Member2

30 April 2010

along cakap...............

Tadi along kol…berbahasa arab dye… mcm selalu, along bagi nasihat yang sangat berguna untuk adik die…
Along pesan, nak Berjaya, kita ada 3 perkara:
1) Pelajaran
2) Agama
3) Lelaki/perempuan

Tapi hanya 2 perkara je boleh pegang dalam satu2 masa oleh sesorang sebelum berkahwin.....kalau amik tiga-tiga, nescaya terabai salah satu.
Contohnya si A ni dia amik ketiga-tiga perkara ni… maksudnya dia nak pelajaran, agama dan dalam masa yang sama, dia nak jalinkan hubungan dengan someone…mungkin besar risiko dye… kebanyakannya antara satu akan tertinggal…

Along pesan, buat masa ni biar tumpu pada pelajaran dan agama dulu...kemudian, bila sampai masa yang tertentu, tumpu pula pada agama dan lelaki/perempuan.

Aku fikir untuk seketika… ada betulnya…memang betul la…

Mungkin along memahami jiwa remaja aku sekarang…doakan ain ye along…

syifaaulQ0lb

‘POWERNYA KACANG SOYA’



Kacang soya semakin popular dalam kalangan pengamal makanan sihat. Ia lebih murah dari daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur. Kadar lemaknya sangat rendah dan ia kaya dengan pelbagai bahan mineral dan juga vitamin A, B, C dan D. protein soya mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung. Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga. Antara produk makanan bersumberkan soya ialah tauhu atau tempe. JOM MAKAN SEKARANG JUGA!!!





26 April 2010

Hibiscus sabdariffa L????


Salam. Esok, tanggal 27hb sy akan membuat eksperimen sebagai aplikasi daripada title di jaketku, yang tertulis.. “food technologist’’..eksperimen apa??? Erm…kalau abah dah mulakan dengan jus roselle, let see me do HALWA ROSELLE…heee…tak sabarnya…

Sebenanya roselle tu ap ye kawan-kawan??

Fakta ringkas roselle

● Nama saintifik: Hibiscus sabdariffa L.

Keluarga tesayang



Alhamdulillah..Allah masih memberi kurniaan yang sangat berharga untuk ku melayari kehidupan ini dengan nikmat keluarga tercinta. Tak dapat kubayangkan bagaimana perasaan sahabat-sahabat ku yang tidak ber ayah dan beribu, tidak berkeluarga… bagaimana? Sedangkan aku diberi nikmat seorang ayah yang sangat penyayang, ibu yang sangat berhati mulia,..abang-abang yang sentiasa melindungi adik-adiknya,..seorang kakak yang mengasihi keluarganya,..dan adik-adik yang sangat istimewa… tidakkah aku bersyukur lagi dengan kurniaan ini… dilahirkan oleh emak dan abah dengan izin TUHAN sebagai seorang anak ketiga dengan memiliki 2 orang abang, memiliki seorang kakak yang baru dan 3 orang adik sangat-sangat bermakna buat diriku…

Lawan atau kawan??


Summer Camp Usrah baru-baru ni memang banyak membuka fikiranku…dan paling penting pengisiannya terkesan di hati…salah satu modul yang sangat bermakna buat hati ini ialah modul “BOLA IMPIAN”…
Kami dibentuk 6 kumpulan. 2 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat. Kemudian kumpulan 1, 3 dan 5 disuruh pergi ke satu tempat yang jaraknya agak jauh…

Mereka diberi arahan untuk pertahankan belon yang berisi air dan member belon tersebut kepada ustaz riswardi…dan kumpulan 2, 4 dan 6 masing-masing dipertanggungjawabkan untuk pecahkan belon tersebut…
Pusingan pertama pun bermula… aku di kumpulan 4, jadinya sesaran kumpulanku adalah kumpulan 3… target aku nak pecahkan belon tu..begitu juga dengan kawan-kawan yang lain… ketika game tu, semua bagai tak kenal kawan, semua pakat rempuh je…asalkan dapat pecahkan belon… jeritan perkara biasa waktu tu… aku tetap dengan misiku, tapi kumpulan 3 ni memang hebat..kuat pertahanan dyorang…

06 April 2010

persoalan: My name is Khan








 Rizwan khan..khan..khan…
My name is Khan and I’m not a terrorist
My Name Is Khan., filem hasil filem oleh Karan Johar yang diteraju oleh Shah Rukh Khan dan Kajol..  satu-satunya filem Hindustan yang membuatkan saya terpesona… satu-satunya filem Hindustan yang tiada joget2…sangat mengagumkan saya.. olahan lirik yang sangat memukau … sangat istimewa…
Then, satu info yang best filem ini sebenarnya dibantah sekeras-kerasnya di India untuk ditayangkan kerana sensitivity agama…
Apa yang istimewa??
Sedikit synopsis:
Secara ringkasnya, filem ini  berkisar tentang seorang lelaki autistik yang beragama Islam (Shah Rukh Khan) yang bernama Rizwan Khan. Rizwan Khan sering dibuli oleh kawan-kawannya disekolah kerana 'penyakitnya'. Walau bagaimanapun, dia sabar berkat didikan ibunya. Ibunya sering memberi nasihat bahawa dalam dunia ini hanya ada dua jenis manusia iaitu manusia yang baik dan manusia yang jahat (tidak kira agama apa yang dianuti). Ibunya juga sering berpesan-pesan dengan kebaikan, kasih dan sayang.

04 April 2010




Allah jua penentu segalanya, namun aku masih di sini mencari, tp x pasti... hidup ini indah jika segalanya kerana Allah.. cahaya jingga kan menjadi nyata..ku menuju padaMu YA Rabb..punpimlah daku..amin..




exam datang lagi...

exam datang lagi...final sem dua untuk tahun pertama..memang tak dinafikan pointer masa sem 1 teruk sikit...(x yah bgtahu berape..malu!!) apepown, perkara tu tak pernah buat aku tewas dan putus asa..aku nak sangat bangun dari tempat aku terjatuh dulu...dah lama aku jatuh,,tapi bila aku bangun dan berlari, aku jatuh lagi..aku dah penat nak jatuh...aku nak rasa tenang kembali...sebab tu sem 2 ni sangat memenatkan sebab aku taget tinggi..aku tak nak jadi fitnah untuk diri aku sendiri...n paling penting untuk islam...n untuk ibu ayahku....aku nak dyorang happy...

Ya Allah, izinkanlah aku buat yang terbaik untuk kali ini..pimpinlah diriku Ya Allah...