Member2

31 May 2010

KISAH HIDUP KAMAL ATARTUK!


Tiba-tiba aku teringat tazkirah dari seorang sahabt di kisas dulu pasal kamal attartuk..
bekas PM Turki... MasyaAllah...boleh jugak jadi gitu..Then, hari ni, aku try search2 di tenet
 pasal kamal attartuk nie,..Alhamdulillah, jumpe (sememangnya dah banyak)... 
walauapapun sukalah di sini aku kongsikan bersama anda sume... just sebagai
 perkongsian, diambil teladannya agar kita sume sentiasa beringat... InsyaAllah.. 
 


Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attatuk 


IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI 





 
1.        Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK. 
2.        Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi
             (sesuai dengan kehendak barat) 
3.        Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah 
            menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di  Ankara. 
4.        Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
            tidak cenderung kepada pakaian moden" 
5.        Menggalakkan minum arak secara terbuka. 
6.        Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki 
7.        Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan 
            membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 
8.        Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
            Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh 
            bandar Turki. 
9.        Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya
            mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu
           dihapuskan untuk kemajuan 
10.        Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 
11.        Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan 
12.        Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
           barat. 
13.        Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan 
          gereja. 
14.        Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 
15.        Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
            fakir miskin. 
16.        Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam 
17.        Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf
           Latin. 
18.        Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah 
          seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana
          takut, askar tersebut  menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum
          dan bangga dengan jawapan  yang diberikan oleh askar itu.
 
 KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
 
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga 
beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan
 di dunia.
 
Antaranya ialah: 
1.        Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal 
seluruh badan. 
2.        Sakit jantung 
3.        Penyakit darah tinggi 
4.        Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan 
kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga
 diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan
beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. 
Oleh  kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,beliau menjerit 
 sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar
  jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah
 lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. 
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau 
pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan  sedar selepas itu tetapi
beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama
36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang
 pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini 
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang 
meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan 
menyembahyangkannya.
 
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa 
ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya
 (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
 Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke 
 alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun
 (sehingga tahun 1953).
 
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, 
bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula  
1ke satu bukit  ditanam dalam satu binaan  mar-mar beratnya 44 ton. 
Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.
 
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
 mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak 
menerima Kamal Atartuk!"
 
 Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
 
 
 
syifaaulQ0lb 

2 comments:

  1. dahsat sungguh cara kematian dia..
    padan muka, dok buat lekeh sgt dgn islam..
    semoga dijadikan iktibar..

    ReplyDelete
  2. arshad,
    jadikan iktibar, moga kita selamat dunia akhirat

    ReplyDelete