Member2

01 July 2011

3 cabaran perkahwinan muda

Perkahwinan muda adalah digalakkan kerana merupakan satu alternatif terbaik untuk mengurangkan gejala sosial pada waktu ini. Statistik juga menunjukkan peningkatan kes pembuangan bayi antara tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa masalah sosial semakin berleluasa. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan perkahwinan muda. Tetapi, pasangan yang ingin berkahwin muda haruslah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang berkemungkinan akan dialami. Diharap artikel ini dapat membantu anda untuk melakukan perancangan yang sebaiknya.


Kadar perceraian- Mengikut kajian yang telah dijalankan, kadar perceraian antara pasangan yang berumur bawah 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding pasangan yang dewasa. Ini berkemungkinan disebabkan atas faktor kematangan pasangan tersebut. Sebaiknya, pasangan yang merancang untuk berkahwin muda harus mempersiapkan diri dari segi mental mahupun fizikal terlebih dahulu. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Pastikan anda telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Psikologi- Apabila anda sudah bersedia untuk berkahwin, anda perlu memahami mengenai konsep perubahan psikologi yang perlu dilakukan. Ini merupakan masalah utama untuk pasangan muda kerana mereka masih tidak bersedia untuk melakukan perubahan. Sekiranya anda masih mengikut rentak kehidupan bujang yang dilalui sebelum ini, sudah pasti ia akan membawa masalah terhadap keluarga anda. Perkara ini seharusnya dielakkan dan memerlukan perancangan untuk anda menghadapinya. Komunikasi antara pasangan adalah jalan terbaik.

Tekanan keluarga- Sememangnya, pasangan muda akan mendapat lebih tekanan daripada keluarga. Terutamanya terhadap pasangan yang masih bergantung dari segi kewangan. Cuba elakkan masalah ini secepat mungkin. Sebaiknya, kepada sesiapa yang telah merancang untuk perkahwinan muda, pastikan anda dapat elakkan daripada pergantungan ini. Kehidupan tidak perlulah terlalu mewah, cukup sekadar anda sudah mampu untuk berdikari bersama pasangan. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada menerima pelbagai tekanan yang mungkin akan menimbulkan konflik antara pasangan.
Sekiranya anda telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini, tiada masalah untuk anda berkahwin pada usia yang muda. Ia amatlah digalakkan. Cubalah untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga anda, sebagaimana ibubapa anda cuba memberikan yang terbaik untuk anda.


***

ermmm, tibe2 TERpost tajuk niey...xde ap2 pon., just want to share...

2 comments: