Member2

28 February 2013

senyum smile mmg mujarab

Alhamdulillah.... seinfiniti kesyukuran hanya pada Allah... Subhanallah,... 

Hari ni praktikal untuk diri sendiri. Malam semalam, terasa stress sangat. Tak tahu kenapa. Tetiba terfikir benda yang rasa tak payah fikir lebih-lebih pun. Pastu tak pasal-pasal otak salah tafsir., terus diri jadi komplikated! sendiri cari nahas..haha

Then, sebelum tidur semalam, aku cakap pada diri sendiri, esok aku nak jadi orang paling happy. Aku nak buat orang sekeliling aku happy.

Pagi tu, bangun je, aku ingat balik apa yang aku cakap pada diri sendiri. First thing yang aku buat... SENYUM! pastu minum air... hee^^

Terus rasa macam ada aura yang hebat masuk kat dalam diri ni. Benda semalam yang tetiba duk kacau fikiran aku, terus hilang! Terhapus! Hancur! dannnnn

ALHAMDULILLAH.

Walaupun harini sebenarnya xde la best mana pun prjalanannya, tapi rasa happy sangat.... happy sebab xde perasaan yang tak best dekat orang sekeliling...

Terima kasih Allah... syukur...


Indeed!

sebenarnya aku nak buat apa yang aku citer kat atas tu lepas aku baca ni lah... tq pada jiran aku ...Shahrul, sebab share mende ni... Alhamdulillah, Allah izinkan...




********

Dan petang tadi,... dapat la gedik2 ngan along.... dah dye kol, apa lagi...dah lama tak gedik2 ngan abang sendiri sejak depa dah kawen, sejak dah lama tak jumpak....heee...

dan paling best bila along cakap... "along dah cakap kat abah"

erk? apakah makna sume itu? xleh blah sebab nak bg suspen je... xde apa pun sebenanrnya...

dan seperti biasa, along akan bgi nasihat kat adik dye yang kadang2 x berapa betul ni..

Along pesan, manusia ni suka pandang benda yang lepas n suka sangat risau benda yang akan datang,..sedangkan benda yang tengah lalui ni tak hirau pun... SO FOKUS!

InsyaAllah Along..thanks yer...hihi

*******



25 February 2013

muffin praktikal

Alhamdulillah... Harini 1st time rasa seronok waktu praktikal sebab DAPAT BUAT MUFFIN!

oyeeaaahhh.... muffin. harini kena siapkan tempahan 300 biji muffin. dan bos suruh aku dan k.ijat join production untuk buat muffin...

Rasa happy sebab aku suka sangat...well, jiwa kan sebati ngan bakery. tapi xde peluang. Then, alhamdulillah, hari ni peluang depan mata Allah bagi cara belajar. Mula-mula terkial-kial jugak... Tapi lepas kesabaran kak Hus didik aku.... weeee~~~ Alhamdulillah... 

Akhirnya! aku dah reti buat muffin....






DANNNNNNN





22 February 2013

People leave managers, not companies

Citer pasal tempat praktikal lagi...

Alhamdulillah.... dah lima hari pun rupanya kat tempat praktikal. dah lima hari rupanya bertapa di office ni... oooooohhhoooii... aku rasa kan, aku leh kurus la duk sini, sebab x lalu makan duk sini..dah tak kesah dapat makan ke tak....ok, tetiba...ahaks

Then, dah hari ke-5 ni, dapat la tolong kat bahagian production... dapat la aku pening otak pusing wayar fikir camne nak implementkan halal kat produk company ni...perghhh!!! dari zero ok. dah macam Halal Executive dah aku rasa...tp UNOFFICIAL la...haha

Kalau aku kata kat sini tak best, bila tengok-tengok kawan aku yang duk ngomel pasal tempat praktikal dyorang tu, aku rasa aku kena bersyukur kot. Even kat sini tak besar macam company dyorang, amik kau,! kegheje kau memang kena tepat sebagai FOOD TECHNOLOGIST! Mungkin Allah nak suruh aku praktikalkan konsep syukur kot kat sini... Praktikal rohani sekali... heee...Ni namanya husnuzhon..^^

Tapi satu je masalah yang aku detect kat sini... Manager kat sini tak berjaya ikat hati pekerja. Kalau aku duk kat bahagian production, gila telinga aku ni...tapi dengor je la ye... Kalau duk opis, sama je ceritanya, cuma scene berbeza... adddooyyyy.... SEBAGAI BUDAK PRAKTIKAL, just pandang tengok lihat dengar... *pandang tengok lihat bukan sama ke?...

Kat sini je la aku mampu luah, aku mampu tulis...malas la kat fb... rasa tak selesa pulak... nway, aku cuba buat yg terbaik..  


i'm strongly agree with the statement..." People leave managers, not companies"

20 February 2013

reality oowww!

ok.tempat praktikal.

satu je aku boleh simpulkan...PATUTLA ORANG MELAYU TAK BERJAYA BERBISNES.
 dah! xnak cakap n komen banyak2,..

Haha,,selumber badak aku je kan kata camni..x sedar diri., dah la baru jadi student praktikal., nak tunjuk pandai pulak kan..apa kau ingat kau pandai sanagt ka ain..haha. =P

Tapi betul la, dah keje ni, even bape kerat je staf2 dye... rupa-rupanya cerita carekarama yang duk tayang kat tv3 tu benar dan sahih belaka... aku kat sini tadah la telinga dengar citer kak2 yang keje kat sini. YUP! sememangnya realiti. memang real. 

Bila dengar story teman sebaya yang dah berlaki dan dah ada anak, lain pulak kisahnya. perit sebenarnya hidup dia. Tapi aku just boleh tolong sikit2 je la... takat nak tadah telinga, bagi sikit opinion, bagi sikit kata semanagt, boleh la... aku pun xde experience... 

dan betul cakap, cakap Dr. Muhaya... 
AUDIT BALIK DIRI SENDIRI. kalau kita ada masalah dengan hidup, cek balik HDA (Hubungan Dengan Allah)..

Seronok dapat dengar cerita akak2 kat sini. Hope dyorang happy. InsyaAllah, Allah itu Maha Adil. Dan setiap apa yang Allah izinkan terjadi itu ada hikmahnya. Yakinlah pada Allah.



titipan hati


dalam diam , aku akan terus mendoaknmu,

semoga Tuhan sampaikan isi hati ini melalui DOA yang khas 

ku titipkn buatmu dgn cara-Nya yg terindah .. 



** walaupun aku tak tahu siapa dia, moga Allah pelihara dia di mana dia berada, apa yg dia lakukan.
 aku sayang dia**


mode: xde kegheje ke ap aku niey. sighhh...hehe







19 February 2013

intern 2: jumpa 3 bos

tarikh:18/2/2013

Alhamdulillah...tamat hari pertama sebagai student praktikal...walllaaaaahhhhh....hee...^^

Pagi tadi., dah masuk production room. Tolong buat coklat. Boleh dikatakan new thing la sbb dapat tolong buat coklat coral... kata staff kat situ, coklat tu quite mahal... xpela...tolong je kan...before jumpa bos

SELEPAS itu... jumpa bos-bos. Ada tiga org bos. hahaha...nebes jugak mula-mula... pastu last2, "bos, boleh x kalau kita inofficial?" naseb baek bos ok. Tapi sbg student n sbg pekerja jugak, mesti ingat, kita mesti jugak kena ada gap dengan bos. Kalau tak susah untuk bos give the order and kita sebagai pekerja susah untuk accept the order.

ada faham?? ngeh3....

Selepas jumpa bos, maka ada la tasknya...haha...





17 February 2013

Intern 1:kena tinggal

Alhamdulillah...segala puji Allah...

Sekarang aku jadi orang Klang balik. Maybe dalam 4-5 bulan jep... Touching sangat bila nak berpisah dengan mak abah tadi. Tak tahu kenapa. Barangkali takut untuk menghadapi satu lagi episod baru dalam kehidupan. Entah apa yang akan kulalui sepanjang musim praktikal ni...

MOGA SEMUANYA LANCAR.

Setakat ini, aku hanya akan terima dan fikir apa yang akan aku lalui...itu saja!

Pastu...aku akan proceed ke step yg lain. wow! asal nampak macam aku tengah 'something'?

Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku di sini. Aku yakin.

Tolonglah, Ya Allah, aku hambaMU yang lemah. Lindungilah daku. Bimbinglah daku

******

Teringat waktu mak abah cakap pasal aku...

"akak ni, asyik dapat tempat jauh-jauh je" abah said

"aah, mak abah asyik bwk akak ke tempat jauh" emak continued

me---> "tulah, lepas ni mak abah tolong la doa akak kawen ngan org dekat2" 
hahahaha...xde kaitan kan.. tpi nasib baik x kena hentam balik ngan mak abh.

"kalau akak kawen dengan orang dekat pun, akak ngan dia maybe keje jauh jugak" emak said

haha...tak kira! dalam hati...

******

harapan aku: aku dapat belajar sepanjang praktikal di sini.