Member2

16 May 2010

Misi itu harus aku laksanakan



Alhamdulillah, test computer semalam berakhir dengan baek… banyak pengalaman yang diperolehi walaupun beberapa jam… banyak yang aku pelajari dari sudut pemerhatian, pengamatan dan penilaian.


Sejak semalam juga halaman qolbi redup je… tak tahu di mana puncanya… mungkin Dia nak tunjukkan aku sesuatu… dan akhirnya, selepas bertemu denganNya fajar tadi, redup di petang semalam bertukar menjadi hujan… terlalu kerdil diri ini… aku hanya mengharapkan belas dariNya… aku hanya mampu ceritakan semua padaMU, tak sangka hujan juga akhirnya… mungkin awan di laman qolbi dah terlalu lama menampung air… namun, Alhamdulillah… jika Engkau mengurniakan hujan di bumiMU untuk member manfaat kepada seluruh isinya, menghijaukan pokok-pokokMU… biarlah hujan di laman qolbi itu mampu member manfaat untuk diriku juga… moga hujan di laman qolbi itu juga mampu menyuburkan pokok keinsafan di laman qolbi selepas terlalu banyak buah-buah yang hitam tumbuh di pokok laman qolbi… aku rela… moga hujan yang turun di laman qolbi itu mampu menghilangkan buah-buah hitam itu… terima kasih KHOLIQku…




KHOLIQku…biarlah cerita itu antara kita berdua…


Berbalik kepada misi di atas…


Bila dah duduk sorang-sorang di rumah, memang banyak la idea-idea yang datang… Alhamdulillah, DIA dah bagi aku peluang ni, harap ny aku dapat laksanakan…


Misi ap??


-          Masak  (perkara wajib if mak abah x de kat umah)


-          Nak buat kek special utk org istimewa…harap2 jadi…

syifaaulQ0lb


2 comments: