Member2

28 March 2011

masak (last)

wee~~~
Alhamdulillah, akhirnya berakhir jugak lab cooking... x sangka dah minggu ke 13 sekarang niey?

maksudnya ap?

maksudnya, dah nak masuk musim test 2
maksudnya, dah nak masuk final exam
maksudnya, DAH TAK LAMA LAGII  NAK BALIK UMAH!

anyway, even lab cooking dah abis, aku still lagi x leh tinggalkan lab cooking mcm tu je, sbb lpas nieyy ada exam cooking...kena masak sorang2! daripada desas desus yg ak dengar, kena masak main course n pastry...

kalu gitu mmg sangat best lah!entah app yg akan jadik pada aku aritu nnati....wait n see je la ea...
minggu lpas, group ak buat pizza...by the way, pizza kitorang jadi, tp ter'over' bake...huh! sangat la down waktu tgok pizza yang diuli dengan penuh kasih sayang bertukar jadik kerepek! sangat kecewa waktu tu! apepon, nak buat camne kan, mende dah jadi...s0 tu sebab encik hafiz selalu pesan, kalu betol syg dengan product, hati2 lah dengan oven....

 pizza kerepek..hee

25 March 2011

FLO0D


MUQADDIMAH: JAPAN TSUNAMI, CHIANG MAI EARTHQUAKE, UMT FLOATING… THE EARTH IS REALLY SICK…

Hujan yang tek henti-henti semalam mmg buat air kat sini naek….

Pagi semalam (area 1.00 a.m.) air kat sini dah sampai paras lutut… tp syg gak, semalam  x sedar2, sebab tertidur dalam keadaan terjaga…huu… waktu akak2 ni sebuk tolak pagar,… (sayangnyaaaaaaa….)

Pagi tadi, kitorang siap2 nak pergi kelas…(cuti2 pon kelas ade gak kan,...)…dgn pasrahnya, get ready la nak meranduk air… tp sampai je depan umah, dpt meseg dr sorang kosmate, kata KELAS CANCEL…. 

Bahgianya rasa….

Then, msuk semula dalam umah…tb2 idea gile dtg…(keluar nak g tgok air…aka..MAIN AIR!!) tambah pulak waktu2 hujan niey, perut pon ber’melodi’ dengan sangat merdunya….

Keluar la, pergi mencari makanan….

Terkejut gak, tb2 tgok…terpikir gak, kalu sekarg niey pon dah gini, mcm mana plak la mlm td… n ni baru sikit, tak dapat nak compare dgn bencana alam yg laen….(nauzubillahminzalik)

Then, cer tg0ok gambar2 niey….

ni keadaan lepas air surut sikit...

16 March 2011

bersediakah jadi suami?


Dua hari lepas, semasa makan-makan dengan ahli rumah, timbul perbincangan berkenaan bila dah jadi suami nanti. Biasanya, apabila disebut fasal perkahwinan, orang sibuk membicarakan perihal pasangan yang hendak dikahwininya. Tetapi yang terharunya saya dalam perbincangan tengah makan itu, kami membicarakan bagaimana keadaan diri kami untuk menjadi suami.

“Al-Quran pun tak banyak baca.”

“Masjid pun tak istiqomah pergi”

“Subuh pun liat nak bangun”

“Kekemasan rumah pun susah nak jaga”

Ya. Bagaimana agaknya bila sudah berkahwin? Mungkin orang sibuk berfikir bagaimana mendalamnya cinta mereka kepada pasangan mereka boleh pergi selepas kahwin nanti. Tetapi entah kenapa, saya berfikir apakah aku ini mampu nak didik isteri dan anak? Mampu nak pimpin mereka untuk dapat redha Allah? Mampu nak didik mereka untuk menghala ke syurga?

Kalau kita berhenti pada persoalan mampu atau tidak, sudah bersedia atau tidak, mungkin hingga mati kita tidak akan dapat jawapannya kalau sekadar berfikir-fikir demikian. Maka saya mewujudkan satu persoalan lain yang lebih ‘bumi’ untuk difikirkan.

“Sudahkah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi suami yang baik?”

15 March 2011

iklan kiamat

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

14 March 2011

masak lagi

Alhamdulillah...hari ni masuk kitchen lagi...masak lagi...

ari niey buat masakan simple je... BREAD AND BUTTER PUDDING and ANGLAISE CREME...

 puddingg roti.....sedap!

n kawan2 laen ade masak creme caramel, bavarian creme (niey mcm ais krim, lpas niey leh la buat ais krim sendiri) best!


tgah tgok dah masak ke belum creme caramel niey???

baru bawak kluaq dr oven...kasi dye shock sikit...heee
DANNNNNNN


dah siap!pergh....sangat menyelerakan!


yang ni la Bavarian creme,...mmg rasa dye macam ais krim...kalu kasi sejuk, mmg sedap. pastu kalu kreatif sikit letak la chocolate ka, serbuk oreo ka.... pastu leh la jadi ala2 McFlurry Oreo...sllrpp!


tibe2 nak letak status fb ak baru2 niey kat sini....

hee~~~...so nanti x de la kes kelaparan....(banyak la ak niey,...)


perancangan setakat niey: nak bukukan semua resepi yang dapat sepanjang lab cooking niey.... mmg best pengalaman masuk kitchen sem niey...so that, boleh la apply kat umah... sebab resepi yg kitorg dapat niey, reepi standard, jadiny, kebarangkalian nak jadi tu besar la...hmmmm,... kalu la ad sapa2 nak resepi....(yo yo je, bajet mcm ramai je yg baca kan....hee...) just bgtau la ye...jgn segan2...ke nak terus yang siap dimasak?hmmmm..............=)

lpas niey hempas pulas la nak menyiapkan lab report...apepon, no hal la mende tu kan3....(ayat nak bg diri jadi positif sikit n jadi rajen sikit buat lab report!heee)....


tata..

12 March 2011

WE ARE UNITE

lepas hari ke hari, minggu ke minggu, n bulan ke bulan hari ni pun tiba... Ingat tak 'harry potter' yang kita selalu gembar gemburkan dulu (mmaf...ini hanya untuk orang yang faham..heee), kini sudah tiba masa untuk dilaksana,...

sahabat a.k.a adik beradik...

aku nak bgtau, yang aku sangat takut lpas dapat taklifan yang berat tu...tp seberat taklifan ak, berat lagi taklifan sahabt2 kan... erm, ak harap kita sama2 tidak lupa hari ini sebab hari ini bkal mencorakkan untuk hari esok...

di mana janji kita dulu? n sekarang di minta untuk ditunai... dan sekarang jugak sudah tiba masa untuk kita tuntut janji kita antara satu sama laen...

cayok ab! ab boleh!!! (MCM SERIUS JE BUNYI...)




bunga-bunga cinta

Lirik Lagu Dude Harlino – Bunga-Bunga Cinta (Feat. Asmirandah Ost. Dalam Mihrab Cinta)

 Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
 Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta


p/s: just layan...zzzZZZZzzz...


09 March 2011

report oh report

Hari-hari ku di sini berlalu tersangat lah pantas....dah masuk bulan MAC...maksudnya x lama lagi dah nak masuk final...tp suara ke'busy'an still lagi meriuhkan suasana dalam hidupku... hmmm, sem niey mmg buat ak  turun berat badan....tp Nurul Ain Shohor likes this!


lab report oh lab report....ku seru namamu...tp jauh sekali utk ak merungut,...selalu je aku buat2 terkejut... lebih kurang gini la...(WHAT???? 3 LAB REPORT kena hantar ari AHAD niey??....mati lah aku....) haha. padahal x matipon...cuma x tido je... BUT niey la student life kan....dah nama student...life pon mesti student. kann..

ap yg bayk sgt lab report tu? subjek ap hg amik sem niey ain?

08 March 2011

aku sangat rindu kamu, sahabat!

aku sayangkan persahabatan yang kita pernah ukirkan,

tp tak tahu kenapa ikatan itu seakan-akan pergi ditiup angin

ku cuba untuk menggapainya kembali

ternyata ia makin tinggi ke awan

aku menangis seakan sangat merindui kehilangan itu

aku terus menunggu dengan harapan angin akan berhenti tiup dan persahabatan itu akan jatuh semula

dan tidak kira di mana pon ia jatuh

aku pasti akan mencapainya

tapi adakah ia akan menjadi realiti

bicaraku menidakkan kerinduan itu, tapi hatiku sering membisikkan kepadaku

bahawa aku mmg sedang merindui

dan aku tak akan berhenti untuk merindui persahabatan itu

and now i'm officially really miss u



 ak pernah bersahabat dengan seseorang,tapi itulah kisahnya, ia seakan-akan makin pudar, tidak tahu di mana salahnya 

sehingga kami semakin membawa haluan sendiri dan aku memang sedang dan sangat merindui persahabatan kami 

itu...sahabat, ak mmg sgt rindukan kamu... 

05 March 2011

kejam sangatkah aku?

kau datang dengan tibe2.tp ak x mampu menerima.kejamkah aku. tapi itulah kenyataan yang kau harus terima dan harus kau fahami.tolonglah,kasihanilah diriku.jangan kau terus berfikir yang sedemikian kerana ianya bukan dariku.aku x mahu terus mencipta alasan kerana ia akan buat aku terus rasa sakit dan kau juga turut akn rasa sakit hati.kau harus terima.aku x mahu kau terus sedih, kecewa kerana aku.

saying "' no"   is the most difficult thing..
we always think that we,ll hurt other people's feeling or
spoil our chances for the future..
but..if u don't learn to say no sometimes,u can be so stressed..
cheer up my friend..say "no''.. =)
aku suka sangat post kawan aku niey.walaupun dye x ckp ni untuk ak, tapi aku tetap nak anggap ni untuk aku, sebab tiba2 je kan mcm ad kaitan,terima kasih sangat pada ZZ.
 
 
 

03 March 2011

hal tntg suka suki

hmmm...post kawan2 fb malam niey mcm sume tgah layan feeling je...

aku suke sgt dgn salah satu post sorang budak kosmate ak niey... Nurul Ain Shohor likes this
YA ALLAH...jika dia benar untkku,dkat kn lah hatinya dgn hatiku..jika dia bkn milikku damaikanlh hatiku dgn ketentuanMu...kalu dia pon rase mcm sy rase, he will move the next step...cause sbg gurl stakat nie jer sy leh buat..tp xtau la kalu die xdpt fhm hint2 yg dh ade...
to you (kosmate ak  a.k.a cik Fad..) :moga awak sabar dalam menanti dye tu ye...InsyaAllah ad jodoh x ke mana...wink2~~~[kenapa aku yang mcm excited terlebih nieyyyy..hee]
ap pon, bila sebut pasal bab perasaan niey, mmg ak bukan arg yg arif la kan (sapa la aku kan, hny budak baru belajar)...SEBAAB ak sendiri pon belum ada seru lagi untuk ke stage tu... 
salalu je gurau dgn budak2 sengal rumet ak... "KALAU GINI, AK NAK LETAK IKLAN LA KAT FB, SAPA YG NAK KAWEN NGAN AKUUUU?'' ntah ap2 kan.... kembali pada yat td... HANYA GURAUAN sekadaar untuk hilangkan tensi.... betol niey... janji x tipu!!!
N kat sini gak nak ucap tahniah sgt kat kawan kisas ak... dah nak kawen pon dye...rasanya esok walimah.... moga awak (syakirah rosli) dan pasanagn sentiasa berada di bawah rahmat Allah, bahagia hingga ke anak cucu akhir hayat! niey org 1st tau yg kawen dalam batch kitorg.tu yg excited sikit niey...
N minggu niey jugak, KAK F_R_H dapat kol dr mak beliau, kata ad orang merisik.................! pergh, bukan akak yg excited. kitorang ni haa yg lebih2 excited! nak dpt abang ipaq kannnnnnnnnn!h0h0
p/s buat kak F_R_H....erm, x kesahla mende yg tu gurauan ke serius ke, ain harap akak sentiasa bahagia... akak bahagia, ain lagi3 bahagia untuk akak... (ayat mintak sponsor utk seminggu...heee, x de lah, gurau jerrr...wee)
erm... apepon, post niey hanya nak xpresskan rasa gembira aku terhadap kebahagiaan org2 yang aku kenali,... ak ingat lagi masa tgah borak ngan mak...
''mak bgtau sume niey bukan kenapa pon, tp akak bakal tempuh semua tu...nak tak nak akak mmg akan tempuh, jadi akak kena beljar sikit2 dari sekarang, jaga diri akak ..............'' (panjang lg la nasihat mak kan) hee~
buat emak a.k.a ibu a.k.a mama a.k.a mommy yang TERSAYANGGG,: mak, insyaAllah... akak akan cuba jaga diri, akak akan dengar segala nasihat mak pada akak,...mak doakan akak ye... -dr seorang anak yg sgt merinduimu
so? AK BILE LAGI???hhmmmm....cukuplah ak kata belom tiba masanya, sekarang niey kena fokus dulu kat study... InsyaAllah,.. JIKA TEPAT MASA, KETIKA, KEADAAN DAN SIAPA, CINTA ADALAH KUASA YANG TIADA BANDINGANNYA

nurulainshohor