Member2

09 July 2011

entry 9 Julai

Alhamdulillah...syukur pada Allah sebab kasi aku peluang untuk bersihkan sawang kat umah aku ni haaa.... hihi

BERSIH????? waaa...N.A.S. mau ckp pasal Bersih plak...pe kes? 

Erm....aku rasa niey first time kot aku ckp pasal bersih secara virtual sebab b4 niey aku just sembang2 ngan abh je pasal bersih niey...

Anyway, tanggal 9 Julai 2011 memang dah termaktub dalam sejarah Malaysia pon... tggu buku teks Sejarah bdk2 sekolah kuar, mesti ada ckp pasal perhimpunan GIANT dlm Malaysia.... 

Sepanjang nak sampai 9 Julai niey, yang mana pro kerajaan mmg maki hamun gila2 la pasal bersih niey. Yang pro pembangkang plak, mmg tak sbr2 menanti 9 Julai niey....
Tapi...kalau kita tgok betol2 tuntutan bersih yang 8 perkara tu, sepatutnya semua orang boleh fikir pasal baek buruk BERSIH tanpa dipengaruhi langsung dengan POLITIK. 
bagi aku la...


  • Untuk melihat hampir 400 gambar eksklusif perhimpunan tersebut, boleh KLIK SINI!!!
  • Hukum Demonstrasi itu HARUS. Provokasi pula hukumnya HARAM. KLIK SINI!!!


Entri SS???? SYOK SENDIRI??? mungkin jugak...tapi aku just nak abadikan tarikh niey dalam blog aku ja... at least kalau dah tua2, aku boleh tgok balik hal2 negara aku niey.... 

Boleh tunjuk kat anak2....cucu2 (h0h0)....




‎9 JULAI 2011 - Hari yang penuh pengajaran. Hari bersejarah yang luar biasa. Jelas menceritakan perihal polis, kerajaan, bersih, hak bersuara, erti keamanan dan keadilan. Kesan dari hari sabtu ini pasti akan memberi 1001 erti dan pengajaran kepada semua rakyat yang menjadi pemerhati politik. PEACE = AMAN

ok...cukup sudeyh pasal bersih... x nak bikin banyak suara... cukuplah link yang aku share tu...

Cuma satu yang aku nak share...

Kalau kita baca n hayati kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, kita akan dapat tgok hubungan antara pemerintah negara dengan ulama. 

Nabi ada ckp, yang akan menguasai Kota Konstantinopel itu adalah dari pemerintah yang baek, tentera yang baek dan rakyat yang baek.

Masa sultan Al-Fateh (penakluk) memerintah yang dari berusia 19 tahun baginda tak pernah ketepikan guru bginda yang juga merupakan seorang ulama yang dikagumi iaitu Syeikh Syamsudin al-Wali. Setiap apa yang baginda mahu putuskan atau untuk meminta cadangan, baginda mesti merujuk pada Syeikh Syamsudin al-Wali. 

Manakala tentera dan rakyat tidak pernah berasa gusar dan bimbang dengan pemerintah mereka yang muda tu sebab sultan dyorang didampingi dengan ulama yang terbilang dan diajar selok belok peperanagn oleh panglima Tharhan.

Subhanallah... Allah dah tunjuk teladan dari sirah Nabi Muhammad, dan pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh sentiasa menteladani Nabi... dan sepatutnya pemerintah2 negara seharusnya mencontohi pemerintah2 yang paling hebat dan terbilang iaitu Nabi Muhammad dan salah satu contoh pemerintah yang menggunakan cara Nabi Muhammad dan telah berjaya ialah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Aku tak tahulah ada kaitan ke tak apa yang aku sampaikan ni dengan bersih...tapi niey lah daripada aku. Seorang budak yang berumur   12   21  tahun cuba meluahkan apa yang ada kat otak n hati niey...hihi

Mungkin agak tersimpang, tapi apa yang aku nak utarakan pentingnya seorang pemerintah yang baek dari segi batiniah dan zahiriah.


wallhualam

No comments:

Post a Comment