Member2

Showing posts with label Pesan IBU sayang. Show all posts
Showing posts with label Pesan IBU sayang. Show all posts

24 March 2013

setitis air mata ibu

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah... 

Rindu Mak. Itu yang hari-hari aku rasa. Nak peluk mak. Nak berceloteh dengan mak. Nak masak dengan mak.

Cerita cerekarama malam tadi pun pasal ibu. Pasal emak. Pasal ummi. Pasal mama. Yang pasti...
Satu keberkatan di dunia kita akan hilang sewaktu mata ibu tertutup iaitu doa daripada seorang ibu.

Emak. Dialah manusia yang dari aku lahir, pastu belajar meniarap, merangkak, berjalan, dan sampai sekarang yang menjadi saksi kepada hidup aku.. Jatuh bangun aku. 

Satu perkara yang paling aku ingat. 

Ada satu hari tu, aku merajuk dengan mak. Gara-gara mak tak izinkan aku pergi ke program..(aku pun x berapa ingat program apa)... waktu tu tengah cuti sem. Mungkin waktu tu mak tak bagi pergi sebab aku tengah cuti., dah la duk jauh, balik pun sekali sekala, pastu nak keluar sampai dua tiga hari...

Waktu merajuk tu...muka aku...mak aiiiii....masam mencuka. Mulut tu aku kira dah sama muncung macam ikan todak. Makan pun tak nak. Giler merajuk tahap dewa la konon kan.

Malam tu.... waktu makan malam. Suasana senyap je. Mungkin mak abah tengah pendam marah kat aku. Yang aku pulak tengah layan merajuk aku. (ELok betul perangai kannn...)

Lepas je makan malam, nak kemas rumah...tiba-tiba...

"Akak, mak yang lahirkan akak, mak tahu apa yang ada kat hati akak sekarang,. Akak ingat orang suka ke dengan sikap suka merajuk ni. Orang tak suka! Jangan cepat merajuk! Fikir sikit Akak dah besar. Mak abah tak bagi pergi ada sebab!"

Pastu mak nangis. Mak pergi keluar dari dapur.

Ya Allah... waktu tu meruntun jiwa aku. Aku turut nangis. Bukan sebab aku kena marah. Tapi sebab aku dah bagi mak nangis. Kan besar dosanya jika air mata ibu menitis kerana kita. Waktu tu aku rasa seolah-olah tak berguna sangat. Malam tu jugak, aku decide aku takkan pergi ke program tu. Aku takkan pergi!

Pagi esoknya... Mak dengan aku masih dingin. Aku tak keluar bilik sebab malu dengan mak. Abah dah lama ke sekolah. Adik semua tak de. Kiranya di rumah waktu tu hanya aku dengan mak...

Aku jenguk dari pintu bilik...mak tengah sapu sampah kat ruang tamu... Aku gagahkan jugak kaki ni keluar menuju ke emak.

Aku terus tarik tangan mak. Cium tangan mak. Dah nangis-nangis dah waktu tu... Mak mula-mula macam keras je tangannya. Tapi tiba-tiba emak terus peluk aku. Dua-dua dah banjir. waktu tu aku tak lepas sebut.."Mak, ampunkan akak..mak, ampunkan akak,mak, ampunkan akak" Then mak pulak... "Mak bukan tak bagi akak pergi, mak risau...."

Macam drama. Tapi itulah yang terjadi. Lama jugak dalam pelukan mak. Pastu aku cium mak. Memang teresak-esak waktu tu... Aku nyesal sangat.

Sejak hari tu, aku memang dah kurang merajuk. Dan sekarang, Alhamdulillah, sifat cepat merajuk tu aku dah buang. Mak selalu pesan... apa-apa berlaku, fikir yang baik dulu..InsyaAllah, kita akan rasa tenang, takkan marah-marah"

Betul cakap mak. Dan sekarang aku sangat terhutang budi dengan mak. Sebab mak lah, aku dah tak reti merajuk sekarang. Even dengan siapa-siapa pun. Even kat mana pun... InsyaAllah...

Kalau tiba-tiba je datang perasaan nak merajuk tu, cepat-cepat tepis then senyum. Pastu, bisik dalam hati mesti ada something yang aku tak tahu. Then, SETTLE! Lagipun, penat la merajukkkk...haha...

BYE BYE MERAJUK!

Sebenarnya dah lama aku nak post entry ni. Tapi aku malu nak share. Tapi sekarang aku kira aku pun dah cukup dewasa dan bagi yang terbaca post ni pun, jadikanlah ni sebagai pengajaran. Ingat, ibu tu segala-galanya. Jagalah perasaan ibu kita sementara Allah masih beri peluang untuk kita bersama ibu. 


"Kami perintahkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepada ibu dan bapanya. Ibu mengandungkannya dalam keadaan lemah yang semakin lama semakin bertambah dan menyusuinya hingga dia berusia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu dan hanya kepada Akulah engkau kembali" (Surah Lukman: ayat 14)


gambar hari raya tahun lepas.













25 January 2013

The evening pearl

Alhamdulillah....baru balik dari sekolah adik... Ikut mak abah...

Antara benda yang paling aku suka buat kalau kat umah, ikut mak abah keluar. Tak kira pergi mana pun... Bukan nak kacau mak abah beromantik., cuma menceriakan...hahaha...xleh blah... 

saja nak menghargai peluang menjadi macam 'anak tunggal'. hahaha... 
menggunakan peluang selagi aku boleh bermanja dengan mak abah.., 
sementara ada peluang mengutip mutiara dari mak abah..

dan ia SERONOK!

tadi pun sepanjang perjalanan mak abah bagi nasihat... Ya Allah, terima kasih.... merekalah malaikat yang Engkau hantar di dunia ini untuk menjadi guidance aku.

Mak: akak, kalau rezeki akak dapat geran tu, jangan la lepaskan... banyak faedahnya untuk masa depan akak...

Emak membuka bicara.

lalu abah sambung memberi pencerahan. Gaji yang beribu nanti boleh kita gunakan untuk dekatkan diri pada Allah. Kita boleh tolong anak yatim. Bagi zakat. Beri sedekah. Buat umrah. Buat haji. Sebab apa? Sebab dalam kepala kita akhirat. Bukan bermakna kita tinggalkan dunia jugak. Lagi, boleh melancong. Banyak yang kita boleh belajar dari melancog ni.... banyak ilmu.

Aku mengangguk. 

Mak jugak ada bagi semnagt kat aku. nanti boleh beli kereta impian aku... AKu tersenyummm...

Subhanallah....

Perjalanan yang sangat indah.

Lagi pesan mak abah. Beramal selagi diberi peluang walaupun kita bukan ustaz ustazah. Bukan syarat kita kena jadi ustaz baru boleh amal agama. kadang-kadang yang berpeluang pijak di bumi Mesir belajar ilmu agama pun tidak mengamalkan ilmu... Nauzubillah...

Tapi ini jugak realitinya. Aku tidak nafikan.

Bukanlah aku memuji abang-abang aku. Tapi disebalik sikap mereka itu terbit keinginan, aku jugak inginkan suamiku seperti mereka. Seperti ayah aku. Seperti abang aku. Yang masjid itu menjadi tempat ulang-alik. Yang Quran itu menjadi panduan. Yang sunah itu menjadi amalan. Yang ilmu itu dijadikan pedoman. Subhanallah. 

Ya Allah..mampukah aku?

Okey...termelencong pulak...!hahaha. tapi sebenarnya ni lah yang berlari kat otak aku tadi masa mak abah sentuh pasal abang-abang,...

Indah semuanya jika kerana Islam.

Terima kasih Ya Allah.







25 April 2012

Selamat datang JAD!

Alhamdulillah... JOM sama2 kita ucap Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah...

Dah solat? Ngaji? Jom buat! kita niat sama2 kerana Allah k. Tanda kesyukuran kita padaNYA.

Sebut pasal mengaji Al-Quran ni, mak aku ada pesan sesuatu. Mak aku cakap, masa kita nak baca Al-Quran tu, niatlah untuk hadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W  keluarga baginda, sahabat2  baginda dan seluruh muslimin dan muslimat. Dan khususkan juga bacaan Al-Quran ini untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia. Innalillah.... moga-moga pahalanya sampai kepada si mati...

Dan sebenarnya, daripada apa yang aku baca, pembacaan Al-Quran kepada si mati merupakan permasalahan cabang yang berlaku dan mempunyai khilaf dalam kalangan ulama'. Tetapi tidaklah berkaitan dengan persoalan aqidah sehingga boleh menggugurkan pegangan seorang muslim. Jadi, tidak perlulah untuk bising-bising dan memperbesarkan hal ini takut-takut boleh menimbulkan puak-puak dalam kalangan umat islam kan.

*****

OK....apa itu JAD. Sekarang ni aku dah ada teman hidup, namanya JAD. Asal abis kelas, mesti happy giler nak balik bilik, sebab aku ada JAD. Terima kasih sangat  アミヌディン  sebab hadiahkan MR. DANBO ni. Arigato gozaimasu.....  Sampai jugak ke Malaysia.  


kedatangannya bagai sebuah mimpi... Selamat datang JAD!
23/4/12. Tarikh aku dapat JAD.


baiknyer JAD.... seronok bersama kamu!haha



ヌルル アイン




17 July 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Alhamdulillah...idea yg ntah ap2 suke je dtg waktu nieyh...
Anyway, Alhamdulillah...terisi jugak la umah aku ni....

erm...fb aku ada status baru yang mungkin boleh...



1) buat org fikir aku nak berperibahasa
2) buat org fikir aku sedang meluahkan kata-kata...(perasaan)
3) buat ALONG/ANGAH soal siasat aku....ops!hehe
4) buat org tye aku, "awat ain ni laen mcm ja"
5) buat orang tekan button LIKE
6) buat ckp "lantak ko la, ada aku kesah" hahaha

apepon tanggapan org kita kena hormat sebab different people have different perspectives...

Status niey gara2 aku yang keletihan baru balik dari berkebun ngan abah, mak n amir...disebabkan puasa hari ni, s0 mmg sangat letih...apepon, Alhamdulillah... ;)

Amir mulanya taknak ikut sgt2...sampai kena pujuk berkali2...muncung bukan main lagi...tp bila sampai kebun dye yang paling beriye...suka bukan maen lagi... masa tgah sembang2 ngan mak, mak pon keluarkan la peribahasa niey....untuk tujukan pada AMIR...hihi

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

banyak maksud kan sebenarnya... cer tgok komen dr kawan fb... 

kalau nak baca jugak klik gambo utk dye membesar ye...hee

1) from zati: DAH KENAL CAM CELAKA

erm....kalau realitinya bagi certain org maybe betol....mula2 bercinta bagai nak rak lagi...i luv u. u luv me. cinta kita hidup semati.bila dah kawen u pergi mati la lg senang!...ops!!!(niey pengaruh tv la niey...hehe)

2) from yazif: CINTA ITU LAHIR TANPA KENAL

erm...pon betol gak...bukan betol gak. memang betol pon. cer kita tgok seorang ibu yang nak lahirkan anak. seorang ayah yang sedang menanti kelahiran anak. Cinta dyorg pada anak yang dalam kandungan tu betul TOP TEN! tu tak keluar dunia lagi...tp kasih sayangny....Tuhan saje yang tahu. 

kalau kita baca cerita2 org2 hebat, contohnya Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh...even tak pernah tgok Rasulullah pon, tapi kecintaan pada Nabi Muhammad tu...Subhanallah...kita sebagai umat akhir zaman ni kena betol2 hayati... kdg2 kita just mengaku secara lisan...tp fi qolbi???hati??? 
Same2 la ea kita muhasabah balik.

contoh laen...pernah tgok KCB? Ketika Cinta Bertasbih. Hasil karya dari Habiburrahman El-Sherazy yang mana hasil tulisan beliau banyak memperjuangkan CINTA DALAM ISLAM. Bagaimana Abdullah Khairul Azzam ingin khitbah Anna Alfatunnisa even x pernah kenal pon. see!

CINTA DALAM ISLAM?

erm...seharusnya kita kena selalu ingat yang CINTA bukan hanya terikat atau rigid antara laki dan perempuan. TAPI

cinta kita pada ALLAH
cinta kita pada Rasulullah
cinta kita pada Al-Quran
cinta kita pada Ibubapa
cinta kita pada suami/isteri
cinta kita pada adik beradik
cinta kita pada anak-anak
cinta kita pada kwan2/shbt2
cinta kita pada seluruh umat islam

even pada haiwan pon....

SUBHANALLAH...hanya Allah yang tahu. KERANA DIAlah PENCIPTA CINTA.

bila sebut bab cintan cintun niey, ramai jugak la remaja retua nak amik port...tgok kat fb sudeyh...

kalau yang tgah tggu cinta dari someone tu, ayat dia......
fuh! yang islamik plak keluar segala doa bagai.bgusla kan.. tu antara inisiatif pihak berkenaan....

kalau yang tgah bercinta tu laen plak bahasa bunga2 nye...sendiri boleh tau kan...
kalau yang tgah frust menonggeng tu, segala api2 keluar, kalau tak api, ayat yang keluar sayu je...huhu...

tp kan aku suka baca post dari seorang isteri n suami atau seorang ibu atau ayah...
bila baca senyum je...(telus je.....)

cer tgok plak post dr bakal ibu......rasa macam aku pon nak jadik ibu gak...hoho

dan semua itu disebabkan perkataan ni...---->LOVE


aku pernah baca satu buku karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, beliau ada selitkan kata2

"KITA TAK BOLEH MENCINTAI ORANG LAIN,
SEBELUM MENCINTAI DIRI SENDIRI.
DAN KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI DIRI SENDIRI,
SEBELUM MENCINTAI ALLAH!"

dan aku akan tinggalkan post TAK KENAL MAKA TAK CINTA niey macam niey je...n dengan harapan mata-mata yang membaca dapat berfikir. 

I LOVE YOU...:)



wallahua'lam






15 July 2011

Woman

"In Islam,a Woman is always under the care of someone.
 When she’s young, she’s under the care of her parents.
 When she’s married, she’s under the care of her husband. 
And when she’s old, she’s under the care of her children.
 These are her guardians and worldly protectors.
 Look at how Allah takes care of them from birth till death." 

SUBHANALLAH....TInggi kan martabat wanita di sisi Islam....

Dan tadi masa tengah tengok TV dengan mak, ada la timbul isu pasal 
isteri derhaka pada 
suami...

Pastu mak pesan gini...

"Akak nanti dah kawen ingat la menda ni...."

PEREMPUAN ni

1) TAAT PADA SUAMI
2) TUTUP AURAT
3) JAGA SOLAT
4) JAGA PUASA

"Pilih lah mana2 pintu syurga yang kita nak, InsyaAllah..."

"Senangnya, Allah bagi kemudahan pada kita, perempuan...yang penting 

JANGAN DERHAKA PADA SUAMI..."







p/s: special thanks to my Bam for that above quote.

06 June 2011

sarapan pagi itu

Alhamdulillah, segala puji bg Allah, tuhan sekalian alam....

Semalam laen dari hari yang laen. Aku, azimah n salwa sarapan dengan mak. Kami berempat je. Selalunya satu family akan sarapan sama2 kalu waktu cuti gini. So bayak la borak fasal wanita niey. Tak tahu camne tiba2 keluar bab2 munakahat…….

MUNAKAHAT???

Bab pernikahan!



Pagi tu mak lebih bayk memberi pesan pada anak2 dara dye yang bertiga niey.

Antaranya… mak ada cakap...

….nanti kat umah mentua, jangan biar mak mentua buat keje sorang2…tolong dye masak ke, bsuh pinggan ke, basuh baju ke, sidai ke…. Buat macam mana kat umah kita. Jangan sampai nak makan pon kena tunggu hidang dulu ke ap….patutnya menantu yang kena hidang kat mak mentua....

….jangan tidur lepas subuh. Lepas subuh kira ke dapur, masak air dulu ke ap ke…kemas rumah ke…yang penting jangan tido balik.....

…lelaki laen…tp kita niey perempuan. Kena jaga. Ingat tu....

….kat umah mentua, jaga aurat. …hormat mentua dengan pakaian. Jangan sesekali pakai seluar pendek ke ap… lagipun mak tak ajar anak mak pakai camtu… amir pon x reti nak pakai seluar pendek. Kalau nak pakai pakaian yang seksi, cukuplah sekadar ngan suami. Kan pahala tu….

….layan mentua macam layan mak ngan abah sekarang niey….jgn plak nanti balik umah mentua, mentua plak yang layan kita macam anak raja….jgn sesekali….

…nanti dah ada keje sendiri, dah kawen, jangan lupa kasi duit kat mak abah. bukan mak abah harapkan duit,…tapi mak abah nak gaji anak2 berkat….bila gaji berkat, insya-Allah segala perbelanjaan dalam keluarga pon berkat. Senang nak didik anak2 kalau ada sumber yang berkat....

….akak ingat, kalau masak tu….tgah basuh ikan ke, ayam ke, tgah kacau kuah ke…byakkan selawat. Suami n anak2 nak makan masakan kita. Air tgn kita. Biar masakan kita berkat. InsyaAllah berkat.


...ingat, tempat tidur kena jaga. tgok macam mana mak jaga bilik mak...

…ingat, jgn sesekali ingat perkahwinan ni mende yang mudaah, byk tanggungjawab kena pikul lpas kawen…jadi, buatlah yang terbaek untuk pikul tanggungjawab tu…

…banyak lagi petua mak nak bagi niey…tapi tunggu kak ain kawen dulu…banyak mak nak bagi niey…

Then kami tiga beradik gelak je…boleh plak mak, tgah kitorang khusyuk2 dengar, mak buat camtu lak…hehe…

Nway, terima kasih, mak… sarapan pg tu, sangat berharga buatku… mak, akak n adik2 akan ikut nasihat2 mak….doakan kami jadi anak solehah ye mak…kalau kami berjaya jadi anak yang taat, insya-Allah dengan keluarga suami pon kami akan cuba untuk taat juge…

Aku saja share mende niey… simple je sebenarnya. Common sence. Tp kita ni manusia, kena sentiasa diberi peringatan. Aku pon kalau ditakdirkan aku lupa suatu hari nanti (Nauzubillah)…harap2nya kalau aku baca post niey balik, aku boleh sedar (insya-Allah)… sma2 la amik peringatan, anggap
 niey nasihat dari seorang ibu. 





Nurul Ain Shohor