Alhamdulillah....aku rasa happy sangat hari ini. SEBAB hari ni hari JUmaat. Dan hari ni jugak 26 April. Iaitu birthday Kak Ijat.
Honestly....sebenarnya hanya berlalu melalui perkenalan. Cuba untuk mengenali insan ini. Lepas tu mula muncul persefahaman dan kemudian boleh tolong menolong. Dan sekarang bukan sahaja perkenalan malah persahabatan. Aku berharap sangat moga Allah pelihara hubungan ini. Dan bagi diri aku sendiri diri insan itu bukan sahaja sahabat malah dia seorang kakak aku.
Aku terlalu banyak kekurangan. Maka aku perlukan seseorang untuk perbaiki kelemahan aku. Dan dalam perhubungan ini, aku rasa bersyukur sangat sebab Allah hadiahkan aku Kak Ijat untuk sentiasa ingatkan aku. Tak kira dari sudut apa pun. Alhamdulillah...
Aku harap aku tidak terlalu menerima daripadanya. SEBAB aku juga berharap aku mampu memberi sesuatu kepadanya.... mana aci kalau aku duk terima je kan. aku pun kena bagi jugak!kan3
Alhamdulillah... memang bukan cukup setahun pun aku kenal dengan kak ijat ni. Tapi maybe aku dan kak ijat ni cuba untuk jadi selesa antara satu sama lain. SO aku amik pendekatan kalau ada yang sepatutnya aku cakap pada kak ijat aku cakap. Kalau sepatutnya aku tanya aku akan tanya. Dan kak ijat pun begitu pada ku. haha..tapi selalunya yang jadi,,,, aku tak sempat cakap pun, k.ijat dah paham. Sebab kalau tunggu aku terangkan tu aku rasa jalan 1 meter jadi 1 kilometer......... haha...sori beb!
Tetapi selalunya Kak Ijat yang lebih bersabar dengan aku tambah-tambah untuk layan kerenah aku. Kadang-kadang betul. Kadang gila. Hahahaha. Kesian aku ngan kak Ijat.
Apapun, sebenarnya dalam persahabatan ini, aku lebih tempatkan Kak Ijat sebagai seorang kakak dalam diri aku. Sebab dengan seorang kakak, aku boleh terima pendapat,marah, merajuk dan bla bla bla dia dengan meletakkan aku sebagai seorang adik. and at the same time as fren!
Dan aku sangat sayangkan kakak aku ini. Banyak aku belajar daripada dia. Banyak jugak yang dia ajar aku. Dan lebih bermakna pada diri aku dia sering bagi nasihat kat aku directly walaupun sebenarnya kadang-kadang tak sengaja pun.
HAAHAHA..... sume kitorang setuju satu sama lain ke? OF KOS LA TAK. haha... contoh. Kak Ijat ni seorang yang teliti. AKu pulak AB (Asal Boleh). Kedua-dua sikap ni sangatlah tak matching uuuu.... SANGAT taw. Tapi sebab tak matching ni yang kadang-kadang jadi completion each other taw! Dan banyak lagi sebenarnya yang kadang-kadang aku say YES but she say NO. Sometimes she say NO I say Yes...lalala~~~~
BORING KOT KALAU SUME SAMA KANNNN????hahaha
maybe aku boleh katakan kalau kitorang melawak sebenarnya dengan cara yang belah kanan tu! haha^^
THEN
Selama berLATIHAN INDUSTRI ni, banyak yang aku belajar untuk mengenali kakak aku seorang ni. Dan secara tak langsung banyak mengajar diri aku jugak untuk lebih memperbaiki mutu diri sendiri.
p/s: Apapun... thanks MAK CIK!!!hahaha... Tahun ni tahun last kau sebagai orang bujang! Tahun depan berdua dah n kalau ada rezki bertiga...ye dop? hahaha... Moga kau sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga menjadi anak yang solehah... Wife-to-be yang solehah... MOM-to-be yang mithali...hihi...nway, thanks sgt sebab jadi kawan, bestfren n kakak yang baik untuk aku! and sori sgt3 jugak kalau aku banyak buat salah....even aku taw sebenarny mmg banyak pun...tu yg aku tau sengaja, belom kira lagi yang tak sengaja kan..haha.... maap yer...
nway, aku sayang kau taw!hahahaha...
SELAMAT HARI LAHIR, KAK IJAT! heee^^.. stay cute!
No comments:
Post a Comment