Member2

24 March 2013

setitis air mata ibu

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah... 

Rindu Mak. Itu yang hari-hari aku rasa. Nak peluk mak. Nak berceloteh dengan mak. Nak masak dengan mak.

Cerita cerekarama malam tadi pun pasal ibu. Pasal emak. Pasal ummi. Pasal mama. Yang pasti...
Satu keberkatan di dunia kita akan hilang sewaktu mata ibu tertutup iaitu doa daripada seorang ibu.

Emak. Dialah manusia yang dari aku lahir, pastu belajar meniarap, merangkak, berjalan, dan sampai sekarang yang menjadi saksi kepada hidup aku.. Jatuh bangun aku. 

Satu perkara yang paling aku ingat. 

Ada satu hari tu, aku merajuk dengan mak. Gara-gara mak tak izinkan aku pergi ke program..(aku pun x berapa ingat program apa)... waktu tu tengah cuti sem. Mungkin waktu tu mak tak bagi pergi sebab aku tengah cuti., dah la duk jauh, balik pun sekali sekala, pastu nak keluar sampai dua tiga hari...

Waktu merajuk tu...muka aku...mak aiiiii....masam mencuka. Mulut tu aku kira dah sama muncung macam ikan todak. Makan pun tak nak. Giler merajuk tahap dewa la konon kan.

Malam tu.... waktu makan malam. Suasana senyap je. Mungkin mak abah tengah pendam marah kat aku. Yang aku pulak tengah layan merajuk aku. (ELok betul perangai kannn...)

Lepas je makan malam, nak kemas rumah...tiba-tiba...

"Akak, mak yang lahirkan akak, mak tahu apa yang ada kat hati akak sekarang,. Akak ingat orang suka ke dengan sikap suka merajuk ni. Orang tak suka! Jangan cepat merajuk! Fikir sikit Akak dah besar. Mak abah tak bagi pergi ada sebab!"

Pastu mak nangis. Mak pergi keluar dari dapur.

Ya Allah... waktu tu meruntun jiwa aku. Aku turut nangis. Bukan sebab aku kena marah. Tapi sebab aku dah bagi mak nangis. Kan besar dosanya jika air mata ibu menitis kerana kita. Waktu tu aku rasa seolah-olah tak berguna sangat. Malam tu jugak, aku decide aku takkan pergi ke program tu. Aku takkan pergi!

Pagi esoknya... Mak dengan aku masih dingin. Aku tak keluar bilik sebab malu dengan mak. Abah dah lama ke sekolah. Adik semua tak de. Kiranya di rumah waktu tu hanya aku dengan mak...

Aku jenguk dari pintu bilik...mak tengah sapu sampah kat ruang tamu... Aku gagahkan jugak kaki ni keluar menuju ke emak.

Aku terus tarik tangan mak. Cium tangan mak. Dah nangis-nangis dah waktu tu... Mak mula-mula macam keras je tangannya. Tapi tiba-tiba emak terus peluk aku. Dua-dua dah banjir. waktu tu aku tak lepas sebut.."Mak, ampunkan akak..mak, ampunkan akak,mak, ampunkan akak" Then mak pulak... "Mak bukan tak bagi akak pergi, mak risau...."

Macam drama. Tapi itulah yang terjadi. Lama jugak dalam pelukan mak. Pastu aku cium mak. Memang teresak-esak waktu tu... Aku nyesal sangat.

Sejak hari tu, aku memang dah kurang merajuk. Dan sekarang, Alhamdulillah, sifat cepat merajuk tu aku dah buang. Mak selalu pesan... apa-apa berlaku, fikir yang baik dulu..InsyaAllah, kita akan rasa tenang, takkan marah-marah"

Betul cakap mak. Dan sekarang aku sangat terhutang budi dengan mak. Sebab mak lah, aku dah tak reti merajuk sekarang. Even dengan siapa-siapa pun. Even kat mana pun... InsyaAllah...

Kalau tiba-tiba je datang perasaan nak merajuk tu, cepat-cepat tepis then senyum. Pastu, bisik dalam hati mesti ada something yang aku tak tahu. Then, SETTLE! Lagipun, penat la merajukkkk...haha...

BYE BYE MERAJUK!

Sebenarnya dah lama aku nak post entry ni. Tapi aku malu nak share. Tapi sekarang aku kira aku pun dah cukup dewasa dan bagi yang terbaca post ni pun, jadikanlah ni sebagai pengajaran. Ingat, ibu tu segala-galanya. Jagalah perasaan ibu kita sementara Allah masih beri peluang untuk kita bersama ibu. 


"Kami perintahkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepada ibu dan bapanya. Ibu mengandungkannya dalam keadaan lemah yang semakin lama semakin bertambah dan menyusuinya hingga dia berusia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu dan hanya kepada Akulah engkau kembali" (Surah Lukman: ayat 14)


gambar hari raya tahun lepas.













No comments:

Post a Comment