Member2

28 April 2013

Nasi ambeng

Alhamdulillah... Hari ini Allah beri aku rezeki makan makan dan makan lagi

Tak cukup dengan Nasi Megan Fox ala Blink-Blink aku tu pagi tadi,... Petangnya pulak diizinkan Kak Ina (officemate) aku datang bawak nasi ambeng... 

Tak reti jugak aku sebutnya. Dan tak pernah jugak aku makan apatah lagi tengok. Kebetulan saudara kak ina ada buat kenduri. Ate orang jawa, wajib lah nasi ambeng kan...hihi

Petang tu...Kak Ina hantar Nasi ambeng... ouhhhh...rupanya ini nasi ambeng versi bungkus. Yang talam tu tak pernah jumpak lagi.

Bila aku disuruh makan, memang aku makan..... Makan dan Makan.....Makan lagi....hahaha

Lepas makan....baru hati aku menjerit....weeeyhhhhh...nnti gemuk lah! hahaha







Alhamdulillah...




#kenyang.terima kasih Kak Ina.

Nasi Megan Fox ala Blink-Blink

Alhamdulillah... akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak buat nasik ni...

haaaaa.....

NASI MEGAN FOX ALA BLINK-BLINK

Amboooiihhh Class kau Jah! Nak makan nasik, nama Mega Fox! hahahaha...... tapi betul! aku amik resepi ni daripada Megan Fox. Megan Fox Malaya gitu....haha.... x caye????

Naanti aku bagi link.

Lepas aku jalan2 kat blog SAAT AKU KAU PILIH  pagi tu...petang tu terus ajak member pergi MY MYDIN. tu la, dapat g MY MYDIN jep... so, bahan-bahan aku totally different la kan dengan apa yang kak Megan Fox pakai. Tapi sebab nak buat jugak, aku bedal je.haha

First sekali, aku masak nasik. FYI, ni first time aku masak nasik selama 3 bulan ni. Nasib baik ilmu yang mak ajar masih melekat kat otak ni lagi... (kau cakap mcm susah giler je kan nak masak nasik)


Tadaaaa..ni nasinya.....


Ok...Kat MY MYDIN tu...ada ni je. so yang ni yang aku pakai. Kalau kak Megan Fox aku tu, dia pakai yang TUNA MAGIK nyer... tp aku recommend better pakai TUNA MAGIK nyer.. dia pedas-pedas sikit.

Ni paling kesian la kan... kak Megan Fox aku tu dia pakai Cheddar+Mozarella+Parmesan Pizza Plus (Perfect Italiano). Tapi sebab nak nak nak sangat buat, bedal je. Chesdale pun chesdale la.... 
(kauuuu...ngidam mengalahkan preggy kan!hahaha)  

Nasik lepas digaul sebati dengan tuna. Dan ni hasilnya. Disebabkan kat sini xde mangkuk cantik yang boleh masuk dalam oven..... yang ni pun aku bedal! loyang kek kilang punya....haha
(Memang nak 'mam' klu bos aku taw!)


Then, sila susun ye chedale itu.... klau dah guna mende ni kena la susun... kalau guna cheese tabur macam akak Megan Fox kte tu...maka tabur lah ye. Then, I want to recommend here, better guna cheese tabur... In this case, becoz very limited ingredients...lol

Then, masuk oven....kau Jahhhh...agak-agak la kan,... amacam oven aku? hahahaha


Tara....ni la hasilnya..... lepas 7 minit. Kalau lama lagi pun it's okey. 

ANDDDD....served! haha.... jemput makan.

SENANG MUDAH SIMPLE kan! nyummy2 je kan.... 

TAPI tak lama lepas tu, aku ada try panaskan nasi Megan Fox ala Blink-Blink ni dalam periuk nasi. 

Then, it worked t00... so, next time x payah la kan aku guna oven besaq gedabak tu lagi....hahaha

InsyaAllah, aku akan buat lagi Nasi MeGAn Fox ni TAPI dengan menggunakan bahan-bahan yang recommended tadi....bla bla bla...

Anyway, tak rugi aku cuba resepi ni. Kenyang perut aku! ALhamdulillah...hihi

SO...seperti yang dijanjikan.....

(sila klik ye untuk melihat resepi original nyer)

BUT...

why I called Nasi Megan Fox ala Blink-Blink????

why???

Macam aku cakap kat atas la kan., Sebab aku amik officially daripada blog kakak angkat aku... Kak Jiah...

Nak kenal?

 sila la berblog walking ke.... ---> Blog SAAT AKU KAU PILIH.
DAN kak Jiah kan Megan Fox Malaya....hehehe. 



ok...thats all. Selamat Mencuba! ^^


p/s: Thanks Kak JIah...hihi.....Miss you.








26 April 2013

jom balik ngundi

Tak lama lagi, aku akan tunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. 


MENGUNDI!!


Dalam hati dah ada kat kotak mana aku nak pangkah.

InsyaAllah.

Cuma satu je doa aku pada Allah pasal pilihanraya ni.

"Ya Allah, Engkau peliharalah Islam dalam negaraku ini. Engkau tolonglah izinkan Islam akan tertunggak dalam negaraku ini. Maka tolonglah izinkan pemimpin yang akan membawa Islam dalam negaraku ini"



sweet 26 april

Alhamdulillah....aku rasa happy sangat hari ini. SEBAB hari ni hari JUmaat. Dan hari ni jugak 26 April. Iaitu birthday Kak Ijat.

Honestly....sebenarnya hanya berlalu melalui perkenalan. Cuba untuk mengenali insan ini. Lepas tu mula muncul persefahaman dan kemudian boleh tolong menolong. Dan sekarang bukan sahaja perkenalan malah persahabatan. Aku berharap sangat moga Allah pelihara hubungan ini. Dan bagi diri aku sendiri diri insan itu bukan sahaja sahabat malah dia seorang kakak aku.

Aku terlalu banyak kekurangan. Maka aku perlukan seseorang untuk perbaiki kelemahan aku. Dan dalam perhubungan ini, aku rasa bersyukur sangat sebab Allah hadiahkan aku Kak Ijat untuk sentiasa ingatkan aku. Tak kira dari sudut apa pun. Alhamdulillah...

Aku harap aku tidak terlalu menerima daripadanya. SEBAB aku juga berharap aku mampu memberi sesuatu kepadanya.... mana aci kalau aku duk terima je kan. aku pun kena bagi jugak!kan3

Alhamdulillah... memang bukan cukup setahun pun aku kenal dengan kak ijat ni. Tapi maybe aku dan kak ijat ni cuba untuk jadi selesa antara satu sama lain. SO aku amik pendekatan kalau ada yang sepatutnya aku cakap pada kak ijat aku cakap. Kalau sepatutnya aku tanya aku akan tanya. Dan kak ijat pun begitu pada ku. haha..tapi selalunya yang jadi,,,, aku tak sempat cakap pun, k.ijat dah paham. Sebab kalau tunggu aku terangkan tu aku rasa jalan 1 meter jadi 1 kilometer......... haha...sori beb!

Tetapi selalunya Kak Ijat yang lebih bersabar dengan aku tambah-tambah untuk layan kerenah aku. Kadang-kadang betul. Kadang gila. Hahahaha. Kesian aku ngan kak Ijat.

Apapun, sebenarnya dalam persahabatan ini, aku lebih tempatkan Kak Ijat sebagai seorang kakak dalam diri aku. Sebab dengan seorang kakak, aku boleh terima pendapat,marah, merajuk dan bla bla bla dia dengan meletakkan aku sebagai seorang adik. and at the same time as fren!

Dan aku sangat sayangkan kakak aku ini. Banyak aku belajar daripada dia. Banyak jugak yang dia ajar aku. Dan lebih bermakna pada diri aku dia sering bagi nasihat kat aku directly walaupun sebenarnya kadang-kadang tak sengaja pun. 

HAAHAHA..... sume kitorang setuju satu sama lain ke? OF KOS LA TAK. haha... contoh. Kak Ijat ni seorang yang teliti. AKu pulak AB (Asal Boleh). Kedua-dua sikap ni sangatlah tak matching uuuu.... SANGAT taw. Tapi sebab tak matching ni yang kadang-kadang jadi completion each other taw! Dan banyak lagi sebenarnya yang kadang-kadang aku say YES but she say NO. Sometimes she say NO I say Yes...lalala~~~~

BORING KOT KALAU SUME SAMA KANNNN????hahaha

maybe aku boleh katakan kalau kitorang melawak sebenarnya dengan cara yang belah kanan tu! haha^^

THEN

Selama berLATIHAN INDUSTRI ni, banyak yang aku belajar untuk mengenali kakak aku seorang ni. Dan secara tak langsung banyak mengajar diri aku jugak untuk lebih memperbaiki mutu diri sendiri.


p/s: Apapun... thanks MAK CIK!!!hahaha... Tahun ni tahun last kau sebagai orang bujang! Tahun depan berdua dah n kalau ada rezki bertiga...ye dop? hahaha... Moga kau sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga menjadi anak yang solehah... Wife-to-be yang solehah... MOM-to-be yang mithali...hihi...nway, thanks sgt sebab jadi kawan, bestfren n kakak yang baik untuk aku! and sori sgt3 jugak kalau aku banyak buat salah....even aku taw sebenarny mmg banyak pun...tu yg aku tau sengaja, belom kira lagi yang tak sengaja kan..haha.... maap yer...
nway, aku sayang kau taw!hahahaha...





SELAMAT HARI LAHIR, KAK IJAT! heee^^.. stay cute!











kitakah anak-anak itu?




Ya Allah....
 izinkanlah kami adik beradik menjadi anak yang soleh dan solehah. 
Ya Allah...
Izinkanlah kami adik beradik dapat menjaga kedua ibu bapa kami sehingga akhir hayat mereka.
 Ya Allah...
 Ketemukanlah kami di dalam syurga. Ya Allah, peliharalah kasih sayang kami sekeluarga.
 Ya Allah... 
kabukanlah doa kami.

24 April 2013

roda tergolek-golek

Alhamdulillah...masih dapat bernyawa lagi hari ini. Masih diberi peluang untuk ditarbuyah daripada Allah. Melalui? Melalui kehidupan ini.

Betul kata orang....hidup ibarat roda. Yang di atas pasti rasa di bawah. Yang di bawah pasti rasa bagaimana di atas. Yang sedih pasti rasa gembira. Yang gembira pasti pernah rasa sedih. dan itu apa? itulah keHIDUPan. Yang bukan happy selamanya dan bukan sedih sentiasa. ting tong~~~ baru sweet kan!

Sebenarnya aku nak bagitau apa kan?

Ok fine. aku sendiri tak tahu camne nak cakap.

Tapi yang pasti tadi aku dah rasa apa yang kawan aku rasa bila dibanding depan2... ops! ini bukan kes jeles ok. ini lebih cenderung kes rasa rendah diri!

dalam hati: kerja aku teruk sangat ke??????

That actually happened. Bukan diharapkan pujian. Tapi diharapkan sesuatu yang positif.

DAN. Dalam situasi tadi... aku cuba pandang dari sudut positif LEPAS rasa down giler2. Tapi before nak dapat charge positif tu, aku terpaksa nangis. Nangis untuk mengadu pada Allah. Supaya diberi kekuatan hati untuk menerima kritikan yang sebenarnya tak disengajakan pun. Supaya kritikan itu menjadi kekuatan untuk diri aku. Supaya kritikan yang tidak sengaja itu mengajar untuk aku jadi lebih teliti.

THat'S my way to persuade my self actually.

Yelah kan....sapa nak pujuk or nak sejukkan hati kita kalau bukan diri kita sendiri kan!heee^^


















23 April 2013

"JANGAN CAKAP MACAM TU!"

"JANGAN CAKAP MACAM TU!"

tertutup mulut aku, terdiam kata-kata aku lepas kak ijat cakap camtu...hahahaha...tu la ain, cakap ikut sedap mulut je. kan dah kena marah ngan kak ijat.

Alkisah....

Makan berdua ngan kak ijat,...bercerita. bergosip. bergelak. bergurau. tak lepas bernasihat! ni yang aku suka. haha

tiba-tiba masuk bab kawen jodoh.....

"akak, rasa macam nak bujang setahun la"

lepas cakap camtu.....hamik ko! kena habuan ngan kak ijat.

Aku tak marah pun. Tapi betul jugak. Siapa kita nak menetapkan itu ini. Tak salah merancang tapi kalau terlintas dalam fikiran tu, biarkan pendam sudah kannnn....ain ain...kang jadi betul baru tau. Mintak dijauhkan.... lepas aku cakap camtu tak berenti istighfar dalam hati. Moga Allah ampunkan apa yang aku cakap tadi.

jodoh rezeki mati kan semua daripada Allah. 

Erm...sebenarnya aku cakap camtu xde motif apa-apa pun. Tapi itulah, cuba fikir sikit kalau nak bercakap tu...hihi

pengajaran untuk diri sendiri. jangan ulang lagi.