruf dan (Mim) adalah satu huruf."

Lagipun Al-Quran kan kalam Allah... maksudnya datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia. Pernah tak dengar kalau kita rasa nak Allah bercakap dengan kita, bacalah Al-Quran. kalau kita nak bercakap dengan Allah, maka bersolatlah.

OK. Kat sini nak kongsi TIPs cara mudah untuk menghafal muka surat setiap juzuk. 

Subhanallah! Memang menakjubkan! Sebab hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita akan dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

JOM sama2 belajaq...
Contoh 

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 
4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82




Selamat Mencuba

Selamat Berbuka Puasa



06 August 2011

GOOGLE TRANSLATE yang macam2 hal...

Bila dah jalan2 kat facebook, macam2 la kan yang jumpak... Bila dah bukak dashboard blogger, 
macam2 update yang dapat tahu....

s0, td aku pon terjumpak yang ini... saja nak share...

Kecoh kat page ONLY IN MALAYSIA ....aku x like, tp just jalan2 kat situ....



erm, kalau ada yang terbaca entry niey, cer try jugak.... just nak cakap yang GOOGLE MMG SUPERB MACAM2 HAL! hEhe~~~

Because i'm very curious, so I make it try.

Then, I translated it to Malay. You want to see what will happen?

HoHo..... can you tell me? 

erm....niey bukan aku yang translate tau...niey Google yang translate ye... adoyy...

Memang macam2 hal...

03 August 2011

Pesan pada DIRI

Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. 
Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana, 
sekali kau dilukai,sampai bila2 tetap kau ingati.. Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam 
memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai 
sekeping HATI..

Cintailah pasangan kamu kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia
 dengan kelebihannya... Dan jangan pernah mencintai pasangan kamu dengan kelebihannya, 
kerana suatu saat nanti kamu akan kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...


"Cintailah kekasihmu dengan sederhana saja, boleh jadi kelak dia akan menjadi musuhmu, 
dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja, boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu."
Hadits ini dishahihkan oleh Imam al Muhaddits Al Albani (lihat Shahih at Turmudzi lil Albani, hal. 1997 dan Ghayatul Maram fi takhrij ahadits Al Haram wal Haram hal. 472)


Al Hasan al Bashri rahimahullah berkata, "Cintailah sekadarnya dan bencilah sekadarnya, sungguh telah berlebihan suatu kaum dalam cinta kemudian mereka menjadi hancur kerananya, dan telah berlebihan suatu kaum yang lain dalam membenci kemudian mereka menjadi binasa."







Mcm xde yg kena je...huhu



Jalan2 kat fb, tetiba jumpa menda niey...


wanita yg comel=wanita yg m'tutup aurat dgn smpurna

                       wanita yg sweet=wanita yg byk diam dgn lelaki ajnabi(x byk b'ckp)

wanita yg romantik=wanita yg m'hrpkn cinta drpd Allah

wanita yg charming=wanita yg sering ingtkn lelaki akan cinta Allah


mcm xda 1 pon yg kne ngn diri... teruknye ~_~..huk3




sebagai muhasabah untuk diri sendiri....