Member2

25 June 2010

Wanita dan Sifat Pemalu


"Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki..."
 
Macam kita selalu dengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Kalau kita perhatikan,wanita selalu menjadi sasaran usikan lelaki, even di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, diperhentian bas dan  boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.


Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).

24 June 2010

HADIAH DARI ALLAH

Sekali lagi tangan ini membuka buku itu... sekali bukak terpampang satu tajuk yang buat saya tersenyum...
buku apa tu? Erm, buku daripada ustaz Pahrol Mohd Juoi..TENTANG CINTA…pada anda yang tak baca lagi, sukalah di sini utk cadangkan anda baca… bukan nak galakkan kita bercinta, tapi jika kita nak bercinta pown, biarla dgn cara yang baek… btol tak…

Tajuk kecik yang jadik tumpuan saya, Hadiah Dari Allah..tajuk ni dari     BAB 1 iaitu Titanic Yang Tenggelam.. best kan tajuk dye...


******
CINTA umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada Pemberi hadiah?

23 June 2010

ROADBLOCK…

Kejadian petang tadi memang takkan dilupakan… sebab terlalu berani aku dan nor akhma yazid, naek moto berdua ke bagan serai…pekan koboi kebanggaan kami…kitorang pergi sana pown sebab nak pergi latihan moto untuk jam yang terakhir….

Dilajukan cerita…

Kami pown happy sebab latihan dah abis…dan tunggu masa untuk test jpj minggu depan… (tertunda lagi la nak balik Terengganu)… dengan berbekalkan kata-kata keberanian, aku pown bawak moto kat jalan yang tak pernah aku pergi dgn moto…ptg niey 1st time…Akhma di belakang pown secara tak langsung menguatkan semangat aku untuk bawak moto… mana tak nyer bawak anak dara orang oiii… padahal tak sedar diri yang aku niey baru je pegang lessen L…huh!


Dengan berbekalkan kelajuan 65, aku dah cukup rasa yakin untuk sampai rumah kitorang… TIBA-TIBA,..

21 June 2010

TIKLIPO????

Politik???

Ya..kali ini saya cuba untuk berani bercakap pasal isu yang sensitive ini…bnyak kali jugak saya cuba berbincang dengan sahabiah pasal politik… byak betul2 pandangan sahabiah yang buat saya terfikir…
Apapun…saya mahu kupas sedikit pengertian politik setelah melalui proses munaqasyah (perbincangan)…


Asalnya makna siyasah (politik) tersebut diterapkan pada pengurusan dan pelatihan gembalaan.
Lalu, kata tersebut digunakan dalam pengaturan urusan-urusan manusia; dan orang yang melaksanakan pengurusan urusan-urusan manusia tersebut dinamai ahli politik atau ‘politician’ (siyasiyun). Dalam realiti bahasa Arab dikatakan bahwa ulil amri mengurusi urusan rakyat, mengaturnya, dan menjaganya. Dan ada jugak kata-kata orang Arab: ‘Bagaimana mungkin rakyatnya terpelihara (masûsah) bila pemeliharanya tidak terpelihara (sûsah)’, maksudnya: bagaimana mungkin rakyat akan baik bila pemimpinnya rosak seperti ulat yang menghancurkan kayu. Dengan demikian, politik merupakan pemeliharaan (ri’ayah), perbaikan (ishlah), pelurusan (taqwim), pemberian arah petunjuk (irsyad), dan pendidikan (ta`dib).

Realitinya, politik berhubung dengan pengurusan. Menurut sudut pandang Islam, politik adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat baik dalam atau luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam. Dan yang melaksanakannya adalah ketua negara atau kelompok atau individu rakyat.

Menurut buku “ fiqh siasah melalui pandangan imam hassan al-banna”, maksud asal siasah (politik) ni, maknanya pengurusan. Dan pengurusan ini pulak terbahagi kepada banyak stage iaitu peringkat rumah tangga, sekolah dan paling besar pengurusan negara.

Rasulullah saw bersabda:

16 June 2010

How we eat?


“we are what we eat”… ayat ni ditulis besar-besar pada satu slide nota introduction of food scince masa sem lepas…

Ya…saya betul2 setuju… setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita…dan darah daging kita akan member kesan kepada tuan punya badan..

Apepun entry kali ini adalah bagaimana cara manusia paling agung makan… yang ingin saya fokuskan adalah hikmah disebalik cara manusia paling agung tersebut iaitu tak laen tak bukan junjungan besar Nabi Muhammad SAW… Tapi tak de la lengkap, just sikit2 yang simple2…

Entry ini juga berdasarkan ceramah yang saya perolehi daripada ceramah Ustaz Jamnul Azhar, seorang doctor dan juga seorang pendakwah…

Pertama sekali, kita lihat cara makan.

09 June 2010

Cinta Si Layang-Layang

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan...

Di sinilah pasangan (isteri?? suami??) kepada burung layang-layang ini telah terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah..

Hayatilah dengan penuh penghayatan.. Dikala Zunn sendiri menitis air mata dalam menghayati kasih sayang yang digambarkan cuma hanya seekor burung layang-layang..


Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..

calon solehah


dah lama tak post dalam laman maya nie. just bukak laman maya orang laen mencari input...
diriku tak mampu memberi input yang berguna, cuma harap input yang saya perolehi dapat
saya gunakan sebaeknya...  dua tiga hari nie, saya suka baca artikel nie. bagi saya, sesuai untuk
dijadikan pengajaran buat kita semua. tajuknya CALON SOLEHAH ...wah, bagiku solehah itu sangat tinggi darjatnya, tak mampu rasanya untuk diriku mencapai tahap itu,... apa yang saya mampu? adakah saya hanya mampu untuk cakap tak mampu??? if saya ckp saya cuba???

di kepala batas, alhamdulillah,..dengan izin Allah, saya dapat jumpa masu'lku dan zaujahnya...
sejuk mata memandang melihat pasangan itu bersama dua orang anak mereka yang masih kecil.didikan kepada agama sejak dari kecil... seorang zaujah yang membantu zaujnya fi sabillah.
Subhanallah....
entry ini sengaja saya sertakan untuk jamuan mata kepada anda...dgn harapan ia bukan saja  dapat juga menjadi makanan kepada mata tetapi kepada hati kita semua juga.. InsyaAllah...            


CALON SOLEHAH.

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu.