Member2

08 May 2010

Perjalanan yang diatur Allah



Alhamdulillah, perjalanan ke Ipoh berlalu dengan selamat. Syukur padaNya kerana masih diberi peluang untuk berjumpa dengan sahabat g8 (walaupun hanya sorang) dan juga sahabat-sahabat g9.  ‘discussion’ berlangsung dengan serius dan semua mengambil peluang melaksanakannya. Alhamdulillah, adik-adik g9 sangat bersungguh-sungguh untuk meneruskan matlamat mereka.


Tiba hari yang terakhir, dengan izin Allah, kami ditemukan dengan seorang
insan yang mampu membakar semangat kami semua. PAK KHOLIL. Pertama kalinya saya berjumpa dengan orang sepertinya.


Kata-kata yang boleh dikongsikan bersama:


Anak-anak, dalam perjuangan ini perlu ada tiga perkara yang perlu dibawa, diikat bersama. Tak boleh sama sekali kita memisahkan antara satu sama lain. Tak boleh anata kita membuang satu daripada tiga tersebut. Tiga perkara itu,


-          Ikhlas


-          Pengorbanan


-          Istiqomah


Satu ayat yang sentiasa disebut, anak-anak, tak perlu ingat Pak Kholil, tapi ingatlah kata-kata Pak Kholil..


Dalam hatiku menjawab “insyaAllah, baek….doakan kami”





Kemudian perjalanan pulang dari Ipoh ke Bagan Serai. Ditakdirkan allah, saya duduk di sebelah pak cik yang mungkin dalam lingkungan 50-an. Sempat saya senyum dan bersapa dengan beliau. Tapi, minta maaf, pak cik…saya tak dapat nak berbual lebih, saya ngantuk sangat, nak qado’ tidur… dah sampai Taiping baru tersedar…lame giler tidur..tibe2 macam malu dengan pak cik tu… nak dijadikan cerita, dalam 30 minit nak sampai stesen bas Kemunting pak cik tu tanya,


“adik amik kos ap?”


Saya jawab, “Alhamdulillah, foodtech”


“berapa tahun lagi?”


“insyaallah, lagi 3 tahun pak cik” sambil senyum


“apa yang adik nak buat di masa depan dengan apa yang adik belajar ni?”


“insyaallah, mengikut jangka masa panjang, kos saya ni lebih kepada invention makanan dan insyaallah, saya cuba untuk buat research untuk satu produk dan kalau ada rezeki, saya nak marketkan, tapi sebenarnya saya rasa sangat penting untuk menjaga makanan manusia zaman sekarang terutamanya pemakanan umat Islam zaman sekarang…memang saya sangat bersyukur sebab Allah izinkan jalan ini untu saya. Kemudian pak cik itu cerita mengenai beliau dan anak-anak. Saya hanya mengangguk kepala. Pak cik tu berspeaking!!! Dalam hatiku, “pak cik ni unik”.


Tak lama lepas tu, beliau bagi pesanan yang sangat berguna untuk diri saya..


“adik, alang-alang kita dah terjun lumpur, biar terus kotor. Adik faham tak. Jangan give up. You are still young. You must do your best.”


“adik, fikirlah parents adik. Dyorang berkorban bayak untuk adik. Wujudkan persaingan yang baik dengan adik-beradik adik”


“adik, lagi satu, yang sangat penting, adik berhati-hatilah dengan lelaki. Jangan gadaikan maruah adik dengan mudah. Ingatlah parents adik. Sekali adik korbankan maruah, adik adalah orang yang paling rugi dalam dunia”.


Sebenarnya bayak lagi kata-kata pak cik tu. Pak cik, terima kasih banyak-banyak…samapi je di Kemunting, “pak cik, terima kasih ye.” Aku tersenyum dan di hatiku sangat-sangat bersyukur…


TERIMA KASIH, ALLAH!!!

syifaaulQ0lb


No comments:

Post a Comment