Member2

26 May 2010

Orang Yang Paling Kaya


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...
Alhamdulillah, sempat juga ikut mak abah pergi ke Masjid Bagan Serai dengar ceramah Ustaz Kazim, seorang pendakwah yang terkenal. Sebelum tu, biarlah saya cerita serba sedikit mengenai beliau. Namanya Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz adalah merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Al Fadhil Ustaz Kazim juga adalah merupakan penceramah tetap di Radio Perak FM.

Banyak ilmu yang dapat tadi. Moga ianya ditemani dengan amal. Takut2 masuk angina keluar asap je… kan pepatah arab ada cakap alilmu bi la amalin kasshajarin bi ka thamarin. Iaitu ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah…

Benda yang paling nak kongsi, SIAPAKAH ORANG PALING KAYA?
Orang yang paling kaya adalah orang yang paling redha dengan ketentuan Allah… Orang paling kaya bukanlah orang yang banyak duit, bukanlah orang yang berkereta besar, bukanlah orang yang ramai bini, TAPI REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH…

Suka dengar citer ustaz masa dia bertemu dengan seorang bapa yang anaknya cacat di Penang… Anak itu sangat excited jumpe ustaz…  walaupun dia tak seperti manusia yang normal… takkah kita berfikir: anak seperti itu mampu mendengar ceramah agama walaupun dengan cd, tapi kita yang sihat walafiat nie??? FIKIRKANlah…. Ayah kepada anak itu berkata yang dia sangat saying kepada anaknya itu sebab melalui anaknya itulah dia mampu membuat pahala dan dia REDHA atas apa yang Allah aturkan…

Subhanallah…Maha Suci Allah…

Peringatan untuk diri sendiri terutamanya dan juga semua, sama-samalh kita terima ketentuan Illahi, walaupun mungkin kita tidak dapat laksanakan apa yang kita rancangkan, sesungguhnya manusia itu merancang, Allah juga merancang, Tapi Allah adalah Penentu segalanya kerana setiap yang Allah tentukan itu terselit seinfiniti hikmah yang tidak diduga….

syifaaulQ0lb

No comments:

Post a Comment