Member2

24 May 2010

kufur nikmat??


Sesuai dengan jiwa sekarang yang tak berapa nak tenang, fikirkan yang tak baik je… Astaghfirullahalazim… ampunkanlah dosa hamba Ya Allah… di sebalik kesedihan dan kesusahan yang kau izinkan tapi Engkau tetap selitkan kegembiraan dan kesenangan padaku… subhanallah… Pengasihnya Engkau… Memahaminya Engkau… huhu…kerdilnya aku…lemahnya aku…rebah di kala ujian itu hanya setitik air… mungkin juga aku perlu mendidik hati bahawa itu adalah didikan dari Allah yang member I tunjuk ajar kepadaku atas kesilapan dan kecuaianku sendiri.

Tibe –tibe teringat kalam Allah
 (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28)

Subhanallah… rupanya Allah dah bagi penunjuk…aku je yang lupa… kan Allah dah cakap, if tak tenang or something yang tak enak berlaku…ingat pada Allah… tapi, apa yang aku dah buat??? Ade ke aku ingat pada Allah???

Allah dah bagi segalanya pada hamba…tapi hamba tak pernah bersyukur…malah hamba selalu juga selalu merungut… Ya Allah, teruknya hamba… hinanya hamba…

Allah ada bagi kita satu ayat yang diulang banyak kali (31 kali) dalam surah Ar-Rahman… (if mak kita pesan selalu, mesti benda tu penting kan…erm, nie pencipta kita yang pesan, maksudnya mestila penting kan…tapi kita ikut tak, or kita ingat tak???)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

Astaghfirullah…ampunilah hamba Ya Allah…apakah air mata penyesalan yang mengalir mampu menghapuskan api dosa yang aku marakkan sebelum ini???

syifaaulQ0lb


No comments:

Post a Comment