Member2

21 April 2012

hati ibu...kalau Allah nak tunjuk kejap je.


Hatiku terus diam membisu. Otak ligat berpusing. Suara kecil memberontak jerit nak bagitau ke tak nak. Nak bagitau ke tak.

Tiba-tiba soalan yang memang aku nak elak sangat tetap datang terjah. Ok fine!. Dengan itu, aku tak bagi jawapan yang jujur pada seorang ibu.

Hari kejadian buat aku terus diam. Hari aku dilanda rasa serba salah dan rasa berdosa. Dalam hatiku, MAK, AMPUNKAN ANAKMU INI….

Esoknya, perjalanan ku jauh meninggalkan emak. Tapi hati meronta-ronta tak mahu lepaskan emak. Nak bagitahu emak sesuatu. Tapi….

KALAU ALLAH NAK TUNJUK KEJAP JER!

YES! Itulah yang terjadi. Aku di sini. Emak di sana. ALLAH MAHA BERKUASA. Perkara yang aku sembunyikan sangat pada emak terbongkar dengan kuasa ALLAH. Sebaik-baik perancangan yang aku simpan, tapi ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Ya Allah,…… waktu tu air mata tak tertahan dan terus mengalir tapi tak tahu lah sama ada boleh memadamkan api dosa aku tu setelah tidak jujur pada seorang ibu.

Hanya ungkapan ampun mampu kuberikan. Tapi aku tak pasti betapa besarnya koyak di hati emak ketika itu disebabkan perbuatan aku tu,.

AMPUNKAN ANAKMU INI, EMAK…

Dalam kejauhan ini, selalu aku hadiahkan doa pada emak dan abah, moga mereka sentiasa Allah lindungi. Aku sayang emak. Aku sayang abah.

Aku tahu emak faham kenapa aku ambil tindakan untuk tidak jujur. Malah emak tak marah langsung dan hanya bagi nasihat tapi kata-kata dari hati yang tulus itulah yang buat diri ini dilanda perasaaan berdosa.

Itulah…time nak buat salah tak fikir perasaan emak, bila dah terkantoi ngan emak sendiri baru nak rasa bersalah berdosa bagai…. Amik kau!

Itulah yang sewajarnya yang aku terima.

Percayalah. IBU BAPA itu sangat mulia di sisi Allah. Ibu bapa umpama wali Allah, doa mereka setanding doa nabi pada umatnya... Kadang-kala kita lupa, apa yang kita perolehi hari ini bukan sahaja atas usaha diri sendiri, tapi dari doa mereka...

Aku tahu, emak takkan terbaca post ni, tapi biarlah aku abadikan perasaan ini di sini. Andai aku rasa untuk berbuat salah lagi pada emak (au’zubillah), harapnya aku diberi kesempatan untuk ingat perkara yang aku dah lakukan ini.

Hanya ungkapan ampun maaf…itulah yang mampu…dan sedaya upaya akan aku cuba untuk tebus balik kesalahan aku. Emak, sekarang akak redha. Selama mana emak abah berkorban untuk kami adik-beradik apa lah kiranya akak hanya berkorban untuk yang ini,. satu yang kupinta darimu ibu, iringilah langkahku ini dengan doamu. Ameeen…. 

p/s: tak payah la pulak tertanya-tanya apa aku dah buat,. main point di sini nak bgtau yang hati ibu ni special! 
Special edition dari Allah. So kita sebagai anak, jagalah hati ibu dan ayah kita ni selagi kita masih ada peluang untuk menyayangi mereka. Wallahualam.



sibuk betol ibu danbo ni layan kerenah anaknyaaa....



ヌルル アイン

No comments:

Post a Comment