Member2

31 May 2010

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

KETAWA adalah cukup sinonim ngan kita semua... teringat masa kecik2 dulu,..aku rapat dengan adik yang bawah aku (sebab kitorang berdua je perempuan waktu tu), mak sokmo marah bila kami berdua gelak terkekek2...asal kitorang gelak lama, mesti mak marah...masa tu, aku terfikir la, kenapa mak marah? bila aku tya mak, nape tak boleh gelak kuat2, mak kata...tak elok gelak gitu...nanti kawan dengan syaitan... aku angguk kepala...sejak aritu aku ngan adik still gelak, tapi bila tak tahan sangat mesti kitorang tutup mulut, tak pown amik bantal,tutup muka...tak pown kitorang lari jauh dari mak..takut mak dengar..kelakar la waktu kecik2 dulu...

hari tu, angah ada bg satu folder kat aku...bila aku bukak je folder tu..subhanallah, banyak ny tazkirah...depend kat aku je la, nak baca ke tak... kalau baca, alhamdulillah...kalau tak baca, innalillah,..aku yang rugi... dua tiga hari lepas, aku terjumpa la tajuk nie... TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT...Akhirnya, terjawab sudeh pertanyaan aku waktu kecik2 dulu....=)

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Warna-warni kehidupan…


Alhamdulillah, petang tadi sempat ikut mak dan abah pergi ke pekan koboi kat tempatku, pekan bagan serai… walaupun aku tahu, bukan pergi mana pun, just beli barang je…tapi better ikut dari duk umah sorang-sorang layan tv…
Pastu, sampai la kat satu kedai nie…aku ngan mak just tunggu abah kat depan kedai. Nak dijadikan cerita adala dua orang mak cik india nie..dyorang nak beli plastic kanvas,…so uncle kedai tu datang la bawak gunting…entah kenapa aku perhati je gelagat dyorang… ikut pengamatanku, mak cik tu nak mintak kurang harga, tp uncle tu tak bagi…apa lagi…mengomel la  mak cik berdua tu dengan bahasa tamil (sayang, aku tak faham)… aku tersenyum sorang2..tertanya jugak sorang2, mak cik tu nak beli banyak ke?? Jadi, aku tengok lagi…uncle tu masuk dalam kedai amik pembaris  1 meter . uncle tu just ukur sampai 3 meter…tibe2 aku tersenyum sorang n kata memangla tak dapat kurang anty…3 meter je pown, laen la kalau 10 meter…then yang buat aku lagi suka, mak cik tu sampai tepuk dahi….chumell betol gelagat dye…

Tiba2, uncle tu pandang aku, so aku senyum je lah kat dye, mungkin dye perasan yang aku tengok dyorang…pastu uncle tu geleng kepala…sekali lagi buat aku geli hati… then mak aku tanya aunty tu, dapat tak kurang?? Pastu aunty tu jawab ‘ayo, tak dapat…mintak kurang, dya tak kasi juga…’ mak aku balas, ‘aunty beli la banyak sikit, baru dapat kurang’…tak sangka jugak mak pown tgok dyorang… then kitorang berdua senyum la bersama-sama… tak lama lepas tu, abah pown keluar….pelik je muka abah bila tgok kitorang suka…

‘’pasni, kita g kedai ekonomi jap, pastu kita g masjid, solat asar’’…suara dari abah…aku pown senyum…

Best jugak even kecik je pown bende tu….alahai mak cik, sian mak cik…sabar ye….hehe

syifaaulQ0lb

KISAH HIDUP KAMAL ATARTUK!


Tiba-tiba aku teringat tazkirah dari seorang sahabt di kisas dulu pasal kamal attartuk..
bekas PM Turki... MasyaAllah...boleh jugak jadi gitu..Then, hari ni, aku try search2 di tenet
 pasal kamal attartuk nie,..Alhamdulillah, jumpe (sememangnya dah banyak)... 
walauapapun sukalah di sini aku kongsikan bersama anda sume... just sebagai
 perkongsian, diambil teladannya agar kita sume sentiasa beringat... InsyaAllah.. 
 


Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attatuk 


IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI 





30 May 2010

hendaklah cinta itu didasarkan kepada cinta Allah


Aku belek-belek buku ni lagi sekali,… cari subtopic untuk dijadikan sebagai pengisian hati. Sebenarnya dah khatam banyak kali, mungkin 4 kali (banyak ke??biasa je kowt..) buku apa tu? Erm, buku daripada ustaz Pahrol Mohd Juoi..TENTANG CINTA…pada anda yang tak baca lagi, sukalah di sini utk cadangkan anda baca… bukan nak galakkan korang bercinta, tapi jika kita nak bercinta pown, biarla dgn cara yang baek… btol tak…
Tajuk kecik yang jadik tumpuan aku, hendaklah cinta itu didasarkan kepada cinta Allah..tajuk ni dari   BAB 3 iaitu Cinta Berperaturan.
ERTINYA, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.

29 May 2010

makanan oh makanan


Cakap pasal makanan umat islam sekarang memang kena mengucap banyak-banyak. Terlalu bayak benda yang menjadi syubhah…apa tu syubhah??? Erti kata mudah syubhah tu adalah perkara was-was… ada dapat satu panggilan dari seseorang yang cakap pasal makanan kita pada hari ini berada dalam kritikal. Kena suntik ni lah…kena suntik tu lah..tambah lemak ni lah..tambah lemak tu lah… halal ke? Haram ke?,
 Menurut panggilan yang saya dapat hari tu, bahan kandungan dalam makanan kita pada hari ini sebenarnya telah direncanakan oleh puak yahudi laknattullah untuk membawa masuk benda yang tak halal dalam tubuh umat islam zaman sekarang. Kalau tengok budak budak islam zaman sekarang ramai degil, tak hormat orang tua….and so on…ni lah yang saya terima dr pgglan tu.

26 May 2010

Orang Yang Paling Kaya


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...
Alhamdulillah, sempat juga ikut mak abah pergi ke Masjid Bagan Serai dengar ceramah Ustaz Kazim, seorang pendakwah yang terkenal. Sebelum tu, biarlah saya cerita serba sedikit mengenai beliau. Namanya Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz adalah merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Al Fadhil Ustaz Kazim juga adalah merupakan penceramah tetap di Radio Perak FM.

Banyak ilmu yang dapat tadi. Moga ianya ditemani dengan amal. Takut2 masuk angina keluar asap je… kan pepatah arab ada cakap alilmu bi la amalin kasshajarin bi ka thamarin. Iaitu ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah…

Benda yang paling nak kongsi, SIAPAKAH ORANG PALING KAYA?

IMAN....AWAK TAK CUTIKAH HARI INI???

Sekadar muhasabah buat hati dan diri ini yg sentiasa leka dan alpa. Astargfirullah...
Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

24 May 2010

satu cinta

p/s: jom kongsi sama2 nasyid niey....saya dedikasikan untuk anda semua....ambillah yang mana yang baek...

Satu Cinta

video clip satu cinta: STARTFIVE 

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia 
syifaaulQ0lb


kufur nikmat??


Sesuai dengan jiwa sekarang yang tak berapa nak tenang, fikirkan yang tak baik je… Astaghfirullahalazim… ampunkanlah dosa hamba Ya Allah… di sebalik kesedihan dan kesusahan yang kau izinkan tapi Engkau tetap selitkan kegembiraan dan kesenangan padaku… subhanallah… Pengasihnya Engkau… Memahaminya Engkau… huhu…kerdilnya aku…lemahnya aku…rebah di kala ujian itu hanya setitik air… mungkin juga aku perlu mendidik hati bahawa itu adalah didikan dari Allah yang member I tunjuk ajar kepadaku atas kesilapan dan kecuaianku sendiri.

Tibe –tibe teringat kalam Allah
 (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28)

23 May 2010

Hikmah Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM

Baja Muhasabah dan Taubat


Taqwa mempunyai baja dan apabila ramuan yang sesuai digunakan taqwa hidup dengan subur. Antara baja yang diperlukan bagi menyuburkan taqwa adalah muhasabah dan taubat. Umat Islam perlu berani merenung diri dan melakukan muhasabah pada diri sendiri. Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata, “Muhasabahlah serta hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah.” Mereka yang berani melakukan muhasabah dan kemudiannya membuat perubahan yang positif pada diri, mereka adalah orang-orang yang bakal Berjaya.

20 May 2010

q0lbi




halaman qolbi redup je… tak tahu di mana puncanya… mungkin Dia nak tunjukkan aku sesuatu… dan akhirnya, selepas bertemu denganNya fajar tadi, cuaca redup sebelum ni bertukar menjadi hujan… terlalu kerdil diri ini… aku hanya mengharapkan belas dariNya… aku hanya mampu ceritakan semua padaMU, tak sangka hujan juga akhirnya… mungkin awan di laman qolbi dah terlalu lama menampung air… namun, Alhamdulillah… jika Engkau mengurniakan hujan di bumiMU untuk memberi manfaat kepada seluruh isinya, menghijaukan pokok-pokokMU… biarlah hujan di laman qolbi itu mampu memberi manfaat untuk diriku juga… moga hujan di laman qolbi itu juga mampu menyuburkan pokok keinsafan di laman qolbi selepas terlalu banyak buah-buah yang hitam tumbuh di pokok laman qolbi… aku rela… moga hujan yang turun di laman qolbi itu mampu menghilangkan buah-buah hitam itu… 

terima kasih KHOLIQku…

syifaaulQ0lb

sape nak makan kek


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi sebab mengizinkan saya menolong emak membuat kek waktu cuti niey.. memang itulah hajat saya semasa di bumi ganu… menurut emak, jualan kek dah lama x jalan… Alhamdulillah, berkat ilham yang Allah beri, bisnes berjalan semula… Ya Allah, izinkan hamba berkhidmat untuk mak waktu cuti niey…sebelum masaku tiba…
Proses buat kek mesti la dimulakan dengan memukul telur, gula, susu pekatdan soda bikarbonat…
Pastu masukkan minyak dan serbuk koko....putar lagi...
Jom putar kek…

pastu kite masukkan tepung pulak....

19 May 2010

insan itu insan tabah

masa tarikh kejadian tu, ana takut sangat nak msg insan itu...takut if ana sumbangkan lagi kecedeyhan insan itu...

ana just mampu tye dye dr sahabat2 dye...just mampu doakan Allah kuatkan hatinya...just mampu pandang dye daripada sisi depan n belakang tapi x mampu untuk bersemuka dgnnya even nak menjenguk dye dlm inbox hp sony ericson insan itu... 

ana harap sgt insan itu tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan ini...

Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menguji insan itu,
Aku mohon Ya Allah... 
Engkau kuatkanlah insan itu sekuat dugaanMU...

Pada insan itu,... ana hadiahkan lagu ini pada anti...moga Allah sentiasa merahmati kita bersama...


syifaaulQ0lb

18 May 2010

Takdir Cinta


Rossa - Takdir Cinta

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati

yang mengalir lembut
pengusa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh

pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini

ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh tuhan tuntunlah hatiku

Lagu ini didedikasikan  kepadaku oleh seorang sahabat. Selepas mencari lirik ini melalui google, ternyata lirik lagu ni, sangat dalam maksudnya…
Terima kasih, sahabatku sayang
syifaaulQ0lb

17 May 2010

Budak kecil itu



 mak n amir

Dari tadi, lepas salin baju sekolah, dye selawat…  kuat suara dye…teringat masa mengajar dye selawat tu… dalam hatiku bisik “bijak budak ni, cepat pick up”…tersenyum sorang2..

Gamat rumah dgr dye berselawat…

SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH...WALAILAHAILLAH..ALLAHUAKBAR

Budak kecik tu ulang banyak kali selawat niey…                                                                        

Apa yang saye belajar dari sudut pemerhatian dan pengamatan, budak kecik macam tu, dah ringan lidahnya untuk berzikir…Subhanallah…tapi, kita yang dah besar2 nie, yg dah boleh fikir baek buruk, jarang sekali lazimkan zikrullah..sayang sekali bila peneman bibir kita adalah lagu2 lagho… masyaAllah..
Pastu lepas makan petang tadi ngan family budak kecik tu basuh pinggan…berebut jugak dengan saye sebab nak elakkan pinggan2 tu pecah…nway, last sekali saya mengalah je ngan dye..bg peluag dye belajar…Kebetulan waktu tu dah maghrib, tapi tak sempat nak ikut solat jemaah dgn mak n abah.. so buat la solat jemaah ngan adik lak..

Berbalik semula pada kisah budak kecik tue…

Lepas budak kecik tu basuh pinggan, dye pergi kat mak n abah…

“amir basuh pinggan tadi…bersih…”
Abah jawab, “bagusnya anak ayah….tapi amir tak solat magrib lagi”

Mak sambung, “aah..anak mak tak sembahyang lagi..kita kena sembahyang dulu, kerja tu tinggal dulu”

Amir balas, “ouh…..amir nak g sembahyang la”

Abah ngan mak, “g ambik air sembahyang dulu”

“ok”, amir jawab

Lepas tu…abah guide amir solat….SWEET nyer……

Secara tak langsung budak kecik tu

Hari Nakba


Hari itu berbicara dengan seorang adik. Junior di kisas dulu. Alhamdulillah, kitorang boleh share apa-apa yang terpendam. Masa chatting malam tu, dye tye…akak, tahu tak ‘HARI NAKBA’… waduh2, serius cakap,  tak tahu,…hari apt u..ceteknya ilmu saya, tak pernah cakna dengan apa yang terjadi…sedih di hati…
Apapun ad ilmu baru…so ap lagi, jom la kite cek google..
Dari ap yang diperolehi dari Wikipedia,…
Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin

16 May 2010

Misi berjaya…



Start pergi kedai beli barang…semua barang RM45… selesaikan lauk tengahari dulu, ayam masak pedas berkerisik… masak nasik…pastu goreng sayur sawi…goreng ayam… baru tau camne letihnya seorang ibu yang masak hari-hari untuk abah dan anak-anak…
Lepas selesai semua., tibalah waktu buat kek special... sebenarnya kek tu biasa je…senang je nak buat dye, tapi tak tahulah…hatiku suka sekali nak buat kek tu…
Akhirnya….
Tara!!!
Dah siap….kek jelly...


Sebenarnya kek nie, khas untuk mak dan abah…
Mak, abah… SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU,…
Love u very much

SyifaaulQ0lb

Misi itu harus aku laksanakan



Alhamdulillah, test computer semalam berakhir dengan baek… banyak pengalaman yang diperolehi walaupun beberapa jam… banyak yang aku pelajari dari sudut pemerhatian, pengamatan dan penilaian.


Sejak semalam juga halaman qolbi redup je… tak tahu di mana puncanya… mungkin Dia nak tunjukkan aku sesuatu… dan akhirnya, selepas bertemu denganNya fajar tadi, redup di petang semalam bertukar menjadi hujan… terlalu kerdil diri ini… aku hanya mengharapkan belas dariNya… aku hanya mampu ceritakan semua padaMU, tak sangka hujan juga akhirnya… mungkin awan di laman qolbi dah terlalu lama menampung air… namun, Alhamdulillah… jika Engkau mengurniakan hujan di bumiMU untuk member manfaat kepada seluruh isinya, menghijaukan pokok-pokokMU… biarlah hujan di laman qolbi itu mampu member manfaat untuk diriku juga… moga hujan di laman qolbi itu juga mampu menyuburkan pokok keinsafan di laman qolbi selepas terlalu banyak buah-buah yang hitam tumbuh di pokok laman qolbi… aku rela… moga hujan yang turun di laman qolbi itu mampu menghilangkan buah-buah hitam itu… terima kasih KHOLIQku…




KHOLIQku…biarlah cerita itu antara kita berdua…


Berbalik kepada misi di atas…


Bila dah duduk sorang-sorang di rumah, memang banyak la idea-idea yang datang… Alhamdulillah, DIA dah bagi aku peluang ni, harap ny aku dapat laksanakan…


Misi ap??


-          Masak  (perkara wajib if mak abah x de kat umah)


-          Nak buat kek special utk org istimewa…harap2 jadi…

syifaaulQ0lb


08 May 2010

ZAMAN PRA SEJARAH VS KEBENARAN AL-QURAN??



Pernah tak terfikir???
ZAMAN PRA SEJARAH VS KEBENARAN AL-QURAN??
Kenapa saya mengutarakan persoaln ini. Mungkin saya baru terfikir, walaupun sepatutnya saya dah terfikir bende ni dulu…apapun kita kongsi sama2 ye dgn ap yang saya dapat…
Kalau ikutka apa yang kita belajar sejarah dulu,

Perjalanan yang diatur Allah



Alhamdulillah, perjalanan ke Ipoh berlalu dengan selamat. Syukur padaNya kerana masih diberi peluang untuk berjumpa dengan sahabat g8 (walaupun hanya sorang) dan juga sahabat-sahabat g9.  ‘discussion’ berlangsung dengan serius dan semua mengambil peluang melaksanakannya. Alhamdulillah, adik-adik g9 sangat bersungguh-sungguh untuk meneruskan matlamat mereka.


Tiba hari yang terakhir, dengan izin Allah, kami ditemukan dengan seorang

02 May 2010

perang yang Nabi sertai

pernah tak tertanya-tanya sebenarnya berapa jumlah peperangan yang nabi SAW sertai sepanjang hayat baginda... persoalan ni sering kali timbul bila terbaca kisah sahabat, ayat yang selalui ditemui; beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasul. alhamdulillah, hasil pencarian, akhirnya bertemu jugak jawapannya... insyaAllah boleh dijadikan panduan. sama-sama kita kongsi.. =)


jumlah peperangan yg disertai Nabi:
-Pendapat masyhur ialah: 27 peperangan.

jumlah peperangan yg Nabi sendiri berperang sebanyak 9 peperangan:
-Badar
-Uhud
-Muraisi'
-Khandak
-Qurazhah
-Khaibar
-Fath Makkah
-Hunain
-Thaif

rujukan: Uyun al-Athar oleh Ibn Saiyidi Naas 1/294, Subul Huda oleh al-Salihi 4/8

wallahualam

SyifaaulQ0lb




Wanita

Wanita
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan




- lirik lagu yang sangat bermakna, lagu yang sangat menyentuh kalbu..aku bukanlah layak

01 May 2010

Bercouple Atau Jual Mahal


Bercouple Atau Jual Mahal
www.iLuvislam.com
oleh : NuurZaffan
 
Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber`dating` sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?
Bukan begitu.
Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.
Cinta Monyet
Alhamdulillah,

Apa yang dimaksudkan dengan JAHILIYAH???


Apabila ditanya, insyaAllah ramai yang akan kaitkan jahilyah dengan kebodohan, tidak tahu apa-apa ataupun tidak berpengetahuan. Secara tidak langsung dunia akan mentafsirkan orang-orang Arab sebelum kedatangan Islam sebagai umat dan masyarakat yang jahil dalam semua perkara. Realitinya, tafsiran-tafsiran tersebut telah lari daripada konsep asalnya.

Jika kita melaruti secara halus, maka jahiliyah dalam erti kata yang sebenarnya adalah jahil dari menerima agama yang benar, iaitu agama Islam yang mentauhidkan Allah SWT. Jahil juga diertikan sebagai