Summer Camp Usrah baru-baru ni memang banyak membuka fikiranku…dan paling penting pengisiannya terkesan di hati…salah satu modul yang sangat bermakna buat hati ini ialah modul “BOLA IMPIAN”…
Kami dibentuk 6 kumpulan. 2 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat. Kemudian kumpulan 1, 3 dan 5 disuruh pergi ke satu tempat yang jaraknya agak jauh…
Mereka diberi arahan untuk pertahankan belon yang berisi air dan member belon tersebut kepada ustaz riswardi…dan kumpulan 2, 4 dan 6 masing-masing dipertanggungjawabkan untuk pecahkan belon tersebut…
Pusingan pertama pun bermula… aku di kumpulan 4, jadinya sesaran kumpulanku adalah kumpulan 3… target aku nak pecahkan belon tu..begitu juga dengan kawan-kawan yang lain… ketika game tu, semua bagai tak kenal kawan, semua pakat rempuh je…asalkan dapat pecahkan belon… jeritan perkara biasa waktu tu… aku tetap dengan misiku, tapi kumpulan 3 ni memang hebat..kuat pertahanan dyorang…
tapi ade aku kisah??? Yang penting belon tu mesti dipecahkan… dalam perjalanan nak ke ustaz, dengar satu jeritan “jangan kacau bola aku”… aku macam kenal suara tu..tapi terus hilang macam tu je… dalam 15 langkah lagi nak sampai ke ustaz, akhirnya belon tu pecah… aku tersenyum puas, misiku Berjaya… Tapi, bayangkan bila aku lihat orang yang terduduk pertahankan belon tu, adalah sahabatku sendiri… betapa bersalahnya perasaanku waktu tu…Kemudian pusingan kedua diteruskan..kumpulanku disuruh untuk pertahankan belon kembali… waktu itu, misiku PERTAHANKAN BELON… dalam keadaan yang sesak-sesak tu, aku terjatuh…kemudian 2 orang lagi terjatuh…orang yang pegang belon juga terjatuh…. Ya Allah, kakiku sakit…. Mungkin inilah kesakitan yang sahabatku alami sebentar tadi…. Akhirnya, kumpulan kami tewas… sorakan kumpulan lawan menembusi telinga… ya Allah, aku tak mampu pertahankan belon tu….
Akhirnya, semua peserta diarah kembali ke dewan untuk slot penyelarasan. Dalam slot tu, ada satu belon dapat diselamatkan… kumpulan 5 dan 6… ustaz Riswardi memanggil seorang wakil kumpulan tersebut…
Pelajar 1: kami Berjaya pertahankan bola idaman tersebut kerana kami bersatu…kami bekerjasama…
Pada ketika itu, ramai yang bersetuju dengan pendapat beliau…tapi selepas pelajar itu duduk, ustaz tenya kepada semua peserta… siapa yang memilih menjadi KAWAN, dan siapa yang memilih menjadi LAWAN… majority memilih menjadi kawan… termasuk aku… hanya 7 orang yang bersetuju menjadi LAWAN… tiba-tiba ustaz Riswardi membaling belon tersebut..of course la pecah… baru aku terfikir, mudahnya pihak luar memusnahkan impian selepas persepakatan ditemui… ade satu motif yang harus dirungkai!!!
“kamu semua taka de maruah”!!!..kamu berdamai tapi impian kamu dengan mudah boleh dihancurkan… begitulah umat islam zaman sekarang… LEMAH…baru saje diberi kata-kata manis, terus percaya,..tadi semua orang bersemangat menjadi lawan, tapi apabila pelajar tadi memberi kata-kata tak sampai 2 minit, kami semua ubah fikiran!!!’’ di mana matlamat kamu sebentar tadi???!!!!... kamu senang dipermainkan… bayangkan air dalam belon itu mewakili betapa ramainya umat islam di dunia ini, dan belon itu mewakili, kekuatan umat islam yang sangat lemah… dan serangan tadi mewakili musuh-musuh islam…BAYANGKAN…
Ya… aku tersedar…kenapa aku tak terfikir tadi.. modul ni banyak sudut pandangan yang berbeza… mungkin kumpulan 5 dan 6 tadi mencapai kata sepakat untuk berdamai kerana memikirkan “kenapa umat islam perlu bermusuhan”…tapi matlamat modul ini adalah reality umat islam dan dunia luar…
Bila kita fikirkan kembali, memang ada kebenarannya… memang umat islam ramai dan makin bertambah..tapi adakah kita umat yang berkualiti… lihat saja di Malaysia… kebanyakan masyarakat melayu bila ditanya agama, semuanya jawab islam…tapi bila Tanya apa itu islam, terkelu,…. Ada yang jawab, “dah ada dalam ic saya”…sayangkan.. islam kita hanya warisan,, islam kita hanya kerana ada dalam ic, tapi tak pernah kita cuba menyelami apa itu islam…akhirnya….
No comments:
Post a Comment