Member2

31 July 2011

Ramuan Ramadhan

Alhamdulillah.....abis solat terawih pada malam pertamaa Ramadhan niey... Mungkin inilah hikmah disebalik kenapa aku x diizinkan Allah ke Klang.... N banyak lagi hikmah yang aku nampak. Allahuakbar!

Tahun niey, aku dapat menjalani Ramadhan bersama keluarga tersayang.... Thats mean, dapat sediakan makan sahur, dapat tolong mak masak untuk juadah bukak posa....weee~~~~ best nyer

Sebagai sedikit pembuka selera untuk Ramadhan, aku ada sedikit ramuan...erm, niey aku amik dari buku SINERGI...so have fun la ye...heee~~~ aku x pandai nak bg nasihat or berkata2, jadi cukuplah untuk aku share apa yang aku ada...bukan untuk sape pon, untuk kita gak kan...kui3...



*****


Ramadhan ibarat tempat rehat di tengah-tengah perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan Ramadhan adalah tempat rehatnya. Di dalam Ramadhan, kita disediakan pelbagai peluang untuk menagmbil bekalan rohani. Lebih penting, bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan.

Bekalan terhebat itu adalah takwa.

Kewujudan Ramadhan yang sebulan lamanya, adalah pengisytiharan kepada kepentingan takwa. Allah mengarahkan hemba-hambaNya agar melalui Ramadhan dengan baik untuk menggapai ketakwaan ini. Ibadah Ramadhan bukan hanya seminggu tapi sebulan. Ibadah terpanjang dalam Islam.

“Kenapa takwa ini diangkat sedemikian penting?”Sehingga Allah SWT menyediakan satu bulan khas untuk menggapainya?”

Kerana dengan kewujudan takwalah yang membantu kelangsungan ketaatan hamba kepada Allah SWT. 
Dengan kewujudan takwa, barulah manusia boleh hidup menjnjung perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah.

“Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” 
(Al-Baqarah:97)

Kesimpulannya, iman adalah kunci ketaatan kepada Allah SWT.

“apakah kau pernah berjalan di satu tempat penuh duri, wahai Umar?”
Sayidina Umar menjawab, pernah. Ka’ab bin Malik bertanya lagi: “apakah yamg kau lakukan?”
“aku sinsing kainku agar tidak tercarik pada duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpijak dengan mana-mana duri itu.”
“ketahuilah Umar, bahawa itulah sebenarnya takwa.”

Takwa adalah rasa berhati-hati dan takut untuk ingkar pada apa sahaja larangan Allah SWT. Duri-duri itu ibarat larangan Allah. Takwa ibarat perbuatan berhati-hati dan menyinsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri.

Sebab itu, Ramadhan ibarat bulan untuk kita mengisi semula ketakwaan kita. Hanya dengan takwa, barulah kita boleh menjalani kehidupan dengan baik.menjalankan apa yang Allah suruh dan
 meninggalkan apa yang Allah larang.

Sebab itu kalau kita sedar, Allah bayak ingatkn kita

"Wahai orang-orang yang beriman!
                      Bertaqwalah kamu kepada ALLAHdengan 
sebenar-benar taqwa kepadaNYA;
dan jangan sekali-kali kamu matimelainkan dalam keadaan beragama
 Islam.Dan berpegang teguhlah 
kamu semuanyakepada tali ALLAH
 (agama Islam) dan janganlah
 kamu bercerai-berai..." ( 3:102 ~ 3:103 ) 


Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
(Al-Hajj:1)

Seruan-seruan ini hanya boleh disahut oleh mereka yang mempunyai ketakwaan yang sebenar di dalam hati.

Ada sebuah cerita, seorang hamba dengan Umar al-Khattab, suatu hari, Umar l-Khattab bertemu dengan si penggembalanya. Rupanya, si penggembala kambing yang banyak adalah seorang budak.

Maka Sayidina Umar menguji budak itu.
“wahai budakm berikanlah aku seekor kambing.”
”tidak boleh”
“berikanlah, wahai budak. Dan kalau tuan mu perasan, katakanlah kepadanya bahawa
 kambing itu dimakan serigala.
“tidak boleh. Aku takut.”
‘buat apa yang kau hendak takut? Umar al-Khattab tiada di sini untuk melihatmu.”
“tetapi Tuhan kepada Umar sentiasa melihatku.”
Dan ketika itu, Umar al-Khattab tunduk lalu menangis. Sungguh tinggi ketakwaan budak penggembala kambing itu.

Bayangkan bagaimana kalau ketakwwan ini tertanam kemas dalam kehidupan umat Islam……… 

bagaimana agaknya?

Tentu tidak ada korupsi, tak ada songlap duit, tak ada gaduh-gaduh,
 tak ada kecurian.
Masyarakat akan jadi baik, solat tak ditangguh, kita tidak berbohong.

Kita mnusia. Ada dosa. Jadi pendosa tu, tak ada takwalah ya?

Semua manusia membuat dosa. Tapi orang yang bertakwa apabila berbuat salah, dia cepat-cepat bertaubat. Kalau ada buat silap dengan kawan, dia cepat-cepat minta maaf.  Itulah penangan takwa. 


*****
Kalau rasa isinya best, jgn ucap terima kasih kat aku, tp ucap pada Allah sebab kasi ilham pada Hilal Asyraf (penulis buku Sinergi) yang sangat best!

Nasi Dagang

Kesyukuran yang teramat pada Allah Taala.....

Ari ni aku ditarik satu nikmat.... Iaitu nikmat selera makan.... Rasa kenyang tak abis2.... Padahal last makan tengahari semalam. Tu pon nasi sikit n satu bergedil.....

ok...untuk lunch niey, mak request untuk aku buatkan Nasik Dagang. Makanan femes kat kelantan n Ganu...

oh0h0.....tak pernah aku try buat nasik dagang seumur hidup aku....

ok lah, sebab mak mmg suka nasi dagang, aku pon buat..... ikut resepi yang aku dapat masa sem lpas.... Cuma kari ikan je yang aku x ikut resepi dye...just masak ikut suka hati aku....huhu




Yeay! dah siap! time to eat.... even aku still x de selera, aku makan je la sikit nasi dagang buatan sendiri niey.... amik hati diri sendir

Yang penting aku suka tgok, family aku makan nasi dagang nieyh...Alhamdulillah....


MODE: sedih dalam suka... lol.

30 July 2011

There Are Always Somethings

Alhamdulillah....syukur pada Allah yang kasi aku peluang untuk aku bertemu dengan orang-orang yang aku sayangi, dan masih memberi aku peluang untuk terus menyayangi orang-orang yang disayangi, dicintai....

MANUSIA MERANCANG, ALLAH MERANCANG,
DAN SEBAEK-BAEK PERANCANGAN ITU DARIPADA ALLAH...

secara ringkasnya, terlalu banyak yang dirancang hujung bulan ni, terpaksa ditangguh dulu...  TAPI terlalu banyak pulak yang tak dirancang (luar perancangan) terjadi pada aku.... ya, aku mampu tersenyum dengannya...  Biarlah aku yakin atas segala hikmah di sebalik semua ini terjadi.

THERE ARE ALWAYS SOMETHINGS

Terima kasih dan minta maaf juga pada yang berkenaan..... Moga bertemu lagi... InsyaAllah....


***



29 July 2011

BETUL KE..WAHAI WANITA..???




siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
...cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?


siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?
siapa kata jadi perempuan tu senang?


hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
hebat tak perempuan?


disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah,
ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang?


disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?
betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?


Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan,
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?




Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni:


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu
tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?


Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

********


Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang wanita...


ok..niey kopi pasta copy paste dr blog ke blog....sebenarnya dah penah baca....ori dya kat belog KETAYAP USANG. best blog tu...sempoi tp byk ilmu...g r sana, korek ilmu sambil online....kui3....amik!x sampai bape minit aku post lagi....hehe

Allah knows

Dalam ketenangan hari Jumaat niey, ayat Quran jua yang mmpu kukongsi. Sebagai peringatan untuk diri ini yang selalu je leka dengan dunia. Astaghfirullah...
dan untuk sume jg... :D

“Dan boleh jadi kamu BENCI kepada sesuatu padahal ia BAIK bagi kamu dan boleh jadi kamu SUKA kepada sesuatu padahal ia BURUK bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”—Al-Baqarah 216


Thats all I can give. N0 M0RE! Because the others are not my power. And I  only can pray to HIM.... ONLY ALLAH because there are ONLY HOPE.

24 July 2011

Dah makan?

Sekarang niey mesti perut masing2 dah tak sabar nak tunggu kehadiran makanan kan... waktu lunch makin hampir...ke dah ad yang dah makan... kalau dah makan, Alhamdulillah... Allah still bg peluang kat kita utk rasa nikmat makan. Dan pada yang belum makan, jangan lupa baca Bismillah ye....


Imam Ahmad berkata bahawa Musa telah menceritakan kepada kami, Ibn Lahiah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Zubayr bahawa beliau telah bertanya kepada Jabir, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya sendiri, lalu dia menyebut nama Allah SWT ketika dia masuk dan ketika dia makan, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu tidak dapat tinggal dan makan disini." Apabila lelaki itu masuk ke rumahnya tanpa membaca nama Allah SWT, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu dapat tinggal dan makan di sini." Jabir berkata, Ya! Benar katamu itu." (HR. Imam Ahmad)


DAN

Nabi s.a.w. bersabda; "Allah sangat suka kepada hambaNya 

yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan 

minum." (Sahih Muslim)



Camne plak kes kalu lupa baca bismillah sebelum makan?


Hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah رضي الله عنها  berkata: Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
“Apabila seseorang dari kamu hendak makan maka bacalah bismillah. Apabila terlupa maka hendaklah ia mengucapkan Dengan menyebut nama Allah di awal dan di akhir’(Imam At-Tirmidzi berkata: Hadits hasan shahih dan disetujui Syaikh Al-Albani)



wallahua'lam

Abg Cina Tolong

Alhamdulillah.......hari niey ada peluang utk ke dunia blogger...hoho

Sabtu.Pukul 11 pagi. Aku start moto g Bagan Serai. Dengan hajat nak beli barang nak buat pizza....

Lpas parking moto,  aku pon g la kedai kek sambil baca list dalam kepala.....dah settle sume aku pon siap nak berangkat balik...

tup2 tgok sebelah moto ada lori manyak besau..huhu..pandang belakang, ok kot...
boleh bawak kuar motor...

tgah2 nak pakai helmet, ada plak pak cik parking moto kat belakang aku...beliau just tggal sikit je utk aku....huuuuaaaaa...camne niey?...huk3

then, aku pon try jugak la....

tb2...

"dik, boleh x?"

waaaa...comelnye abang niey,.....hehe, naseb baek abang ni chinese....kui3..
dye niey nak angkut brg dr lori besaq tu....

"boleh kot...." dye pon tgok je...

ok, aku x boleh....

"mari, saya tolong...."

aku pon tersenyummm...waa, suke2...bukan senang ad org nak tolong... 
then dye tarik moto aku dr belakang....

lpas aku dah boleh kluar...

"tq2"

"sama2...belanja air"

"what? belanja air? hehe....tq ye" ok, aku x belanja pon dya..n dya pon mesti la gurau je kan

to abang cina comel... tq ye...xie xie...tp sori sebab x blanja air....SEBAB sy kena rempit cepat, 
hari dah mendung, macam mau ujan....heee~~~


even kecik je yang dya tolng aku tu, just tolong tarik moto ak, tapi alhamdulillah, dalam dunia ni masih ada orang yang baek hati...x kesah la dya bangsa laen ke ap, tp yang penting kita semua hamba Allah...
Sesunggguhmya setiap hati anak adam mmg mempunyai fitrah sukakan kebaekan...


19 July 2011

aku macam orang dah kawen ea

sebelum ap2....nak habaq yang entri ni x dak info ap2 pon k...hehe

ALhamdulillah...pizza aku abis ari ni...

Hari2 kat k00p jalan macam besa....cuma hari niey budak exam...

dalam pukul 11 td, pak cik aiskrim datang....erm, tp niey pak cik laen dari selalu...x kira la sape pon...layan..ZZZzzzZZZzzz....

tgah2 duk cek, kami pon sembang2 la kan....takkan aku nak diam ja....

"adik niey tak mau sambung belajaq dah ka?"

aku senyum n ckp "saya tgah cuti sem ni ncik..."

"ouh, cuti 4 bulan kan....belajaq kat mana"

"saya belajaq kat ganu, UMT" then aku senyum n tgok pak cik tu buat keja....

bla...bla...bla...bla...bla...(ckp2 pasal aiskrim, cek, duit, invoice n laen2....)

bila pak cik tu dah nak balik, dya bagi aku aiskrim.....weeeee~~~~ SERONOK!!!


then dya tya aku...

"dik, abang orang sini kot..."

ok...waktu niey muka aku pelik hairan segala....abang aku kat johor...

"erk??ap ncik?"

"dak,...adik kawen ngan orang sini ka?"

PERGHHHH....waktu ni nak je aku pecah perut kat situ....tp tahan la kan, hormat kat pak cik tu...

dgn tergagap-gagap.... "ncik, mak ayah saya org sini..."
masalahnya..betoi x jawapan aku nieyh...nape aku tak ckp je yg aku niey x kawen lagi kan...hehe


adoyyy...sampai umah aku senyum....teringatkan soalan pak cik tu... selalu org duk tya aku tingkatan berapa... niey org tya aku pasal kawen,,,h0h0....

ADAKAH INI TANDA AKU DAH BOLEH KAWEN???TETTTTTT....

ok lahhhh....maybe pak cik tu keliru camne aku ada kat Perak sedangkan aku belajaq kat ganu...mungkin pak cik tu fikir yang aku ni org ganu....hehe....betoi dak? hehe


18 July 2011

muslimah

Alhamdulillah...syukur pada Allah Tuhan Sekalian Alam...

Stalk2 kat facebook....Jalan2 kat blog2...

Pergi sana...pergi sini....

At last, berhenti kat sini.




Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
*******
cukuplah aku tinggalkan bait lirik dengan alunan suara nazrey johani yang best ni sebagai renungan especially pada kita kaum muslimah....lagu yang sarat dengan nasihat...moga sama2 kita amik iktibar....insyaAllah