Member2

28 August 2012

ustaz DON


Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)



Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...


cuci tempat najis orang tua

Mak dapat panggila telefon daripada seseorang... Emak pada mak cik Y meninggal dunia.. Innalillah...

Mak pulak terus siap-siap pekakas nak memandikan jenazah... Tabik springgggg ooo pada my mommy...
 
Balik je daripada memandikan jenazah, nampak la muka mak letih sangat... Moga Allah balas 'services' mak di akhirat...

Mak ada pesan pada aku, seorang anak digalakkan cuci dubur dan kubul orang tua mereka... Jika isteri, lebih afdal si suami yang buat. Begitu juga jika si suami, si isteri afdal yang buat.

Mak tambah lagi, jika seorang anak cuci dubur dan kubul orang tua (ni kes aku lupa istilah perbuatan ini) mereka, InsyaAllah, segala dosa seorang anak kepada orang tua mereka sewaktu di dunia dihapuskan. Subhanallah...

Terima kasih, emak. 

11 August 2012

tampal2

*gambar hiasan


bila hati terluka...tampal la ngan plaster... x pon amik gam UHU... kuat ckit cantumnyer,,, tapi bila dah ada tampal2 niey, dah x cantek... ye dok? 

selama sebulan kat LAB

Alhamdulillah, esok dah berangkat dari Terengganu... InsyaAllah, complete utk FYP fasa pertama. banyak yang aku belajar dari supervisor aku... @ papa aku...haha.. ops!

Banyak jugak la yang kena tempuh untuk siapkan fasa pertama nieyh... tak kurang jugak kawan2 yang sama SV, tapi yang bestnyer kitorang makin rapat n makin kenal antara satu sama laen! satu memori indah lagi okeyh!

Dan... Perasaan paling best, bila mikrob yang aku isolate, APPEAR! Alhamdulillah, syukur sgt rasa.. selalu aku incubate 48 jam. Means 2 hari la aku kena tunggu untuk jumpak dengan bakteria yanga kau ternak tuh! tu dia ayatttt...hehe

OK.. kat bawah nieyh sume photo2 yg disnap sepanjang berFYP..


tgah masak VRBD agar...!

okeyyyy...ni poyo!

tempat sampling... 

murah giler udang kat sini taw

papa suruh tangkap gambar nieyh,...


preparation untuk projek member

ok...ni kak ct n dillon... tekun giler dyorang. terBAEK!

bdk2 mikrob


jom plating... haaaa,...ni utk isolate sample aku

agar aku

JOM main hoki!haha


main hoki lagi

terrabun pulak! kui3

sample I n II

enjoy lpas berLAB

frenz foreva






ok... papai...sekian.

08 August 2012

campur semua sekali....

Ya Allah... dah lama giler aku x menulis kat blog... maksudnya dah terlalu banyak coretan hidup yg tertulis,... terlalu banyak pula kenangan terlakar, tersangat banyak pengalaman yang dipelajari, tak kurang jugak banyak dosa yang dibuat., moga dalam dosa itu terselit juga kebaikan... InsyaAllah...

Aku jalan-jalan jugak kat sini, last aku post bulan June, Sekarang bulan Ogos... dulu nak abis Rejab, sekarang dah nak abis Ramadhan pon...

Dari abis final exam dulu, balik umah 3 minggu, then pergi USIM, then pergi Kuantan n sekarang aku ada kat UMT.

Demi menglaksankan amanah belajar ni, terkandas lah aku di sini selama beberapa minggu... mungkin sebulan barangkali. Menyiapkan fasa pertama projek ilmiah tahun akhir.

Sem depan pulak... jadi SUPER DUPER SENIOR! haha... Pelajar tahun akhir untuk kos TEknologo Makanan.... 

Dalam seronok untuk habiskan study, terasa makin sayang untuk tinggalkan member2...

****

RAMADHAN KAREEEM...

MasyaALLAH... 3 minggu berpuasa di negeri orang., jauh dari keluarga.. dan pasti lah makanan berbuka mmg jimat la kan... apatah lagi bersahur... tapi its ok... aku syukur!hehe

TAPI... sebenarnya aku belajar satu keindahan di bumi UMT ni... setiap malam ditemani tazkirah daripada adik2 diploma, tatkala kakak2 n abang2 degree tengah bercuti...

Bangun sahur bersama2, berbuka bersama2, SUBHANALLAH... hanya ALLAH yang tahu...

DALAM RAMADHAN di sini juga, sebenarnya aku rindukan RAMADHAN di rumah...  kalu di rumah, ada emak tolong kejutkan untuk bangun tahajjud, emak jugak la ingatkan pentingnya bertahajjud,........ tapi kat sini LU INGAT LA SENDIRI!huhuhu...


****

FINAL YEAR PROJECT


Setiap pagi, tiada cuti... ulang alik ke makmal. BUAT agar, jadi media untuk 'ternak' mikrob.
Keluhan pada sang papa kadang2 terkeluar juga sebab banyak sangat ok!. tapi sang papa baek. so nak tak nak sang anak ini pon buat la keje jugak...
Kadang2 nak nangis jugak dek tekanan yang datangm tapi kutahan, kucuba senyum... lalu airmata pon tak jadi keluar...
OH! dari aku tak tahu apa2 pasal mikrob, sekrang walaupun sedikit, tapi Alhamdulillah... ilmu ALLAH kan!heee ^^

*****

KAHWIN

dalam masa beberapa bulan ni, berita kahwin daripada sahabat2 KISAS datang bertalu2... Alhamdulillah... mabrukalaikum! moga ALLAH rahmati kalian. Terdetik juga di hatiku, bila tiba turn aku pulak? Di mana aku ingin mencari cinta? dah wujudkah cinta?hahaha

Tapi aku tahu, belum smpai jodohku barangkali. Hanya doa kumohon moga ALLAH pelihara bakal suamiku itu. Tak kira siapa dia, Walau di mana dia berapa. 

SUAMIku... aku rindu padamu....

ok...jiwang kejap...hahaha


*****

RINDU

usah disoal. RINDU pada mak abah memang tak boleh diukur. TERLALU rindu. Kadang2 aku terasa down, telefon mak abah untuk dapatkan aura kasih sayang sebagai sumber tenaga semulajadi. *ayat tak leh blah...haha*

Tapi siyes! sangat rindu!....

MAK ABAH...AKAK SAYANG MAK ABAH...

*****

PELIHARA

Akhir sekali..,jauh dalam dasar hati, aku mohon peliharaan dari ALLAH... moga ALLAH jaga aku. Tolong YA ALLAH.. Toloong jaga hambaMU ini... Sesungguhnya aku terlalu dhaif,hina, miskin di sisiMU.. bekalkanlah aku dengan rasa taqwa kepadaMU...

Terasa jauh.......aku rindukn jiwa kudus macam di sekolah, bumi waqafan dulu... aku bersyukur sebab aku antara yang dapat rasa biah di situ.... ALHAMDULILLAH...

*****

AKHIR. aku tak tahu apa yang aku tulis. melepaskan gian barangkali. Tapi tak dapt la untuk memuatkan memori dan cherita selama mana blog ini bersarang...

*****