Member2

27 September 2010

TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

 
simple jer citer niey...tp lepas diri ini baca...huhu...
begitu banyak kelemahan aku...
jom sama2 kita latih diri supaya tidak mudah untuk merungut...
if kita rasa tak puas hati, kita cuba fikir positive...
kalau ayat islamic nyer...kite bersangka baek dengan Allah...
so secara tak langsung kita akan mengajar diri kita untuk bersyukur walaupun skecil-kecil perkara....INSYAALLAH


 macam nak tersembur mata aku bila aku tengok resit ... (Cina India Melayu Bank) hehe...tersangat-sangat tak percaya...biar betol...erm, tak tahu la camne lepas niey...

syifaaulQ0lb

26 September 2010

waduh2...aku tersasar


Renungan bermakna bersama bakal kakak ipar
Aku terus berkongsi apa yang terbuku di hati
Akhir sekali aku tahu di mana silap aku
Aku terlalu mengharap pada insani
Bodohnya aku
Bongkaknya aku
Camne aku boleyh tersasar dari terus mengharap pada Allah
Betol kata along
Selagi kita terus berharap pada Allah
InsyaAllah
Setiap apa yang bakal kita hadapi
Kita akan terima dengan hati yang tenang
Tapi kalau kita mengharap pada insani
Janji tak tipu
Memang kita akan kecewa
Sebab insan itu dicipta Allah
Allah yang cipta insan
Teringat kata-kata rumet aku dulu
Jangan pegang janji manusia
Tapi peganglah janji Allah
Sebab janji Allah itu pasti
So
Ain! Wake up sayang!
Ya Allah...hanya padaMU kutaruh harapan


syifaaulQ0lb

24 September 2010

buat yang frust men0nggeng


Faceb00king… then jumpe satu post s0rang girl niey mengadu pasal baru clash ngan dye pye bf… BF??? Balak la… ntah kenapa waktu tu, aku nak nak sgt baca dye pye k0men2… (actually aku niey species yang tak suka baca komen orang laen kalu tak kaitan ngan aku…) hmmm, then aku pown roll je trus baca komen2 budak tue… hmmm, mmg ni budak frust menonggeng… tp yang buat aku rasa macam nak menyeb0k sebab aku kenal girl tu n baru je f5 kowt… (ain,…tak payah la nak buat panic kat siniey)… tapi aku sebenarnya geram jugak sebab bila masa tgah2 best2 kapel post mcm2 lagi… bila dah clash, boleh la tg0k  kata-kata azimat yang terkeluaq…

Then, tgah2 berMUKABUKU… ade la sowang niey chat ngan aku… kenal by chatting… boleyh pulak budak laki tu citer yang dye baru clash ngan mak we dye yang seksi tu…h0hho… alih-alih bila dah tye byk bende kat dye,..dye kata dah ada gf baru…(bukan gardfield k!)… adoyyy…budak niey! Senang pulak dye dapat yang baru! Hmmm…

Aku: nway, k0 jg la hubungan dgn Allah... aku tau, aku pown bukan la baek sgt nak ckp kat  ko gniey… aku niey lagi la truk, tp k0 fikir la el0k2…k0 nak kapel tu suka2 ke or what… kalu ko just nak suka2, bg aku baek tak payah… please la…jadi seorang LELAKI…

Bdk tu: aku s0k0ng ngan k0… bet0l la yang ko cakap… gf aku niey pakai tudung, sembahyang…. (bla bla bla….)

S0? What n0w? k laa…aku pernah share ngan mak aku… ap nak buat kalu tbe2 ade sorang laki nak kawan secara serius ngan aku… then mak aku ckp…

Tak salah untuk berkawan serius tu…
TAPI…sebelum ada apa-apa,
Jangan serahkan sepenuhnya harapan kat laki tu…
Berkawan untuk kenal dya…
Sebab kita tak tahu apa nak jadi masa depan…
Kalau ada  jodoh, ada la… kalau x de… x de la…
Yang penting yakin dengan Allah…

Then, aku blog walking ke blog kakak angkat aku… (kak jiah…windu nyer…huuu),.. then aku terjumpak s0mething yang sama…. Mak kak jiah pown ade pesan bende yang sama…

Tak salah untuk bercinta, berkasih sayang lelaki perempuan.
TAPI..selagi belum ada apa-apa ikatan, 
jangan serahkan sepenuh hati jiwa raga pasar kepadanya.
Bercintalah sekadar untuk mengenali lelaki.. 
Selagi si dia, tak pernah cakap/ajak kita kawen, 
bersedialah dengan apa sahaja kemungkinan di masa hadapan (ditinggalkan kekasih).
Masa bercinta, tak perlu keterlaluan macam kini-aku-milikmu-ku-kan-mencintaimu-sampai-mati
Yakinkan hati, kalau dah jodoh, pasti Tuhan permudahkan.


Aku pegang kata-kata dua orang yang bergelar ibu niey. Then aku harap yang frust menonggeng sebab putus tali cinta tu.,, please la fahami kata-kata emak2 (hancus BM aku) niey….huhu

Hurmm.. That's a part of growing up, people.
Let it go and move on!
Allah knows better...



syifaaulQ0lb

22 September 2010

Aku tidak mengharap lebih…


Aku tidak mengharap lebih…
Erm,  ingin bisikkan sesuatu kepada kamu…
Yang aku tak pernah mengharap lebih dariapa yang kamu ada…
Dan tak pernah langsung untuk meminta lebih dan lebih dan lebih…
Dan aku yang tkut aku terkurang…
Aku cuma harap kita saling melengkapi...
Mana yang aku salah kamu tolong betolkan...
Mana yang kamu salah aku tolong elokkan...
Aku cuma insan biasa…
Yang banyak kekurangan…
Dan sekali lagi…
Aku tak pernah mengharap lebih…
Sebab kamu sahabat aku…
Sebab kamu teman aku…



I MAY NOT BE PERFECT BUT I’M ALWAYS ME

14 September 2010

sabau







hati aku sangat2 la terseksa kalu aku marah sebab aku tak reti tunjukkan aku marah. jadi tu sebab aku akan nangis. bila aku dah puas nangis, aku akan rasa tenang...masa aku nangis waktu tu la hati aku cuba pujuk untuk ingat Yang Maha Esa...supaya aku bersabar... then, aku akan rasa relax. SO thats why sape yang dekat ngan aku akan ckp yg aku niey terlebey emosi... sowi la kalu aku terlebey emosi k...papai 

10 September 2010

in relati0nship

terasa bangat nak luahkan sesuatu yang lama terpendam...hukum fitrah yang menjadi fitnah... aku niatkan apa yang aku tulis ini adalh untuk diri sendiri dan mata lain yang sedang membaca dan mata-mata yang lain... (k, dah tak mau merapu)

ari itu aku borak ngan cousin aku... biasalah kalu kitorang borak, mesti akan selit pasal relationship...

RELATIONSHIP?
ADA APA DENGAN PERKATAAN RELATIONSHIP?
LIHAT SAJA DI FB...
CONTOH: Si Pulan is relationship with....Si Pulin
hmmm....mcm2...
tp, yang tu la maksud relationship yang aku nak bgtau...

PERLUKAH...
once kita ber relationship, kena msg blue tiap2 hari...
kalau tak merajuk...
PERLUKAH...
once kita ber relationship, kena dating tiap2 hujung minggu (at least)
kalau tak muncung mulut mengalahkan ikan todak!

PERLUKAH...
once kita ber relationship, kena pegang2 tangan...
kalau tak...KITA PUTUS SAAT INI JUGAK!!!

PERLUKAH...
once kita ber relationship....ap2 lagi contoh yang dirasakan tepat

COME ON LA...

PLEASE...JGN JADI MCM BUDAK2...

SECARA TAK LANGSUNG, msg blue2, dating tiap2 masa, pegang2 tangan n etc dah jadi macam simbolik kepada insan-insan yang sangat bertuah ini... kalau tak de adegan2 niey, maksudnya "kita" bukan lagi in relationship...huh!!!

KITA DAH DEWASA...

PLEASE.... BERFIKIRAN MATANG DAN PROFESIONAL...

 if in relationship pown, biarlah menjadi seorang yang membina...yang kukuh matlamatnya untuk mendirikan mahligai bahagia bersama orang yang tersayang... then, insyaAllah...



pesanan penaja: saat anda baca post ini, tolonglah jadi seorang yang terbuka yang memandang dari segenap sudut.



me..................hehe..


syifaaulQ0lb

rayya


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Alhamdulillah... ari niey sedih bercampur gembira...
sedih sebab ramadhan telah berlalu pergi yang mana siangnya dan malamnya
dipenuhi seribu keberkatan, tetapi adakah diri ini menghargainya...
MUHASABAH BALIK!!!
Gembira sebab syawal membuka tirai...
membawa lebaran baru...
moga tarbiyah di bulan Ramadhan berguna untuk kita semua...
adakah kita semua dapat merasai ramadhan akan datang?
atau ini ramadhan terakhir?
SAMA2LAH KITA BERISTIGHFAR...

bersama keluarga tanpa along dan kak long

niey lagi....other view side
bersama adik beradikku...
tiada dlm gambar: along dan kak long

gambar tak berape cantik sebab gune videocam...canon ku tak de bateri plak...huhu...nway, alhamdulillah gambar family still ade... pengajaranny, prepare bateri awal2 k!hee~~~

raya tahun niey tak cukup ahli, along dan kakak ipar beraya di Pahang,.. nway, selamat hari raya buat along dan kak long tersayang...

syifaaulQ0lb







06 September 2010

The only real valuable thing is intuition


The only real valuable thing is intuition

emak

Hari ni adalah hari yang sangat bermakna bagi ku...
hari lahirnya seorang insan yang sangat istimewa dlm hidupku...
Seorang anak yang merupakan "kak ngah" daripada sembilan org adk beradik.,
kemudian ditakdirkan bertemu jodoh dengan seorang jejaka tampan dari negeri perak...
jauhnya jika dibandingkan dengan pahang...
tanggungjawab seorang isteri dijalankan sebaik mungkin...
dikurniakan 6 0rang anak...
3 kumbang dan 3 bunga...
tanggunjawab terus dilakukan dengan baik disulami didikan yang sempurna...
dan hari ini, tiada ungkapan untuk ku lafazkan...
kecuali terima kasih EMAK!!!
SELAMAT HARI LAHIR...
moga emak sentiasa berada di bawah rahmat Allah...




syifaaulQ0lb

uji?

"Emas diuji dengan api, 

wanita diuji dengan emas 

dan lelaki diuji dengan wanita."

quote from my dear MHS

 Ya Allah...jika aku diuji dengan kehadiran sang adam, maka Kau tolonglah pelihara hatiku dan hatinya...ameeen 

 

syifaaulQ0lb

cegah dengan hati???


Apabila sudah tak sakit hati dengan kemungkaran???

Apa maksudnya?

Bukan ke mencegah kemungkaran dengan hati itu adalah selemah-lemah iman…

Mencegah dengan hati?

Ya… kita kan berasa benci dan tidak suka dengan perbuatan itu!

Tapi bila sudah tiada perasaan itu?

Maksudnya selemah-lemah iman pon tak wujud lah?

Huhu…sama-samalah kita renungkan…

05 September 2010

D S K

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon

Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala