Member2

30 May 2010

hendaklah cinta itu didasarkan kepada cinta Allah


Aku belek-belek buku ni lagi sekali,… cari subtopic untuk dijadikan sebagai pengisian hati. Sebenarnya dah khatam banyak kali, mungkin 4 kali (banyak ke??biasa je kowt..) buku apa tu? Erm, buku daripada ustaz Pahrol Mohd Juoi..TENTANG CINTA…pada anda yang tak baca lagi, sukalah di sini utk cadangkan anda baca… bukan nak galakkan korang bercinta, tapi jika kita nak bercinta pown, biarla dgn cara yang baek… btol tak…
Tajuk kecik yang jadik tumpuan aku, hendaklah cinta itu didasarkan kepada cinta Allah..tajuk ni dari   BAB 3 iaitu Cinta Berperaturan.
ERTINYA, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya. Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah. Tegasnya, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
“kami bercinta kerana Allah,”begitu yang selalu kita dengar. Tapi, bagaimana ya? Bagaimana bercinta kerana Allah? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW:
“apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.”
Oleh itu usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius. Jika tidak jangan bercinta dahulu. Tangguhkan. Katakan pada diri, “Aku hanya tertarik atau minat”. Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sesekali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi. Tapi jika ‘orang di sebelah sana’ serius, bagaimana? Jawabnya mudah, jangan bercinta kerana kasihan. Jika kita bercinta kerana kasihan, kita akan merosakkan diri kita dan orang yang kita kasihankan (cintai?) itu. Ya, amat besar perbezaannya antara cinta dengan kasihan. Kita boleh kasihankan orang yang kita cinta, tetapi kita tidak boleh cinta orang yang kita kasihankan.
Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Saja suka-suka. Sebagai ‘spare’ tayar- manalah tahu kalau-kalau nanti diperlukan.   Jika kita tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja-saja, pasti cinta itu bukan kerana allah. Hakikatnya cinta itu cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kepada kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak. Cinta jenis ini seburuk namanya- Cinta Monyet, cinta anak anjing (puppy love), cinta kilat dan sebagainya.


Ni hanya sebahagian…insyaAllah,  jika diberi kesempatan lg, ak kongsi lagi part2 yang best dalam buku niey…kalau nak best lagi, beli la satu, surenya tak rugi..daripada kita beli buku-buku yang tak berfaedah, baek kita beli buku yang bermanfaat kan...

syifaaulQ0lb


No comments:

Post a Comment