Member2

Showing posts with label USRATI. Show all posts
Showing posts with label USRATI. Show all posts

24 March 2013

setitis air mata ibu

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah... 

Rindu Mak. Itu yang hari-hari aku rasa. Nak peluk mak. Nak berceloteh dengan mak. Nak masak dengan mak.

Cerita cerekarama malam tadi pun pasal ibu. Pasal emak. Pasal ummi. Pasal mama. Yang pasti...
Satu keberkatan di dunia kita akan hilang sewaktu mata ibu tertutup iaitu doa daripada seorang ibu.

Emak. Dialah manusia yang dari aku lahir, pastu belajar meniarap, merangkak, berjalan, dan sampai sekarang yang menjadi saksi kepada hidup aku.. Jatuh bangun aku. 

Satu perkara yang paling aku ingat. 

Ada satu hari tu, aku merajuk dengan mak. Gara-gara mak tak izinkan aku pergi ke program..(aku pun x berapa ingat program apa)... waktu tu tengah cuti sem. Mungkin waktu tu mak tak bagi pergi sebab aku tengah cuti., dah la duk jauh, balik pun sekali sekala, pastu nak keluar sampai dua tiga hari...

Waktu merajuk tu...muka aku...mak aiiiii....masam mencuka. Mulut tu aku kira dah sama muncung macam ikan todak. Makan pun tak nak. Giler merajuk tahap dewa la konon kan.

Malam tu.... waktu makan malam. Suasana senyap je. Mungkin mak abah tengah pendam marah kat aku. Yang aku pulak tengah layan merajuk aku. (ELok betul perangai kannn...)

Lepas je makan malam, nak kemas rumah...tiba-tiba...

"Akak, mak yang lahirkan akak, mak tahu apa yang ada kat hati akak sekarang,. Akak ingat orang suka ke dengan sikap suka merajuk ni. Orang tak suka! Jangan cepat merajuk! Fikir sikit Akak dah besar. Mak abah tak bagi pergi ada sebab!"

Pastu mak nangis. Mak pergi keluar dari dapur.

Ya Allah... waktu tu meruntun jiwa aku. Aku turut nangis. Bukan sebab aku kena marah. Tapi sebab aku dah bagi mak nangis. Kan besar dosanya jika air mata ibu menitis kerana kita. Waktu tu aku rasa seolah-olah tak berguna sangat. Malam tu jugak, aku decide aku takkan pergi ke program tu. Aku takkan pergi!

Pagi esoknya... Mak dengan aku masih dingin. Aku tak keluar bilik sebab malu dengan mak. Abah dah lama ke sekolah. Adik semua tak de. Kiranya di rumah waktu tu hanya aku dengan mak...

Aku jenguk dari pintu bilik...mak tengah sapu sampah kat ruang tamu... Aku gagahkan jugak kaki ni keluar menuju ke emak.

Aku terus tarik tangan mak. Cium tangan mak. Dah nangis-nangis dah waktu tu... Mak mula-mula macam keras je tangannya. Tapi tiba-tiba emak terus peluk aku. Dua-dua dah banjir. waktu tu aku tak lepas sebut.."Mak, ampunkan akak..mak, ampunkan akak,mak, ampunkan akak" Then mak pulak... "Mak bukan tak bagi akak pergi, mak risau...."

Macam drama. Tapi itulah yang terjadi. Lama jugak dalam pelukan mak. Pastu aku cium mak. Memang teresak-esak waktu tu... Aku nyesal sangat.

Sejak hari tu, aku memang dah kurang merajuk. Dan sekarang, Alhamdulillah, sifat cepat merajuk tu aku dah buang. Mak selalu pesan... apa-apa berlaku, fikir yang baik dulu..InsyaAllah, kita akan rasa tenang, takkan marah-marah"

Betul cakap mak. Dan sekarang aku sangat terhutang budi dengan mak. Sebab mak lah, aku dah tak reti merajuk sekarang. Even dengan siapa-siapa pun. Even kat mana pun... InsyaAllah...

Kalau tiba-tiba je datang perasaan nak merajuk tu, cepat-cepat tepis then senyum. Pastu, bisik dalam hati mesti ada something yang aku tak tahu. Then, SETTLE! Lagipun, penat la merajukkkk...haha...

BYE BYE MERAJUK!

Sebenarnya dah lama aku nak post entry ni. Tapi aku malu nak share. Tapi sekarang aku kira aku pun dah cukup dewasa dan bagi yang terbaca post ni pun, jadikanlah ni sebagai pengajaran. Ingat, ibu tu segala-galanya. Jagalah perasaan ibu kita sementara Allah masih beri peluang untuk kita bersama ibu. 


"Kami perintahkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepada ibu dan bapanya. Ibu mengandungkannya dalam keadaan lemah yang semakin lama semakin bertambah dan menyusuinya hingga dia berusia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu dan hanya kepada Akulah engkau kembali" (Surah Lukman: ayat 14)


gambar hari raya tahun lepas.













22 December 2012

22/12/1990

Saat jam 10.45 makin tiba... kalau diimabs kembali 22 tahun lepas detik ini menyaksikan seorang ibu sedang bertarung dengan nyawa.... demi melahirkan seorang anak ke-3....  si ayah pula sedang bersabar menanti saat utk diazankan.... dua orang abang yg kecil pula sedang menanti kelahiran adik mereka,... apakah sebenarnya yang ada dalam perut ibu itu selama 9 bulan???? 

Dan akhirnya...seorang anak puteri yang keluar... kulit kemerah-merahan...rambut hitam lebat.... pada ketika itu, tangisan menghiasi rumah papan itu.... 

Sakit si ibu terus hilang di sebalik senyuman... oh, aku tidak dapat imagine bagaimana rasanya sakit nak melahirkan seorang anak itu...sedangkan senggugut itu pun sudah perit yang amat bagiku.... 

Kini anak itu dah besar. sudah 22 tahun...

Mak, abah... kini usia akak sudah cukup 22 tahun... Terima kasih sbb lahirkan akak dan bagi didikan dr kecil sampai sekrang....x pernah kurang kasih sayang yang diberi... Doakan anakmu ini dalam meneruskan kehidupan ini... Permintaan akak pd mak abah, carikan jodoh untuk akak ye... :)

SENT! mesej ditaip dan di hantar kepada emak dah abah...

emak replied : Ya... Selamat hari lahir.... :)
abah replied : ada tuuu... niat yang baik dan ikhlas akan dimudahkan Allah. percayalah. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat, bertaqwa...

TERIMA KASIH MAK ABAH... DOAKAN AKAK JADI ANAK YANG SOLEHAH HINGGA AKHIR HAYAT AKAK.... MAAFKAN DOSA-DOSA AKAK SELAMA INI....

ALhamdulillah, juga... ramai kawan-kawan turut mendoakan di saat diri ini sudah cukup 22 tahun.... ALAHAI...sweetnyer ucapan-ucapan korang... dari kawan sekolah rendah, menengah, matrik, universiti, kawan2 maya, .... Alhamdulillah... terima kasih atas doa dan ucapan kalian.... 

MOGA KITA SAMA-SAMA DALAM REDHA ALLAH... di saat kita gembira menyambut kelahiran, sebenarnya kita juga perlu bersedia menghadapi kematian... umurku makin menghampiri saat akhir nyawaku yang aku sendiri tak tahu bila....harapan aku, di saat umur ini meningkat, maka meningkat jualah amalku padaNYA...cintaku padaNYA....

Oleh itu, banyak menda yang aku harus korbankan... termasuk perasaanku kepada seseorang... pada kamu, sebenarnya inilah sebab aku terpaksa berbuat begitu.... moga hati kita dalam jagaan Allah untuk mendapat redha Allah... moga kamu bahagia...

Dan janji tak tipu.... pada ketika usia ini juga lah, kadang-kadang terfikir menuju ke arah perkahwinan... selalu jgak la aku terfikir... dengan siapa la aku bakal berkhwin...haha.... insyaAllah, mak selalu bgtau kat aku,...bila tiba saatnya, mudah je ke jalan itu... doa banyak2... heeee ^^...

dan satu pengakuan jujur ikhlas: I'M SINGLE ANd AVAILABLE okey! heeee.... 
(oppppssss, perlukah?kui3)

okey...untuk diriku sendiri: SELAMAT HARI LAHIR, NURUL AIN BINTI SHOHOR! 



My king and my queen

















08 December 2012

ESOK ABANG AKU KAHWIN!

DALAM aku sibuk-sibuk nak menghdapi hari final presentation,...aku terlupa yang esok dah 9 dec.
apa kaitan kan dengan aku?

haha... ESOK ABANG AKU KAHWIN!

esok, akad nikah...kenduri kat belah pengantin perempuan. tu sebab aku x dapat join. jauh maybe jugak...kat johor kan... then, aku just balik umah minggu depan... tak sabar ok!

wee,,...alhamdulillah...angah berjumpa dengan teman hidup masa umur 24. dulu along kahwin masa umur dia 23. so? aku agak-agak bila... 22 ke 25? hahaha... (AIN...JODOH NI RAHSIA ALLAH!!!)

KEPADA ANGAH

selamat pikul tanggungjawab baru... selamat jaga anak orang. jadi seorang suami yang baik k. tapi jangan lupa yang angah still ada tanggungjawab pada mak dan abah. ... '

Hope angah baek2 saja menghadapi hari esok. ain doakan angah tenang... 

Tahniah tau. 

Untuk bakal kak ngah... selamat datang dalam family kitorang. ain x pernah jumpa ngan akak lagi kan,. so, akak jangan terkejut ye bila jumpa ngan ain nanti ye.... hehe...

Moga dapat jadi isteri yang baik...

ok, mabrukalaikuma.... selamat bahagia sehingga ke akhir hayat.. ameeen...

emak dan abah

bila aku tengok mak dan abah, aku rasa sangat kagum. dan aku nak jadi macam mak bila aku dah ada suami nanti... mak bagi aku seorang isteri yang sangat baik. abah beruntung dapat mak. dan emak beruntung dapat abah. mak dan abah, hari-hari dating... sweet giler...!


pada bakal suami ku....bila kita nak kawen ye? 
(perghhh, soalan berani mati... org tu pun kau tak tau sape, ada hati nak tanya.....)



just remember pesan mak abah., keep praying on it. Allah knows the best. ok ain?




22 June 2011

Alhamdulillah, syukur di atas kurniaanNYA...

Tahniah pada abah...

Mula belajar dulu pada zaman yang sangat sempit, susah, xde duit, terdesak...abah masih mampu sambung pelajaran di MAKTAB PERGURUAN TEMENGGUNG IBRAHIM, JOHOR (1981-1983)...

1) Sekolah Agama DOng, Raub, Pahang
2) Sekolah Menengah Bagan Serai
3) Sekolah Menengah Kebangsaan sri Kurau (17 tahun)
4) Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai...

Sekarang abah dah 49. maksudnya dalam dunia perguruan abah ada lagi lebih kurang 8 tahun untuk bersara. ABAH...abah seorang pendidik yang sangat gigih. Ramai students abah yang syg abah. Cayok2 abah kat sekolah baru n tugas baru!heee~~~




12 June 2011

pengorbanan ibu

Perjalanan nak ke JOhor sangat jauh...penat duk dlm kereta. Tapi kali ni, aku dah nekad tak nak tido. Nak teman abah drive. Macam mak selalu buat. 

MAK... setiap kali abah drive, mak takkan tido. Bohong la kan mak tak ngantok. Tapi mak tetap takkan tido. Mak lah yang akan c0-pilot abah. Kalau abah laju, mak tepuk paha abah, so abah pelan....pastu laju lagi. hahaha....kelako. Kalau abah ngantok tgah drive, mak lah yang tolong basahkan kepala abah.... tak pun mak teman abah tido tepi jalan.... Lagi, mak lah yang tolong kupas kacang kat abah, tolong bg tu la..bg ni la....suka sangat aku tgok. 

Balik semula pasal nak g Johor. Masa baru je kitorang kluar dari Taman Seri Kurau, abah tepuk dahi. 

"Allah....ubat lupa ambik"

frust giler muka abah.... pastu mak jawab....

"dah ambik dah,...kat atas microwave kan"

pastu ada la lagi kan....

then abah senyum n ckp gini kat aku.... 

"ain, niey la bgusnya ibu"

erm....aku senyum n ak bangga dgn mak. SATU PENGHARGAAN DARIPADA SEORANG SUAMI.

 Pagi tu, mak bangun pukul 4 masak nasik. aku pon tak sedar bila mak bangun. Aku bangun pukul 5.30 pagi tu, tgok nasik dah ada dalam bekas da pon....huk3...sori mak, x dpt tolong mak....
kitorang gerak pukul 6.30 pg aritu....

***

sampai la detik kat umah along.....along ngan kak long kan baru pindah ke Johor. Kena pulak along bertugas kat tengah ladang kelapa sawit.... erm, kat situ aku tengok hati dua orang isteri n hati dua orang ibu. Mak n kak long dah jadi isteri orang n ibu orang. Satu je perkataan yang aku boleh ungkapkan untuk mak n kak long sebagai seorang wanita. Iaitu PENGORBANAN. 

Masa kat umah along, aku terfikir, ...secara logiknya x semua isteri sanggup ikut suami tambah2 duk dalam ladang tu. Dengan jauh dari orang ny, dari bandar...... Tapi kak long tak. Kak long sanggup teman along...seriusly, along mmg busy.... InsyaAllah, segalanya dipermudahkan...

aku ada sembang ngan along malam tu...kak long pon ada sekali...

"along, baguslah duk sini....baek ntuk Alma gak....x dak pencemaran"

"insyaAllah..... Rasulullah pon duk luar bandar sampai umur 2 tahun. Along n kak long pon, insyaAllah duk sini 2 tahun"

Kak long snyum je waktu tu....aku yakin, along n kak long dah berbincang pasal niey.... 

buat along n kak long: ain doakan keluarga along n kak long sentiasa dalam rahmat Allah....
n sentiasa ditemani dengan kesabaran. 

***

waktu nak berpisah dengan angah.

Alhamdulillah, angah dapat training untuk jadi assistant manager untuk ladang syarikat IOI....kebetulan, angah ikut jejak along... rezeki Allah kan...kita tak pernah sangka pon jadi gini.... apapun sbg hamba, syukur itu tak boleh lekang langsung dalam kehidupan kita...

Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”

Pagi tu, hati seorang ibu.... aku sendiri tak boleh nak bgtahu..abstrak sgt.... hanya Allah yang tahu.... 

satu lagu pengorbanan seorang ibu,... melepaskan anak2 untuk mencari mutiara dalam kehidupan....

***

DAN apa yang aku dapat sepanjang 4 hari tu.... adalah pengorbanan ibu. Pengorbanan ibu yang sedang mengajar aku untuk menjadi seorang wanita yang akan bergelar isteri dan ibu. Kata-kata abah kat atas yang buat aku terfikir, mampukah aku jadi sebagus ibu. seperti yang abah maksudkan... mampukah aku mengejar hadis "sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah". Mampukah aku? Terlalu banyak kelemahan rasanya....Setakat ini, aku ada dua orang wanita yang jadi contoh terdekat dalam hidupku... tak laen tak bukan EMAK dan KAK LONG. Doakan ain ye....




Nurul Ain Shohor

06 June 2011

sarapan pagi itu

Alhamdulillah, segala puji bg Allah, tuhan sekalian alam....

Semalam laen dari hari yang laen. Aku, azimah n salwa sarapan dengan mak. Kami berempat je. Selalunya satu family akan sarapan sama2 kalu waktu cuti gini. So bayak la borak fasal wanita niey. Tak tahu camne tiba2 keluar bab2 munakahat…….

MUNAKAHAT???

Bab pernikahan!



Pagi tu mak lebih bayk memberi pesan pada anak2 dara dye yang bertiga niey.

Antaranya… mak ada cakap...

….nanti kat umah mentua, jangan biar mak mentua buat keje sorang2…tolong dye masak ke, bsuh pinggan ke, basuh baju ke, sidai ke…. Buat macam mana kat umah kita. Jangan sampai nak makan pon kena tunggu hidang dulu ke ap….patutnya menantu yang kena hidang kat mak mentua....

….jangan tidur lepas subuh. Lepas subuh kira ke dapur, masak air dulu ke ap ke…kemas rumah ke…yang penting jangan tido balik.....

…lelaki laen…tp kita niey perempuan. Kena jaga. Ingat tu....

….kat umah mentua, jaga aurat. …hormat mentua dengan pakaian. Jangan sesekali pakai seluar pendek ke ap… lagipun mak tak ajar anak mak pakai camtu… amir pon x reti nak pakai seluar pendek. Kalau nak pakai pakaian yang seksi, cukuplah sekadar ngan suami. Kan pahala tu….

….layan mentua macam layan mak ngan abah sekarang niey….jgn plak nanti balik umah mentua, mentua plak yang layan kita macam anak raja….jgn sesekali….

…nanti dah ada keje sendiri, dah kawen, jangan lupa kasi duit kat mak abah. bukan mak abah harapkan duit,…tapi mak abah nak gaji anak2 berkat….bila gaji berkat, insya-Allah segala perbelanjaan dalam keluarga pon berkat. Senang nak didik anak2 kalau ada sumber yang berkat....

….akak ingat, kalau masak tu….tgah basuh ikan ke, ayam ke, tgah kacau kuah ke…byakkan selawat. Suami n anak2 nak makan masakan kita. Air tgn kita. Biar masakan kita berkat. InsyaAllah berkat.


...ingat, tempat tidur kena jaga. tgok macam mana mak jaga bilik mak...

…ingat, jgn sesekali ingat perkahwinan ni mende yang mudaah, byk tanggungjawab kena pikul lpas kawen…jadi, buatlah yang terbaek untuk pikul tanggungjawab tu…

…banyak lagi petua mak nak bagi niey…tapi tunggu kak ain kawen dulu…banyak mak nak bagi niey…

Then kami tiga beradik gelak je…boleh plak mak, tgah kitorang khusyuk2 dengar, mak buat camtu lak…hehe…

Nway, terima kasih, mak… sarapan pg tu, sangat berharga buatku… mak, akak n adik2 akan ikut nasihat2 mak….doakan kami jadi anak solehah ye mak…kalau kami berjaya jadi anak yang taat, insya-Allah dengan keluarga suami pon kami akan cuba untuk taat juge…

Aku saja share mende niey… simple je sebenarnya. Common sence. Tp kita ni manusia, kena sentiasa diberi peringatan. Aku pon kalau ditakdirkan aku lupa suatu hari nanti (Nauzubillah)…harap2nya kalau aku baca post niey balik, aku boleh sedar (insya-Allah)… sma2 la amik peringatan, anggap
 niey nasihat dari seorang ibu. 





Nurul Ain Shohor

21 May 2011

Tahniah buat abang2

Alhamdulillah dan ucapan syukur tak terhinggan pada Sang Pencipta yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Alhamdulillah, along aku baru je abis training sebagai assistant manager kat Syarikat IOI. Dan sekarang dye on the way nak pindah ke JOhor...So lpas ni kak long n si comel alma jadi orang Johor la plak ek....

Then, semalam....angah pergi temuduga... Yang bestny, kebetulan angah punye temuduga tu pon SAMA ngan along. Dan Alhamdulillah jugak, angah DAPAT keje di situ...InsyaAllah, bulan 6 ni, angah start training,,,...di JOHOR

buat angah: lpas training, angah keje setahun, leh la ain dapat kakak ipar kan3....weee~~~

Lepas dapat tahu, aku rasa semangat giler...mana tak ny, dua2 abang aku, x pegang langsung title "MAKAN ANGGUR"... Alhamdulillah, berkat doa mak abah.... sume tu bagi BOOSTER untuk aku buat yang terbaek masa zaman universiti niey...abg2 aku dah berjaya. lpas ni turn aku plak untuk bagi mak abah seronok....

aku ada ckp kat mak abah semalam lpas dpt tahu angah dapat keja... " alaaaa, akak nak keje gak...nak jadi mcm along ngan angah....."

mak abah "aiiiiiiiiiiiiiiii, belajo sungguh2 dulu2...." then aku gelak je..... 2 tahun lagi!Cayok2!!!

Anyway,...apa tu syarikat IOI???

10 May 2011

balik rumah

Alhamdulillah, segala puji bg Allah sebab still dapat hidup udara segar....

Alhamdulillah jugak sebab AKU DAH SAMPAI PERAK. DAH ADA DI RUMAH.

how come? sepatutnya balik 14hb? semuanya dah diaturkan oleh Allah Taala...ada hikmah di sebalik semua ni... InsyaAllah...

pandang je muka mak abah pagi tadi, x tahu nak ckp camne..... terasa terubat betol rindu sekian lama x balik....

lpas, salam, cium, peluk mak...mak tye, akak kecik ke besar? then aku tye mak balik..."mak rasa?" then mak jawab, "ok, akak x besar..." hehe, boleh plak mak ak nie,...then g kat abah pulak,.....pastu adik laki aku yg kecik...

sampai je umah,.....jumpe kucing...(token, adik n pak tam).....then jumpe plak ikan abah... (abang, kakak, ceria, sihat, cergas n ada lagi 2 ekor).....

lepas je abah g sekolah, ak ngan mak pon sembang2 la....citer yang berape bulan lepas mak bukak balik, simpan kat aku....pastu mula la banyak reaksinya, sedih, happy.....gosip2 pon ap kurangnya,.... nasihat ap tah lagi, x lekang dari mulut mak.... Ya Allah, syukurnya aku padaMU...terima kasih Ya Allah....

ok, sekarang mak pergi kedai...then, aku nak tolong mak masak...ok....


08 May 2011

Dia Sayangku

Alhamdulillah, syukur pada Allah, diri ini masih boleh menaip untuk meng'update'[fullstop]

Hari ni 8 Mei, 2011..kalau iku kalender, ari ni Ist hari AHad dalam bulan Mei....tu sebab hari ni sambutan Hari Ibu....erm, utk meraikan, SELAMAT HARI IBU!!!!

TAPI.....(ada tapi nya....) kita mesti ingat yang

setiap hari adalah hari ibu..
setiap hari juga adalah hari bapa...
maka,setiap hari kita perlu curahkan kasih sayang dan mendoakan ksejahteraan mereka...
jadinya, jadi tanggungjawab kita sebagai anak untuk menghormati, menyayangi dan segala-galanya adalah untuk emak kita, semuanya untuk ibu, mama, umi, bonda kita....sehinggakan hadis Rasulullah sendiri

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan           sebaik-   baiknya?”
  Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
  Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
  Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
  Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
  Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
  Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
  Baginda menjawab: “Ayah kamu.

03 May 2011

sedetik ngan along

3 hari 2 malam di kuantan...

Alhamdulillah, sempat jumpe along, kak long dan Nurul Alma Sumayyah....

Allah saje yang tahu kerinduan yang terubat tu....lepas ni aku maybe lagi susah nak jumpe depa....sebab lepas ni along sekeluarga dah nak pindah kat Johor...sekarang dyorang ade kat Perak...seminggu kat sana... huhu... aku nak balik! (batinku menjerit....poyo!)

tak pe lah...maybe bukan rezki aku...aku ada tanggungjawab yang kena setelkan dulu before balik bercuti kat Perak... nak tak nak 14hb baru boleh balik....so Nurul Ain, sila terima kenyataan ye!

Alhamdulillah, Allah takdirkan aku memiliki abang yang sangat bertanggungjawab, n kak ipar yang sangat baek! Alhamdulillah...syukur tak terhingga...

di kesempatan niay, aku nak share talk along...

pagi tu, maybe along sedikit hilang sabar, sebab x jumpe jalan...n sedikit sebanyak salah aku jugak sebab x bg info dgn betol...huhu...sori ye along....

kereta saga warna hitam no plat CCN**** muncul depan aku....happy sgt2...lpas salam kena bebel jap....tp aku x kesah, yang penting dapat jumpe....buat along: ALONG DAH KURUS SIKIT!lalalala~~~~ buat kak long: NAMPAK KEBAHAGIAAN PADA WAJAH K.LONG n alma: HUHU..CAYANG ALMA TIDO WAKTU TU....


ok.....masa jumpe along, along tye, ''AIN, HANG DAH ADA PAKWE KE BELOM, HANG JGN MAIN2 NGAN ALONG, KALU ALONG TAU, LA NI GAK ALONG BAGI KAWEN''

26 February 2011

selamat hari lahir, abah.....

Abah...selamat hari lahir...yang ke-49...

abah dah tue,....ngeh3~~~ (tue2 abah pown, hensem lagi...awet muda kannn...)
dah nak dekat separuh abad pown....

tp kan abah, u are the most wonderful man in this world for me...
x ad yg laen....

terima kasih sebab abah imam yang terbaik dalam keluarga...

terima kasih sebab jadi suami yang penyayang pada emak...

terima kasih sebab jadi ayah yang baik kepada kami adik beradik...

moga abah sentiasa berada di bawah rahmat Allah~~~

luv u daddy, SO MUCH!!!

mak dan abah yang sangat disayangi




sewaktu tulis post niey.... rasa rindu sangat kat mak abah...adik beradik.... NAK BALIK!!!! i'm HOMESICKING right now.....heee~  n teringin nak makan masakan mak....

19 December 2010

perkahwinan sederhana???


Bila anak-anak dah membesar, boleh berfikir dan boleh memahami keadaan sekeliling, peranan ibu bapa memang sangat penting. Menjadikan anak-anak ketika itu seperti kawan dan teman untuk member I buah fikiran yang berguna untuk SI ANAK terus menjalani kehidupan mereka dengan lebih bermakna.

Kalau kat sekolah dulu, cikgu suruh buat pendahuluan untuk karangan. So kat atas tu adalah pendahuluan aku…n_n

Salah satu perkara yang mak n abah selalu pesan pada kami,….(kanak-kanak mereka) ialah BAB PERKAHWINAN…pergh… tp aku suka…kalu dalam facebook dye tulis Nurul Ain Shohor likes this.

SO SATU HARI…masa kanak2 anak2 mereka yang sudah "layak berkahwin" niey berkumpul…bonda n ayahanda pown mengeluarkan titah…

26 October 2010

bAR0kah jumpe org2 tersayang


Alhamdulillah, anak menakanku @ anak saudaraku selamat di aqiqahkan… cukuplah umur beliau 7 hari pada waktu itu…  Nurul Alma Sumayyah diberi oleh pasangan Mohammad Redha bin Shohor dan Shashila binti Saadon… maksudnya cahaya yang bijak/terpelajar dan kebanggaan… jelas kegembiraan menjadi abah dan ibu di muka along dan kak long… YUP…along mmg pilih nama yang sesuai untuk anak…

 nurul alma sumayyah

1st time aku tgok muka Alma, rasa sejuk sangat hati… baby kecil yang tidak langsung diselaputi dosa2 bagai kain putih yang indah berseri… kemudian pandang pula muka kak long, aku rasa seronok sangat di jiwa, seluruh dosanya sebelum ini hilang semasa melahirkan Alma…Subhanallah… itulah janji Allah

Ya Allah…aku mohon padaMu agar Engkau berilah kemudahan kepada alongku dalam mendidik isteri dan anaknya… Engkau berilah kekuatan kepada kak longku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali dan juga Engkau berilah jalan yang lurus buat anakku ini, Alma… 

 dalam gambar: alma yang berada di riba abahnya, kak long yang chumell dan emakku yang sedang pegang anak sepupuku....

Alma dengan emakku. dah naek pangkat jadik wan daaa...

Alma dengan abah..pown dah naek pangkat jadik tow wan...hehe

Sebenarnya perjalanan ku ke Kuantan pada pagi JUmaat itu ditemani seribu masalah di benak fikiranku… tak tahu aku nak luahkan pada siapa… kebetulan malam sebelum tu dapa meseg dari angah “ain, ade ap2 masalah ke? Kalu ade, bgtahu lah pada angah”…. Haish…angah mcm tahu2 je… terima kasih angah… namun, aku teruskan jua langkah ku ke Kuantan dengan niat nak berjumpa mak abah, along kak long dan yang penting sekali ALMA… sepanjang di dalam bas, aku memang sibuk memikirkan apa yang aku sedang hadapi… aku rasa seolah-olah bingung sgt ketika itu… dan perjalanan ke Kuantan memang aku sematkan untuk mencari ketenangan…

Alhamdulillah…laut yang terbentang luas menemaniku pada ketika itu.. nak saje aku turun dari bas SP BUMI double daker tu…nak menuju ke pantai…n nak jerit puas-puas…nak nangis semahu-mahunya… tapi aku tahan… tahan dalam-dalam…aku hanya serah diriku pada Allah waktu tu…
Then, bila dah sampai terminal bas Kuantan…. Aku pown bla…bla….(tak perlu diceritakan)… sejam kemudian, along pown muncul… jelas beliau sangat gembira… along bawak jumpe kak long dan baby (masa niey tak tahu lagi nama baby apa…n waktu niey pown kebetulan along nak bwk baby jumpe doc untuk cek kuning)… 

Nampak2 je muka baby… SUBHANALLAH…jiwa aku rasa seperti kosong sangat disebabkan aku sangat seronok waktu tu…tak tahu nak ck pap…dari jiwa aku yang bergelora sebelum tu, rasa macam dingin sangat….tak tahu aku nak ucapkan camne….

Then, along pergi jemput mak abah pulak… bila sampai di rumah mak cik…aku terus berlari jumpe mak, peluk mak…rasa nak nangis terus kat bahu mak…tapi aku tahan lagi….
Sepanjang dua hari bersama mak, abah..hatiku sangat2 tenang… mmg aku gunakan waktu bersama mak abah sepenuh2nya….mcm dah tak jumpe lama….

Tiba waktuuntuk berpisah kembali… mak abah dah nak balik perak…aku pulak bakal berangkat ke Terengganu semula… janji tak tipu waktu tu aku mmg tak boleh taham… tersembur jugak air mata aku… aku pown pelik kenapa…tapi itulah aku waktu tu….


Nak cakapkan di sini… masalah yang aku cckp besar sgt3 tadi…setle ketika aku bersama mak dan abah, ketika aku bersama ALMA, ketika aku bersama along dan kak long dan ketika aku bersama mak cik2 aku yang laen…. Dan ketika itu, aku rasa sangat2 bersyukur ke hadrat Allah kerana izinkan aku lalui “SAAT ITU” dengan mudah sekali… kerana izinkan aku terima “DETIK ITU”dengan senang sekali… terima kasih YA RAbb…sesungguhnya memang aku belindung di bawah kekuasaan MU… bimbinglah aku Ya Allah… janganlah Engkau palingkan aku ke arah itu lagi…. Aku taubat padaMU…




SyifaaulQ0lb

17 October 2010

selamat datanggggggggg II


masa lepas jogging dengan CIK FA petang tadi (Alhamdulillah, dapat round trek 2 kali lari and satu raund jalan…best2~~~)…ak dapat msg dari mak…

yang berbunyi:  kak, yan tgok fb ada gambar anak…

ya Allah…bestnyer…tak sabaq aku nak bukak fb…tgok pic anak…
dan akhirnya…

memang tak dapat nak digambarkan rasa syukur…. Alhamdulillah…
namanya masih tak diberi lagi, sebab ikut sunnah nabi, nama anak diberi masa ari ke-7…

s0, tggu la ye…sekali lagi dunia ini berseri…ameeen

alahaiiiiiiiiiiiiiiii sayang alang niey....


syifaaulQ0lb