Member2

30 December 2010

21 December 2010

bila 19+1


Subhanallah… pejam celik2, post ni adalah entry yg ke-100 dan NURUL AIN dah pown  menjangkau 20 tahun… Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat hidup pada diriku… tapi sebenarnya aku makin dekat dengan sakaratul-maut…. Tapi dah bersediakah ak? Atau masih lena dibuai mimpi duniawi? Astaghfirullah… 
Sebenarnya, mak ada cerita.. sebelum lahir… ak dijangka lahir pada 4/1/1991… tp baby kepada En.Shohor n Pn. Ruziah niey nak keluar awal sangat… Nway, syukur pada Allah…

Di usia ini, aku panjatkan taubatku dan syukurku pada yang satu… moga jalanku untuk masa akan datang sentiasa dalam bimbinganNya…cukuplah hanya Dia untukku…

Cuma apa yang aku harapkan, aku dapat jadi Nurul Ain yang lebey baek, tak kisah lah soal hubungan ak dangan Pencipta, hubungan aku dengan suami  Mak n Abah, hubungan aku dengan adik-beradik, sahabat2, kawan2 n sume orang…  n soal akademik ku,,,sebab niey adalah amanahku…

Soal yang laen, biarlh dulu…bukan x penting tp buat masa sekarang tak perlu lagi… dan aku tetap akan fikir… bab kata seorang yang aku sayangi… sekarang adalah untuk focus pada akademik …hmmm.. BETOLLL…dan aku sokong dya…

Dan yang lagi penting, diri ini sebenarnya tak tahu nak tulis apa… tiba2 kelincahan jari jemari terhenti… (ayat x leyh blah)… heee


 niey hadiah daripada mak sayang... terima kasih mak... i very like it!




 n yang niey daripada adikku syg...(azimah shohor) yang satu saya punye n satu lagi dye pye... sengaje beli same... thanks adikkkkk...mmuah


Nurul Ain Shohor

20 December 2010

Kenapa kebanyakannya kahwin lambat????

daripada penaja: Alhamdulillah..akhirnya jumpa jugak artikel yang pernah dibaca september lepas. Artikel niey ada kaitan sikit dengan latest entry,...terima kasih pada encik zamri...

 
*****
 
Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun.

Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.Anda pun

19 December 2010

perkahwinan sederhana???


Bila anak-anak dah membesar, boleh berfikir dan boleh memahami keadaan sekeliling, peranan ibu bapa memang sangat penting. Menjadikan anak-anak ketika itu seperti kawan dan teman untuk member I buah fikiran yang berguna untuk SI ANAK terus menjalani kehidupan mereka dengan lebih bermakna.

Kalau kat sekolah dulu, cikgu suruh buat pendahuluan untuk karangan. So kat atas tu adalah pendahuluan aku…n_n

Salah satu perkara yang mak n abah selalu pesan pada kami,….(kanak-kanak mereka) ialah BAB PERKAHWINAN…pergh… tp aku suka…kalu dalam facebook dye tulis Nurul Ain Shohor likes this.

SO SATU HARI…masa kanak2 anak2 mereka yang sudah "layak berkahwin" niey berkumpul…bonda n ayahanda pown mengeluarkan titah…

15 December 2010

aku pendiam???


Apa reaksi anda-anda sume bila berhadapan dengan sang pendiam??melaenkan anda memang pendiam!

Hmmm…sebenarnya pendiam niey byk kebaekkannya dari keburukannya…sebab bila kita diam, kita tak byk salah cakap…bila tak banyak salah cakap, tak bayak la buat dosa…hmmm, betol tak?

Tu sebab kadang2 aku terpaksa kunci mulut aku daripada bercakap banyak… n latih diri aku untuk bercakap bila perlu…

Pernah kah aku jadi pendiam?

Jawapannya,,..YES!!! 

14 December 2010

Nice Blog Award

first of all,..minta maaf sgt2 kat akhma sebab lambat respon..sebabny, baru walking semalam...


12 December 2010

isu pend. seks I

Dan jom kita bincang mengenai isu semasa…
Sebenarnya dah lama media bincangkan niey…aku je yang baru celik mata pasal niey… rasa macam nak share sikit…

Erm…ada apa2 pendapat mengenai pendidikan seks? Menurut apa yang aku baca dalam surat khbar semalam, pendidikan seks di sekolah bermula tahun depan… 




KUALA LUMPUR: Sex education will be taught in all primary schools from Year One next year.
    Called social and reproductive health education, the component will be taught for 30 minutes every week during Physical and Health Education lessons, said Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong. It will be compulsory for all pupils.

Dalam Sujud Cintaku



Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

sahabat....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…Sesekali aku terfikir tentang sahabat yang seangkatan denganku…dah lama aku diamkan mengenai mereka…apa salah mereka pada diriku…mereka orang yang baek2 sebenarnya…merekalah yang selalu buat aku senyum…nangis pown apa kurangnya… sahabat aku ini bermula dari matrik…tp yang bernama sahabat ini bertukar tika aku melangkah kaki ke UMT pulak… dan sudah tentu semuanya laen dah tak sama…aku sendiri tak tahu kenapa jiwa aku tak ngam dengan ‘sahabat’ di UMT jika dibandingkan dengan nama ‘sahabat’ sewaktu di KMPP dulu sedangkan aku yakin kita semua berada di bawah satu payung yang sama…

PENGAKUAN AKU

Minta maaf sahabt…aku terpaksa bersendirian… aku tak tipu kalian semua dengan menyembunyikan kerinduanku di sebalik senyuman manis ku….

08 December 2010

destinasi dituju

"moga tahun ini lebih baek dari tahun sebelumnya"

bait-bait yang diikat dalam setiap sistem pesanan ringkas bagi yang mengucapkan salam maal hijrah...
tiap kali ada insan yang ucapkan salam maal hijrah, aku tak tahu nak cakap ap...nak reply pown aku takot.. tak tahu la kenapa..
yang pasti aku terfikir bolehkah aku berhijrah?
mampukah aku berhijrah?
dapatkah aku berhijrah?
kalu aku berhijrah, hijrah itu ke arah kebaikan kah?
atau ke arah keburukan?
kalau ke arah kebaikan, ALHAMDULILLAH...
kalau ke arah keburukan, NAUZUBILLAH...(0ps...niey bukan hijrah namany...jirah dr buruk kr baek...)

Ya Allah,.. pimpinlah aku, kedua ibu dan ayahku, adik-beradikku, sahabat2ku, kawan2ku, bakal suamiku, san seluruh muslimin serta muslimat... pimpinlah kami dengan belas kasihanMU...


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame 
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

 
 ~~MAHER ZAIN~~


nurulainshohor

21 November 2010

Rapuh

 RAPUH

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

by opick

16 November 2010

ry korban

salam aidiladha...
dan hari ini terasa bangat jarak jauhnya daripada family tersayang...
tempatku menupahkan kasih...
mak,abah,
akak sangat rindu...
nak balik...
huu

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....

syifaaulQ0lb

12 November 2010

dan esok....exaM!!!

Dan esok, bermulalah pertempuran ku di dewan peperiksaan...
Persediaan telah pown dibuat besama kosmate a.k.a. housemate a.k.a roomate...n tak lupa juge ikram
moga peluru2, revolver yang kita buat waktu study group diberkati olehNYA...
All the best especially for kak farah, ainatul, fatimah n juga ikram serta rakan2 f00dtech 2nd year...
Bangun awal es0k ye...
wee...
Semoga diberi ketenangan dan kemudahan olehNYa..ameen



08 November 2010

To realize something, ask someone…





To realize the value of a sister: Ask someone who doesn't have one.

To realize the value of ten years: Ask a newly divorced couple.

To realize the value of four years: Ask a graduate.

To realize the value of one year: Ask a student who has failed a final exam.

To realize the value of nine months: Ask a mother who gave birth to a still birth.

To realize the value of one month: Ask a mother who has given birth to a premature baby.

To realize the value of one week: Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize the value of one hour: Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of one minute: Ask a person who has missed the train, bus or plane.

To realize the value of one-second: Ask a person who has survived an accident...

To realize the value of one millisecond: Ask the person who has won a silver medal in the Olympics.

 Time waits for no one.


Time is really important to human kind. Even Allah swears with 'time' in the several ayah in Al-Quran. Treasure every moment you have. You will treasure it even more






SyifaaulQ0lb

05 November 2010

Lagi pasal Kod E

first sekali, saya nak mohon maaf byk2 sebab post saya yg
lepas saya ade ckp pasal kod E471...  yang saya post tu giniey la:
 
kod E-471 ni memang comfirm dari sumber BAb1 n haiwan yang tidak disembelih 
mngikut syara’… setakat niey mmg geng food technologist junior (kitorang la..) 
sedang menjejaki produk ini…tak pernah ketemu lagi sama dya…hehe…  
 
kat atas saya ada ckp kod E471 mmg COMFIRM dari sumber Bab1...mmg tak leyh blah kalu ckp 
mmg comfirm...HARAP saya boleh terangkan semula... sebenarnya giniey... sumber2 E mmg ade 
due sumber...sumber tumbuhan dan sumber haiwan..jadinya mmg kita kena pastikan dulu sumbernya
 baru boleh kata dye halal or haram... so camne?huhu
 
dan ini yang saya amik dari wikiped
 
E471

02 November 2010

mau keju??? =)

Bagi penggemar keju(cheese), susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu atau babi) utk membolehkan ianya ‘beku’ - separa ‘beku’ dipanggil keju manakala ‘beku’ jadi ‘whey powder’.


Bahan dari perut lembu adalah pepsinogen manakala dari perut babi adalah rennet.

Kedua-dua bahan digunakan secara meluas dalam makanan yang kita sering makan seperti pizza, kek keju (cheese cakes), tart cheese atau apa-apa kuih atau biskut yang mengandungi keju(cheese). 

Walaupun bahan dari perut ‘lembu’ digunakan untuk membuat keju - bagaimana kita boleh pasti yang lembu tersebut disembelih mengikut syariah Islam.


Produk dan Syarikat yang ada dalam senarai JAKIM boleh di dapati dengan mengikuti pautan dibawah


http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW





syifaaulQ0lb

ragu dengan KOD-E ???

Pernah dapat tak mesej yang mengandungi KOD E… n dengan kod tu, dipercayai mempunyai unsur-unsur bab1….erm, persoalannya di sini betol ke? Saya pernah dapat gak., n totally sejak belajar dalam ilmu teknologi makanan niey, saya memang akan tgok label makanan dulu sebelum beli… bak kata org, nak cuba apply kan yang tgah belajar….hee~~

Then, masa shopping dengan housemate a.k.a. r00mate a.k.a. kosmate… kitorang pown geledah2 la label kat belakang plastic tue… sambil2 saya tgok belakang tu, ade la Nampak kod-kod E niey… n saya pown cek la meseg2 tu….then, jumpe la kod E yang terlibat dengan bab!... erm, tp saya tertanye2 gak di mana asal sumber2 msg niey? Boleh percaya ke? Masa awal2 dulu, saya just kata kalu dah ade mende niey, better prevent kan…

K, nak dijadikan citer, pagi tu kitorang berkumpul la mengadap breakfast… tibe2 fatimah kata

30 October 2010

......sebab saya ada Allah dan Rasul



Alhamdulillah... inilah program yang saya hadiri bersama hati saya...jawapannya? yup! saya juga tahu kenapa... tp saya tak boleyh bgtahu kat siniey...

bersama-sama sahabat yang memang dah lama tak bersua, betol2 buat hati saya jadi seronok bangat... dari yang saya susah nak tgor, saya boleh melawak lagi dengan dye... serius!!! saya sangat sayang sahabat saya... tanpa dyorang, saya tiada apa2 di sini... sahabat2 saya lah yang buat saya belajar banyak benda... yang betolkan kesalahan saya... sebab saya memang selalu bikin orang poning kelapaa kepala.

waduh...penat la cakap saya... hee~~~

waktu nak berjalan kat dewan aku berjalan dengan sahabat ak... ak senang panggil beliau achik... terasa sangat dekat kalu ak panggil dye achik...

dan dye panggil aku UCU... cewwah...manja gitu!

28 October 2010

takutkah?

Takutkan neraka menyebabkan
tidak malu meminta syurga..
tapi mengapakah
tidak malu berbuat dosa?
 syifaaulQ0lb

27 October 2010

RAHMATILAH KAMI



                                                                
MOGA SENTIASA DI BAWAH KASIH ALLAH...
INSYAALLAH...
 BESTFRIEND FOR EVA...

 



syifaaulQ0lb

jaga LIVER

Jagalah hati,jgn kau kotori(pesanan khusus buat diri yg hina ini)
Pesanan Imam Ghazali:
"Carilah hatimu d 3 tempat,
Temui hatimu sewaktu bngun membaca al-Quran,
Tetapi tika x kau temui,
...carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika x kau temui juga,
carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati.
Jika kau x temui juga,
maka berdoalah kpd Allah,
pintu hati yg baru krn hakikatnya pd ketika itu kau x mempunyai hati."

Redhakanlah


Redhailah apa yang direncanakan, ain
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, ain
Allah itu tahu yang terbaek untuk hambaNya, ain
Selalu, hamba-hamba yang tak sedar diiri, ain
Bertaubatlah, ain
Sekali lagi….
Redhakanlah, ain…



syifaaulQ0lb

26 October 2010

bAR0kah jumpe org2 tersayang


Alhamdulillah, anak menakanku @ anak saudaraku selamat di aqiqahkan… cukuplah umur beliau 7 hari pada waktu itu…  Nurul Alma Sumayyah diberi oleh pasangan Mohammad Redha bin Shohor dan Shashila binti Saadon… maksudnya cahaya yang bijak/terpelajar dan kebanggaan… jelas kegembiraan menjadi abah dan ibu di muka along dan kak long… YUP…along mmg pilih nama yang sesuai untuk anak…

 nurul alma sumayyah

1st time aku tgok muka Alma, rasa sejuk sangat hati… baby kecil yang tidak langsung diselaputi dosa2 bagai kain putih yang indah berseri… kemudian pandang pula muka kak long, aku rasa seronok sangat di jiwa, seluruh dosanya sebelum ini hilang semasa melahirkan Alma…Subhanallah… itulah janji Allah

Ya Allah…aku mohon padaMu agar Engkau berilah kemudahan kepada alongku dalam mendidik isteri dan anaknya… Engkau berilah kekuatan kepada kak longku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali dan juga Engkau berilah jalan yang lurus buat anakku ini, Alma… 

 dalam gambar: alma yang berada di riba abahnya, kak long yang chumell dan emakku yang sedang pegang anak sepupuku....

Alma dengan emakku. dah naek pangkat jadik wan daaa...

Alma dengan abah..pown dah naek pangkat jadik tow wan...hehe

Sebenarnya perjalanan ku ke Kuantan pada pagi JUmaat itu ditemani seribu masalah di benak fikiranku… tak tahu aku nak luahkan pada siapa… kebetulan malam sebelum tu dapa meseg dari angah “ain, ade ap2 masalah ke? Kalu ade, bgtahu lah pada angah”…. Haish…angah mcm tahu2 je… terima kasih angah… namun, aku teruskan jua langkah ku ke Kuantan dengan niat nak berjumpa mak abah, along kak long dan yang penting sekali ALMA… sepanjang di dalam bas, aku memang sibuk memikirkan apa yang aku sedang hadapi… aku rasa seolah-olah bingung sgt ketika itu… dan perjalanan ke Kuantan memang aku sematkan untuk mencari ketenangan…

Alhamdulillah…laut yang terbentang luas menemaniku pada ketika itu.. nak saje aku turun dari bas SP BUMI double daker tu…nak menuju ke pantai…n nak jerit puas-puas…nak nangis semahu-mahunya… tapi aku tahan… tahan dalam-dalam…aku hanya serah diriku pada Allah waktu tu…
Then, bila dah sampai terminal bas Kuantan…. Aku pown bla…bla….(tak perlu diceritakan)… sejam kemudian, along pown muncul… jelas beliau sangat gembira… along bawak jumpe kak long dan baby (masa niey tak tahu lagi nama baby apa…n waktu niey pown kebetulan along nak bwk baby jumpe doc untuk cek kuning)… 

Nampak2 je muka baby… SUBHANALLAH…jiwa aku rasa seperti kosong sangat disebabkan aku sangat seronok waktu tu…tak tahu nak ck pap…dari jiwa aku yang bergelora sebelum tu, rasa macam dingin sangat….tak tahu aku nak ucapkan camne….

Then, along pergi jemput mak abah pulak… bila sampai di rumah mak cik…aku terus berlari jumpe mak, peluk mak…rasa nak nangis terus kat bahu mak…tapi aku tahan lagi….
Sepanjang dua hari bersama mak, abah..hatiku sangat2 tenang… mmg aku gunakan waktu bersama mak abah sepenuh2nya….mcm dah tak jumpe lama….

Tiba waktuuntuk berpisah kembali… mak abah dah nak balik perak…aku pulak bakal berangkat ke Terengganu semula… janji tak tipu waktu tu aku mmg tak boleh taham… tersembur jugak air mata aku… aku pown pelik kenapa…tapi itulah aku waktu tu….


Nak cakapkan di sini… masalah yang aku cckp besar sgt3 tadi…setle ketika aku bersama mak dan abah, ketika aku bersama ALMA, ketika aku bersama along dan kak long dan ketika aku bersama mak cik2 aku yang laen…. Dan ketika itu, aku rasa sangat2 bersyukur ke hadrat Allah kerana izinkan aku lalui “SAAT ITU” dengan mudah sekali… kerana izinkan aku terima “DETIK ITU”dengan senang sekali… terima kasih YA RAbb…sesungguhnya memang aku belindung di bawah kekuasaan MU… bimbinglah aku Ya Allah… janganlah Engkau palingkan aku ke arah itu lagi…. Aku taubat padaMU…




SyifaaulQ0lb