Member2

25 January 2013

The evening pearl

Alhamdulillah....baru balik dari sekolah adik... Ikut mak abah...

Antara benda yang paling aku suka buat kalau kat umah, ikut mak abah keluar. Tak kira pergi mana pun... Bukan nak kacau mak abah beromantik., cuma menceriakan...hahaha...xleh blah... 

saja nak menghargai peluang menjadi macam 'anak tunggal'. hahaha... 
menggunakan peluang selagi aku boleh bermanja dengan mak abah.., 
sementara ada peluang mengutip mutiara dari mak abah..

dan ia SERONOK!

tadi pun sepanjang perjalanan mak abah bagi nasihat... Ya Allah, terima kasih.... merekalah malaikat yang Engkau hantar di dunia ini untuk menjadi guidance aku.

Mak: akak, kalau rezeki akak dapat geran tu, jangan la lepaskan... banyak faedahnya untuk masa depan akak...

Emak membuka bicara.

lalu abah sambung memberi pencerahan. Gaji yang beribu nanti boleh kita gunakan untuk dekatkan diri pada Allah. Kita boleh tolong anak yatim. Bagi zakat. Beri sedekah. Buat umrah. Buat haji. Sebab apa? Sebab dalam kepala kita akhirat. Bukan bermakna kita tinggalkan dunia jugak. Lagi, boleh melancong. Banyak yang kita boleh belajar dari melancog ni.... banyak ilmu.

Aku mengangguk. 

Mak jugak ada bagi semnagt kat aku. nanti boleh beli kereta impian aku... AKu tersenyummm...

Subhanallah....

Perjalanan yang sangat indah.

Lagi pesan mak abah. Beramal selagi diberi peluang walaupun kita bukan ustaz ustazah. Bukan syarat kita kena jadi ustaz baru boleh amal agama. kadang-kadang yang berpeluang pijak di bumi Mesir belajar ilmu agama pun tidak mengamalkan ilmu... Nauzubillah...

Tapi ini jugak realitinya. Aku tidak nafikan.

Bukanlah aku memuji abang-abang aku. Tapi disebalik sikap mereka itu terbit keinginan, aku jugak inginkan suamiku seperti mereka. Seperti ayah aku. Seperti abang aku. Yang masjid itu menjadi tempat ulang-alik. Yang Quran itu menjadi panduan. Yang sunah itu menjadi amalan. Yang ilmu itu dijadikan pedoman. Subhanallah. 

Ya Allah..mampukah aku?

Okey...termelencong pulak...!hahaha. tapi sebenarnya ni lah yang berlari kat otak aku tadi masa mak abah sentuh pasal abang-abang,...

Indah semuanya jika kerana Islam.

Terima kasih Ya Allah.







No comments:

Post a Comment