Member2

26 January 2013

finished "Sebelum Aku Bernikah"

Alhamdulillah....i'm already finished "Sebelum Aku Bernikah" (SAB). Karya Hilal Asyraf (HA).

Sangat bermanfaat untuk pemuda pemudi. Remaja remiji...

Ye la kan, tambah-tambah yang umur macam aku, topik bualannya kalau dengan kawan-kawan tak sah kalau bukan topik kawen. Kalau bukan topik kawen tak sah. Ulang lagi, kalau bukan topik kawen, tak sah.

So far, bagi aku....buku ni perkongsian dan buah fikiran yang sangat baek dari HA. Bahasanya pun hanya santai. Tak berat untuk difahami. Tak susah untuk dihadam. 2 hari jugak la aku baca buku ni.

DAN...konklusi dari buku yang 201 halaman ni,....

Sekiranya benar-benar cinta, mahu bersama ke syurga. Segala perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta (Asyraf, 2012)

Kalau orang tanya aku, apa yang aku dapat dari buku ni, aku akan jawab yang kat atas ni. Dan aku sangat setuju. Nak lebih tahu isinya, sila beli sendiri..hahaha... sebenarnya aku pun nak carik buku ni, nak beli untuk jadi harta sendiri. ni pun aku pinjam dari member. 

Tapi ada lagi satu buku yang aku nak cari, Cinta High Class. maybe agak ketinggalan untuk aku, tapi ade aku kesah????hahha..InsyaAllah, ada rezki, aku akan dapatkan dua buah buku ni. 

Bagi pendapat aku, pada usia sekarang memang patut fikir bab kahwin ni. Tapi bukan hanya sekadar fikir. FIKIR DAN BUAT PERSEDIAAN.. persediaan menghadapi alam rumahtangga. Macam abang aku pernah cakap, kita kahwin ni memang sehari, tapi kita berumahtangga bukan sehari. Betul jugak...hari perkahwinan kita maksudnya kita berkahwin dan ia sehari cuma. Tapi rumahtangga ituu......hmmmm....

Bak kata HA lagi dalam SAB,

Cinta adalah usaha memperkasakan ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan diri. Cinta adalah usaha mempunyai kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan berkahwin.

Dan aku mengangguk tanda faham. heee...^^



*************

Teringat satu malam, adik aku, AMIR...tiba-tiba tanya abah...

"Ayah ayah, bila kak ain nak kawen?" (dalam adik beradik aku, amir sorang yang panggil ayah, yang laen panggil abah)

Aku????erm, pehal budak ni kan...tapi bagus gak dye tanya abah...hehehehe

Abah jawab, "tanya kak ain, dia dah ada ka belum? kalau dah ada mai umah, malam ni pun xpa...jumpak mak abah"

hehehe,....aku senyum....then balas

"Amir, tanya kat ayah...bukan ke ayah nak cari"

Hahahahaha...boleh pulak main pass2.... 

Bagi aku sekrang, x kira sapa... pilihan mak abah ka...pilihan aku sendiri ka.....

Kalau mak abah ON, aku ON...InsyaAllah....

Dan aku, bukanlah terlalu demand.... cukuplah aku sematkan dalam doa setiap lepas solat....yang boleh membimbing aku, yang boleh menyayangi aku, yang boleh menjaga aku....

Dan sangat memadai bagi aku jika dia seperti kriteria Ustaz Azhar Idrus cadangkan....


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu) 




ok...cukup sekadar ini...wallahualam... 















25 January 2013

The evening pearl

Alhamdulillah....baru balik dari sekolah adik... Ikut mak abah...

Antara benda yang paling aku suka buat kalau kat umah, ikut mak abah keluar. Tak kira pergi mana pun... Bukan nak kacau mak abah beromantik., cuma menceriakan...hahaha...xleh blah... 

saja nak menghargai peluang menjadi macam 'anak tunggal'. hahaha... 
menggunakan peluang selagi aku boleh bermanja dengan mak abah.., 
sementara ada peluang mengutip mutiara dari mak abah..

dan ia SERONOK!

tadi pun sepanjang perjalanan mak abah bagi nasihat... Ya Allah, terima kasih.... merekalah malaikat yang Engkau hantar di dunia ini untuk menjadi guidance aku.

Mak: akak, kalau rezeki akak dapat geran tu, jangan la lepaskan... banyak faedahnya untuk masa depan akak...

Emak membuka bicara.

lalu abah sambung memberi pencerahan. Gaji yang beribu nanti boleh kita gunakan untuk dekatkan diri pada Allah. Kita boleh tolong anak yatim. Bagi zakat. Beri sedekah. Buat umrah. Buat haji. Sebab apa? Sebab dalam kepala kita akhirat. Bukan bermakna kita tinggalkan dunia jugak. Lagi, boleh melancong. Banyak yang kita boleh belajar dari melancog ni.... banyak ilmu.

Aku mengangguk. 

Mak jugak ada bagi semnagt kat aku. nanti boleh beli kereta impian aku... AKu tersenyummm...

Subhanallah....

Perjalanan yang sangat indah.

Lagi pesan mak abah. Beramal selagi diberi peluang walaupun kita bukan ustaz ustazah. Bukan syarat kita kena jadi ustaz baru boleh amal agama. kadang-kadang yang berpeluang pijak di bumi Mesir belajar ilmu agama pun tidak mengamalkan ilmu... Nauzubillah...

Tapi ini jugak realitinya. Aku tidak nafikan.

Bukanlah aku memuji abang-abang aku. Tapi disebalik sikap mereka itu terbit keinginan, aku jugak inginkan suamiku seperti mereka. Seperti ayah aku. Seperti abang aku. Yang masjid itu menjadi tempat ulang-alik. Yang Quran itu menjadi panduan. Yang sunah itu menjadi amalan. Yang ilmu itu dijadikan pedoman. Subhanallah. 

Ya Allah..mampukah aku?

Okey...termelencong pulak...!hahaha. tapi sebenarnya ni lah yang berlari kat otak aku tadi masa mak abah sentuh pasal abang-abang,...

Indah semuanya jika kerana Islam.

Terima kasih Ya Allah.







22 January 2013

Tablet PC phone MURAHHHH

Mana-mana pergi aku tengok orang pegang tablet.... sampai kat umah pun adik aku main tablet. OK, fine! aku kena terima kenyataan yang dunia hari ini bukan dunia 10 tahun dulu.... Dulu kalau budak macam aku umur 5 tahun, tengok kompiter yang besaq gedabak tu pun takut nak sentuh.... fuuhhhh!

Jadinya...kat sini aku nak promote sikit... Tablet PC Mobile Phone... 


First time aku tengok...memang tertarik. Lebih-lebih lagi peminat gadget macam aku ni. So, gadjet-gadjet trend sekarang memang jadi perhatian aku lah... seronok explore-explore gadjet ni... hahaha

OK... apa ciri-ciri tablet ni?

* Tablet ini menggunakan aplikasi android 4.0.4
* Tablet ini mempunyai aplikasi kernel 3.0.8
* Memori dalaman 4GB
* Kamera 2.0 mp
* USB port

Itu saja kah?????

mestila takk...

Tablet ni macam gadjet yang lain jugak... Tablet ni..

* Boleh support software.termasuklah Facebook, Twitter, Skype, Google Mail, Microsoft Office, Youtube
* Support broadband
* Support wireless
* Calling, Video calling




LUPA plak nak bagitau pasal harga.... Harganya sangat murah okey... jangan lepaskan peluang selagi pak cik aku tu tengah nak bagi promosi ni... HARGA TABLET PC PHONE ni RM 380...

Sebarang pertanyaan, bolehlah terus tanya pada aku.... tak pun pm fb aku.. http://www.facebook.com/arein.blinkblink  . tak pun amik no phone aku nieyh... 0135916282

ok...papai...thanks..








17 January 2013

dah seminggu kat rumah...

Alhamdulillah, rupa-rupanya dah seminggu kat rumah...

selama seminggu ni, alhamdulillah., dah buat amali untuk lesen kereta, just tunngu untuk dapat lesen L, then aku nak shoot terus untuk test JPJ...hopefully I can finish it before my internship. Alhamdulillah again, my dad dah bagi full permission  to drive... The moment that I wait most for a long time..

Then, dalam seminggu ni...aku jadi drebar kuda  moto untuk mak.... mak nak g pekan bagan serai, aku tolong rempitkan...mak ajak g kebun, aku bawak.... tuntasnya, dalam seminggu ni tak de sehari pon yang aku tak rempit lagi...

Kat kebun mak abah, aku berkenalan dengan adik. manja gila adik ni... bagus! okey, ni dia yang aku cakap adik tu!hahahaha...hari-hari aku main dengan si budak adik ni...




pastu tadi..... pergi taiping... destinasinya nak pergi hospital taiping... sebelum sampai hospital abah ajak pekena cendol n pesemboq! cun giler. wajib okey kalu mai taiping niey... meletup!



lepas tu baru la pergi hospital.... terus jadi insaf tengok orang sakit. jiran aku masuk icu. dye tengah pregnant 2 bulan. Tapi dalam masa pregnant ni, dye penat... sebelum ni dah 4 kali masuk hospital, tapi kali ni, dia terus tak dpt bernafas... tadi, masa masuk ICU tu,,......mmg mengucap panjang-panjang la kan, kita yang tengok ni pun rasa seriau, tak tau la apa yang org yang tengah mengalaminya tu... tu semua hanya Allah yang mengetahui...


Moga kita yang masih berpeluang untuk bernafas ni, dapat insaf banyak2... istighfar supaya dapat melusuhkan dosa-dosa kecil.... lembutkan lidah dengan zikir,... sucikan hati dengan bacaan Al-Quran.... perindahkan dengan solat-solat sunat...insyaAllah...

Bak kata ayah aku:
 ajal tak kenal usia. kita dah buat persiapan ke arah tu ke belum?



12 January 2013

::::Rabi'ul Awal::::



kelip-kelip...pejam celik.... rupa-rupanya sudah 29 Safar 1434 H. Kadang-kadang malu dengan diri sendiri bila mana hari bulan islam pun tak tahu. tahu bila tengok bulan je. asal bulan mengambang je aku cakap 15hb, asal 15hb je bulan mengambang....harapnya tahun 2013 ni jadi sumber inspirasi untuk diri sendiri supaya alert dengan tarikh di bulan islam ni.... InsyaAllah...

dan berakhirnya safar, maka tibalah Rabi'ul awal....


Apa signifikan bulan Rabi’ul Awal ini? Bulan Rabi’ul Awal merupakan bulan yang sangat mulia bagi kaum muslimin. Di bulan inilah terlahir seorang yang sangat dibanggakan dan dicintai oleh umat islam di seluruh dunia. Pembawa wahyu Allah Subhanau wataala untuk menyelamatkan umatnya dari kegelapan dunia menuju ke jalan yang terang benderang sebagai bekal untuk ke akhirat nanti. Dialah Rasulullah “Muhammad Sallallahualaihi wasallam”. Seorang yang sangat menyayangi umatnya hingga di akhir hayatnyapun mengucapkan “Umatku…umatku…umatku”. Dialah satu-satunya yang dapat memberi syafa’at kepada manusia di hari yang sangat berat itu.

Bulan ini kita semua hendaklah banyakkan bertasbih, bertahmid dan berselawat, memuji Nabi Sallallahualaihi wassalam. Saban tahun kita akan menyambut maulid atau maulud nabi tapi yang sedihnya kita sekadar mengingati Nabi pada masa itu sahaja. Walhal kita patut mengingati nabi setiap masa. Apa kata tahun ini kita semua belajar cara bagaimana hendak mengingati nabi setiap masa. Caranya amalkan sunnah Nabi Sallallahualaihi Wassalam. 

Kenapa? Kerana kekuatan orang Islam adalah dengan amal. Amalan yang betul yakni ikut cara Nabi Sallallahualaihi wassalam. Kekuatan orang islam adalah apabila Allah bersama dengan orang islam. Jika Allah tidak bersama dengan orang Islam, maka orang Islam akan jadi lemah. Jadi macamana Allah nak bersama dengan orang Islam? Alim Ulama’ kata bilamana setiap orang Islam, amalan mereka, sama macam amalan para sahabat di zaman Nabi Sallallahualaihi wassalam yakni “mengikuti setiap sunnah Baginda Sallallahualaihi wassalam, dari sekecil-kecl sunnah, hingga sebesar-besar sunnah“.

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku di zaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran 100 pahala syahid"

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, tanda dia kasih kepadaku, dan barangsiapa yang kasih padaku akan bersama-samaku di syurga."




11 January 2013

kesah thesis

Dr Yus: "waktu cuti ni......jgn nak baca novel....fb je... repair u all pye literature review tu.., nnt tak susah kemudian hari"

waktu aku tengah serabut buat literature review, aku teringat la kata2 Dr. Y... ohhh hye2.... senyum sendiri je la aku tu....

seriusly, waktu buat thesis, saat yang paling serabut, paling kritikal, paling penat.... hahahahaha



asyik negative je kan yang aku bagi kalau nak buat thesis ni.....

ok lah...yang positive nye..... 

yang positive nyee....

yang positive nye.....

yang positive nyee.....

DAPAT SIAP THESIS! heeee .... ^^



Thanks sangat kat my supervisor,. Dr. Nizam... check draft thesis aku sampai 2 hari...(hamik kau!)... baru la siap thesis aku...

Dan waktu siap dan submit thesis itu..., alhamdulillah...rasa sangat2 syukur.... rasa happy sangat... rasa heaven sangat........ 








Alhamdulillah... :)






10 January 2013

HAri 0. Tamat!

Alhamdulillah....

DULU: 

"Ya Allah.....lambatnya lagi nak tunggu sem 7......arrrggghhhhhh"
"Susah giler subjek niey!menci r...."
"bla bla bla bla"
"jom r enjoy2 dulu....sementera duk kat sini...."
"mampu kah aku buat FYP ni sorang2..... boleh ka aku survive"
"aaarrrgggghhhhh...tak mau buat thesis! nak kawen!"

SEKARANG:

"Ya Allah...x sangka dah abissss ..... 7 sem kot kat ganu!"
"wweeeiiyhhhhhh....g00d luck LI... habis jugak kita kan"

HHAHAHAHA... Antara kata-kata yang terkeluar dari mulut budak2 foodtech... YUP! kami dah berjaya habiskan semeter 7 ni. maksudnya, lepas ni hanya tinggal praktikal. Mula rasai kehidupan di alam pekerjaan. Dan waktu tu aku yakin kami dan aku sendiri will be missing student life!


Memang macam tak percaya. Sungguh! Walaupun sebenarnya bukanlah official lagi tamat degree... n ada lagi satu sem lagi kot! tapi truly, ni la perasaannya. macam orang dah nak grad...hahahaha...

Anyway,.... congrate pada semua member2... u olls the best! janji tak tipu! budak2 kelas kita memang happening habis. benda yang susah semua jadik fun! then tak terasa pun menda yang kita buat tu susah. dan bagi aku, semua orang very supportive! walaupun aku tak nafikan la....kelas kita kan ramai perempuan, so ada sikit konflik2 tu antara personal... but, it make our life at UMT completed right???! so after this, bila kita tengok balik gambar2 lama., mesti masing2 akan senyum sorang2.... aku percaya itu mesti terjadi..


by the way foodies, ALL THE BEST for our intership... do the best! we must prove we are quality student, balas jasa baik pensyarah2 kita...hee..insyaAllah... (semangat pulak aku yerrr....). insyaAllah, kalau ada rezeki, kita boleh diserapkan terus untuk bekerja dalam industri... it is not impossible kan! dan aku pun ada terdengar desas-desus yang akan sambung master. apapun, semuanya sudah ditentukan. yang penting kita buat yang terbaik! yeeezzzza....




03 January 2013

BFF video



Alhamdulillah, dapat pun upload... patutnya video ni diupload masa dulu lagi,
 masa musim post pasal C-Nut Chocolate


the only simple and ordinary video. But very meaningful for me!  the best ever teammate I have.

Thanks for all of u...

Kalai Rubini Subramaniam
Vincent Lam Toh Wai
Siti Nur Alia Rosli
Nurul Farhana Aluwi
Nor Amira Tarmizi
Che Aisyah Ayob

and

ME... :)

hv enjoy it

02 January 2013

the year exchanged

Entry ini adalah entry yang tertunggak... #$@^%#$@&*%%#@( 

SELAMAT TAHUN BARUUUU….

Moga kedatangan tahun baru (2013) ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan tahun 2012 yang lalu moga menjadi motivasi untuk kita menjadi lebih baik, muhasabah buat kita agar kita dapat belajar dari kesilapan. dapat mengambil iktibar dari apa yang terjadi, ….
InsyaAllah…

Tahun 2012 diakhiri dengan final exam… 1st paper. Dan malam tu aku ditemani dengan penulisan thesis yang bakal dihantar….

Ouuuhhhhhhh thesis…cepatlah abis… (kena la rajin, kalau nak cepat habis, ye dop? )…heee

Kalau dikenang-kenang, terlalu banyak kenangan 2012 ni... pahit, manis, tawa duka... tambah-tambah bergelar seorang student tahun akhir ni...

TAHUN 2013: akan menghabiskan satu sem yang berbaki di tempat praktikal yang masih tinggal tanda tanya.... ohohoho....

JUST nak share intipati khutbah Jumaat sempena tahun baru ini... 

Intipati khutbah Jumaat tadi: Cadangan azam tahun baru oleh khatib:
1. Banyakkan solat berjemaah di Masjid
2. Banyakkan berpuasa Isnin dan Khamis
3. Banyakkan solat Duha
4. Tidak mengharapkan pujian manusia dlm apa jua yg dilakukan
5. Menjauhi caci dan keji serta menyambung silaturrahim
6. Sabar dengan ujian




 **********

ENTRY HARI INI:

selepas DUA hari check thesis, akhirnya,..... habis jugak my beloved supervisor check.! giler dasyat beliau check, detail sangat2.... salute la dengan Dr.... (padahal dalam hati aku, waktu duduk depan Dr: cepat la abis, cepat la abis, cepat la abis.....X0x0)

Apapun, dua hari ini sekali lagi aku akan terpaksa memotivasikan diri untuk siapkan thesis dengan study untuk final exam... pada NURUL AIN SHOHOR, caiyok2!!!

MOga Allah beri kemudahan...

Emak..terima kasih kol, bagi kata semangat. ok, lepas ni akak siapkan cepat2 ea, macam bawak ferrari!hihi
(bertuah punya anak!)


*********

(P/S: PADA YANG JADI NIGHTMARE AKU (2011, 2012), SELAMAT TINGGAL... I WILL NOT BRING YOU ALONG IN THIS YEAR ANYMORE... I WANT TO BE HAPPY..., ok, aku merepek! )


*********

p/s untuk blog ini: harap takkan pudar untuk menemani diriku.....