daripada penaja: Alhamdulillah..akhirnya jumpa jugak artikel yang pernah dibaca september lepas. Artikel niey ada kaitan sikit dengan latest entry,...terima kasih pada encik zamri...
  
*****
  
Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya  ingin berikan suatu contoh.Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur  23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang  pegawai.Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di  dalam bank.Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan,  bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.Kemudian,  sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM  300. Maka baki bulanan adalah RM 500.Berbekalkan disiplin dalam  menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit  sebanyak RM 5000 setahun.Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun.
Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
 Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000  sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.Kini  simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.Tahun berikutnya, ketika  berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal  ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.Bonus pula  tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada  tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000  sahaja.
 Bertunang
 Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia  gembira dan bersetuju.Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan  hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.Tahun seterusnya, anda  berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda  sekarang RM3000."Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun  ni!" Anda bersorak girang.Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh  hari untuk berbincang dengan tunang.Anda : "Berape eh hantaran kahwin  kita?"Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."Anda : "RM 5000,  okay?"Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I  ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"Sikit  lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda."Mana aku nak  dapat duit lebih?"Kerja Lebih KuatOleh kerana anda terlalu sayangkan  dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja  cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan  langsung secara kecil-kecilan.Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000  pada tahun tersebut.Suatu pencapaian yang amat membanggakan!Sekarang  umur anda sudah 27 tahun.
 Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :"Anak mak nak  kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput  penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita  guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg  cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang.  Set!"Pengiraan pantas dijalankan :1000 orang x RM 10 =  RM10,000.Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000."Alamak, dah RM  15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.Anda 'slow  talk' dengan mak anda :"Mak, nak buat apa membazir duit ni?""Apa pulak  membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat  betul-betul.""Tapi mak..?""Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik  Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri,  Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri  kecik-kecik?"Akhirnya..Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin  juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.Tetapi, apakan daya, jodoh kamu  berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar  'interest' makin tinggi.
 Anda dah tak mampu nak bayar.Isteri kesayangan dah letih kalau anda  asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi  nafkah dan macam-macam lagi.Akhirnya? Bercerai..Masalah yang membuahkan  masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di  negara kita.Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh  kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak  kahwin.Punca masalah:Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena  tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan  kadangkala meyusahkan diri sendiri.Budaya yang berakar umbi ini  menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak  mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya  mampu.Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
 .Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak  menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang  perlu diambil kira.Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain  seperti pelamin.Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM  1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.02."Harga"  seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur  dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.Apabila wang  hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau  ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang  hantaran.
 Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat,  tetapi kini ia telah menjadi beban.Zaman kini, perkahwinan sangat rumit  dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.Semasa saya di Sydney, saya lihat  beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.Kemudian ada  kenduri kecil yang dijalankan di masjid.Para jemputan terdiri dari  jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.Perkara yang perlu  difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis  perkahwinan.Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.Namun  hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai  nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?
*****
sama2 kita amik iktibar ye... bila fikir sejenak, ada kebenarannya di sebalik artikel ini...
 Nurul Ain Shohor

setuju!!! =D
ReplyDeletesetuju jugakkk!!!
ReplyDelete