Member2

23 May 2010

Baja Muhasabah dan Taubat


Taqwa mempunyai baja dan apabila ramuan yang sesuai digunakan taqwa hidup dengan subur. Antara baja yang diperlukan bagi menyuburkan taqwa adalah muhasabah dan taubat. Umat Islam perlu berani merenung diri dan melakukan muhasabah pada diri sendiri. Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata, “Muhasabahlah serta hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah.” Mereka yang berani melakukan muhasabah dan kemudiannya membuat perubahan yang positif pada diri, mereka adalah orang-orang yang bakal Berjaya.



Dalam surah Ali-Imran ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali ke pangkal jalan selepas terbabas melakukan kesilapan. Allah mengiktiraf mereka sebagai golongan yang bertakwa. Allah berfirman, “Mereka (yang bertakwa) adalah golongan yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.”

Muhasabah yang dilakukan denga ikhlas melahirkan rasa insaf di hati. Keinsafan melahirkan taubat. Taubat yang hakiki dikenali sebagai taubat nasuha. Umar al-Khattab dan Ubai bin Kaab mentafsirkan taubat nasuha sebagai meninggalkan dosa dan tidak akan kembali melakukannya sebagaimana susu tidak akan kembali ke payu dara. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung dengan seorang lelaki pada zaman dahulu yang membunuh seratus orang lelaki. Beliau akhirnya bertaubat dan sebelum sempat melakukan sebarang kebaikan meninggal dunia. Allah menerima taubatnya dan memasukkannya ke dalam rahmatnya.


Jesteru, Allah mengasihi orang yang berani mengakui kesalahan diri sendiri dan bertaubat. Ia adalah langkah penting untuk berjaya dunia dan akhirat. Di dalan Risalah Qusyairiyah, Imam Qusyairi berkata, “Taubat ialah langkah permulaan bagi mereka yang ingin berjalan mencari keredaan Allah.”


Sedikit petikan dalm tajuk Baja Muhasabah dan Taubat dari buku 7 Formula Individu Cemerlang karangan Dr. Danial Zainal Abidin.

syifaaulQ0lb

No comments:

Post a Comment