Ya..kali ini saya cuba untuk berani bercakap pasal isu yang sensitive ini…bnyak kali jugak saya cuba berbincang dengan sahabiah pasal politik… byak betul2 pandangan sahabiah yang buat saya terfikir…
Apapun…saya mahu kupas sedikit pengertian politik setelah melalui proses munaqasyah (perbincangan)…
Asalnya makna siyasah (politik) tersebut diterapkan pada pengurusan dan pelatihan gembalaan.
Lalu, kata tersebut digunakan dalam pengaturan urusan-urusan manusia; dan orang yang melaksanakan pengurusan urusan-urusan manusia tersebut dinamai ahli politik atau ‘politician’ (siyasiyun). Dalam realiti bahasa Arab dikatakan bahwa ulil amri mengurusi urusan rakyat, mengaturnya, dan menjaganya. Dan ada jugak kata-kata orang Arab: ‘Bagaimana mungkin rakyatnya terpelihara (masûsah) bila pemeliharanya tidak terpelihara (sûsah)’, maksudnya: bagaimana mungkin rakyat akan baik bila pemimpinnya rosak seperti ulat yang menghancurkan kayu. Dengan demikian, politik merupakan pemeliharaan (ri’ayah), perbaikan (ishlah), pelurusan (taqwim), pemberian arah petunjuk (irsyad), dan pendidikan (ta`dib).
Realitinya, politik berhubung dengan pengurusan. Menurut sudut pandang Islam, politik adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat baik dalam atau luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam. Dan yang melaksanakannya adalah ketua negara atau kelompok atau individu rakyat.
Menurut buku “ fiqh siasah melalui pandangan imam hassan al-banna”, maksud asal siasah (politik) ni, maknanya pengurusan. Dan pengurusan ini pulak terbahagi kepada banyak stage iaitu peringkat rumah tangga, sekolah dan paling besar pengurusan negara.
Rasulullah saw bersabda:
“Adalah Bani Israel, para Nabi selalu mengatur urusan mereka. Setiap seorang Nabi meninggal, diganti Nabi berikutnya. Dan sungguh tidak ada lagi Nabi selainku. Akan ada para Khalifah yang banyak” (HR Muslim dari Abu Hurairah ra).
Hadits diatas dengan tegas menjelaskan bahwa Khalifahlah yang mengatur dan mengurus rakyatnya (kaum Muslim) setelah nabi saw. hal ini juga ditegaskan dalam hadits Rasulullah:
“Imam adalah seorang penggembala dan ia akan dimintai pertanggungjawaban atas gembalaannya”.
Jadi, elemen politik dalam pandangan Islam adalam pengaturan urusan-urusan rakyat yang didasarkan kepada hokum-hukum Islam. Hubungan antara politik dan Islam secara tepat digambarkan oleh Imam al-Ghajali: “Agama dan kekuasaan adalah dua saudara kembar. Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Segala sesuatu yang tidak berasas niscaya akan runtuh dan segala sesuatu yang tidak berpenjaga niscaya akan hilang dan lenyap”.
POLITIK BARAT?
Ya…berbeza dengan politik Barat. Pandangan Barat diertikan sebagai pengaturan kekuasaan, bahkan menjadikan KUASA itu sebagai tujuan dan matlamat dari poliik. Akibatnya, yang berlaku adalah kekacauan dan perebutan kuasa, BUKAN untuk mengurus rakyat. Dan salah satu pendapat ahli politik barat iaitu Loewenstein yang berpendapat “politic is nicht anderes als der kamps um die Macht” (politik tidak lain merupakan perjuangan kekuasaan).
NAMUN
Apa yang kita sering kita hebah-hebahkan adalah politik kepartian…
KOTOR??
Sebenarnya apa yang dilihat kotor itu adalah kepartian iaitu manusia yg kt dalamnye…
Saya suka untuk petik dari ustaz pahrol punye blog:
AGENDA Islam dalam agenda politik semasa sepatutnya akan lebih membersihkan dunia politik yang selalu disifatkan sebagai ‘a dirty game’. Ini selaras dengan sifat Islam sebagai agama yang suci dan menyucikan. Jika apa yang diperjuangkan oleh parti politik (tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang) benar-benar Islam, langkah itu tentunya akan menghasilkan keadaan yang lebih positif. Islam sudah sewajarnya mempunyai membersihkan dunia politik dan ahli politik.
Anehnya, perkara ini tidak berlaku. Malah politik kelihatan menjadi lebih kotor apabila elemen ‘Islam’ dimasukkan dalam persaingan parti-parti politik. Justeru, kini telah timbul satu persoalan apakah politik telah di’Islam’kan atau Islam yang telah dipolitikkan?
Umum kini melihat politik bukan lagi dari aspek ilmu dan falsafahnya, tetapi lebih diwarnai oleh perilaku parti dan gelagat ahli politik. Kebanyakan kita melihat politik sebagai satu gelanggang perebutan kuasa, penggunaan wang, pertelagahan diantara ahli-ahli parti, pembelotan dan tipu muslihat.
Untuk lebih lanjut…klik lah di sini ye…insyaAllah banyak yang diprolehi
Hasil bermunaqasyah dengan sahabat sayang, iaitu mis Atikah, saya sedar bahawa politik ini sebenarnya untuk mengamankan dunia bukan menghuru-harakan dunia mcm dalam buku politik baru,karya saifuddin abdullah
Sahabat saya niey Tanya pada saya “ kenape die cakap camtu?” tapi dye sendiri yang menjawab..hee~~~ element dalam politik itu sendiri adalah utk perpaduan umat , utk menyatu padukan… tetapi,kite skang ni terlalu menjurus pada politik kepartian.
Erm..betol2..sape setuju angkat tangan cepat.. =) mana tak nya UMNO dgn BN nye, PAS dgn PR nye
Sekali lagi sahabat niey buat saya terfikir panjang melalui kata-katanya: nape pas mesti bergabung dgn non muslim,sedangkan umno tu kan org islam gak, saudara kite tu….
Erm…selepas dapat penjelasan, the important point is,kite semua ni berpolitik… dari sudut ape? Iaitu dari sudut pengurusan. Sahabat saya niey pown tak terlepas bagi kata-kata sorang ahli politik dari parti democrat,iaitu: you may not interest in politik,but politics r interested in you
Tapi kan sedar tak sedar sebenarnya kita semua nip own sebahagian dari politik.. KENAPA???
Sebab kita semua niey ada tanzim (organisasi) tersendiri…contohnya dalam keluarga kita, jawatan yang paling tinggi adalah ayah kan…dalam kelas kita ada ketua darjah, dalam kuliah kita ada ketua kuliah n semuanya ada ketuanya termasuklah yang paling besar iaitu negara yang juga ada ketuanya…
Sebenarnya entry ini masih umum untuk difahami…just pengenalan kepada maksud politik itu sendiri… sebab yang u yang kita perlu jelas dulu… pasal parti, saya still tak de kekuatan untuk post something abaut it…takut…nway semuanya terpulang kepada kita semua untuk mencari kebenaran yakni ilmu… seperti mana yang saya sering dapat dari seseorang ilmu itu cahaya, penyuluh cahaya itu adalah iman…
Kata-kata kat atas macam dah nak ending dah…tapi saya ada soalan cupermas untuk anda:
PERLUKAH KITA MENGUNDI????
Jawapan dan pandangan dari saya yang merupakan seorang yang hanya “ordinary person” ini:
Ya..kita perlu mengundi…sebabnya kat tangan kitalah sebenarnya pemimpin dipilih. Kalau kita pilih orang yang salah, takut-takut nanti akan disoal…pandanglah pemimpin yang kita yakini boleh bawa Islam…buktikanlah Islam mampu memimpin, sanggup ke kita tengok 10 tahun akan datang? Remaja makin teruk dari sekarang? Apepon, kita semua ada peranan masing-masing….okeyhh,,,
Daripada penaja:
1) sekadar cadangan, if kit abaca blog ustaz2 macm ustaz hasrizal, ustaz pahrol, ustaz asri, ustaz zaharuddin n banyak lagi….rajen2lah kita baca comment2 di entry dyorang sebab dari situ kita akan dapat tahu cara manusia berfikir dan lontaran idea2 yang bernas.
2) Post saya kali ini hanyalah kerana hasil daripada penyelongkaran ilmu yang dilakukan sepanjang cuti ni…persoalan yang memang memberatkan kepala otak saya selama ini…jadinya jika ada pandangan dan pembetulan memang sangat dialu-alukan. Supaya boleh menyedarkan saya.
Wallahualam…
syifaaulQ0lb
No comments:
Post a Comment