Member2

13 May 2012

ujian hebat dr YANG MAHA HEBAT

Dua hari lepas, aku asyik teringat kat dia. Tak tahu kenapa. Tapi, naluri tu hanya sekejap je, sebab pergi ditiup dengan angin kesibukan,.

HARI INI. Sekali lagi aku teringatkan dia. OH, mengapa YA ALLAH?

Kebetulan duduk di depan muka buku, aku pon berjalan ke mukabuku nya.... Hanya satu perkara di statusnya buat aku rasa tidak tenang. YA, aku juga berkawan dengan abangnya, dan aku pun menziarah mukabuku abangnya.... waktu itu semua terbongkar. YA ALLAH, INIKAH YANG ENGKAU INGIN KHABARKAN?

Sebagai kawan, aku dahulukan dengan al-Fatihah. MOga dia kuat. Moga dia tabah. YA. aku tahu dia kuat dan tabah.

Terus aku dail 019-*******. Memberi kata takziah dalam keadaan  lidah yang kelu dan keras tapi kugagahkan jua. Terasa janggal. Dalam HATI. Pleaseeeeeeeeeeee.....tolong kuat, at least untuk ibu kamu. Ayahnya pergi berjumpa Illahi. 

Suara dia tenang. YA. sangat tenang. 

Aku berfikir sejenak. Bagaimana pula jika aku berada di tempatnya. Nauzubillah... Bukan aku ingin orang yang aku cintai pergi.... tapi ini sebuah hakikat yang kita perlu menghadapi, samada sampat atau tidak. Samada kita pergi dulu atau mereka pergi dulu. Yang pasti kematiaan itu pasti. Ujian yang sangat hebat dari YANG MAHA HEBAT!  Innalillahiwainnailairojiu'n... 

MOGA AWAK KUAT! MOGA AWAK TABAH!

AL-FATIHAH






ヌルル アイン

4 comments:

  1. seriously, i am touched!! :'(
    haah, ujian yg amat hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita doa dia kuat ye ema...kita doa untuk ayah dia. kita doa untuk dia jugak... kita kan kawan dia.

      Delete
  2. Erkkk...sedihnya...
    Takziah untuk dia yea Ain... Dia mesti kuat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.... sama2 kita doa ye syaza...

      Delete