halaman qolbi redup je… tak tahu di mana puncanya… mungkin Dia nak tunjukkan aku sesuatu… dan akhirnya, selepas bertemu denganNya fajar tadi, cuaca redup sebelum ni bertukar menjadi hujan… terlalu kerdil diri ini… aku hanya mengharapkan belas dariNya… aku hanya mampu ceritakan semua padaMU, tak sangka hujan juga akhirnya… mungkin awan di laman qolbi dah terlalu lama menampung air… namun, Alhamdulillah… jika Engkau mengurniakan hujan di bumiMU untuk memberi manfaat kepada seluruh isinya, menghijaukan pokok-pokokMU… biarlah hujan di laman qolbi itu mampu memberi manfaat untuk diriku juga… moga hujan di laman qolbi itu juga mampu menyuburkan pokok keinsafan di laman qolbi selepas terlalu banyak buah-buah yang hitam tumbuh di pokok laman qolbi… aku rela… moga hujan yang turun di laman qolbi itu mampu menghilangkan buah-buah hitam itu…
terima kasih KHOLIQku…
syifaaulQ0lb
No comments:
Post a Comment