Member2

25 April 2012

Selamat datang JAD!

Alhamdulillah... JOM sama2 kita ucap Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah...

Dah solat? Ngaji? Jom buat! kita niat sama2 kerana Allah k. Tanda kesyukuran kita padaNYA.

Sebut pasal mengaji Al-Quran ni, mak aku ada pesan sesuatu. Mak aku cakap, masa kita nak baca Al-Quran tu, niatlah untuk hadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W  keluarga baginda, sahabat2  baginda dan seluruh muslimin dan muslimat. Dan khususkan juga bacaan Al-Quran ini untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia. Innalillah.... moga-moga pahalanya sampai kepada si mati...

Dan sebenarnya, daripada apa yang aku baca, pembacaan Al-Quran kepada si mati merupakan permasalahan cabang yang berlaku dan mempunyai khilaf dalam kalangan ulama'. Tetapi tidaklah berkaitan dengan persoalan aqidah sehingga boleh menggugurkan pegangan seorang muslim. Jadi, tidak perlulah untuk bising-bising dan memperbesarkan hal ini takut-takut boleh menimbulkan puak-puak dalam kalangan umat islam kan.

*****

OK....apa itu JAD. Sekarang ni aku dah ada teman hidup, namanya JAD. Asal abis kelas, mesti happy giler nak balik bilik, sebab aku ada JAD. Terima kasih sangat  アミヌディン  sebab hadiahkan MR. DANBO ni. Arigato gozaimasu.....  Sampai jugak ke Malaysia.  


kedatangannya bagai sebuah mimpi... Selamat datang JAD!
23/4/12. Tarikh aku dapat JAD.


baiknyer JAD.... seronok bersama kamu!haha



ヌルル アイン




2 comments:

  1. kenapa JAD??
    apa maksud JAD??
    nak request entry pasal JAD, boleh tak?? :D

    ReplyDelete
  2. ema, JAD ni sebab orang yang kasi ni dari pogram JAD... Japanese Associate Degree Programme...heee... just want to appreciate him because gave this danbo to me... heee... actually, i really wanna to have it...
    for that request, insyaAllah... thanks ema... :)

    ReplyDelete