Member2

21 May 2012

1 REJAB 1433


Alhamdulillah.... Kitaran masa kembali menemui bulan Rejab... Subhanallah....Alhamdulillah... Allahuakbar


*******

MALAM INI ... Isnin 21 Mei 2012 ... Adalah malam 1 Rejab 1433.

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar...

Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah.. 





Amin ya Rabb.


********

20 May 2012

kesah chenta

mode: lusa ada test... tolong bacakan...hihi

*****

Selama 3 tahun di UMT ni, terlalu banyak kesah chenta yang dikongsi kepadaku... Dari aku 1st year sampai la sekarang aku 3rd year... Kesah-kesah orang disekelilingku.... ada manis, ada pahit, ada tawar, ada masin... semuanya telah jadi rencah dalam percintaan .. dan aku sebagai adik kecil mereka inilah yang menjadi tempat luahan hati perasaan mereka...dan sekarang apa khabar chenta mereka sekarang? 

RIMAS??? sudah tentu tidak. Sebab kesah-kesah ini yang mengajar aku untuk aku melakar kesah percintaanku dengan orang yang aku cintai...  PERGH! ayat nak jiwang ajerrr...kui3....

Dan hari ini, aku terima lagi satu kesah chenta dari seorang kakak yang rapat jugak dengan aku barangkali,....

Moga akak kuat ye....biarlah si dia pergi dalam arus kehidupannya... akak di sini perlu teruskan kehidupan akak... Yakinlah akak, sesungguhnya DIA telah menyimpan seseorang untuk akak... 

*****

p/s: daripada seseorang yang tidak menjaga asas dalam kehidupannya yakni solat, maka berfikirlah sejenak... adakah mampu si dia menjaga perkara yang lebih besar atau menggalas tanggungjawab yang lebih berat jika amanah untuk diri sendiri itu tidak boleh untuk dilaksana... fikirkanlah...

pada bakal suami aku... bersediakah kamu untuk menjadi imamku??? aku terlalu rindu untuk menjadi makmummu.... moga kita dapat berjumpa pada hari bahagia itu. 

******

ok fine....siapa yang nak muntah dengan statement di atas, persilakan... mode: jiwang di tengah malam...haha... nway, dalam kejiwangan itu sebenarnya menyatakan keseriusan aku ok!




ヌルル アイン


19 May 2012

kita kawan ok?

Tak kira apa jadi kita tetap kawan ok. Saya kawan awak. Awak kawan saya. Tak pernah berubah. 

OK?



ヌルル アイン

18 May 2012

FYP's proposal presentation

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Allhamdulillah...

I want to say Alhamdulillah for many times because today Allah gave me chance to present my Final Year Project (FYP) smoothly... Even though there were some questions I can't explain detail to the panels, but I'm really enjoy with it... Maybe there was a little bit funny happened during my presentation,.

Too many things happened last night (the night before my presentation) but Alhamdulillah, I can face it. Maybe it is also reason why I'm so happy after my presentation.

My project is the new research and I need to read vigorously about this study and I have to discuss with my supervisor and other lecturer too to ensure this project success.

The things I have to do are, I need to improve my knowledge especially the mechanism in this study, and need to prepare the answer to the WHY? WHY? and WHY?


PERGH.....SPEAKING PULAK AKU...HAHA

Satu benda yang sangat penting yang aku belajar hari ni, presentation ni diadakan bukan sebab untuk meng'condemn' pelajar atau ingin mencari salah pelajar, tapi untuk lebih fahamkan pelajar tentang apa yang pelajar tu tengah buat. Dan presentation  ini jugak sebenarnya medium kepada pelajar itu sendiri untuk mengenalpasti apa yang kurang dalam kes studi mereka masing-masing atau erti kata lain kita tak syok sendiri. Selain tu, slot ini juga lebih harmoni jika dikatakan sebagai proses membetulkan apa yang salah atau pembelajaran.

(TAPI MUNGKIN MEMANG WUJUD SUASANA MENGKONDEM ITU... JIKA ADA, SABO JE LA YE...HEHE)

Jadi, semasa kita nak present tu, buka hati luas-luas untuk terima sebarang teguran atau terima sebarang jenis soalan. Kalau tak tahu, just say it and find the answer later. Aku percaya, kalau kita betul-betul ikhlas masa presentation ni, benda ni akan berjalan dengan lancar walaupun terdapat soalan-soalan yang tak dapat dijawab. Dan InsyaAllah, CUAK akan berkurangan. Yang penting kata abah... CONFIDENT!




ヌルル アイン



14 May 2012

kata mak: buat satu2....

Dalam air yang tenang jangan sangka tak ada buaya... dalam muka aku yang rilek, jangan sangka wayar kat otak aku tak berpintal-pintal...haha...muka rilek aku tu hanya kepuraan yang nyata,,,....erk?

Jalan sorang2.... dalam otak macam ada list da nak buat apa lepas ni.... tapi terlalu banyak....

Terus bawak keluar Xperia X8 putih telefon my m0mmy....

MAK... AKAK SERABUT....bla bla bla..... 

MAK cakap gini....

jangan serabut2... buat satu-satu... kalau rasa tak boleh, sambil buat tu istighfar, bisik dalam hati, Ya Allah...mudahkanlah urusanku ini.... kalau buat dalam tekanan, tak kemana, jadi biar tenang2.... 

terus senyummmm....jalan balik asrama dengan hati yang tenang...


betul la kata orang, suara ibu itu penawar....

Syukur Ya Allah... Terima Kasih Mak....


Mak, Akak Sayang Mak Kerana Allah... Abah... Akak Sayang Abah Kerana Allah....

p/s:okkkk....sempat pulak aku berblog kan...k, papai...



13 May 2012

ujian hebat dr YANG MAHA HEBAT

Dua hari lepas, aku asyik teringat kat dia. Tak tahu kenapa. Tapi, naluri tu hanya sekejap je, sebab pergi ditiup dengan angin kesibukan,.

HARI INI. Sekali lagi aku teringatkan dia. OH, mengapa YA ALLAH?

Kebetulan duduk di depan muka buku, aku pon berjalan ke mukabuku nya.... Hanya satu perkara di statusnya buat aku rasa tidak tenang. YA, aku juga berkawan dengan abangnya, dan aku pun menziarah mukabuku abangnya.... waktu itu semua terbongkar. YA ALLAH, INIKAH YANG ENGKAU INGIN KHABARKAN?

Sebagai kawan, aku dahulukan dengan al-Fatihah. MOga dia kuat. Moga dia tabah. YA. aku tahu dia kuat dan tabah.

Terus aku dail 019-*******. Memberi kata takziah dalam keadaan  lidah yang kelu dan keras tapi kugagahkan jua. Terasa janggal. Dalam HATI. Pleaseeeeeeeeeeee.....tolong kuat, at least untuk ibu kamu. Ayahnya pergi berjumpa Illahi. 

Suara dia tenang. YA. sangat tenang. 

Aku berfikir sejenak. Bagaimana pula jika aku berada di tempatnya. Nauzubillah... Bukan aku ingin orang yang aku cintai pergi.... tapi ini sebuah hakikat yang kita perlu menghadapi, samada sampat atau tidak. Samada kita pergi dulu atau mereka pergi dulu. Yang pasti kematiaan itu pasti. Ujian yang sangat hebat dari YANG MAHA HEBAT!  Innalillahiwainnailairojiu'n... 

MOGA AWAK KUAT! MOGA AWAK TABAH!

AL-FATIHAH






ヌルル アイン

07 May 2012

katak bawah gelas?

Katak di bawah gelas! selalu dengar katak bawah tempurung je kan. So, dengan sesuka hati aku di dalam blog aku ni, aku nak meng'upgrade' katak bawah tempurung ke katak bawah gelas. mohon izin ye... ^^

*******

Asal tetibe je?

ok,...sejak kebelakangan ni, memang banyak isu dalam negara kan... 28hb lepas dengan isu BERSIH nyer... then isu politik jangan cakap la kan.... hijau cakap gini, biru cakap gitu, roket cakap cenggitu, bulan sabit pulak cakap cenggini...hehe....blog2 pulak semua pakat berbicara. Tak percaya? cuba jalan-jalan dekat blog... 

Ni tak termasuk lagi isu korupsi dan lain2... isu pendidikan... isu tanah... isu jual sana beli sini....banyak kan...

Tak termasuk lagi bab lain, misalnya bab-bab agama... kes murtad... kes buang anak...macam2 lagi la...

persoalannya: 
ADAKAH KITA TAHU? atau ADAKAH KITA AMBIL TAHU? 

********

ok, kita balik kepada tajuk ye...sebenarnya aku tak nak membebel kat sini... cukuplah sekadar aku nak sampaikan,... seharusnya kita sedikit sebanyak perlu jugak ambil tahu hal-hal yang belaku di sekeliling kita, misalnya hal negara. AWAS! jangan sampai, tersalah ambil tahu pula, tak pasal-pasal, kena title jaga tepi kain org pulak nanti. bahaya tu ye... ^^

contoh mahasiswa.  selain belajar, makan, tidur selitkanlah jugak masa kita dengan pengtahuan sirah, pengetahuan am yang lain, dan sepatutnya...  luangkan sedikit waktu cuma!  Tak rugi pun... Untung pada kita jugak...kan3...

Untuk relate tempurung dengan gelas.... Kalau tempurung, memang for sure kita tak nampak apa langsung yang berlaku di sekeliling kita. Macam zaman dulu, wajib la guna tempurung kan... Waktu dulu, telefon tak ada, apa tah lagi internet macam zaman sekarang ni... 

Banding dengan era kita sekarang ni, duduk di mana-mana pun, dah boleh jalan-jalan kat laman sesawang. Dekat facebook, lagi la senang berita tersebar. Sekali lagi AWAS!!! bak kata Matlutfi90, fikir sejenak! dunia di hujung jari kita,. Jadinya, cuba bayangkan sebiji gelas yang putih, lutsinar lagi...

Dan sekarang cuba bayangkan dengan katak bawah gelas tadi. Kita nampak apa yang berlaku, tapi kita tak pernah tahu. Jadi camne nak tahu? Jawapannya,....... 

kita kena la keluar dari GELAS tu...hehehe....


*********

so, jangan kita jadi seperti KATAK DI BAWAH GELAS ye.... 



ヌルル アイン



04 May 2012

kebaikan itu

Assalamualaikum...Salam Hari Jumaat.... JOM ucap Alhamdulillah.... Allah kurniakan hari Jumaat pada kita semua untuk terus mengingatiNYA... hehe...

******

Buatlah kebaikan selagi termampu
Buatlah kebaikan walaupun pahit
Buatlah kebaiklan seikhlas mungkin
Moga dengan kebaikan yang mampu, yang kecil dan yang ikhlas itu
Merupakan sebab kita memperolehi rahmat Allah untuk ke syurga.

kata-kata seorang adik 2nd year, yg aku kagumi dari jauh.... 

******

MODE: HAPPY TENGOK KAWAN-KAWAN KELAS PERGI KURSUS KAWEN! OK, ONE DAY I'LL GO TOO...HEHE....







ヌルル アイン