Sekarang niey mesti perut masing2 dah tak sabar nak tunggu kehadiran makanan kan... waktu lunch makin hampir...ke dah ad yang dah makan... kalau dah makan, Alhamdulillah... Allah still bg peluang kat kita utk rasa nikmat makan. Dan pada yang belum makan, jangan lupa baca Bismillah ye....
Imam Ahmad berkata bahawa Musa telah menceritakan kepada kami, Ibn Lahiah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Zubayr bahawa beliau telah bertanya kepada Jabir, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya sendiri, lalu dia menyebut nama Allah SWT ketika dia masuk dan ketika dia makan, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu tidak dapat tinggal dan makan disini." Apabila lelaki itu masuk ke rumahnya tanpa membaca nama Allah SWT, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu dapat tinggal dan makan di sini." Jabir berkata, Ya! Benar katamu itu." (HR. Imam Ahmad)
DAN
Nabi s.a.w. bersabda; "Allah sangat suka kepada hambaNya
yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan
minum." (Sahih Muslim)
Camne plak kes kalu lupa baca bismillah sebelum makan?
Hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah رضي الله عنها berkata: Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
“Apabila seseorang dari kamu hendak makan maka bacalah bismillah. Apabila terlupa maka hendaklah ia mengucapkan ’Dengan menyebut nama Allah di awal dan di akhir’”(Imam At-Tirmidzi berkata: Hadits hasan shahih dan disetujui Syaikh Al-Albani)
wallahua'lam
tak makan lagi..
ReplyDeletehehe..
japg baru nak makan..
nice sharing.. :)