Alhamdulillah....i'm already finished "Sebelum Aku Bernikah" (SAB). Karya Hilal Asyraf (HA).
Sangat bermanfaat untuk pemuda pemudi. Remaja remiji...
Ye la kan, tambah-tambah yang umur macam aku, topik bualannya kalau dengan kawan-kawan tak sah kalau bukan topik kawen. Kalau bukan topik kawen tak sah. Ulang lagi, kalau bukan topik kawen, tak sah.
So far, bagi aku....buku ni perkongsian dan buah fikiran yang sangat baek dari HA. Bahasanya pun hanya santai. Tak berat untuk difahami. Tak susah untuk dihadam. 2 hari jugak la aku baca buku ni.
DAN...konklusi dari buku yang 201 halaman ni,....
Sekiranya benar-benar cinta, mahu bersama ke syurga. Segala perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta (Asyraf, 2012)
Kalau orang tanya aku, apa yang aku dapat dari buku ni, aku akan jawab yang kat atas ni. Dan aku sangat setuju. Nak lebih tahu isinya, sila beli sendiri..hahaha... sebenarnya aku pun nak carik buku ni, nak beli untuk jadi harta sendiri. ni pun aku pinjam dari member.
Tapi ada lagi satu buku yang aku nak cari, Cinta High Class. maybe agak ketinggalan untuk aku, tapi ade aku kesah????hahha..InsyaAllah, ada rezki, aku akan dapatkan dua buah buku ni.
Bagi pendapat aku, pada usia sekarang memang patut fikir bab kahwin ni. Tapi bukan hanya sekadar fikir. FIKIR DAN BUAT PERSEDIAAN.. persediaan menghadapi alam rumahtangga. Macam abang aku pernah cakap, kita kahwin ni memang sehari, tapi kita berumahtangga bukan sehari. Betul jugak...hari perkahwinan kita maksudnya kita berkahwin dan ia sehari cuma. Tapi rumahtangga ituu......hmmmm....
Bak kata HA lagi dalam SAB,
Cinta adalah usaha memperkasakan ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan diri. Cinta adalah usaha mempunyai kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan berkahwin.
Dan aku mengangguk tanda faham. heee...^^
*************
Teringat satu malam, adik aku, AMIR...tiba-tiba tanya abah...
"Ayah ayah, bila kak ain nak kawen?" (dalam adik beradik aku, amir sorang yang panggil ayah, yang laen panggil abah)
Aku????erm, pehal budak ni kan...tapi bagus gak dye tanya abah...hehehehe
Abah jawab, "tanya kak ain, dia dah ada ka belum? kalau dah ada mai umah, malam ni pun xpa...jumpak mak abah"
hehehe,....aku senyum....then balas
"Amir, tanya kat ayah...bukan ke ayah nak cari"
Hahahahaha...boleh pulak main pass2....
Bagi aku sekrang, x kira sapa... pilihan mak abah ka...pilihan aku sendiri ka.....
Kalau mak abah ON, aku ON...InsyaAllah....
Dan aku, bukanlah terlalu demand.... cukuplah aku sematkan dalam doa setiap lepas solat....yang boleh membimbing aku, yang boleh menyayangi aku, yang boleh menjaga aku....
Dan sangat memadai bagi aku jika dia seperti kriteria Ustaz Azhar Idrus cadangkan....
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
ok...cukup sekadar ini...wallahualam...
Alhamdulillah.. tahniah la dh khatam. hehe..
ReplyDeleteInsyaAllah, mg bermanfaat.. ^^
insyaAllah..... hihi....
Deleter
i
n
d
u
a
k
a
k