Member2

05 August 2013

indahnya bulan mulia

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Subhanallah... Ramadhan makin ke penghujung. Makin meninggalakan kita... Apakah Ramadhan meninggalkan kita dalam keadaan kita terampun? 

Bagi diriku, Ramadhan kali ni paling bererti. Paling seronok. Paling manis tarbiyahnya.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni sempat sebulan bersama keluarga. 

Alhamdulillah juga, Ramadhan kali ni, aku diberi peluang untuk mengajar kafa. Bagiku itu tidaklah besar mana tapi aku berharap mampu menjadi saham untukku di akhirat nanti.

Alhamdulillah juga, sebagai pelajar yang baru habis ijazahnya tapi belum bergraduasi, mendapat panggilan temuduga. Maha Suci Allah, Allah berikan aku peluang untuk pergi ke temuduga hampir setiap minggu. Dalam percubaan itu, betul-betul mengajarku erti pengharapan, kebergantungan... SUBHANALLAH

Alhamdulillah juga, Allah beri aku peluang untuk dapat lesen memandu kereta. Dengan mudah!

ALhamdulillah juga, lepas dapat lesen Allah aturkan situasi padaku yang perlukan aku untuk DRIVE. Subhanallah...

Alhamdulillah, dalam Ramadhan ini juga Allah beri aku rezeki dengan mendapat pekerjaan...

Alhamdulillah, dalam bulan rahmat ini juga Allah pinjamkan kereta kepadaku...

Ya Allah...yang paling penting rahmatMU adalah keluargaku. Ibu ayahku. Abang2ku. Kakak2 iparku. Adik2ku... Mereka adalah anugerah kepadaku. Mereka sering ingatkan ENgkau kepadaku... 
Ya Allah, peliharalah kasih sayang kami sekeluarga hingga ke syurga. Amin...

Dalam Ramadhan ini, mengajar aku supaya aku tahu ALLAH ITU ESA. ALLAH ITU MAHA KUASA. ALLAH ITU MAHA MELIHAT. ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI. ALLAH ITU MAHA PENGASIH. Ya Allah, ENgkau MAHA AGUNG.

moga Ramadhan ini mampu menjadi bekalan untukku di masa hadapan yang aku pasti lagi lebih mencabar kehidupanku. Tapi aku pasti, segalanya akan indah jika semuanya keranaMU Ya ALLAH.









Mengajar Kafa 1.

Bismillah...

Kalau ikutkan dah berABAD ber KURUN berZAMAN aku tinggalkan laman ni. Bukan tak ingat, tapi tak terbukak. Bukan tak de menda nak tulis, cuma tak tertaip. Tulis kat dalam otak je. Save kat hati. 

Lepas je abis praktikal dulu... alhamdulillah.... diberi peluang untuk mengajar kafa. Untuk dua bulan. Subhanallah......budak-budaknya..... tapi last-last aku yang nangis2 tinggalkan dyorang. 

YUP. tak dinafikan nak layan budak yang tengah grow-up memang mencabar. Aku yang galas tanggungjawab ni rasa berat sangat, sebab tugas aku membentuk mangajar mendidik budak2 tu. Budak2 tu tengah mengenali kehidupan. 

Apa yang buat aku lagi sedih, budak2 tu duduk di kampung. Aku pun duk kampung gak. Tapi depa ni lagi pedalaman. Pernah satu ketika tu aku bawak keluar kalkulator. Aku tak tau la, budak2 tu nampak apa pada kalkulator, tapi rekleksi depa macam benda alah tu as a very miracle creation. OK. tak cakap lagi pasal handphone. 

TAPI.... depa ni sangat jujur. Sangat amanah. Sangat suci. Aku sayang sangat kat depa.

Pernah satu ketika tu...

Ustazah: Sapa yang tak sembahyang semalam?

then ada la beberapa kerat angkat tangan...

Lalu si ustazah ni pun membebel..bla bla bla.... tau x, Nabi Muhammad kata, kalau budak dah umur 10 tahun, tak sembahyang, dah boleh kena pukul. 

Pastu bla bla bla lagi.

ESOKNYA

Balqis: Ustazah, semalam ustazah cakap kalau umur 10 tahun tak sembahyang Nabi kata boleh pukul. Semalam saya tak sembahyang ustazah. Balik tu, saya suruh mak saya tampaq saya. Mak saya tanya kenapa. Pastu saya cakap apa yang ustazah cakap. Pastu mak saya nangis ustazah. Mak saya tak nak tampaq saya...

SI ustazah terkelu. terdiam.... tapi kuatkan jugakk

Ustazah: sayang, xde la sampai tampar camtu. Tak pe, nanti Balqis sembahyang ye..

Kulihat ada air jernih di kelopak matanya tetapi tidak mengalir.


SAMBUNGAN
















19 May 2013

pleot

Dulu kaki kanan, sekarang kaki kiri...

Akibat ter'skip' satu anak tangga, aku ter'pleot', kaki kiri terlipat....

Ya Allah....sekali lagi kakiku sakit. Bak kata abah..baru kembar,. Dulu kanan, sekrang kiri. Kaki kiri dah rasa macam mana si kaki kanan sakit dulu...

Hmmmm...betol jugak kan...hihi

Anyway...satu ayat dari adik aku:... 

"akak ada buat dosa apa niey?"

aku,.."erk?"

secara tak langsung...buat aku muhasabah. oh ya, banyaknya dosaku. moga kesakitan ini dapat menjadi penghapus dosaku...



#NAK JUMPA TUKANG URUT ESOK PAGI#

03 May 2013

moh balik kampung

Alhamdulillah, tiba hari yang sangat dinanti-nanti. 

InsyaAllah, lagi 2 jam angah akan sampai di Bandar Puteri ini...and then we'll go back to our hometown. 

Untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Berkobar-kobar kau kali ni... Macam nak balik raya je gamaknya.hahaha

Aku undi apa? 

Aku pilih................................


Aku akan pilih pemimpin yang akan bawa Islam. 

Teringat aku ketika bulan 8 tahun lepas. Waktu tu ingat dah dekat dengan pembubaran. Tapi aku masih tak daftar lagi. Masih segar di kepala aku ni macam mana ayah aku marah sangat kat aku sebab tak daftar lagi. Betul-betul serius abah waktu tu.



Jadi aku tak nak ngomel berjela-jela


Dan yang penting





28 April 2013

Nasi ambeng

Alhamdulillah... Hari ini Allah beri aku rezeki makan makan dan makan lagi

Tak cukup dengan Nasi Megan Fox ala Blink-Blink aku tu pagi tadi,... Petangnya pulak diizinkan Kak Ina (officemate) aku datang bawak nasi ambeng... 

Tak reti jugak aku sebutnya. Dan tak pernah jugak aku makan apatah lagi tengok. Kebetulan saudara kak ina ada buat kenduri. Ate orang jawa, wajib lah nasi ambeng kan...hihi

Petang tu...Kak Ina hantar Nasi ambeng... ouhhhh...rupanya ini nasi ambeng versi bungkus. Yang talam tu tak pernah jumpak lagi.

Bila aku disuruh makan, memang aku makan..... Makan dan Makan.....Makan lagi....hahaha

Lepas makan....baru hati aku menjerit....weeeyhhhhh...nnti gemuk lah! hahaha







Alhamdulillah...




#kenyang.terima kasih Kak Ina.

Nasi Megan Fox ala Blink-Blink

Alhamdulillah... akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak buat nasik ni...

haaaaa.....

NASI MEGAN FOX ALA BLINK-BLINK

Amboooiihhh Class kau Jah! Nak makan nasik, nama Mega Fox! hahahaha...... tapi betul! aku amik resepi ni daripada Megan Fox. Megan Fox Malaya gitu....haha.... x caye????

Naanti aku bagi link.

Lepas aku jalan2 kat blog SAAT AKU KAU PILIH  pagi tu...petang tu terus ajak member pergi MY MYDIN. tu la, dapat g MY MYDIN jep... so, bahan-bahan aku totally different la kan dengan apa yang kak Megan Fox pakai. Tapi sebab nak buat jugak, aku bedal je.haha

First sekali, aku masak nasik. FYI, ni first time aku masak nasik selama 3 bulan ni. Nasib baik ilmu yang mak ajar masih melekat kat otak ni lagi... (kau cakap mcm susah giler je kan nak masak nasik)


Tadaaaa..ni nasinya.....


Ok...Kat MY MYDIN tu...ada ni je. so yang ni yang aku pakai. Kalau kak Megan Fox aku tu, dia pakai yang TUNA MAGIK nyer... tp aku recommend better pakai TUNA MAGIK nyer.. dia pedas-pedas sikit.

Ni paling kesian la kan... kak Megan Fox aku tu dia pakai Cheddar+Mozarella+Parmesan Pizza Plus (Perfect Italiano). Tapi sebab nak nak nak sangat buat, bedal je. Chesdale pun chesdale la.... 
(kauuuu...ngidam mengalahkan preggy kan!hahaha)  

Nasik lepas digaul sebati dengan tuna. Dan ni hasilnya. Disebabkan kat sini xde mangkuk cantik yang boleh masuk dalam oven..... yang ni pun aku bedal! loyang kek kilang punya....haha
(Memang nak 'mam' klu bos aku taw!)


Then, sila susun ye chedale itu.... klau dah guna mende ni kena la susun... kalau guna cheese tabur macam akak Megan Fox kte tu...maka tabur lah ye. Then, I want to recommend here, better guna cheese tabur... In this case, becoz very limited ingredients...lol

Then, masuk oven....kau Jahhhh...agak-agak la kan,... amacam oven aku? hahahaha


Tara....ni la hasilnya..... lepas 7 minit. Kalau lama lagi pun it's okey. 

ANDDDD....served! haha.... jemput makan.

SENANG MUDAH SIMPLE kan! nyummy2 je kan.... 

TAPI tak lama lepas tu, aku ada try panaskan nasi Megan Fox ala Blink-Blink ni dalam periuk nasi. 

Then, it worked t00... so, next time x payah la kan aku guna oven besaq gedabak tu lagi....hahaha

InsyaAllah, aku akan buat lagi Nasi MeGAn Fox ni TAPI dengan menggunakan bahan-bahan yang recommended tadi....bla bla bla...

Anyway, tak rugi aku cuba resepi ni. Kenyang perut aku! ALhamdulillah...hihi

SO...seperti yang dijanjikan.....

(sila klik ye untuk melihat resepi original nyer)

BUT...

why I called Nasi Megan Fox ala Blink-Blink????

why???

Macam aku cakap kat atas la kan., Sebab aku amik officially daripada blog kakak angkat aku... Kak Jiah...

Nak kenal?

 sila la berblog walking ke.... ---> Blog SAAT AKU KAU PILIH.
DAN kak Jiah kan Megan Fox Malaya....hehehe. 



ok...thats all. Selamat Mencuba! ^^


p/s: Thanks Kak JIah...hihi.....Miss you.








26 April 2013

jom balik ngundi

Tak lama lagi, aku akan tunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. 


MENGUNDI!!


Dalam hati dah ada kat kotak mana aku nak pangkah.

InsyaAllah.

Cuma satu je doa aku pada Allah pasal pilihanraya ni.

"Ya Allah, Engkau peliharalah Islam dalam negaraku ini. Engkau tolonglah izinkan Islam akan tertunggak dalam negaraku ini. Maka tolonglah izinkan pemimpin yang akan membawa Islam dalam negaraku ini"



sweet 26 april

Alhamdulillah....aku rasa happy sangat hari ini. SEBAB hari ni hari JUmaat. Dan hari ni jugak 26 April. Iaitu birthday Kak Ijat.

Honestly....sebenarnya hanya berlalu melalui perkenalan. Cuba untuk mengenali insan ini. Lepas tu mula muncul persefahaman dan kemudian boleh tolong menolong. Dan sekarang bukan sahaja perkenalan malah persahabatan. Aku berharap sangat moga Allah pelihara hubungan ini. Dan bagi diri aku sendiri diri insan itu bukan sahaja sahabat malah dia seorang kakak aku.

Aku terlalu banyak kekurangan. Maka aku perlukan seseorang untuk perbaiki kelemahan aku. Dan dalam perhubungan ini, aku rasa bersyukur sangat sebab Allah hadiahkan aku Kak Ijat untuk sentiasa ingatkan aku. Tak kira dari sudut apa pun. Alhamdulillah...

Aku harap aku tidak terlalu menerima daripadanya. SEBAB aku juga berharap aku mampu memberi sesuatu kepadanya.... mana aci kalau aku duk terima je kan. aku pun kena bagi jugak!kan3

Alhamdulillah... memang bukan cukup setahun pun aku kenal dengan kak ijat ni. Tapi maybe aku dan kak ijat ni cuba untuk jadi selesa antara satu sama lain. SO aku amik pendekatan kalau ada yang sepatutnya aku cakap pada kak ijat aku cakap. Kalau sepatutnya aku tanya aku akan tanya. Dan kak ijat pun begitu pada ku. haha..tapi selalunya yang jadi,,,, aku tak sempat cakap pun, k.ijat dah paham. Sebab kalau tunggu aku terangkan tu aku rasa jalan 1 meter jadi 1 kilometer......... haha...sori beb!

Tetapi selalunya Kak Ijat yang lebih bersabar dengan aku tambah-tambah untuk layan kerenah aku. Kadang-kadang betul. Kadang gila. Hahahaha. Kesian aku ngan kak Ijat.

Apapun, sebenarnya dalam persahabatan ini, aku lebih tempatkan Kak Ijat sebagai seorang kakak dalam diri aku. Sebab dengan seorang kakak, aku boleh terima pendapat,marah, merajuk dan bla bla bla dia dengan meletakkan aku sebagai seorang adik. and at the same time as fren!

Dan aku sangat sayangkan kakak aku ini. Banyak aku belajar daripada dia. Banyak jugak yang dia ajar aku. Dan lebih bermakna pada diri aku dia sering bagi nasihat kat aku directly walaupun sebenarnya kadang-kadang tak sengaja pun. 

HAAHAHA..... sume kitorang setuju satu sama lain ke? OF KOS LA TAK. haha... contoh. Kak Ijat ni seorang yang teliti. AKu pulak AB (Asal Boleh). Kedua-dua sikap ni sangatlah tak matching uuuu.... SANGAT taw. Tapi sebab tak matching ni yang kadang-kadang jadi completion each other taw! Dan banyak lagi sebenarnya yang kadang-kadang aku say YES but she say NO. Sometimes she say NO I say Yes...lalala~~~~

BORING KOT KALAU SUME SAMA KANNNN????hahaha

maybe aku boleh katakan kalau kitorang melawak sebenarnya dengan cara yang belah kanan tu! haha^^

THEN

Selama berLATIHAN INDUSTRI ni, banyak yang aku belajar untuk mengenali kakak aku seorang ni. Dan secara tak langsung banyak mengajar diri aku jugak untuk lebih memperbaiki mutu diri sendiri.


p/s: Apapun... thanks MAK CIK!!!hahaha... Tahun ni tahun last kau sebagai orang bujang! Tahun depan berdua dah n kalau ada rezki bertiga...ye dop? hahaha... Moga kau sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga menjadi anak yang solehah... Wife-to-be yang solehah... MOM-to-be yang mithali...hihi...nway, thanks sgt sebab jadi kawan, bestfren n kakak yang baik untuk aku! and sori sgt3 jugak kalau aku banyak buat salah....even aku taw sebenarny mmg banyak pun...tu yg aku tau sengaja, belom kira lagi yang tak sengaja kan..haha.... maap yer...
nway, aku sayang kau taw!hahahaha...





SELAMAT HARI LAHIR, KAK IJAT! heee^^.. stay cute!











kitakah anak-anak itu?




Ya Allah....
 izinkanlah kami adik beradik menjadi anak yang soleh dan solehah. 
Ya Allah...
Izinkanlah kami adik beradik dapat menjaga kedua ibu bapa kami sehingga akhir hayat mereka.
 Ya Allah...
 Ketemukanlah kami di dalam syurga. Ya Allah, peliharalah kasih sayang kami sekeluarga.
 Ya Allah... 
kabukanlah doa kami.

24 April 2013

roda tergolek-golek

Alhamdulillah...masih dapat bernyawa lagi hari ini. Masih diberi peluang untuk ditarbuyah daripada Allah. Melalui? Melalui kehidupan ini.

Betul kata orang....hidup ibarat roda. Yang di atas pasti rasa di bawah. Yang di bawah pasti rasa bagaimana di atas. Yang sedih pasti rasa gembira. Yang gembira pasti pernah rasa sedih. dan itu apa? itulah keHIDUPan. Yang bukan happy selamanya dan bukan sedih sentiasa. ting tong~~~ baru sweet kan!

Sebenarnya aku nak bagitau apa kan?

Ok fine. aku sendiri tak tahu camne nak cakap.

Tapi yang pasti tadi aku dah rasa apa yang kawan aku rasa bila dibanding depan2... ops! ini bukan kes jeles ok. ini lebih cenderung kes rasa rendah diri!

dalam hati: kerja aku teruk sangat ke??????

That actually happened. Bukan diharapkan pujian. Tapi diharapkan sesuatu yang positif.

DAN. Dalam situasi tadi... aku cuba pandang dari sudut positif LEPAS rasa down giler2. Tapi before nak dapat charge positif tu, aku terpaksa nangis. Nangis untuk mengadu pada Allah. Supaya diberi kekuatan hati untuk menerima kritikan yang sebenarnya tak disengajakan pun. Supaya kritikan itu menjadi kekuatan untuk diri aku. Supaya kritikan yang tidak sengaja itu mengajar untuk aku jadi lebih teliti.

THat'S my way to persuade my self actually.

Yelah kan....sapa nak pujuk or nak sejukkan hati kita kalau bukan diri kita sendiri kan!heee^^


















23 April 2013

"JANGAN CAKAP MACAM TU!"

"JANGAN CAKAP MACAM TU!"

tertutup mulut aku, terdiam kata-kata aku lepas kak ijat cakap camtu...hahahaha...tu la ain, cakap ikut sedap mulut je. kan dah kena marah ngan kak ijat.

Alkisah....

Makan berdua ngan kak ijat,...bercerita. bergosip. bergelak. bergurau. tak lepas bernasihat! ni yang aku suka. haha

tiba-tiba masuk bab kawen jodoh.....

"akak, rasa macam nak bujang setahun la"

lepas cakap camtu.....hamik ko! kena habuan ngan kak ijat.

Aku tak marah pun. Tapi betul jugak. Siapa kita nak menetapkan itu ini. Tak salah merancang tapi kalau terlintas dalam fikiran tu, biarkan pendam sudah kannnn....ain ain...kang jadi betul baru tau. Mintak dijauhkan.... lepas aku cakap camtu tak berenti istighfar dalam hati. Moga Allah ampunkan apa yang aku cakap tadi.

jodoh rezeki mati kan semua daripada Allah. 

Erm...sebenarnya aku cakap camtu xde motif apa-apa pun. Tapi itulah, cuba fikir sikit kalau nak bercakap tu...hihi

pengajaran untuk diri sendiri. jangan ulang lagi. 






25 March 2013

Muslimah itu


Muslimah itu,

Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.




24 March 2013

setitis air mata ibu

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah... 

Rindu Mak. Itu yang hari-hari aku rasa. Nak peluk mak. Nak berceloteh dengan mak. Nak masak dengan mak.

Cerita cerekarama malam tadi pun pasal ibu. Pasal emak. Pasal ummi. Pasal mama. Yang pasti...
Satu keberkatan di dunia kita akan hilang sewaktu mata ibu tertutup iaitu doa daripada seorang ibu.

Emak. Dialah manusia yang dari aku lahir, pastu belajar meniarap, merangkak, berjalan, dan sampai sekarang yang menjadi saksi kepada hidup aku.. Jatuh bangun aku. 

Satu perkara yang paling aku ingat. 

Ada satu hari tu, aku merajuk dengan mak. Gara-gara mak tak izinkan aku pergi ke program..(aku pun x berapa ingat program apa)... waktu tu tengah cuti sem. Mungkin waktu tu mak tak bagi pergi sebab aku tengah cuti., dah la duk jauh, balik pun sekali sekala, pastu nak keluar sampai dua tiga hari...

Waktu merajuk tu...muka aku...mak aiiiii....masam mencuka. Mulut tu aku kira dah sama muncung macam ikan todak. Makan pun tak nak. Giler merajuk tahap dewa la konon kan.

Malam tu.... waktu makan malam. Suasana senyap je. Mungkin mak abah tengah pendam marah kat aku. Yang aku pulak tengah layan merajuk aku. (ELok betul perangai kannn...)

Lepas je makan malam, nak kemas rumah...tiba-tiba...

"Akak, mak yang lahirkan akak, mak tahu apa yang ada kat hati akak sekarang,. Akak ingat orang suka ke dengan sikap suka merajuk ni. Orang tak suka! Jangan cepat merajuk! Fikir sikit Akak dah besar. Mak abah tak bagi pergi ada sebab!"

Pastu mak nangis. Mak pergi keluar dari dapur.

Ya Allah... waktu tu meruntun jiwa aku. Aku turut nangis. Bukan sebab aku kena marah. Tapi sebab aku dah bagi mak nangis. Kan besar dosanya jika air mata ibu menitis kerana kita. Waktu tu aku rasa seolah-olah tak berguna sangat. Malam tu jugak, aku decide aku takkan pergi ke program tu. Aku takkan pergi!

Pagi esoknya... Mak dengan aku masih dingin. Aku tak keluar bilik sebab malu dengan mak. Abah dah lama ke sekolah. Adik semua tak de. Kiranya di rumah waktu tu hanya aku dengan mak...

Aku jenguk dari pintu bilik...mak tengah sapu sampah kat ruang tamu... Aku gagahkan jugak kaki ni keluar menuju ke emak.

Aku terus tarik tangan mak. Cium tangan mak. Dah nangis-nangis dah waktu tu... Mak mula-mula macam keras je tangannya. Tapi tiba-tiba emak terus peluk aku. Dua-dua dah banjir. waktu tu aku tak lepas sebut.."Mak, ampunkan akak..mak, ampunkan akak,mak, ampunkan akak" Then mak pulak... "Mak bukan tak bagi akak pergi, mak risau...."

Macam drama. Tapi itulah yang terjadi. Lama jugak dalam pelukan mak. Pastu aku cium mak. Memang teresak-esak waktu tu... Aku nyesal sangat.

Sejak hari tu, aku memang dah kurang merajuk. Dan sekarang, Alhamdulillah, sifat cepat merajuk tu aku dah buang. Mak selalu pesan... apa-apa berlaku, fikir yang baik dulu..InsyaAllah, kita akan rasa tenang, takkan marah-marah"

Betul cakap mak. Dan sekarang aku sangat terhutang budi dengan mak. Sebab mak lah, aku dah tak reti merajuk sekarang. Even dengan siapa-siapa pun. Even kat mana pun... InsyaAllah...

Kalau tiba-tiba je datang perasaan nak merajuk tu, cepat-cepat tepis then senyum. Pastu, bisik dalam hati mesti ada something yang aku tak tahu. Then, SETTLE! Lagipun, penat la merajukkkk...haha...

BYE BYE MERAJUK!

Sebenarnya dah lama aku nak post entry ni. Tapi aku malu nak share. Tapi sekarang aku kira aku pun dah cukup dewasa dan bagi yang terbaca post ni pun, jadikanlah ni sebagai pengajaran. Ingat, ibu tu segala-galanya. Jagalah perasaan ibu kita sementara Allah masih beri peluang untuk kita bersama ibu. 


"Kami perintahkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepada ibu dan bapanya. Ibu mengandungkannya dalam keadaan lemah yang semakin lama semakin bertambah dan menyusuinya hingga dia berusia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu dan hanya kepada Akulah engkau kembali" (Surah Lukman: ayat 14)


gambar hari raya tahun lepas.













21 March 2013

pujian hangit

Alhamdulillah, tamat hari ini. Hari esok??? Moga lebih baik dari hari ini..

Salah SATU perkara yang aku tak suka ialah KENA PUJI. Pelik? Bagi aku maybe. Ada orang memang suka kena puji,. Dan bagi golongan ini kena puji ini adalah satu penghargaan yang sangat besaaaq!

Bagi aku, pujian ni macam pedang ka pisau ka yang pelan-pelan cucuk hati sendiri. Tak rasa sakit tapi sebenarnya dah berlubang... *hampa tak paham lantak pi kat hampa...hahaha. 

Tapi ni yang aku rasa. Dan ada sebab aku tak suka kena puji.

1. Boleh buat orang disekeliling kita rasa 'tak sedap' hati ngan kita
2. Boleh biakkan penyakit PHD.
3. Boleh merebakkan penularan virus Berlagak
dan lain2 kot

Paling aku rasa hot bila orang puji sebab nak compare me'ngompare', sebab nak tengok kawan kita jeles ka tak' n bla bla bla

Hampa ingat aku hadap sangat ka pujian hampa yang tak ikhlas macam tu. (ok, ni macam tengah marah. haha...memang aku tengah marah).

CONTOH:

A bersahabat baik dengan Z. Dan A & Z sentiasa buat kerja bersama-sama. Bila dah buat benda sma-sama, kita mesti boleh tengok setiap kekurangan dan kelebihan masing-masing. Dan pada suatu hari di tempat kerja dan bersama orang-orang lain.

BOS: A saya rasa, awak bagus di bahagian RnD. Untuk Z, sy still cari lagi
Orang2 lain: wo wo wo...A kembang, A kembang...
BOS: Z, Awak jangan jeles pulak 

******

OK. AKu memang rasa nak tampar. Boleh tak jangan cakap camtu. Bayangkan kalau aku duduk kat situasi A. Kemungkinan aku boleh rasa happy gila gila tahap dewa sebab bos cakap macam tu. Camna pulak kalau aku duk kat situasi Z? Kalau aku , memang kita bersahabat baik, tapi kita mesti akan terasa something bila bos sendiri cakap camtu kat depan orang ramai. So, klau tak banyak, sikit la akan rasa terkilan. tersentap. Terhilang mood. 

Mungkin orang akan kata, kenapa tak take positif je sume ni. Tapi dalam real life and real story, it is NOT. Kita manusia. Ada emosi.

******

Dalam situasi kat atas, memang buat aku lagi benci kalau kena puji lebih2 lagi kat situasi macam ni. Sebab aku lebih sayangkan persahabatan. Dalam hal ini, aku lebih impikan  pujian dalam keadaan yang lebih profesional. Lebih privasi. Bukan seperti di atas.


Bohong la kan . Aku pun manusia. Sikap untuk dihargai itu memang ada. Tapi biarlah berpada. Ada paham? Biaq kena ngan tempat. 

Dan pada aku, pujian macam tu bukan boleh tingkatkan semangat kita tapi lebih menjatuhkan kita lagi. Boleh lebih buat kita rasa sangat down.


*****

Mungkin ada nilai positifnya di sebalik pujian yang sebegitu rupa. Tapi aku tak suka. Paham tak aku tak suka. Paham tak! (hahhaha, emo lebih je kannnn...) . Pada aku, betul...ia akan jadi positif bila kita pandang dari sudut positif, . Tapi dalam hal ini, sikit susah, sebab lontaran pujian itu sendiri berada dalam ambang negatif. Perlukan kekuatan stamina yang positig giler untuk lenturkan aura negatif tu.

haha...ayat sedikit merepek. Tapi paham je la ye...kui3

*****

hehehe.... terpanjang pulak pasal puji muji ni. TAPI bagi aku tak payah la pulak puji diri sendiri kan. Orang sekeliling akan dapat kesan kerja kita ok ke tak tanpa kita angkat bakul sendiri...


*****

memang banyak pengalaman waktu praktikal nieyh.....










18 March 2013

Welcome sis to the H

OMG!!!! Oh My God... (buat gaya macam kalut sikittt..hehe)... 
Astaghfirullah, bukan OMG, tapi Astaghfirullah... 

Hari ni memang semua panas. Hati panas. Jiwa panas. Hari panas. SEE... aku tengah buat apa? Aku tengah mengomel, tengah merungut, tengah bla bla bla...hmmm, tahu x elok, tapi tangan ni tak berhenti pulak menari atas key-board ni...

Bila aku rasa something bad kat sini, aku tak tahu nak buat apa. Hanya bisikan sabar je yang mampu. 

Tak pe lah. Lupakan.

Tadi ada sorang sister masuk kat ruangan menunggu company. Aku tenung dia dari jauh. Dia ni nak jual barang kah? Nak mintak kerja kah? Nak jumpa bos kah?

Sebelum lunch, tegur dye... "erm, tunggu bos ke?, untuk apa ye?" hahaha...nampak mcm penyibuk tak.

"saya mintak keje kat sini"

"as a?" hahaha.....apa la aku g tanya menda ni...

"pembantu buat coklat"

mata aku bulat tapi just bibir aku ni, cuba ukirkan senyuman. 

Dalam hati... why u come to hell???

hahaha,,,tak baik giler aku nieyh. sis tu nak cari rezki yang Halal. Ok lah. aku harap dia ok. Dan dia akan masuk kerja esok!

WELCOME SIS!

17 March 2013

jejalan ke GM

Alhamdulillah, hari Ahad diisi untuk meluangkan otak ke tempat lain. Tengok apa yang ada di sekitar Klang ni. Jadinya tempat yang menjadi pilihan GM Klang...

NOt bad la tempatnya. Banyak barang-barang. Dan bagi aku memang paradise la untuk pemborong-pemborong. hihi

Gambar ihsan dari Uncle Google

ubah style jap.....sumpah aku x selesa...kui3


kena tipu. rupany ni mainan jep...

barang2 kawen2...murah kowt...jalan2 je


view dari atas..

k.ijat..... tunang org ye ni

santapan


member baru. su namany. ni pun dah mak org ye..


SOOOOOO

aku sorang je yang single n available....hoho

ok, xde motif...haha


13 March 2013

men in my life

Alhamdulillah... Dalam dunia ni...ALLAH hadiahkan aku 5 orang lelaki yang paling istimewa.

1. abah
Abah...abah... abah...sayang abah.... sayang sangat sangat. akak boleh kira berapa kali abah marah akak. Tapi akak tak boleh kira berapa kali abah tanya pasal akak pada emak. Nak peluk abah. Nak cium pipi abah... rindu abah

2. along
sangat take care pasal aku. lawak tapi tegas. ain tau along sayang ain. Terima kasih, along.... doakan ain taw...

3. angah
pendiam. Tapi angah la yang jadi tukang pujuk ain bila kena marah ngan along. Terima kasih angah sebab banyak bagi nasihat kat ain. 

4. amir
penghibur hati akak....akak sayang amir sangat2 taw.

5. bakal suami
hahaha...bab yang ni no komen. tapi aku tahu si dia wujud cuma belum ketemu. saat ni aku cuma kirimkan doa moga Allah pelihara dia walau di mana dia berada walau apa yang dia lakukan. rank ni pun akan automatically berubah kalau dia lafazkan "aku terima nikahnya...."

akan bertambah laki yang istimewa dalam hidupku.. InsyaAllah, jika Allah kurniakan putera...hik3....

Minggu ke-4

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-4 dalam latihan industri...

Dah 2 minggu berada di production line. Subhanallah, letih sangat. Kadang-kadang terselit jugak di hati sampai bila duk kat sini untuk gantikan staf company yg berhenti kerja tu. TAPI kalau fikir dari sudut positif, memang banyak belajar camne nak buat coklat. Skill baru tu pada aku yang memang totally zero about chocolate world. Alhamdulillah. Dari tak tahu apa-apa, dapat buat coklat guna mesin2 yang ada. Bos pon macam dah bagi kepercayaan kat aku dengan kak ijat buat. 

DAN

benda yang lagi buat aku fikir positifffffffffffffffffffffffff..... sebab dikira GAJI. sepanjang berkhidmat di production line, sepanjang staf baru tak masuk lagi, kitorang dikira buat part-time. PERGH! masyukk la bulan ni. Tak kira lagi OT je sepanjang hari. order banyak kan...hehehe.....

TAPI

Abah ada pesan... jadikanlah pekerjaan kita itu sebagai ibadah. Macam mana nak jadikan dia ibadah? kena ikut syariat. Simple je pesanan abah, tapi sangat mendalam maksudnya...

04 March 2013

10 jam

Bismillah...Alhamdulillah...

Hari ni, 10 jam berdiri di bahagian production.

YA... tempat aku praktikal hanyalah company kecik dan tidak besar. Staf pon tak ramai. DAN bila staf kat bahagian production tak ada, maka bermula lah travel kami sebagai student praktikal.

Bertemankan sifu, iaitu bos sendiri... muka aku mula cuak dan pucat. Walaupun sebenarnya rasa happy sebab dapat peluang buat tu buat ni...

Dalam masa belajar tapi sebenarnya rushing menyiapkan order tu, ada salah silapnya. Bos tak marah...tapi bila dah buat selalu,,, tercabar jugak sabarnya kan!!! haha..... tp bos tahan... caya la bos... ketaq lutut oooo...

Dan masa buat coklat tu jugak, tak sempat untuk aku gelak ketawa, borak-borak, snap2 gambar... alahai...sempat lagi aku fikir nak snap gambar... dengan nak siapkan tempahan 4000 gold bullion, 150 pencil choc n laen2 lagi td... ap mende sume tuh? nnti klu sempat aku snap esok! hoollaaa...

Apapun syukur pada Allah, sebab memang aku belajar hari ni.. sekali lagi erti real life. waktu praktikal ni sebenar2 nya pengalaman... pengalam untuk mengenali alam pekerjaan...

28 February 2013

senyum smile mmg mujarab

Alhamdulillah.... seinfiniti kesyukuran hanya pada Allah... Subhanallah,... 

Hari ni praktikal untuk diri sendiri. Malam semalam, terasa stress sangat. Tak tahu kenapa. Tetiba terfikir benda yang rasa tak payah fikir lebih-lebih pun. Pastu tak pasal-pasal otak salah tafsir., terus diri jadi komplikated! sendiri cari nahas..haha

Then, sebelum tidur semalam, aku cakap pada diri sendiri, esok aku nak jadi orang paling happy. Aku nak buat orang sekeliling aku happy.

Pagi tu, bangun je, aku ingat balik apa yang aku cakap pada diri sendiri. First thing yang aku buat... SENYUM! pastu minum air... hee^^

Terus rasa macam ada aura yang hebat masuk kat dalam diri ni. Benda semalam yang tetiba duk kacau fikiran aku, terus hilang! Terhapus! Hancur! dannnnn

ALHAMDULILLAH.

Walaupun harini sebenarnya xde la best mana pun prjalanannya, tapi rasa happy sangat.... happy sebab xde perasaan yang tak best dekat orang sekeliling...

Terima kasih Allah... syukur...


Indeed!

sebenarnya aku nak buat apa yang aku citer kat atas tu lepas aku baca ni lah... tq pada jiran aku ...Shahrul, sebab share mende ni... Alhamdulillah, Allah izinkan...




********

Dan petang tadi,... dapat la gedik2 ngan along.... dah dye kol, apa lagi...dah lama tak gedik2 ngan abang sendiri sejak depa dah kawen, sejak dah lama tak jumpak....heee...

dan paling best bila along cakap... "along dah cakap kat abah"

erk? apakah makna sume itu? xleh blah sebab nak bg suspen je... xde apa pun sebenanrnya...

dan seperti biasa, along akan bgi nasihat kat adik dye yang kadang2 x berapa betul ni..

Along pesan, manusia ni suka pandang benda yang lepas n suka sangat risau benda yang akan datang,..sedangkan benda yang tengah lalui ni tak hirau pun... SO FOKUS!

InsyaAllah Along..thanks yer...hihi

*******



25 February 2013

muffin praktikal

Alhamdulillah... Harini 1st time rasa seronok waktu praktikal sebab DAPAT BUAT MUFFIN!

oyeeaaahhh.... muffin. harini kena siapkan tempahan 300 biji muffin. dan bos suruh aku dan k.ijat join production untuk buat muffin...

Rasa happy sebab aku suka sangat...well, jiwa kan sebati ngan bakery. tapi xde peluang. Then, alhamdulillah, hari ni peluang depan mata Allah bagi cara belajar. Mula-mula terkial-kial jugak... Tapi lepas kesabaran kak Hus didik aku.... weeee~~~ Alhamdulillah... 

Akhirnya! aku dah reti buat muffin....






DANNNNNNN





22 February 2013

People leave managers, not companies

Citer pasal tempat praktikal lagi...

Alhamdulillah.... dah lima hari pun rupanya kat tempat praktikal. dah lima hari rupanya bertapa di office ni... oooooohhhoooii... aku rasa kan, aku leh kurus la duk sini, sebab x lalu makan duk sini..dah tak kesah dapat makan ke tak....ok, tetiba...ahaks

Then, dah hari ke-5 ni, dapat la tolong kat bahagian production... dapat la aku pening otak pusing wayar fikir camne nak implementkan halal kat produk company ni...perghhh!!! dari zero ok. dah macam Halal Executive dah aku rasa...tp UNOFFICIAL la...haha

Kalau aku kata kat sini tak best, bila tengok-tengok kawan aku yang duk ngomel pasal tempat praktikal dyorang tu, aku rasa aku kena bersyukur kot. Even kat sini tak besar macam company dyorang, amik kau,! kegheje kau memang kena tepat sebagai FOOD TECHNOLOGIST! Mungkin Allah nak suruh aku praktikalkan konsep syukur kot kat sini... Praktikal rohani sekali... heee...Ni namanya husnuzhon..^^

Tapi satu je masalah yang aku detect kat sini... Manager kat sini tak berjaya ikat hati pekerja. Kalau aku duk kat bahagian production, gila telinga aku ni...tapi dengor je la ye... Kalau duk opis, sama je ceritanya, cuma scene berbeza... adddooyyyy.... SEBAGAI BUDAK PRAKTIKAL, just pandang tengok lihat dengar... *pandang tengok lihat bukan sama ke?...

Kat sini je la aku mampu luah, aku mampu tulis...malas la kat fb... rasa tak selesa pulak... nway, aku cuba buat yg terbaik..  


i'm strongly agree with the statement..." People leave managers, not companies"

20 February 2013

reality oowww!

ok.tempat praktikal.

satu je aku boleh simpulkan...PATUTLA ORANG MELAYU TAK BERJAYA BERBISNES.
 dah! xnak cakap n komen banyak2,..

Haha,,selumber badak aku je kan kata camni..x sedar diri., dah la baru jadi student praktikal., nak tunjuk pandai pulak kan..apa kau ingat kau pandai sanagt ka ain..haha. =P

Tapi betul la, dah keje ni, even bape kerat je staf2 dye... rupa-rupanya cerita carekarama yang duk tayang kat tv3 tu benar dan sahih belaka... aku kat sini tadah la telinga dengar citer kak2 yang keje kat sini. YUP! sememangnya realiti. memang real. 

Bila dengar story teman sebaya yang dah berlaki dan dah ada anak, lain pulak kisahnya. perit sebenarnya hidup dia. Tapi aku just boleh tolong sikit2 je la... takat nak tadah telinga, bagi sikit opinion, bagi sikit kata semanagt, boleh la... aku pun xde experience... 

dan betul cakap, cakap Dr. Muhaya... 
AUDIT BALIK DIRI SENDIRI. kalau kita ada masalah dengan hidup, cek balik HDA (Hubungan Dengan Allah)..

Seronok dapat dengar cerita akak2 kat sini. Hope dyorang happy. InsyaAllah, Allah itu Maha Adil. Dan setiap apa yang Allah izinkan terjadi itu ada hikmahnya. Yakinlah pada Allah.