Alhamdulillah, anak menakanku @ anak saudaraku selamat di aqiqahkan… cukuplah umur beliau 7 hari pada waktu itu… Nurul Alma Sumayyah diberi oleh pasangan Mohammad Redha bin Shohor dan Shashila binti Saadon… maksudnya cahaya yang bijak/terpelajar dan kebanggaan… jelas kegembiraan menjadi abah dan ibu di muka along dan kak long… YUP…along mmg pilih nama yang sesuai untuk anak…
nurul alma sumayyah
1st time aku tgok muka Alma, rasa sejuk sangat hati… baby kecil yang tidak langsung diselaputi dosa2 bagai kain putih yang indah berseri… kemudian pandang pula muka kak long, aku rasa seronok sangat di jiwa, seluruh dosanya sebelum ini hilang semasa melahirkan Alma…Subhanallah… itulah janji Allah
Ya Allah…aku mohon padaMu agar Engkau berilah kemudahan kepada alongku dalam mendidik isteri dan anaknya… Engkau berilah kekuatan kepada kak longku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali dan juga Engkau berilah jalan yang lurus buat anakku ini, Alma…
dalam gambar: alma yang berada di riba abahnya, kak long yang chumell dan emakku yang sedang pegang anak sepupuku....
Alma dengan emakku. dah naek pangkat jadik wan daaa...
Alma dengan abah..pown dah naek pangkat jadik tow wan...hehe

Alhamdulillah…laut yang terbentang luas menemaniku pada ketika itu.. nak saje aku turun dari bas SP BUMI double daker tu…nak menuju ke pantai…n nak jerit puas-puas…nak nangis semahu-mahunya… tapi aku tahan… tahan dalam-dalam…aku hanya serah diriku pada Allah waktu tu…
Then, bila dah sampai terminal bas Kuantan…. Aku pown bla…bla….(tak perlu diceritakan)… sejam kemudian, along pown muncul… jelas beliau sangat gembira… along bawak jumpe kak long dan baby (masa niey tak tahu lagi nama baby apa…n waktu niey pown kebetulan along nak bwk baby jumpe doc untuk cek kuning)…
Nampak2 je muka baby… SUBHANALLAH…jiwa aku rasa seperti kosong sangat disebabkan aku sangat seronok waktu tu…tak tahu nak ck pap…dari jiwa aku yang bergelora sebelum tu, rasa macam dingin sangat….tak tahu aku nak ucapkan camne….

Sepanjang dua hari bersama mak, abah..hatiku sangat2 tenang… mmg aku gunakan waktu bersama mak abah sepenuh2nya….mcm dah tak jumpe lama….
Tiba waktuuntuk berpisah kembali… mak abah dah nak balik perak…aku pulak bakal berangkat ke Terengganu semula… janji tak tipu waktu tu aku mmg tak boleh taham… tersembur jugak air mata aku… aku pown pelik kenapa…tapi itulah aku waktu tu….

SyifaaulQ0lb
No comments:
Post a Comment