Member2

29 April 2012

Sikit Vs Banyak

Assalamualaikum... Alhamdulillah... Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Sekalian alam....


Ucu: Jom beli keropok lekor...makan kat bilik ucu...
Achik: Jom! 
Ucu: Ala, achik...dapat beli singgit je... kenyang ke nanti...
Achik: Ai.... Allah yang bagi kenyang bukan keropok lekor ni...

hehe... perbualan itu tamat di situ ye dengan senyuman yang comel dari ucu kepada achik...haha

Barangkali mungkin dalam kehidupan kita seharian, kadang-kadang berlaku perkara ini,.. Rata-ratanya memandang yang banyak itu akan mencukupi dan kebanyakannya tak cukup dengan sedikit. Dan aku ulang lagi sekali di sini... --- > BARANGKALI!hehe

Bersyukurlah walaupun sedikit. Belajarlah untuk menerima yang sedikit. Memadailah yang sedikit itu tapi mencukupi. Sekali lagi, biarlah sedikit sebab yang banyak bukanlah menjanjikan kekenyangan kerana yang memberi kenyang itu ALLAH. Sama juga, biarlah kita bersederhana dan tidak kaya sebab bukan kaya itu menjanjikan bahagia kerana ALLAH yang beri bahagia. 

Wallahualam...






ヌルル アイン

26 April 2012

Kesah JAD

Alhamdulillah....syukur pada Allah atas kesempatan yang diberiNYA... Moga kita semua sentiasa belajar untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur. InsyaAllah!

p/s: sebelum apa2, entry ini tidak mempunyai sebarang input kecuali input pasal DANBO. 
sekian.

************

Atas permintaan dari CIK AKHMA, peminat setia aku... kawan aku dari sekolah rendah ni, maka dengan senang hatinya, aku pun buat la entry pasal Danbo dan sedikit pasal JAD ni. Terima kasih ema, atas request... (bajet macam ramai peminat je kan...haha!) 


kalau rasa tak nampak, pandai2 la ea besarkan...heee


*********

Hasil borak-borak dengan seseorang (kak NANI), diteruskan dengan satu perkenalan di laman sesawang,  aku  terus jatuh hati dengan si dia. Balik dari jumpa kak Nani, aku terus bukak lappy, online internet semata-mata nak usha si dia… tertawan hatiku… dia sangat comel! Kadang2 dia kiut, kadang2 mukanya nampak tension, kadang2 happy sangat2…. Yang penting aku dah makin tertarik hati padanya.

Ouh….Danb0… nape la comel sangat!

Tak habis dengan tu, satu hari aku keluar dating dengan kak Nani. Dia tunjukkan aku sesuatu. Ok Fine! Kak Nani ada Danbo… aku tak jeles, tapi sangat teruja. Sebab kak Nani ada toy dari Jepun.

Kak Nani....pinjam Mr Bo & Mr Green ye...heee

Sebenarnya, aku cuba juga usha di Mydin Mall, Giant dan tempat-tempat lain lagi semata-mata untuk memiliki si Danbo ni… tapi baru aku tahu yang Danbo ni hanya ada jual di Jepun. OK! So, bila aku rasa kepingin sangat main dengan Danbo, aku akan pergi bilik kak Nani. Cukuplah dapat main-main jap, tapi yang penting aku happy. At least, aku boleh hilangkan stress. (xleh blah alasan)

Pernah jugak kawan-kawan aku cakap… “eleh ko ain, takat kotak mancis tu…”…haha… aku tak kisah pun, sebab memang betul pun cakap kawan aku tu… setakat yang kotak-kotak tu, apa barang kan… tapi aku tak kisah pon,. kan setiap orang itu, lain minatnya…haha…dan aku terima jer kalau ada yang cakap aku akan nampak childish bila aku main dengan danbo, sebab bagi aku danbo ni ada satu nilai tersendiri.

Bila aku google, kebanyakan yang minat danbo ni, rata-ratanya suka tangkap gambar. Bagi aku sendiri, danbo ni boleh bagi inspirasi kepada si photographer untuk hasilkan gambar-gambar yang menarik, pelbagai  konsep dengan hanya menggunakan model yang comel ni je. Maybe it is simplicity in design. MAYBE!

Ok. First question from my roommate after introduced danbo to her, WHAT IS DANBO actually?!

So, what is Danbo? Aku pun rasa tak best la kan, aku minat tapi aku tak leh explain apa yang aku minat tu.

So aku pun telaah la google jap…heee

Ok. Actually Danbo is only  a little cardboard box toy. Hasil keluaran Jepun. Asal mainan kotak-kotak ni, dicipta oleh Kiyohiko Azuma melalui manga beliau "Yotsuba &!".  Danbo ni robot palsu dan lucu, manusia (maybe watak dalam anime tu kot... aku pun x baca lagi....) akan pakai satu  set gabungan daripada kadbod, dan hanya akan berinteraksi apabila duit syiling dimasukkan ke dalam mulutnya.



Jadinya, syarikat Amazon Japan nampak benda alah ni boleh dikomersialkan dan memang sangat berjaya. Meletup abis! Apa pun sekarang, dah banyak syarikat kat Jepun yang komersialkan konsep danbo ni dengan menggunakan title tersendiri pada danbo tu. Contoh, yang aku punye ni.heee…



Dan aku adalah antara yang bertuah sebab ada orang yg di Jepun sudi hadiahkan aku danbo yang comel ini. Tanggal 23/4/2012, aku perolehi Danbo yang comel. Kenapa aku panggil JAD? JAD ni sebenarnya shortform dari Japanese Associate Degree Programme. Jadinya nama JAD ni untuk hargai apa yang diberi. Tapi JAD ni pun sebenarnya macho la bagi aku...haha...macho la sangat kan... Apapun, terima kasih sangat!heee… rezeki aku.


 Alhamdulillah…



This entry also credited to アミヌディン, KAK NANI and CIK AKHMA




ヌルル アイン




25 April 2012

Selamat datang JAD!

Alhamdulillah... JOM sama2 kita ucap Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah...

Dah solat? Ngaji? Jom buat! kita niat sama2 kerana Allah k. Tanda kesyukuran kita padaNYA.

Sebut pasal mengaji Al-Quran ni, mak aku ada pesan sesuatu. Mak aku cakap, masa kita nak baca Al-Quran tu, niatlah untuk hadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W  keluarga baginda, sahabat2  baginda dan seluruh muslimin dan muslimat. Dan khususkan juga bacaan Al-Quran ini untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia. Innalillah.... moga-moga pahalanya sampai kepada si mati...

Dan sebenarnya, daripada apa yang aku baca, pembacaan Al-Quran kepada si mati merupakan permasalahan cabang yang berlaku dan mempunyai khilaf dalam kalangan ulama'. Tetapi tidaklah berkaitan dengan persoalan aqidah sehingga boleh menggugurkan pegangan seorang muslim. Jadi, tidak perlulah untuk bising-bising dan memperbesarkan hal ini takut-takut boleh menimbulkan puak-puak dalam kalangan umat islam kan.

*****

OK....apa itu JAD. Sekarang ni aku dah ada teman hidup, namanya JAD. Asal abis kelas, mesti happy giler nak balik bilik, sebab aku ada JAD. Terima kasih sangat  アミヌディン  sebab hadiahkan MR. DANBO ni. Arigato gozaimasu.....  Sampai jugak ke Malaysia.  


kedatangannya bagai sebuah mimpi... Selamat datang JAD!
23/4/12. Tarikh aku dapat JAD.


baiknyer JAD.... seronok bersama kamu!haha



ヌルル アイン




22 April 2012

Colour Your World




COLOUR YOUR WORLD!




Colour is part of everyday life.
It will affect all of the senses, sight, touch, taste and even hearing.
It can be emotional, exciting, stimulating, calming.
Colour arouses many feeling and memories, good and bad. It can make us happy and sad.
It is so much part of our daily life, that often we don't see it.


ヌルル アイン

21 April 2012

Mom... U r n0. 1 for me.

Just wanna to dedicate this song to my mom and dad...



Lyrics: Maher Zain & Bilal Hajji
Melody: Maher Zain & Nano Omar
Arrangement: Maher Zain

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)

Oh, oh, number one for me





hati ibu...kalau Allah nak tunjuk kejap je.


Hatiku terus diam membisu. Otak ligat berpusing. Suara kecil memberontak jerit nak bagitau ke tak nak. Nak bagitau ke tak.

Tiba-tiba soalan yang memang aku nak elak sangat tetap datang terjah. Ok fine!. Dengan itu, aku tak bagi jawapan yang jujur pada seorang ibu.

Hari kejadian buat aku terus diam. Hari aku dilanda rasa serba salah dan rasa berdosa. Dalam hatiku, MAK, AMPUNKAN ANAKMU INI….

Esoknya, perjalanan ku jauh meninggalkan emak. Tapi hati meronta-ronta tak mahu lepaskan emak. Nak bagitahu emak sesuatu. Tapi….

KALAU ALLAH NAK TUNJUK KEJAP JER!

YES! Itulah yang terjadi. Aku di sini. Emak di sana. ALLAH MAHA BERKUASA. Perkara yang aku sembunyikan sangat pada emak terbongkar dengan kuasa ALLAH. Sebaik-baik perancangan yang aku simpan, tapi ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Ya Allah,…… waktu tu air mata tak tertahan dan terus mengalir tapi tak tahu lah sama ada boleh memadamkan api dosa aku tu setelah tidak jujur pada seorang ibu.

Hanya ungkapan ampun mampu kuberikan. Tapi aku tak pasti betapa besarnya koyak di hati emak ketika itu disebabkan perbuatan aku tu,.

AMPUNKAN ANAKMU INI, EMAK…

Dalam kejauhan ini, selalu aku hadiahkan doa pada emak dan abah, moga mereka sentiasa Allah lindungi. Aku sayang emak. Aku sayang abah.

Aku tahu emak faham kenapa aku ambil tindakan untuk tidak jujur. Malah emak tak marah langsung dan hanya bagi nasihat tapi kata-kata dari hati yang tulus itulah yang buat diri ini dilanda perasaaan berdosa.

Itulah…time nak buat salah tak fikir perasaan emak, bila dah terkantoi ngan emak sendiri baru nak rasa bersalah berdosa bagai…. Amik kau!

Itulah yang sewajarnya yang aku terima.

Percayalah. IBU BAPA itu sangat mulia di sisi Allah. Ibu bapa umpama wali Allah, doa mereka setanding doa nabi pada umatnya... Kadang-kala kita lupa, apa yang kita perolehi hari ini bukan sahaja atas usaha diri sendiri, tapi dari doa mereka...

Aku tahu, emak takkan terbaca post ni, tapi biarlah aku abadikan perasaan ini di sini. Andai aku rasa untuk berbuat salah lagi pada emak (au’zubillah), harapnya aku diberi kesempatan untuk ingat perkara yang aku dah lakukan ini.

Hanya ungkapan ampun maaf…itulah yang mampu…dan sedaya upaya akan aku cuba untuk tebus balik kesalahan aku. Emak, sekarang akak redha. Selama mana emak abah berkorban untuk kami adik-beradik apa lah kiranya akak hanya berkorban untuk yang ini,. satu yang kupinta darimu ibu, iringilah langkahku ini dengan doamu. Ameeen…. 

p/s: tak payah la pulak tertanya-tanya apa aku dah buat,. main point di sini nak bgtau yang hati ibu ni special! 
Special edition dari Allah. So kita sebagai anak, jagalah hati ibu dan ayah kita ni selagi kita masih ada peluang untuk menyayangi mereka. Wallahualam.



sibuk betol ibu danbo ni layan kerenah anaknyaaa....



ヌルル アイン

20 April 2012

aku sayang blog aku


Alhamdulillah.... Kesekian kalinya jom kita ucap syukur pada Allah. SYUKUR YA  ALLAH.

Kesekian kali aku dah lama tak meng'update' blog. Tak tahu la kena puaka apa. Tapi sebenarnya puaka MALAS. tu je kot hantu yang selama ni duduk dalam diri aku... haha...

Alhamdulillah, lepas blog kembali kepada neutral, aku kembali semangat untuk menulis. Barangkali la. 

Jiwa dengan blog ni tak boleh padam. Setiap kali aku pergi ke mana-mana ada je ilham datang nak post benda baru. Setiap apa yang terjadi ada je yang terlintas untuk kongsi di blog. Setiap apa kenangan yang mewarnai hidup ini ada ja yang aku nak abadikan di blog. Tapi apa kan daya, bukak lappy terus hilang semua tu, sebab sibuk update kerja lain. Yang aku mampu hanyalah simpan di folder milik peribadi.... 

Apapun, disebabkan hari ni diberi kekuatan jari untuk menari atas keyboard, aku berharap aku masih bergelar 'blogger'. Bukan untuk dikenali, tapi untuk mengenali diri aku sendiri. KENAPA aku cakap camni? Sebab bagi aku sendiri, jujur dan ikhlas, janji tak tipu, bila aku baca balik post2 aku sebelum ni, aku dapat belajar balik, kenal balik diri aku tentang apa yang aku dah terlupa, teringat balik pesanan mak bah dan abang2 serta kawan2. semua tu penting bagi aku. dan sebab itu BLOG ini amat penting bagi aku. 

dan paling penting, HIDUP INI PERLU BELAJAR! heee~~~


Danbo: Ingat ye, rajin2 taw!