Sekali lagi tangan ini membuka buku itu... sekali bukak terpampang satu tajuk yang buat saya tersenyum...
buku apa tu? Erm, buku daripada ustaz Pahrol Mohd Juoi..TENTANG CINTA…pada anda yang tak baca lagi, sukalah di sini utk cadangkan anda baca… bukan nak galakkan kita bercinta, tapi jika kita nak bercinta pown, biarla dgn cara yang baek… btol tak…
Tajuk kecik yang jadik tumpuan saya, Hadiah Dari Allah..tajuk ni dari BAB 1 iaitu Titanic Yang Tenggelam.. best kan tajuk dye...
******
CINTA umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada Pemberi hadiah?
Jawabnya, tepuk dada, tanya iman di dalam jiwa. Tentulah pemberi hadiah. Malangnya, apa yang berlaku kekadang lebih daripada itu. Pujaan, sanjungan dan sikap mengagung-agungkan cinta dalam nyanyian dan filem kekadang sampai ke tahap boleh 'mempertuhankan' cinta. Seolah-olah cinta itulah segala-galanya. Padahal dalam realitinya, cinta yang sebegitu selalunya sirna setelah diuji di alam rumah tangga. Sementara belum dapat... dipuji, dipuja, tetapi setelah dapat, segala kemanisannya hilang. Apa yang tak kena dengan cinta ini?

Mengapa kadar penceraian dalam kalangan kita semakin meningkat, walaupun pujian terhadap cinta semakin melimpah? Cuba anda buka radio, besar barangkali anda akan mendengar lagu cinta. Cuba anda tonton VCD...anda akan menonton kisah cinta. Dalam kisah pahlawan, terselit kisah cinta. Dalam kisah sejarah, dibesarkan soal cinta. Tidak, saya tidak memandang remeh atau skeptik dengan cinta, tetapi benarkah ia cinta sebenarnya yang kerap kita ceritakan, dengarkan dan rasakan? Jika benar-benar cinta tidak mengapa tetapi yang kita bimbangkan itu bukan cinta.
*****
Ni hanya sebahagian…insyaAllah, jika diberi kesempatan lg, saya kongsi lagi part2 yang best dalam buku niey…kalau nak best lagi, beli la satu, surenya tak rugi..daripada kita beli buku-buku yang tak berfaedah, baek kita beli buku yang bermanfaat kan...JIKA TEPAT MASA, KETIKA, KEADAAN DAN SIAPA, CINTA ADALAH KUASA LUAR BIASA YANG TIADA BANDINGANNYA.
daripada penaja : entry ini adalah sambungan daripada entry 30 Mei yang lepas di dalam label hibbun juga...
syifaaulQ0lb
No comments:
Post a Comment