Member2

Showing posts with label ainulqolb. Show all posts
Showing posts with label ainulqolb. Show all posts

24 April 2013

roda tergolek-golek

Alhamdulillah...masih dapat bernyawa lagi hari ini. Masih diberi peluang untuk ditarbuyah daripada Allah. Melalui? Melalui kehidupan ini.

Betul kata orang....hidup ibarat roda. Yang di atas pasti rasa di bawah. Yang di bawah pasti rasa bagaimana di atas. Yang sedih pasti rasa gembira. Yang gembira pasti pernah rasa sedih. dan itu apa? itulah keHIDUPan. Yang bukan happy selamanya dan bukan sedih sentiasa. ting tong~~~ baru sweet kan!

Sebenarnya aku nak bagitau apa kan?

Ok fine. aku sendiri tak tahu camne nak cakap.

Tapi yang pasti tadi aku dah rasa apa yang kawan aku rasa bila dibanding depan2... ops! ini bukan kes jeles ok. ini lebih cenderung kes rasa rendah diri!

dalam hati: kerja aku teruk sangat ke??????

That actually happened. Bukan diharapkan pujian. Tapi diharapkan sesuatu yang positif.

DAN. Dalam situasi tadi... aku cuba pandang dari sudut positif LEPAS rasa down giler2. Tapi before nak dapat charge positif tu, aku terpaksa nangis. Nangis untuk mengadu pada Allah. Supaya diberi kekuatan hati untuk menerima kritikan yang sebenarnya tak disengajakan pun. Supaya kritikan itu menjadi kekuatan untuk diri aku. Supaya kritikan yang tidak sengaja itu mengajar untuk aku jadi lebih teliti.

THat'S my way to persuade my self actually.

Yelah kan....sapa nak pujuk or nak sejukkan hati kita kalau bukan diri kita sendiri kan!heee^^


















25 March 2013

Muslimah itu


Muslimah itu,

Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.




24 March 2013

setitis air mata ibu

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah... 

Rindu Mak. Itu yang hari-hari aku rasa. Nak peluk mak. Nak berceloteh dengan mak. Nak masak dengan mak.

Cerita cerekarama malam tadi pun pasal ibu. Pasal emak. Pasal ummi. Pasal mama. Yang pasti...
Satu keberkatan di dunia kita akan hilang sewaktu mata ibu tertutup iaitu doa daripada seorang ibu.

Emak. Dialah manusia yang dari aku lahir, pastu belajar meniarap, merangkak, berjalan, dan sampai sekarang yang menjadi saksi kepada hidup aku.. Jatuh bangun aku. 

Satu perkara yang paling aku ingat. 

Ada satu hari tu, aku merajuk dengan mak. Gara-gara mak tak izinkan aku pergi ke program..(aku pun x berapa ingat program apa)... waktu tu tengah cuti sem. Mungkin waktu tu mak tak bagi pergi sebab aku tengah cuti., dah la duk jauh, balik pun sekali sekala, pastu nak keluar sampai dua tiga hari...

Waktu merajuk tu...muka aku...mak aiiiii....masam mencuka. Mulut tu aku kira dah sama muncung macam ikan todak. Makan pun tak nak. Giler merajuk tahap dewa la konon kan.

Malam tu.... waktu makan malam. Suasana senyap je. Mungkin mak abah tengah pendam marah kat aku. Yang aku pulak tengah layan merajuk aku. (ELok betul perangai kannn...)

Lepas je makan malam, nak kemas rumah...tiba-tiba...

"Akak, mak yang lahirkan akak, mak tahu apa yang ada kat hati akak sekarang,. Akak ingat orang suka ke dengan sikap suka merajuk ni. Orang tak suka! Jangan cepat merajuk! Fikir sikit Akak dah besar. Mak abah tak bagi pergi ada sebab!"

Pastu mak nangis. Mak pergi keluar dari dapur.

Ya Allah... waktu tu meruntun jiwa aku. Aku turut nangis. Bukan sebab aku kena marah. Tapi sebab aku dah bagi mak nangis. Kan besar dosanya jika air mata ibu menitis kerana kita. Waktu tu aku rasa seolah-olah tak berguna sangat. Malam tu jugak, aku decide aku takkan pergi ke program tu. Aku takkan pergi!

Pagi esoknya... Mak dengan aku masih dingin. Aku tak keluar bilik sebab malu dengan mak. Abah dah lama ke sekolah. Adik semua tak de. Kiranya di rumah waktu tu hanya aku dengan mak...

Aku jenguk dari pintu bilik...mak tengah sapu sampah kat ruang tamu... Aku gagahkan jugak kaki ni keluar menuju ke emak.

Aku terus tarik tangan mak. Cium tangan mak. Dah nangis-nangis dah waktu tu... Mak mula-mula macam keras je tangannya. Tapi tiba-tiba emak terus peluk aku. Dua-dua dah banjir. waktu tu aku tak lepas sebut.."Mak, ampunkan akak..mak, ampunkan akak,mak, ampunkan akak" Then mak pulak... "Mak bukan tak bagi akak pergi, mak risau...."

Macam drama. Tapi itulah yang terjadi. Lama jugak dalam pelukan mak. Pastu aku cium mak. Memang teresak-esak waktu tu... Aku nyesal sangat.

Sejak hari tu, aku memang dah kurang merajuk. Dan sekarang, Alhamdulillah, sifat cepat merajuk tu aku dah buang. Mak selalu pesan... apa-apa berlaku, fikir yang baik dulu..InsyaAllah, kita akan rasa tenang, takkan marah-marah"

Betul cakap mak. Dan sekarang aku sangat terhutang budi dengan mak. Sebab mak lah, aku dah tak reti merajuk sekarang. Even dengan siapa-siapa pun. Even kat mana pun... InsyaAllah...

Kalau tiba-tiba je datang perasaan nak merajuk tu, cepat-cepat tepis then senyum. Pastu, bisik dalam hati mesti ada something yang aku tak tahu. Then, SETTLE! Lagipun, penat la merajukkkk...haha...

BYE BYE MERAJUK!

Sebenarnya dah lama aku nak post entry ni. Tapi aku malu nak share. Tapi sekarang aku kira aku pun dah cukup dewasa dan bagi yang terbaca post ni pun, jadikanlah ni sebagai pengajaran. Ingat, ibu tu segala-galanya. Jagalah perasaan ibu kita sementara Allah masih beri peluang untuk kita bersama ibu. 


"Kami perintahkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepada ibu dan bapanya. Ibu mengandungkannya dalam keadaan lemah yang semakin lama semakin bertambah dan menyusuinya hingga dia berusia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu dan hanya kepada Akulah engkau kembali" (Surah Lukman: ayat 14)


gambar hari raya tahun lepas.













13 March 2013

men in my life

Alhamdulillah... Dalam dunia ni...ALLAH hadiahkan aku 5 orang lelaki yang paling istimewa.

1. abah
Abah...abah... abah...sayang abah.... sayang sangat sangat. akak boleh kira berapa kali abah marah akak. Tapi akak tak boleh kira berapa kali abah tanya pasal akak pada emak. Nak peluk abah. Nak cium pipi abah... rindu abah

2. along
sangat take care pasal aku. lawak tapi tegas. ain tau along sayang ain. Terima kasih, along.... doakan ain taw...

3. angah
pendiam. Tapi angah la yang jadi tukang pujuk ain bila kena marah ngan along. Terima kasih angah sebab banyak bagi nasihat kat ain. 

4. amir
penghibur hati akak....akak sayang amir sangat2 taw.

5. bakal suami
hahaha...bab yang ni no komen. tapi aku tahu si dia wujud cuma belum ketemu. saat ni aku cuma kirimkan doa moga Allah pelihara dia walau di mana dia berada walau apa yang dia lakukan. rank ni pun akan automatically berubah kalau dia lafazkan "aku terima nikahnya...."

akan bertambah laki yang istimewa dalam hidupku.. InsyaAllah, jika Allah kurniakan putera...hik3....

28 February 2013

senyum smile mmg mujarab

Alhamdulillah.... seinfiniti kesyukuran hanya pada Allah... Subhanallah,... 

Hari ni praktikal untuk diri sendiri. Malam semalam, terasa stress sangat. Tak tahu kenapa. Tetiba terfikir benda yang rasa tak payah fikir lebih-lebih pun. Pastu tak pasal-pasal otak salah tafsir., terus diri jadi komplikated! sendiri cari nahas..haha

Then, sebelum tidur semalam, aku cakap pada diri sendiri, esok aku nak jadi orang paling happy. Aku nak buat orang sekeliling aku happy.

Pagi tu, bangun je, aku ingat balik apa yang aku cakap pada diri sendiri. First thing yang aku buat... SENYUM! pastu minum air... hee^^

Terus rasa macam ada aura yang hebat masuk kat dalam diri ni. Benda semalam yang tetiba duk kacau fikiran aku, terus hilang! Terhapus! Hancur! dannnnn

ALHAMDULILLAH.

Walaupun harini sebenarnya xde la best mana pun prjalanannya, tapi rasa happy sangat.... happy sebab xde perasaan yang tak best dekat orang sekeliling...

Terima kasih Allah... syukur...


Indeed!

sebenarnya aku nak buat apa yang aku citer kat atas tu lepas aku baca ni lah... tq pada jiran aku ...Shahrul, sebab share mende ni... Alhamdulillah, Allah izinkan...




********

Dan petang tadi,... dapat la gedik2 ngan along.... dah dye kol, apa lagi...dah lama tak gedik2 ngan abang sendiri sejak depa dah kawen, sejak dah lama tak jumpak....heee...

dan paling best bila along cakap... "along dah cakap kat abah"

erk? apakah makna sume itu? xleh blah sebab nak bg suspen je... xde apa pun sebenanrnya...

dan seperti biasa, along akan bgi nasihat kat adik dye yang kadang2 x berapa betul ni..

Along pesan, manusia ni suka pandang benda yang lepas n suka sangat risau benda yang akan datang,..sedangkan benda yang tengah lalui ni tak hirau pun... SO FOKUS!

InsyaAllah Along..thanks yer...hihi

*******



20 February 2013

titipan hati


dalam diam , aku akan terus mendoaknmu,

semoga Tuhan sampaikan isi hati ini melalui DOA yang khas 

ku titipkn buatmu dgn cara-Nya yg terindah .. 



** walaupun aku tak tahu siapa dia, moga Allah pelihara dia di mana dia berada, apa yg dia lakukan.
 aku sayang dia**


mode: xde kegheje ke ap aku niey. sighhh...hehe







26 January 2013

finished "Sebelum Aku Bernikah"

Alhamdulillah....i'm already finished "Sebelum Aku Bernikah" (SAB). Karya Hilal Asyraf (HA).

Sangat bermanfaat untuk pemuda pemudi. Remaja remiji...

Ye la kan, tambah-tambah yang umur macam aku, topik bualannya kalau dengan kawan-kawan tak sah kalau bukan topik kawen. Kalau bukan topik kawen tak sah. Ulang lagi, kalau bukan topik kawen, tak sah.

So far, bagi aku....buku ni perkongsian dan buah fikiran yang sangat baek dari HA. Bahasanya pun hanya santai. Tak berat untuk difahami. Tak susah untuk dihadam. 2 hari jugak la aku baca buku ni.

DAN...konklusi dari buku yang 201 halaman ni,....

Sekiranya benar-benar cinta, mahu bersama ke syurga. Segala perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta (Asyraf, 2012)

Kalau orang tanya aku, apa yang aku dapat dari buku ni, aku akan jawab yang kat atas ni. Dan aku sangat setuju. Nak lebih tahu isinya, sila beli sendiri..hahaha... sebenarnya aku pun nak carik buku ni, nak beli untuk jadi harta sendiri. ni pun aku pinjam dari member. 

Tapi ada lagi satu buku yang aku nak cari, Cinta High Class. maybe agak ketinggalan untuk aku, tapi ade aku kesah????hahha..InsyaAllah, ada rezki, aku akan dapatkan dua buah buku ni. 

Bagi pendapat aku, pada usia sekarang memang patut fikir bab kahwin ni. Tapi bukan hanya sekadar fikir. FIKIR DAN BUAT PERSEDIAAN.. persediaan menghadapi alam rumahtangga. Macam abang aku pernah cakap, kita kahwin ni memang sehari, tapi kita berumahtangga bukan sehari. Betul jugak...hari perkahwinan kita maksudnya kita berkahwin dan ia sehari cuma. Tapi rumahtangga ituu......hmmmm....

Bak kata HA lagi dalam SAB,

Cinta adalah usaha memperkasakan ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan diri. Cinta adalah usaha mempunyai kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan berkahwin.

Dan aku mengangguk tanda faham. heee...^^



*************

Teringat satu malam, adik aku, AMIR...tiba-tiba tanya abah...

"Ayah ayah, bila kak ain nak kawen?" (dalam adik beradik aku, amir sorang yang panggil ayah, yang laen panggil abah)

Aku????erm, pehal budak ni kan...tapi bagus gak dye tanya abah...hehehehe

Abah jawab, "tanya kak ain, dia dah ada ka belum? kalau dah ada mai umah, malam ni pun xpa...jumpak mak abah"

hehehe,....aku senyum....then balas

"Amir, tanya kat ayah...bukan ke ayah nak cari"

Hahahahaha...boleh pulak main pass2.... 

Bagi aku sekrang, x kira sapa... pilihan mak abah ka...pilihan aku sendiri ka.....

Kalau mak abah ON, aku ON...InsyaAllah....

Dan aku, bukanlah terlalu demand.... cukuplah aku sematkan dalam doa setiap lepas solat....yang boleh membimbing aku, yang boleh menyayangi aku, yang boleh menjaga aku....

Dan sangat memadai bagi aku jika dia seperti kriteria Ustaz Azhar Idrus cadangkan....


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu) 




ok...cukup sekadar ini...wallahualam... 















25 January 2013

The evening pearl

Alhamdulillah....baru balik dari sekolah adik... Ikut mak abah...

Antara benda yang paling aku suka buat kalau kat umah, ikut mak abah keluar. Tak kira pergi mana pun... Bukan nak kacau mak abah beromantik., cuma menceriakan...hahaha...xleh blah... 

saja nak menghargai peluang menjadi macam 'anak tunggal'. hahaha... 
menggunakan peluang selagi aku boleh bermanja dengan mak abah.., 
sementara ada peluang mengutip mutiara dari mak abah..

dan ia SERONOK!

tadi pun sepanjang perjalanan mak abah bagi nasihat... Ya Allah, terima kasih.... merekalah malaikat yang Engkau hantar di dunia ini untuk menjadi guidance aku.

Mak: akak, kalau rezeki akak dapat geran tu, jangan la lepaskan... banyak faedahnya untuk masa depan akak...

Emak membuka bicara.

lalu abah sambung memberi pencerahan. Gaji yang beribu nanti boleh kita gunakan untuk dekatkan diri pada Allah. Kita boleh tolong anak yatim. Bagi zakat. Beri sedekah. Buat umrah. Buat haji. Sebab apa? Sebab dalam kepala kita akhirat. Bukan bermakna kita tinggalkan dunia jugak. Lagi, boleh melancong. Banyak yang kita boleh belajar dari melancog ni.... banyak ilmu.

Aku mengangguk. 

Mak jugak ada bagi semnagt kat aku. nanti boleh beli kereta impian aku... AKu tersenyummm...

Subhanallah....

Perjalanan yang sangat indah.

Lagi pesan mak abah. Beramal selagi diberi peluang walaupun kita bukan ustaz ustazah. Bukan syarat kita kena jadi ustaz baru boleh amal agama. kadang-kadang yang berpeluang pijak di bumi Mesir belajar ilmu agama pun tidak mengamalkan ilmu... Nauzubillah...

Tapi ini jugak realitinya. Aku tidak nafikan.

Bukanlah aku memuji abang-abang aku. Tapi disebalik sikap mereka itu terbit keinginan, aku jugak inginkan suamiku seperti mereka. Seperti ayah aku. Seperti abang aku. Yang masjid itu menjadi tempat ulang-alik. Yang Quran itu menjadi panduan. Yang sunah itu menjadi amalan. Yang ilmu itu dijadikan pedoman. Subhanallah. 

Ya Allah..mampukah aku?

Okey...termelencong pulak...!hahaha. tapi sebenarnya ni lah yang berlari kat otak aku tadi masa mak abah sentuh pasal abang-abang,...

Indah semuanya jika kerana Islam.

Terima kasih Ya Allah.







22 January 2013

Tablet PC phone MURAHHHH

Mana-mana pergi aku tengok orang pegang tablet.... sampai kat umah pun adik aku main tablet. OK, fine! aku kena terima kenyataan yang dunia hari ini bukan dunia 10 tahun dulu.... Dulu kalau budak macam aku umur 5 tahun, tengok kompiter yang besaq gedabak tu pun takut nak sentuh.... fuuhhhh!

Jadinya...kat sini aku nak promote sikit... Tablet PC Mobile Phone... 


First time aku tengok...memang tertarik. Lebih-lebih lagi peminat gadget macam aku ni. So, gadjet-gadjet trend sekarang memang jadi perhatian aku lah... seronok explore-explore gadjet ni... hahaha

OK... apa ciri-ciri tablet ni?

* Tablet ini menggunakan aplikasi android 4.0.4
* Tablet ini mempunyai aplikasi kernel 3.0.8
* Memori dalaman 4GB
* Kamera 2.0 mp
* USB port

Itu saja kah?????

mestila takk...

Tablet ni macam gadjet yang lain jugak... Tablet ni..

* Boleh support software.termasuklah Facebook, Twitter, Skype, Google Mail, Microsoft Office, Youtube
* Support broadband
* Support wireless
* Calling, Video calling




LUPA plak nak bagitau pasal harga.... Harganya sangat murah okey... jangan lepaskan peluang selagi pak cik aku tu tengah nak bagi promosi ni... HARGA TABLET PC PHONE ni RM 380...

Sebarang pertanyaan, bolehlah terus tanya pada aku.... tak pun pm fb aku.. http://www.facebook.com/arein.blinkblink  . tak pun amik no phone aku nieyh... 0135916282

ok...papai...thanks..








17 January 2013

dah seminggu kat rumah...

Alhamdulillah, rupa-rupanya dah seminggu kat rumah...

selama seminggu ni, alhamdulillah., dah buat amali untuk lesen kereta, just tunngu untuk dapat lesen L, then aku nak shoot terus untuk test JPJ...hopefully I can finish it before my internship. Alhamdulillah again, my dad dah bagi full permission  to drive... The moment that I wait most for a long time..

Then, dalam seminggu ni...aku jadi drebar kuda  moto untuk mak.... mak nak g pekan bagan serai, aku tolong rempitkan...mak ajak g kebun, aku bawak.... tuntasnya, dalam seminggu ni tak de sehari pon yang aku tak rempit lagi...

Kat kebun mak abah, aku berkenalan dengan adik. manja gila adik ni... bagus! okey, ni dia yang aku cakap adik tu!hahahaha...hari-hari aku main dengan si budak adik ni...




pastu tadi..... pergi taiping... destinasinya nak pergi hospital taiping... sebelum sampai hospital abah ajak pekena cendol n pesemboq! cun giler. wajib okey kalu mai taiping niey... meletup!



lepas tu baru la pergi hospital.... terus jadi insaf tengok orang sakit. jiran aku masuk icu. dye tengah pregnant 2 bulan. Tapi dalam masa pregnant ni, dye penat... sebelum ni dah 4 kali masuk hospital, tapi kali ni, dia terus tak dpt bernafas... tadi, masa masuk ICU tu,,......mmg mengucap panjang-panjang la kan, kita yang tengok ni pun rasa seriau, tak tau la apa yang org yang tengah mengalaminya tu... tu semua hanya Allah yang mengetahui...


Moga kita yang masih berpeluang untuk bernafas ni, dapat insaf banyak2... istighfar supaya dapat melusuhkan dosa-dosa kecil.... lembutkan lidah dengan zikir,... sucikan hati dengan bacaan Al-Quran.... perindahkan dengan solat-solat sunat...insyaAllah...

Bak kata ayah aku:
 ajal tak kenal usia. kita dah buat persiapan ke arah tu ke belum?



03 January 2013

BFF video



Alhamdulillah, dapat pun upload... patutnya video ni diupload masa dulu lagi,
 masa musim post pasal C-Nut Chocolate


the only simple and ordinary video. But very meaningful for me!  the best ever teammate I have.

Thanks for all of u...

Kalai Rubini Subramaniam
Vincent Lam Toh Wai
Siti Nur Alia Rosli
Nurul Farhana Aluwi
Nor Amira Tarmizi
Che Aisyah Ayob

and

ME... :)

hv enjoy it

02 January 2013

the year exchanged

Entry ini adalah entry yang tertunggak... #$@^%#$@&*%%#@( 

SELAMAT TAHUN BARUUUU….

Moga kedatangan tahun baru (2013) ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan tahun 2012 yang lalu moga menjadi motivasi untuk kita menjadi lebih baik, muhasabah buat kita agar kita dapat belajar dari kesilapan. dapat mengambil iktibar dari apa yang terjadi, ….
InsyaAllah…

Tahun 2012 diakhiri dengan final exam… 1st paper. Dan malam tu aku ditemani dengan penulisan thesis yang bakal dihantar….

Ouuuhhhhhhh thesis…cepatlah abis… (kena la rajin, kalau nak cepat habis, ye dop? )…heee

Kalau dikenang-kenang, terlalu banyak kenangan 2012 ni... pahit, manis, tawa duka... tambah-tambah bergelar seorang student tahun akhir ni...

TAHUN 2013: akan menghabiskan satu sem yang berbaki di tempat praktikal yang masih tinggal tanda tanya.... ohohoho....

JUST nak share intipati khutbah Jumaat sempena tahun baru ini... 

Intipati khutbah Jumaat tadi: Cadangan azam tahun baru oleh khatib:
1. Banyakkan solat berjemaah di Masjid
2. Banyakkan berpuasa Isnin dan Khamis
3. Banyakkan solat Duha
4. Tidak mengharapkan pujian manusia dlm apa jua yg dilakukan
5. Menjauhi caci dan keji serta menyambung silaturrahim
6. Sabar dengan ujian




 **********

ENTRY HARI INI:

selepas DUA hari check thesis, akhirnya,..... habis jugak my beloved supervisor check.! giler dasyat beliau check, detail sangat2.... salute la dengan Dr.... (padahal dalam hati aku, waktu duduk depan Dr: cepat la abis, cepat la abis, cepat la abis.....X0x0)

Apapun, dua hari ini sekali lagi aku akan terpaksa memotivasikan diri untuk siapkan thesis dengan study untuk final exam... pada NURUL AIN SHOHOR, caiyok2!!!

MOga Allah beri kemudahan...

Emak..terima kasih kol, bagi kata semangat. ok, lepas ni akak siapkan cepat2 ea, macam bawak ferrari!hihi
(bertuah punya anak!)


*********

(P/S: PADA YANG JADI NIGHTMARE AKU (2011, 2012), SELAMAT TINGGAL... I WILL NOT BRING YOU ALONG IN THIS YEAR ANYMORE... I WANT TO BE HAPPY..., ok, aku merepek! )


*********

p/s untuk blog ini: harap takkan pudar untuk menemani diriku.....



24 December 2012

kanak2 yang seronok main hujan....

Alhamdulillah.... Hari-hari terakhir kat UMT makin buat memori bertambah bersinar....even kat luar uiiissshhhh....matahari pun tak lalu tunjuk muka... sekarang ni kat Terengganu dah tiba musim peralihan angin. monsoon cup...hujan tak berhenti. angin kuat yang amat.ombak jangan nak cakap la kan...kuat giler. TAPI, Alhamdulillah... aku anggap semua ni sebagai pengalaman aku.

SO

sebagai seorang yang tak pernah main air ni.... (OK, aku bohong...) dengan berbekalkan alasan mengantuk writing thesis, aku dengan jiran (bilik sebelah) pun pergi buat PANTAUAN dekat depan kompleks siswa. Memang kenderaan ringan tak leh lalu situ, air pon dan paras peha... (bg aku yang kontot ni la)....

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang.... jangan diajak pasti aku datang...erk??? hahaha.... dah kata niatnya nak main air... s0 memang enjoy la tadi kan.... orang lain muka ketat redah ayaq, aku muka heaven gila dapat main ayaq....hahaha....

ANYWAY, aku sangat happy.... kalau dengan jangan tanya kenapa ok. ni pun dah haaaasscceemm banyak kali.... h0h0h0... 

Tetiba aku teringat, malam tadi aku ada mesej my PAPA (supervisor)... Dr, minta maaf, saya tak dapat siapkan n hantar chapter 4, 5..... minta maaf Dr...bla bla bla... pandai la aku duk mengayat Dr.... 

At last Dr jawab ... ok,.. bila boleh hantar utk i check... aku replied: InsyaAllah, as soon as possible, Dr...(jawapan selamat)... Dr replied again: ok ain, bgtau kat semua, kalau 25th ni tak hantar chp 4 dan 5, 26th hantar semua sekali...

Aku tak tau nak happy ka senyum ka... Kalau aku senyum tu sebab boleh lepas tak hantaq thesis.. tapi yg buat senyuman yg comel ittew kembali hambar sebab kena hantaq semua sekali! arrrggghhhhh.... tooollloooonggggg...hehehehehe....

hamik hang! ada masa buat thesis hang buat alasan ngantuk p main ayaq...sapa suruh!

ANYWAY.... tak pe lah... sebagai punishment untuk diri ini...aku stay up malam ni berbekalkan air masak yang tawar kurang manis itu siapkan thesis... target aku, nak siapkan subtopik yang last...hihi.... InsyaAllah...

*******

tadi...masa tengah makan, my fren told me.... kita jangan mengeluh waktu hujan2 niey, sebab kita tak tahu bila Allah akan bagi kemarau, dan mungkin ketika itu, kita pun akan mengeluh jugak... 

DAN waktu hujan ni lah, masa kita nak berdoa itu sangtlah mustajab.... so...JOM BERDOA....

******












ok, salam

22 December 2012

22/12/1990

Saat jam 10.45 makin tiba... kalau diimabs kembali 22 tahun lepas detik ini menyaksikan seorang ibu sedang bertarung dengan nyawa.... demi melahirkan seorang anak ke-3....  si ayah pula sedang bersabar menanti saat utk diazankan.... dua orang abang yg kecil pula sedang menanti kelahiran adik mereka,... apakah sebenarnya yang ada dalam perut ibu itu selama 9 bulan???? 

Dan akhirnya...seorang anak puteri yang keluar... kulit kemerah-merahan...rambut hitam lebat.... pada ketika itu, tangisan menghiasi rumah papan itu.... 

Sakit si ibu terus hilang di sebalik senyuman... oh, aku tidak dapat imagine bagaimana rasanya sakit nak melahirkan seorang anak itu...sedangkan senggugut itu pun sudah perit yang amat bagiku.... 

Kini anak itu dah besar. sudah 22 tahun...

Mak, abah... kini usia akak sudah cukup 22 tahun... Terima kasih sbb lahirkan akak dan bagi didikan dr kecil sampai sekrang....x pernah kurang kasih sayang yang diberi... Doakan anakmu ini dalam meneruskan kehidupan ini... Permintaan akak pd mak abah, carikan jodoh untuk akak ye... :)

SENT! mesej ditaip dan di hantar kepada emak dah abah...

emak replied : Ya... Selamat hari lahir.... :)
abah replied : ada tuuu... niat yang baik dan ikhlas akan dimudahkan Allah. percayalah. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat, bertaqwa...

TERIMA KASIH MAK ABAH... DOAKAN AKAK JADI ANAK YANG SOLEHAH HINGGA AKHIR HAYAT AKAK.... MAAFKAN DOSA-DOSA AKAK SELAMA INI....

ALhamdulillah, juga... ramai kawan-kawan turut mendoakan di saat diri ini sudah cukup 22 tahun.... ALAHAI...sweetnyer ucapan-ucapan korang... dari kawan sekolah rendah, menengah, matrik, universiti, kawan2 maya, .... Alhamdulillah... terima kasih atas doa dan ucapan kalian.... 

MOGA KITA SAMA-SAMA DALAM REDHA ALLAH... di saat kita gembira menyambut kelahiran, sebenarnya kita juga perlu bersedia menghadapi kematian... umurku makin menghampiri saat akhir nyawaku yang aku sendiri tak tahu bila....harapan aku, di saat umur ini meningkat, maka meningkat jualah amalku padaNYA...cintaku padaNYA....

Oleh itu, banyak menda yang aku harus korbankan... termasuk perasaanku kepada seseorang... pada kamu, sebenarnya inilah sebab aku terpaksa berbuat begitu.... moga hati kita dalam jagaan Allah untuk mendapat redha Allah... moga kamu bahagia...

Dan janji tak tipu.... pada ketika usia ini juga lah, kadang-kadang terfikir menuju ke arah perkahwinan... selalu jgak la aku terfikir... dengan siapa la aku bakal berkhwin...haha.... insyaAllah, mak selalu bgtau kat aku,...bila tiba saatnya, mudah je ke jalan itu... doa banyak2... heeee ^^...

dan satu pengakuan jujur ikhlas: I'M SINGLE ANd AVAILABLE okey! heeee.... 
(oppppssss, perlukah?kui3)

okey...untuk diriku sendiri: SELAMAT HARI LAHIR, NURUL AIN BINTI SHOHOR! 



My king and my queen

















19 December 2012

Kena Tampar

Pernah tak rasa kena  tampar? Sakit tak?
Aku pernah rasa kena tampar...Masa dulu... Tapi Amir la yang tampar...Tampar2 manja....haha, adik kan...
Tapi realitinya pun pernah jugak, baru je satu dua minggu lepas.... 
(hahaha....cerita kurun mana aku simpan niey....)

TAPI bukan kena tampar by hand la... TETAPI kena tampar dengan kata-kata...
Tamparan ni x de la buat aku sentap... Tapi insaf giler kot...

Ceritanya simple....Mintak someone kejutkan Subuh... Sebab aku tau aku mesti susah bangun esoknya sebab aku dah tidur lewat malam tu...

Just bayangkan someone tu A dan aku B.

A: Hehehe...nanti saya kejutkan..
B: Betol niey?.... terima kasih.... :D
A: Yela....sama2.... :)
B: hehe...yela....xnak la jadi gajah...huhu
A: hehehe.... hbs tu nak jadi aper?
B: Ntah la...hahaha
A: Jadi hamba Allah yang taat dan patuh pada perintahNya...

(Errrkkk???)...seriusly...waktu ni aku macam rasa kena tampar.... Ainn Ainn Ainn.... Ya Allah... Tu lah, duk suka ja... 

Masa detik ni aku rasa mcm nak terima kasih sgt3 kat someone tu.... sbb ingatkan aku yang tengah terleka dan terlupa niey....

Terima Kasih yer.... moga kita sama-sama selalu ingat siapa Pencipta kita.... Aamiiiiin....



SOMEONE...terpaksa dirahsiakan sebab orangnya tak kasi dirinya didedahkan...tettttttttttt...hehe








17 December 2012

HARI KENDURI ANGAH

Alhamdulillah... selamat semuanya kenduri di belah lelaki, angah dah kawen. Itu kenyataan yang aku kena terima... Abang aku dah kawen...

Sampai je kat rumah pagi Jumaat tu...memang banyak benda yang kena tolong emak...

Satu benda yang aku rasa bersyukur sangat sebab suasana gotong-royang masih wujud kat tempat aku.


Meriah sangat....bab2 masak, ada team nya.... potong-potong, makcik2... rebus telur... pastu makan ...pastu makan...tapi memang banyak makan pun.... konyang den! 

Malam tu (before hari kenduri) hirup sup!. ni sebenarnya jadi amalan jugak la kat tempat kitorang waktu ketika dulu... dah lama dah orang tak buat hirup sup lepas isyak... tapi masa dapat tau abah buat, hatiku GUMBIRA sangat... sbab dapat MINUM SUP...hahahaha (hantu sup betooolll)

HARI KENDURI..... ermmmm, alhamdulillah... lauk pun cukup-cukup.. x lebih x kurang... kiranya tak bazir dan tak payah nak tambah... tetamu pun seronok je makan....

Happy jugak dapat jumpa ustazah Hanim... sempat jugak ustazah bekalkan aku dengan nasihat berguna.. seronok ustazah tengok angah dengan k.ngah...


ain jangan lupa doa... doa sungguh2... solat malam....jaga diri....

Antara pesan ustazah sebelum ustazah tinggalkan aku lagi... (aayyyaaattt....hehehe...)

Soalan-soalan pada aku tak payah la ditanya... Ain bila pulak? Dah ada calon ke? Lepas ni ain pulak la kan... ermm...bertubi-tubi aku kena.haha...

Then, along dan kak long pun bahagia je aku tengok. Alhamdulillah... Best giler dapat jumpa along dan k.long n alma.... alma pun macam dah faham yang dia ada family kat perak... Along dan Kak Long banyak bagi nasihat kat aku.... sebelum balik, along cium dahi aku... 

along dan kak long... tak lama lagi dah nak dapat anak kedua... InsyaAllah


Nurul Alma Sumayyah

Selepas itu....dapat kumpul adik-beradik... aku ngan adik-adik pun happy jer... seronok bersama tolong mak abah masa kenduri angah ni...

3 dara Hj Shohor... sama tak mukanya,,, ^^

Pastu MAK ABAH...  Sebenarnya tadi, mak kol aku.... abah beriye nangis sebab sedih n rasa kehilangan angah dah kawen... Bukan tak bersyukur, tapi itulah kenyataannya... Abah cakap pada adik... ni baru anak lelaki yang tanggungjawabnya pada mak abah still ada even dah kawen, tapi tak tahu nak gambarkan perasaan bila anak perempuan dah berkawen..huuu,..aku pulak yang touching terlebih waktu mak cerita,,,. Aku tau, sebenarnya mak pun dah nangis tapi mak sibukkan diri... 

Tapi mak abah, InsyaAllah, di hati angah masih terikat mak dan abah. Akak percaya, angah pun macam along, anak yang soleh... Mak dan abah tetap nombor satu... ^^




Alhamdulillah....

DAN last sekali angah n kak ngah... MOGA perkahwinan ini bahagia hingga akhir hayat... terima lah yer hadiah simbolik daripada adik2.... hihi,,, sengaja sebenarnya ain dan adik2 beli rempah2 tu....then gula, kicap, sos, cabai, bawang n lain2 tu...hehe...... 

GAMBAR LAIN MASIH MENANTI ADIK MENGUPLOAD... TAK SEMPAT NAK AMIK...