Member2

16 March 2012

kolej islam sultan alam shah

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

TAMAN ISLAMI yang telah mengubah hidupku. Takdir Yang Maha Esa aku ke sana menuntut ilmu... tempat di mana aku kenal perkataan TARBIYAH...tempat di mana aku kenal apa itu BIAH SOLEHAH...tempat dimana aku kenal BADAR...tempat di mana kutemui USRAH...tempat di mana aku tahu bagaimana rasanya btudung litup...

Subhanallah...di BUMI WAQAFAN itu aku kenal ukhuwah, dari bumi waqafan itulah yang mengajar aku baek buruk...bertemu dengan sahabat-sahabat yang sukar di cari ganti...guru-guru yang sentiasa di hati...
Mungkin diri ini merindui suasana bumi tarbiyah itu...( mungkin itu dulu, wallahualam sekarang bagaimana, aku sendiri dah lama tak jejak bumi waqafan tu...kuharap tarbiyah itu terus terpelihara walaupun kutahu cabaran besar pada kisas sedang menanti di masa akan datang)

Buat sahabat KISAS....kuharap...gilaplah mutiara yang kita perolehi di sana..jgn biarkan ia terus diselaputi debu yang boleh menghalang sinarannya dek dosa2 kita...sedih rasanya bila kita terus hanyut dek keseronokan dunia...sahabat...lupakah kita, ayat 2-3 SURAH ASSOF.? namun..aku mengerti kita bukan hidup kerana KISAS tapi kita hidup kerana ISLAM... (peringatan untuk diri ini)

sedikit memori yang masih tersimpan.....

kolej islam sultan alam shah

03 March 2012

pass tak lagi?

“kak ain, leh tak tolong isi kekosongan untuk xplorace pagi esok, pleaseeeee…”

Mesej masuk inbox. Ok, fikir dan fikir aku pun reply.

“ok…insya-Allah….”

Xplorace jejak anbiya’… dalam kepala aku pagi tu semuanya task yang akan diberikan mesti berkaitan dengan sirah nabawiyyah…

Check diri balik…. sirah?

Teruskan ke check point pertama…

Soalan 1 lepas. Soalan 2 lepas. Soalan ketiga,,,……masya-Allah… aku tak dapat bagi jawapan. Masing-masing fikir, jawapan yang keluar di mulut masing-masing ketika tu… -à TAK INGAT!

Tak tahu lah apa yang aku nak respon. Sebenarnya macam sedih pun ada jugak. Sirah junjungan besar nabi Muhammad, insan yang kita mengaku sayang pun aku still x lulus….

Dalam hati… kesian kat nabi… nabi ingat umatnya, tapi umatnya ingat nabi tak.

Persoalan di sini, dalam kehidupan kita seharian, masih lagikah kita ingat nabi dalam setiap apa yang kita lakukan…




JOM MUHASABAH


ヌルル アイン 



01 February 2012

FYP part 1

Alhamdulillah....syukur pada Allah atas segala nikmat dan kurniaanNYA... 

Sekarang, budak2 kos aku tengah pusing kepala memikirkan projek akhir tahun (Final Year Project) yang kami akan jumpa bukak sem depan. InsyaAllah. 

Kos aku ( Bachelor Hons of Food Science in Food Technology). Universiti Malaysia Terengganu. 4 tahun. Dan sekarang aku dah tahun 3. InsyaAllah 18 Februari 2012, 
i'm officially 3rd year 2nd of foodtech student.

Sem depan kami bakal jumpa subjek FYP dua jam kredit dan sem 7 nanti baru buat thesis sepenuhnya dan sem lapan nanti iaitu sem akhir, kami akan praktikal. THEN, grad! InsyaAllah.

Memandangkan, pensyarah dah ambil aku untuk buat projek bawah beliau (alhamdulillah)... cuti ni memang aku dah kena buat sedikit persediaan untuk menghadapi sem depan. 

Tapi yang paling bermakna buat aku adalah nasihat-nasihat daripada insan benama abah untuk aku menghadapi projek tersebut pada sem depan. Abah aku dah ada pengalaman dan aku sangat bersyukur. Terima kasih, abah.

Hari pertama aku bagitau kat abah, respon abah happy sekali. Abah excited sangat. Terus abah ambik thesis yang abah buat dulu dan tunjuk padaku. 

Dan tadi, abah panggil aku. Sekali lagi abah bagi nasihat.

Abah cakap.....

1. Masa dah mula puat projek nanti, jangan stop2, sebab takut nanti blur .

2. Pastikan masa jumpa dengan pensyarah nanti, mesti bawak bahan baru, jangan sesekali bawak tangan kosong.

3. Komitmen penting. kena selalu update dengan pensyarah. Jangan hilangkan kepercayaan pensyarah.

4. Jangan fikir nama anak apa. Tapi fikir macammana nak lahirkan anak. Mula-mula aku blur jugak. Tak paham, Then abah terangkan. Menurut abah, kata2 ni, pensyarah abah yang bagi dulu. Abah cakap, masa nak buat projek ni, jangan terlalu pening dan sibuk untuk cari tajuk tapi fikir apa isi kandungan, objektif projek yang nak dibuat tu.

ERM...ni lah pesan abah. Terima kasih, abah.... :)

abah cakap: i'm believe with you...



ヌルル アイン 

31 January 2012

sok sek pasal Pak Cik Benzoyl Peroxide

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pegasih

Syukur pada Allah sebab kasi aku peluang untuk menaip di sini... Alhamdulillah...

Sebelum tu, sama-sama lah kita semua ucap syukur pada Allah atas kesempatan yang DIA beri pada kita dalam dunia ini dan kita masih dapat buat rutin seharian... ALHAMDULILLAH....

Apa yang aku nak sampaikan ni mungkin dah terlewat barangkali. Sebenarnya aku cuma nak diam dan hanya nak respon secara individu. Tetapi bila tengok perkara ni makin luas terutama dalam lama sesawang, aku rasa macam nak tulis sesuatu pasal ni. Pasal APA YA? erm, pasal makanan kita semua.

Baru ni kan heboh pasal menda alah ni...!


Kali pertama aku tengok gambo ni, aku cuak jugak tapi tak percaya tapi macam nak marah pun ada. (haaaa..banyak tapinya pulak...hehe)... Marah sebab benda ni secara suka-suki disebar dalam internet. Terutamanya bila dah masuk facebook, of course memang ramai yang akan baca dan hanya mengambil masa yang sangat singkat.

Aku bukan tak percaya, cuma tak nak percaya. Sebab pensyarah aku dah pesan awal-awal, kalau ada nampak isu-isu makanan yang melibatkan halal haram dan kena pulak dengan JAKIM, jangan cepat percaya tapi selidik dulu. Kenyataannya, dalam situasi dalam industri makanan, terlalu banyak kes untuk jatuh-menjatuhkan, fitnah menfitnah. Biasalakan kalau dah ada yang tak berpuas hati. Selalunya, ada jugak media yang selalu main peranan dalam penyebaran pasal isu makanan TAPI sebenarnya depa pon tak tau hujung pangkal. At last, isu tu hilang macam tu je, dan masyarakat yang baca jugak tinggal bingung. HUhu... 

Dan kita sebagai pengguna, kita kena tau satu-satunya institusi yang mengeluarkan HALAL dalam produk makanan dalam Malaysia ni ialah JAKIM. Dan proses nak keluarkan sijil halal, sebenarnya sangat susah, perlu ada prosedur2 yang kena ikut dan  penguatkuasa jakim dalam setiap negeri selalu buat spot-check ataupun audit terhadap premis-premis makanan. Dan ikut akta makanan 1983 yang aku belajar,  boleh dikatakan rigid jugak. Pensyarah-pensyarah aku sendiri ada yang jadi pengutkuasa halal bagi negeri Terengganu. Dan kita, kalau tak mau percaya pada jakim, kita nak percaya siapa lagi? Habaq mai. 

Aku cakap macam ni, bukan sebab aku taqsub sangat tapi sebab aku yakin. Dan kalau boleh nak elakkan was-was. tau kan bila sesuatu tu dah jadi syubhah.

ok, sekrang ni, aku nak sentuh sikit pasal isu tepung ni. First, nak tanya, tepung warna apa? warna putih kan. ada tak tepung warna perang? Jawapannya, ada. Iaitu tepung yang sebelum diletakkan bahan peluntur iaitu bleaching agent. Mentality masyarakat Malaysia juga sebenarnya susah untuk terima tepung yang bukan warna putih. ok, kita kembali balik pasal bleaching agent ni. Selalunya bleaching agent yang digunakan untuk memutihkan tepung ialah BENZOYL PEROXIDE. Dalam Akta Makanan 1983, standard yang telah ditetapkan untuk tepung, boleh mengandugi asid askorbik, sulphur dioxide atau sulphites dan tidak lebih daripada 50mg/kg benzoyl peroxide sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. Dan kalau lebih, memang takkan boleh lepas masa proses odit. 

Lepas tu pulak, masa kes ni kecoh, ada yang suggest untuk guna tepung yang lain. Masalahnya sekarang, tepung yang lain warna apa ye? warna perang ea? JOM KITA FIKIR SAMA-SAMA k.

Untuk makluman, Benzoyl peroxide yang digunakan untuk bleachkan tepung ni adalah dalam bentuk gas, dan dia akan volatile atau dalam bahasa orang kampung aku, dia akan merewap. Menurut pensyarah aku, dia tak ada effect yang bahaya. 

oklah, stop pasal tepung. Anyway, aku nak sentuh sikit pasal susu. Aku pernah tanya pensyarah aku pasal susu sebab ada yang tanya aku dan pernah bagitau kat aku yang susu dalam Malaysia tidak halal melainkan ada satu jenama tu. Pensyarah aku jawab simple jer. Susu dalam Malaysia diimport dari kilang yang sama iaitu dari New Zealand. 

Post ni semata untuk berkongsi apa yang aku belajar dan aku adalah orang yang tengah belajar. Wallahualam.


p/s: terima kasih pada blog hyzcreative sbb share benda yang berguna pasal isu ni.






ヌルル アイン




29 January 2012

Tak Ada Jalan Pintas ok!

How your day today? Aku tanya sambil senyum2…

Well… very good!

Really???

I climbed hills up and down up and down so many times.!

Wow!!! Really? Tak tau fasal apa aku excited sangat cakap dengan abah malam tu…

Seronok cakap omputeh ngan abah…sebab abah layan jerr…zzzzZZZzzz

“nantilah, abah nak bawak semua pergi panjat bukit larut”

“alright, abah. Yang tu akak sokong…JOM2!!!”

Hehe…. Excited lagi sebab aku memang tengah nak fix kan badan, nak tingkatkan stamina sebab x lama lagi nak pergi hiking gunung…..wow!

Erm…dalam aku tengah syok2 sendiri tu, abah bagi satu kata2…

Untuk berjaya, kena tempuh setiap halangan. Tak boleh guna jalan pintas. Macam kita merentas desa. Kena lari ikut trek yang telah ditetapkan. Dan pemenangnya bukan berdasarkan siapa yang sampai dulu. Tapi setiap yang sampai ke garisan penamat adalah pemenang. PEMENANG UNTUK DIRI SENDIRI!.

Susah senang kena tempuh. Sebab, THERE ARE NO SHORT-CUT TO SUCCESS…

Tu la sebabnya abah nak ajak kitorang pergi panjat bukit larut. Abah cakap nak panjat bukit larut tu kena rasa segala susah payah nak panjat tu. Tapi lepas dah sampai puncak, akan rasa satu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata2…dan kegembiraan itu akan lebih terpateri bila dah sampai kat bawah balik. Waktu tu akan terasa kejayaan selepas melalui kesusahan yang teramat. Dan abah nak kami semua rasa perasaan tuh!

Begitulah dari abah. Macam tahu2 je yang aku memang tengah dahagakan kata2 semangat seorang ayah.

Terima kasih abah.




ヌルル アイン 

Baru





Alhamdulillah, ucapan syukur tersangat-sangat pada ALLAH atas kurniaanNYA yang diberi ke atas diriku dan diri kita semua. Sebenarnya tak dapat hitung pun nikmat yang Allah kasi ni. Kita je yang terlupa banrangkali.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl: Ayat 18 ).


Selepas beberapa hari blog ni diprivate, atas alasan "under construction"...hehe...

Dan Alhamdulillah, akhirnya siap. tapi ada yang kena edit2 lagi.... Ah, ini semua untuk kepuasan diri sendiri... Saja untuk suka2...

Sebenarnya, aku dah mula berasa janggal dengan blog sendiri, dah terasa janggal nak menaip, dah tersa janggal nak berblog walking,,,gara-gara aku tak ada kesempatan untuk meng'online' dalam akhir-akhir bulan ni... --aku terima jika ada yang kata ini ALASAN cuma. haha--

Mungkin juga terasa jemu dengan layout blog yang sebelum ni... 

Dan mungkin juga untuk menjelma dalam keadaan maya dengan cara yang lebih matang barangkali...

Dan salah satu sebab yang nyata diri ini dah terkena virus PINK. s0 sekarang ni aku dah berjiwa pink...haha,.... 

DAN....pada sesiapa yang terjenguk kat post ni, SELAMAT DATANG.... dan aku harap sangat dengan cuti yang ada ni aku dapat balas balik kunjungan member2 blog yang sudi tinggalkan jejak kat sini masa blog aku ni tengah bersarang dulu....insyaAllah....

13 January 2012

Ingat Allah bila exam susah jerr

Alhamdulillah.... syukur pada Allah... 



Subhanallah,... aritu ada sorang kosmate datang bilik aku...masa borak2 tu, aku tersedar yang kata2 seorang yang polos memang menusuk kalbu… betol kan, kebanyakan dari kita hanya menangisi minta pertolongan dari Allah bila rasa macam tak dapat jawab paper je kannn…. Nangis.. minta dilembutkan hati lecturer segala bagai…

TAPI

Bila kita dapat jawab paper dengan mudah, just keluar Alhamdulillah jer... doa2 tu semua hilang…
 memang x sedar diuntung betul kan kita niey… (erk,...kasar ke ayat aku???)

Tengok2 dapat result, paper yang kita rasa x berapa yakin tu yang dapat ok. Tapi yang konfiden giler tu biase2 je….hmmmmmmmm

padan la kan, dah paper yang susah tu jer yang kita doa sungguh2 kat Allah, yang paper ok sikit tu kita dahyakin giler dgn diri kita.... Jadi, jangan tanya kenapa kalau Allah just bagi ok pada paper yang kita doa sungguh2 tu kan....

kata Allah: berdoalah padaku, nescaya aku makbulkan

 jangan kita lupa segala-galanya datang dari Allah… Susah senang Allah yang nak bagi. Kalau Allah nak bagi kita memang tak leh tolak. Kalau Allah x nak bagi, mintak camne pon, memang takkan dapat.


Apa2 bersyukur
Macam DR. MAZA pernah cakap, kadang2 syukur tu tarafnya boleh naek tinggi dari sabar.

SEBAB

Orang yang berasa susah akan cakap dalam hati… “sabar….” Tapi tak ramai yang sertakan sabar dengan syukur. Kita akan lebih bersyukur jika kita renung orang yang mengalami kesusahan teruk pada kita. Tapi bukanlah bermakna kita perlu berhenti daripada berusaha.

JADI

Sekarang, sama2 kita berusaha. Sebab Allah pandang usaha kita, bukan hasilnya.

SABAR itu indah tapi SYUKUR itu pelengkap keindahan,.