Member2

02 July 2010

Tata Perak....

Selepas 69 hari berada di rumah, akhirnya,..malam ini aku akan bergerak semula ke bumi Penyu. Kembali semula menjadi anak perantau. InsyaAllah, pukul 8.30 malam, bas Shamisha akan memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu. Kali ini aku bawak balik 3 beg. Tak termasuk beg laptop.... Terime sajelah ye ain....



 lagi lagi yang buat aku tersenyum dan bersyukur,...banyak bende yang aku belajar cuti niey samada secara langsung dan tak langsung...
TERIMA KASIH ALLAH....
 Then, aku berasa sangat-sangat bersyukur dan gembira cuti kali ini kerana aku dapat tunaikan janjiku pada diriku sendiri sebelum aku jejak ke bumi Perak ini dulu. Terasa bahagia sangat. Apa janji itu? Erm....aku berjanji pada diriku supaya tidak akan menyakitkan hati kedua ibu bapaku sepanjang aku berada di rumah dan aku jugak berjanji aku akan mendengar kata-kata emak dan abah. Serius! Sepanjang 69 hari, memang ada antara hari yang menguji kesabaranku... Tapi, Alhamdulillah, segalanya dapat diatasi... namun, aku seorang manusia biasa..,akan ada jugak kesalahan yang aku lakukan tanpaku sedari... huhu

[buat mak abah tersayang: Mak, abah.....terima kasih atas segalanya, tak mampu untuk bicarakan di sini, minta maaf jugak pada mak dan abah atas segala ketelanjuran kata-kata dan tingkah laku akak yang akak tak sedari..mak, abah...maafkan akak...redhailah anakmu ini....]


 Yang membuatkan aku lagi happy..... aku dapat bersama-sama kawan2 sekolah dulu... sudah lama tidak ketemu...

 Dan yang buat aku makin tersenyum MANIS....(manis la sgt).. aku dapat lesen P.... tak sia-sia berulang alik ke sekolah memandu SOon, dengan seorang sahabat (NOR AKHMA BINTI YAZID)... dan dapat kenal dengan mak cik Faridah....mak cik memang best! banyak ilmu yang ain dapat dari mak cik. Terima kasih, mak cik.....

[mesej utk ema: ema,terima kasih ye....sebab banyak perkongsian yang dpt sepnjg kita jumpak.... dan mintak maaf jugak,.. atas semua kesilapan yang sengaja atau tak sengaja., mungkin aku ada terbuat something yang menyakitkan hati ke ap...mintak maaf ye...apepun, syukur pada Allah, sebab aturan Allah ini merapatkan kita,.. Alhamdulillah]


Dan akhir sekali., aku memohon agar perjalanan aku ke Terengganu pada malam ini selamat dan aku memohon agar perjalanan ini juga kerana Allah.... supaya aku dapat menimba ilmu ini kerana Allah... Ya Allah, mudahkanlah urusan hambaMu yang kerdil lagi tidak bermaya ini Ya Allah.... Ya Allah, ampunilah dosaku, jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur...pimpinlah hamba Ya Allah...ameeen

pesanan dari penaja: walaupun akan jauh dari perak, perak akan sentiasa teteppppppppppppp di hati....
shifaulQ0lb

No comments:

Post a Comment